Buat masa ini terdapat sebanyak 47 buah penjara di Malaysia. 18 buah di Semenanjung dan 9 buah di Sabah dan Sarawak.
Kalu setiap penjara diperuntukkan 3 hingga 5 kerusi Wakil Banduan (WB) bergantung kepada saiz dan kapasiti Penjara itu sendiri, maka kita akan ader sekurang-kurangnya 141 Wakil Banduan atau 235 Wakil Banduan.
Wakil-Wakil Banduan ini akan bersidang dan melantik 5 bakal Calon Presiden Banduan. Setelah selesai pengundian maka yang memiliki undi terbanyak akan menjadi Presiden Banduan, yang kedua terbanyak akan menjadi Timbalan Presiden Banduan.
3 Calon yang lain akan diangkat menjadi Naib Presiden Banduan SeMalaysia.
Jabatan Penjara boleh juga melantik 3 orang Banduan yang mempunyai kepakaran undang-undang untuk menjadi Speaker Penjara dan Timbalan Speaker Penjara.
Maka dengan ini Penjara Malaysia akan menjaid contoh terbaek di seluruh dunia kerana sistem demokratik yang digunapakai. Standard pun akan naik.
Kan banduan di Malaysia nih ader banyak skilset. Boleh juga dilantik seorang banduan untuk menjaga urusan kewangan dan pendanaan politik Penjara.
Sekian,
Sekadar mencari pasal dan mencurahkan cuka keatas luka. Hahaha
*** sedikit tambahan.
Sepenggal mereka menjadi WB … mereka akan dapat pencen penuh. Kan berbaloi masuk Penjara. Tidaklah mereka segan nak masuk nanti.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???