Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Speaker. Show all posts
Showing posts with label Speaker. Show all posts

03 July 2024

Jangan Over Confident

Bhai/DeeDee semua,,,

Satu benda yang nyata... Dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan... Kalau ingkat arahan persatuan atau pertubuhan... itu dah kira engkar perlembagaan persatuan atau pertubuhan la... memang layak pun dipecat..... benda simple/...

Tapi gua tau kenapa puak-puak nih over confident.... Hahaha... semua sebab kuasa wang.... hahaha... maleh nak cakap lebih la... Johari Abdul tu bukan holeh pakai sangat pun... Integriti dier dah lama out... Hahaha

Sembang Kari


16 October 2023

Buat Apa Takut?

Bhai/DeeDee semua...

Dengan livestream pun takut ..... hahahaha... dulu masa jadi pembangkang elok ja nak buat livestream ...

Skrang terus takmo nak buat ka??? Hahahaha....

Patut elok la buat livestream supaya rakyat tahu Ahli Parlimen ader hadir Sidang Parlimen ...takder ponteng... senang nak detect ... baru la senang... hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Lawak Aaa


10 September 2023

Cermin Diri?

Bhai/DeeDee semua...

Kah kah kah.... Benar cakap Syed Saddiq... cermin la diri sendiri .... sebab kalu betul la nak bersihkan dari rasuah dan salahguna kuasa... rasanya 1 Parlimen akan kosong.... yang tinggal hanya Bentara dan Makcik Cleaner jer.... Hahahaha...

Sebab Speaker Dewan pun bukan lah bersih sangat....
Ahli Parlimen tambah la lagi... tak kira la apa parti pun...

Hahahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Boleh kosong satu Parlimen


Sembang Kari


15 October 2022

Banduan Pun Nak Bertanding Juga?

Bhai/DeeDee semua...

Buat masa ini terdapat sebanyak 47 buah penjara di Malaysia. 18 buah di Semenanjung dan 9 buah di Sabah dan Sarawak.

Kalu setiap penjara diperuntukkan 3 hingga 5 kerusi Wakil Banduan (WB) bergantung kepada saiz dan kapasiti Penjara itu sendiri, maka kita akan ader sekurang-kurangnya 141 Wakil Banduan atau 235 Wakil Banduan.

Wakil-Wakil Banduan ini akan bersidang dan melantik 5 bakal Calon Presiden Banduan. Setelah selesai pengundian maka yang memiliki undi terbanyak akan menjadi Presiden Banduan, yang kedua terbanyak akan menjadi Timbalan Presiden Banduan.

3 Calon yang lain akan diangkat menjadi Naib Presiden Banduan SeMalaysia.

Jabatan Penjara boleh juga melantik 3 orang Banduan yang mempunyai kepakaran undang-undang untuk menjadi Speaker Penjara dan Timbalan Speaker Penjara.

Maka dengan ini Penjara Malaysia akan menjaid contoh terbaek di seluruh dunia kerana sistem demokratik yang digunapakai. Standard pun akan naik.

Kan banduan di Malaysia nih ader banyak skilset. Boleh juga dilantik seorang banduan untuk menjaga urusan kewangan dan pendanaan politik Penjara.

Sekian,

Sekadar mencari pasal dan mencurahkan cuka keatas luka. Hahaha

*** sedikit tambahan.
Sepenggal mereka menjadi WB … mereka akan dapat pencen penuh. Kan berbaloi masuk Penjara. Tidaklah mereka segan nak masuk nanti.



13 October 2021

RUU 355 Bila Nak Dibahaskan?

Bhai/DeeDee semua...

Biler aaa nak start balik diangkat RUU 355 untuk dibahaskan?? Takkanlah lama sangat nak prepared documentation sokongan... Takkan la cari USD Drive usul asal dah tak jumpa... Takkan la kot draf usul semua dah hilang...

Takkan lah...

Bila agaknya kita nak tengok RUU 355 nih nak di bahaskan... dibacakan buat kali kedua didalam Parlimen... Bila agaknya lar...




21 September 2021

Berpusing-pusing Mencari Helah Dan Dalih

Bhai/DeeDee semua...

Semua orang tau ader Menteri Kanan yang sekat Nga Kor Meng mempengerusikan sementara persidangan Dewan Rakyat di Parlimen semalam... Semua orang tahu...

Tetiba hari ini Speaker Dewan (Azhar Harun) telah pening dan berpusing-pusing mencari helah dah dalil untuk menjustifikasikan apa yang dibuat olehnya... Hahaha... Pening bhai..

Aper pun... nampak sangat la hujah dan dalih yang dibawak terlalu lekeh... hahaha



24 August 2021

Ada Tawaran Menteri Kanan Kot?

Bhai/DeeDee semua...

Bukan sesenang itu Azalina Othman Said nak letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat... tetiba jer... Nampak sangat macam dah ader tawaran besar untuk berada dalam Kabinet Ismail Sabri...

Maybe ada tawaran jawatan Menteri Kanan kot?

Kalu tidak takkan la nak letak jawatan kan... Hahaha... ader yang lagi untung dan masyuk.... Hahaha



23 August 2021

Mimpi Lah Ku Li

Bhai/DeeDee semua...

Kalu tengok daripada jadual aturan sidang Parlimen yang akan dibuka pada 6 September nih,... memang takder cara la nak ader sesi Undi Percaya bagi menentukan keabsahan Perdana Menteri... Memang takder dalam senarai...

Malah Speaker pun tak mention benda ini...

Undi Percaya nih sekadar cadangan dan saranan dari YDP Agong ja... tak semestinya Perdana Menteri akan buat dalam Parlimen... dan ianya bukan sesuatu perkara yang mendesak mengikut Aturan Mesyuarat..

So.. nak buat atau tidak nih adalah prerogatif Perdana Menteri....  suka dier la... Hahaha...



25 July 2021

Azhar Harun Yang Semakin Mengarut

Bhai/DeeDee semua...

Gua sedih... gua cukup sedih bilamana seorang kawan gua yang dulunya berintegriti dilihat semakin mengarut... Azhar Harun aderlah kawan gua... dan gua tak sangka biler Azhar Harun menjawat jawatan Speaker Dewan... terus Azhar Harun jadi semakin mengarut...

Ntah apa la dealnya,..

Sampaikan kontra dengan apa yang selama ini dier tulis dimana-mana... tak kisah la dalam blog Art Harun dier atau tidak...

Pening .... bagaimana seorang yang dulunya bagoosh... terus berubah 180 darjah sampai kita rasa langsung tak kenal dah dengan dier... Adoilah...



20 June 2021

Buang Masa Buat Jawatankuasa

Bhai/DeeDee semua...

Buang masa jer Muhyiddin Yasin nak buat satu jawatankuasa untuk membincangkan pembukaan Parlimen... macam la tak pernah bukak Parlimen.... Buat kali ini gua setuju ngan pandangan Najib Razak yang disuarakan di Media Sosial.

Teramat sokong saranan Najib Razak ni ... buat apa la buang masa nak buat banyak-banyak jawatankuasa....




27 May 2021

Azalina Lebih Bertelur Berbanding Azhar Harun

Bhai/DeeDee semua...

Azhar Harun nih adalah kawan gua... Tak la rapat sangat tapi boleh la... Cuma gua kesal semenjak dier dapat kuasa menjadi Speaker dan Yang Dipertua Dewan Rakyat... dier punya nada dan cara tindakan dah tak sama macam apa yang dier perjuangkan dahulu... totally different..

Manakala Azalina Othman Said pula ... walaupun sekadar menjadi Timbalan Speaker dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat... gua nampak Azalina lebih terkehadapan dalam nak memastikan bahawa adanya pemisahan kuasa antara cabang Legislative dan Executive.

Tu yang gua kata Azalina lebih bertelur berbanding Azhar Harun...

Walaupun Azalina Othman Said tu dari UMNO/Barisan Nasional.... itu isu lain... dalam kes Parlimen... Parlimen mestilah terus bersidang seperti dijadualkan tanpa ader halangan dan kekangan.. Kerana disitulah segala dasar dan perundangan serta hala tuju negara ini digubal...

Parlimen adalah penting bagi sistem demokrasi berpelembagaan.



25 September 2012

Mesyuarat PIBG Pun Ambil Masa Lebih 3 Jam.

Bhai... lu pernah pergi mesyuarat PIBG ker.... biasanyer bagi sesiapa yang biasa pergi mensyuarat PIBG nih... ianya start mula dalam pukul 8.30 atau pukul 9 pagi... dan paling awal habis pon dalam pukul11.30 ... itupon bergantung... tapi selalunya pukul 1 tengahari baru abis...

Dalam kes skolah bini gua.... mesyuarat PIBG biasanya akan abis ngam-ngam sebelum Zohor... dengan agenda solat Zohor berjamaah kat surat sekolah... Pastu ader skit jamuan makan tengahari kat kantin skolah.... itu stendet biasa skolah bini gua...

Jadi... kalu sekolah punya mesyuarat PIBG start pukul 8.30 pagi.. dan abis sekitar pukul 1.30 ... maka sekurang-kurangnya 5 jam total masa diambil untuk mesyuarat PIBG.... memang lama... standard la... ader ucapan.. ader pembentangan.. ada laporan.. ada audit.. ada mengundi.. ader bantahan.. ada soal jawab,... jadi semua tue mengambil masa yang lama..

Maybe la pasai mesyuarat nih dihadiri oleh para ibubapa dan guru.. dimana ader ibubapa yang tahap akademiknya agak rendah... yang menyebabkan ianya mengambil masa yang lama... tapi... hasilnyer biasanyer bernas... dan padat... lengkap semua sekali.... undi pon clear.... takder yang "saya cadangkan cadangan ditutup"....

Tapi itulah skolah... bagoosh punya mesyuarat....

Cuma yang peliknyer... Sidang DUN Negeri Perak Darul Ridzuan hari nih memalukan... cuma amik masa 3 jam sahaja... bermula pukul 10 dan selesai sebelum pukul 1 tengahari... aper kejadahnyer sidang DUN macam nih... macam takder stendet jer... macam sambil lewa... macam CELAKA....  takkan la nak Sidang yang nak citer pasai handle satu negeri pon amik masa yang singkat... giler aper.... bangang punya Speaker DUN....

Dei Speaker... lu tau ker nak handle Sidang DUN????  siot jer la....

03 April 2012

Parlimen Itu Adil? Boleh Percaya Ka?

Bhai.. lu percaya ker Parlimen tue adil... hahaha... kalu lu masih lagi percaya Parlimen tue adil... memang la memang... memang la lu ni naif betul lar.... hahaha...

Wei... setahu gua la... maner ader Parlimen yang adil... kalu adil mestilah Speaker (Hakim dalam Parlimen) tue mesti dilantik dari orang-orang yang takder kepentingan mana-mana.. mesti amik orang yang neutral... mesti amik orang yang tak bias... hahaha..

Tapi Parlimen Malaysia mana boleh buat camtue... Sebab tue la Amin Mulia yang jadi Speaker di Parlimen Malaysia (Dewan Rakyat) boleh buat macam-macam benda yang tidak adil.. yang condong pada sebelah pihak jer... yang nampak sangat biasnnyer...

Sebab Amin Mulia tue dah sohih orang kuat BN... sampai kiamat la dier takkan sebelah kepada PR... hahaha... nak mampus ker dier kalu dier sokong PR... hahaha.. mampus tak dapat dah jadi Speaker... hahaha...

Samer la jugak kat Dewan Undangan Negeri ... sebijik sebuntat.. kalu negeri tue PR yang kuasai.. semua speaker dier (macam kat Selangor tue) ... ader jugak tidak berlaku adil.. ader sikit bias.... hahaha..

Selagi mana sistem tak berubah... selagi itu la.... Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tidak akan bebas sepenuhnya... tidak akan adil sepenuhnya... semuanya akan tetap bias... semuanya akan tetap berpihak....

Macam sial jer kan... kan... kan...

27 July 2010

Sejak Bila SPR Berkuasa Membubarkan DUN

Err... gua nak tanya nih... sejak biler SPR berkuasa membubarkan DUN.... errr... bukan ker kuasa membubarkan DUN terletak kepada Speaker Dewan dan Sultan???

Gua tak paham kenapa Muhyiddin Yassin cuak sangat biler dengar citer yang negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak akan membubarkan DUN sekiranya PRU13 dijalankan terlalu awal.... errr... aper yang dier kecoh sangat nih...

Kuasa membubarkan DUN bukan ader pada SPR.... SPR cuma boleh menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon jer.... itupon semaksimum 60 hari dari tarikh pembubaran DUN....

Katakanlah Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan taknak bubarkan DUN .... aper yang SPR boleh buat..... takder aper...

SPR tak boleh plak paksa suruh bubarkan DUN... Sultan cuma ader kuasa untuk endorse jer... selebih dari tue semua terletak kat tangan Speaker DUN Negeri-Negeri nih...

Atau.... Muhyiddin Yassin nih memang tak reti dan tak paham undang-undang serta perlembagaan.... budus ker aper dier nih... bangang kot....

Baca: Sini

22 June 2010

Speaker Dewan Negara Menghina Mahkamah

Nieh ader gua cut n paste satu point yang gua tuliskan kat blog Art Harun mengenai tindakan Timbalan Speaker Dewan Negara bertindak menghina Mahkamah.

Korang boleh baca artikel Art Harun itu di sini.

Dear Art,

Speaker and/or Deputy Speaker of Dewan Negara shall be subjected to "Contempt of Court" if they didn't release Tian Chua from his MP Status as stated on the High Court ruling.

I think it's better for people to challenge Speaker and/or Deputy Speaker on this "Contempt of Court" basis.

(i.e. People vs Speaker/Deputy Speaker)

02 September 2009

Info Terkini

Mari kita sorot apa yang telah berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan hari ini.

Info terkini yang kita boleh lihat bilamana semua urusan berkaitan dengan sidang DUN dan yang sewaktu dengannya telah digagalkan hanya dengan kuasa Mahkamah. Apakah yang boleh kita teladani daripada kemelut yang berlaku di Perak.
  1. Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
  2. Mahkamah Rayuan telah memberikan kuasa kepada Zambry Kadeer untuk terus memegang kuasa sebagai Menteri Besar (Haram) di Perak
  3. Mahkamah Tinggi Ipoh telah menolak injuksi yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak (sah dan asal) iaitu V. Sivakumar
  4. Mahkamat Tinggi yang sama juga telah memberikan kuasa kepada PDRM untuk menguatkuasakan zon larangan berkumpul di DUN Perak
Dengan ini dapat kita tafsirkan bahawa kuasa Mahkamah adalah terlalu besar dan melingkungi semua ruang yang ada sehinggakan keabsahan Pengasingan Kuasa (Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif) tidak dapat dilaksanakan tanpa gangguan.

Oleh yang demikian, adalah sesuai jika saya mencadangkan bahawa hanya Hakim sahaja yang boleh menentukan pihak mana yang lebih sesuai untuk menjadi pemerintah (negeri atau negara).

Maka tidak perlu ada lagi pilihanraya kerana hanya cukup dengan kuasa yang ada pada hakim yang akan menentukan sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang akan menjadi kerajaan (negeri atau negara).

Maka bolehlah selepas ini Ketua Hakim Negara sahaja yang menentukan pihak mana yang akan menjadi Kerajaan. Kita dapat menjimatkan kos pilihanraya dan seterusnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat kita bubarkan.

Adakah anda bersetuju?

19 August 2009

Tahun Pilihanraya

Dua tiga minggu sudah gua ader dengar sapa ntah cakap pasai nak jadikan tahun 2009 dan 2010 sebagai tahun pilihanraya.. Yer la... dalam tahun 2009 nih jer dah berapa kali kita dapat tengok Pilihanraya Kecil (PRK).... hehehe

Ader sebab ADUN meninggal dunia... ader sebab ADUN letak jawatan .. bermacam-macam sebab... hehehehe...

Setakat sampai bulan nih jer.... dah 7 PRK dijalankan termasuk 1 yang akan dilakukan di N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos nih.. hehehe

Penat tue memang la penat.. tapi best gak tengok pesta kat Malaysia... hehehe... dan paling best sekali dapat tengok UMNO/BN kalah di 6 dari 7 PRK ... hahahaha.. Menang itu hari kat Sarawak tue kira nasib baik la... tapi kat Semenanjung... hehehehe.. kalah abis...

Ini dah kira akan jadi badi kat UMNO/BN la nih... hehehehe

06 August 2009

Dana Pilihanraya DUN Chukai Kemaman


Malam nie gua pi join ader makan malam dengan Hj Ir Nizar Jamaluddin di Restoran Sri Kalong di Bukit Kuang Kemaman... makan cam biasa la... ader ikan masak 3 rasa ... daging masak merah... sayur sotong... telur dadar dan tomyam... hehehe.. sedap gak makan... dah lapar balik kerja tadi.. lepas solat maghrib... gua pi melantak .. hahahah... kan best...

Majlis nie anjuran MTD Chukai... untuk kutip dana pilihanraya 13... jadi Hj Nizar dijemput merasmikannya.... gua kontek Al Banjari... ingat dier join sekali Nizar... rupanyer Al Banjari ader kat Perak lagie... hahaha... sori wak.. gua call lu banyak kali.... hahaha.. jangan mare...

Citer Nizar cam biasa jer.. cuma ader skit tambahan... isu ADUN Kemasik (Ir Rosli Osman) yang kena cekup di SPRM pasai rasuah... kalu tak kena gaya... hehehe... akan ader PRK di Kemasik... hahaha.. best gak kalu ader PRK.. boleh orang Kemasik ader masyuk.... hahaha... sen turun dari langit.. hahahaha

Pada pandangan peribadi gua... kalu ader PRK kat Kemasik.. maka hendaklah Pakatan Rakyat guna satu logo.. satu baju.. dan satu bendera... baru la ngam... baru la 1Malaysia akan rasa teruja nak sokong PR... hahaha

Cuma satu yang gua rasa tak best skit malam nih... sebab ader acara "cabutan bertuah" yang pada pandangan peribadi gua la... tak perlu buat.. tak elok la... rasa macam harap tuah jer... ini dah kira memperjudikan nasib... tak syiok la...

Lain kali.. gua harap PR terutamanya PAS tolong la jangan buat cabutan bertuah nih... okeh... gua salute lu...

Anyway.. syok gak dapat jumpa kawan blogger Sentiasa (http://sentiasa.blogspot.com/) ... jangan lupa yer... lain kali kita mengeteh... hahahaha..

Oh yer.. lupa nak kasi tau.... gua tengok semua orang perati gua semacam jer masa kat restoran tue.. gua pakai kemeja kaler hitam ngan seluar slack warna hitam... sokong bubar DUN Perak... hahaha... tapi ader member kata.. gaya gua cam SB la pulak... rambut pendek nipis... hahaha... lagipon ramai yang tak kenal gua saper... hahahaha..

Gua dah banyak kali orang suspek SB... hahaha.. jangan tanya pasai apa.... hahaha....

28 July 2009

Rakyat Lebih Peka

Hahahaha..

Murugiah ader kata bahawa rakyat kini lebih peka sebab saranan dan usaha Najib Razak mempelopori gagasan 1Malaysia.... hahaha ... gua gelak besar pasai ayat bodek dier nih.. bukan aper... kalu nak bodek pon guna kepala la.. jangan guna buntut..

Rakyat lebih peka kerana dah lebih 50 tahun kena buli dengan kerajaan UMNO/BN... kalu orang kata kena bodohkan sekali boleh la.. tapi kalu dah 50 kali.... memang la bangang namanyer.... hahaha..

Memang rakyat dah peka... rakyat nampak yang mana permata yang mana kaca... rakyat nampak yang mana pemimpin berjiwa rakyat dan yang mana pemimpin yang merompak rakyat... rakyat ader mata, telinga, hati dan mulut..

Sebab tue la rakyat dah berani mintak mansuhkan ISA, dah berani mintak Suruhanjaya Di Raja, dah berani buat laporan kat media... dah berani buta demonstrasi jalanan... dah berani fight kat Parlimen ... yang best sekali dah berani pangkah selain dari BN pada pilihanraya ... tak kira pilihanraya kecil mahupun umum... hahahaha

Rakyat sekarang dah peka ... dan rakyat tak sabar-sabar tunggu 2012 atau PRU13 ... hahahaha supaya rakyat boleh ajar UMNO/BN supaya guna akal.. dan jangan guna buntut.... idea perkauman yang dicanangkan oleh UMNO/BN dengan bantuan BTN dah tak boleh jalan dah...

La nie orang dah tak heran bab bangsa dan kaum dah... pada rakyat cuma ader satu jer.... Bangsa Malaysia, Warga Malaysia .... itu jer...

Baca Sini : Rakyat lebih peka

25 July 2009

Idea Mengayakan Pihak Tertentu

Percayalah...

Semua idea DANA PERSARAAN SWASTA sebenarnya dirangka bukan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) tetapi oleh individu (syarikat) pengurus dana yang nampak boleh makan besar dengan penubuhan DANA PERSARAAN SWASTA nih....

Kalu sebelum nie ader mangkuk dah songlapkan duit KSWP ..... jadi ader mangkuk lain pulak tak puas hati dan nak fight nilai yang disonglapkan itu.. cuma kali nie guna nama DANA PERSARAAN SWASTA ... hahaha biasa la tue.. bukan ader satu dua mangkuk bangsat kaki songlap yang ader di Malaysia nih.. banyak bhai... memang banyak....

Kalu tidak camana UMNO/BN nak teruskan kuasa .. sebab mangkuk-mangkuk nie akan bagi sumbangan khas kepada dana tabung UMNO/BN setiap kasi peng"songlap"an berjaya dilakukan ... hahaha ... bukan sekali bhai... banyak kali dah... dulu diorang guanakan Bank Bumiputera... la nie.... hahahaha .. lu pikir la sendiri...

Tunggu masa jer... sure DANA PERSARAAN SWASTA nie jugak akan jadi mangsa... yang dapat nama busuk nanti cuma SC.. hahaha... yang kenyang barua-barua nih... yang kaya.. UMNO/BN.... yang seksa.... rakyat yang mencarum dalam DANA PERSARAAN SWASTA ...

Cam siot jer...

Baca Sini : DANA PERSARAAN SWASTA

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1