Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bubar DUN. Show all posts
Showing posts with label Bubar DUN. Show all posts

05 October 2021

Perang Saudara Di Melaka

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... what happen to Malacca?? Hahaha... Melaka apa jadi?? Melaka Pindah ke?? Hahaha .... Takkan la semua sebab DAP kot... Hahaha...

Sesama UMNO pon berperang ka... hahaha...
Melaka 100% Kerajaan Melayu Islam tetap ranap juge. Salah sapa ? Cina ? India ? Hindu ? Budha ? Yahudi ?

TAMAK, RIAK SOMBONG ni x kenal bangsa atau agama...

Konsesi pasiaq punya pasai daa sanggup tikam menikam ...

Hahaha.... kita gelakkan jer la kan...



16 August 2014

Gua Berani Kerat ....

Bhai/DeeDee semua...

Gua berani kerat telinga Adnan Yaakob kalu Khalid Ibrahim berani bubat DUN Selangor... 

Hahaha... Stakat nih yang gua tau... Khalid Ibrahim buat gempak jer konon berani amik tindakan bubar DUN.... Dier cukup tahu... Kalu dier bubar DUN... Peluang untuk dier kekal jadi MB Selangor memang takkan ader punya...

Dier tahu kalo dier jadi calon bebas dan bertanding dalam Pilihanraya Negeri... Memang masak la dier... Sure ilang deposit punya... Dier tau yang PAS cuma ajak-ajak ayam jer masuk dalam PAS.. Samer macam dier ajak-ajak ayam jer PAS tambahkan tiga slot lagi untuk jawatan EXCO..

Gua tau baru-baru nih dier tawarkan 3 slot EXCO kat PAS (bukan stakat slot EXCO tapi.... ) ... Hadi Awang nampak macam bersetuju... Tambah lagi biler Khalid Ibrahim tawarkan satu jawatan lagi power untuk "yang dekat ngan Hadi".... Hahahaha ...

Malah paling best skali... Siap ader ditawarkan jawatan EXCO Kanan kepada  PAS.... Hahaha...

Jadi.... Itu semua plan A... Dan plan untuk bubaR DUN memang takder dalam perancangan... Sebab itu aderlah plan bunuh diri... Yang pasti.. Takkan ader bubar DUN dalam masa sebelum PRU14...

Masa tue semua benda sudah tukar nama.. Tukar hakmilik... Dan hutang-hutang sedia ada sudah kira langsai.... Pergh.. Terbaek...

Mari kiter layan ini senario lawak.... Yer la lawak... Pasai ader orang sudah gelap mata dan gelap hati... Semua pasai RM (bukan Rosmah Mansor aaa) ...

Hahahaha... Aper pon... Gua berani kerat telinga Adnan Yaakob... Hahaha..

29 March 2013

Bila Kuasa Sultan Diperkecilkan

Bhai.... Sori aaaa gua lama tak update... Baru jer solosai training... Pack punya training.... Dari pagi sampai ke malam.... Penat ooooo.... Lepak plak kat hotel area Jalan Klang Lama.... Bersebelahan dengan tempat gua training...

Jadi memang gua tak sempat nak tulis mender padai pentadbiran demokrasi negara.... Hahaha... Aper-aper pon nih gua nak tulis something buat bacaan lu orang...

Gua nak citer tentang kedaulatan wilayah dan kawasan jajahan takluk sesebuah kerajaan. Camnie... Lu pon tau kan... Malaysia ditubuhkan atas satu kerjasama dan pakatan beberapa buah kerajaan negeri yang bersetuju pada dasarnya untuk membentuk satu pentadbiran yang kolektif...

Jadi dengan itu maka semua negeri-negeri dan kerajaan mereka bersetuju untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya menjadi negara Makaysia....

Namun... Semua persepakatan dan pentadbiran ini hanyalah diperingkat pusat namun kuasa perogratif, soverign, kedaulatan serta pentadbiran terletak dibawah kuasa kerajaan negeri... Dalam banyak kes... Mengikut perlembagaan dan undang-undang sedia ada... Kuasa dan pengaruh Sultan dan Raja-Raja terhadap negeri yang dibawah kuasa dan jajahan takluknya agak kuat...

Tapi... Nampak gayanya sekarang ini....para Sultan dan Raja-Raja Melayu walaupun mempunyai kuasa di negeri dan jajahan takluk mereka... Telah menjadi takut, kecut dan menikus bilamana kuasa perogratif yang ada pada para Sultan dan Raja-Raja Melayu telah diambil alih oleh Perdana Menteri...

Malah Speaker Dewan Undangan Negeri dan para Menteri Besar juga nampaknya seperti sudah kena mandrem serta pengecut tiada telur walaupun untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya dibawah kuasa mereka...

Aper nak jadi la... Bila Najib Razak mempermainkan undang-undang dan perlembagaan negara... Maka nampak sangatlah ketidakperluan untuk dikekalkan Sultan dan Raja... Sebabnya Sultan dan Raja yang ada sekarang ini walaupun boleh dan berani menggunakan kuasa perogratifnya... Tapi terus tak berani nak mengata apa-apa...

Lu orang boleh lihat di DUN Negeri Sembilan... Bilamana Menteri Besar dan Yam Tuan Negeri Sembilan tak berani nak melawan Najib Razak dalam urusan membubarkan DUN Negeri Sembilan...

Begitu juga dengan MB Selangor yang jugak tak berani nak membubarkan DUN dan khabarnya masih menunggu greenlight dari Sultan Selangor tentang keputusan membubarkan DUN...

Takkan lah MB Selangor dari Pakatan Rakyat pon sama jugak takut dengan PM Najib Razak... Takkan la Sultan Selangor pon tak berani nak buat keputusan dier sendiri....

Hahaha... Sori... Tak larat nak tulis lagi nih... Kalu ikut memang akan jadi panjang.... Tapi mata sudah mengantuk... Dan sambil gua menulis kat tepon nih... Mata sudah terlelap banyak kali..... Hahahaha

Babai....

21 February 2013

Bengapnyer Noh Omar Nih... Hahaha

Bhai.... Bengap la rupanyer Noh Omar nih... gua ingat sebagai bekas guru... dier nih takder la bengap teruk sangat... nih rupanyer jenis bengap yang bangang.... hahaha... kesian... Orang camnie ker yang UMNO dok kenen-kenen kan untuk jadi MB Selangor nanti.... hahaha... abis la .... hahaha

Kesian.... sampaikan Chap Goh Meh yang belum lagi sampai masanyer Noh Omar dok kecoh push MB Selangor Khalid Ibrahim tue..... hahaha.... sabor la wei.... ker Noh Omar tak tau biler tarikh sebenar Chap Goh Mei nih... hahaha..... Wei... kitorang sumer tau biler tarikh Chap Goh Mei la... takkan la Noh Omar bengap sangat sampai tak tau biler tarikhnyer..... hahahaha


TANJONG KARANG – Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk mengumumkan hendak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) hanya satu lagi gimik politik kerana beliau tidak akan berani berbuat demikian walaupun mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau mempersoalkan mengapa sampai sekarang Abdul Khalid tidak berani mengumumkan tarikh pembubaran Dun Selangor walaupun mendakwa mendapat persetujuan Sultan Selangor.

“Kenapa tarikh pembubaran Dun Selangor masih tidak diumumkan? Sedangkan sebelum ini Abdul Khalid banyak membuat kenyataan pengumuman mengenai pembubaran Dun selepas Chap Goh Mei.

“Bagaimanapun, saya berani menyatakan sidang Dun Selangor ini tidak akan dibubarkan Menteri Besar dalam masa terdekat ini kerana yakin Dun Selangor dan Parlimen akan dibubarkan serentak,” katanya pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun di sini, hari ini.

Semalam, Abdul Khalid dilaporkan sebagai berkata beliau telah menghadap Sultan Sharafuddin dan baginda bersetuju dengan hasrat kerajaan negeri membubarkan dewan tetapi menitahkan supaya pengumumannya dilakukan dengan tertib.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, ini tidak lebih daripada gimik politik kerana sebelum ini Abdul Khalid mempertikai daftar pemilih di Selangor dan ingin mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke mahkamah kerana kononnya pendaftaran pemilih tidak mengikut peraturan.

“Saya difahamkan pakatan pembangkang juga mahu saman dan membawa perkara itu ke mahkamah kerana kononnya mendakwa SPR tidak bersih selain dikatakan gagal mengikut peraturan sedia ada.

Apabila SPR sendiri bersedia ke mahkamah, namun menteri besar sehingga kini masih berdiam dan tiada pelaksanaan seperti yang diumumkan. Bahkan ke mana perginya cadangan untuk membentangkan kertas putih mengenai isu ini?

“Saya lihat PR Selangor hanya pandai bercakap demi kepentingan politik, ini beza dengan pendekatan yang diambil BN. Menteri besar macam 'konduktor bas' yang mengikut telunjuk DAP,” katanya.

Predictable

Bhai..... Gua cuma ader satu jer perkataan yang seswai untuk SPR nih... hehehe... "Predictable" .... hahaha.... sebab seperti yang gua dah jangkakan dan tahu.... SPR akan buat wayang... hahaha... bukan sekali dah SPR buat wayang camnie... tapi dah banyak kali... maybe lu orang jer tak perasan.... hahaha.... dari kes Perak... Kedah... Selangor... malah bukan sahaja lepas PRU12 dulu... tapi sebelum-sebelum dari tue lagie... hahaha

Wayang nih memang tahap tertingginyer... wayang nih macam main bola... sorang sepak ke tengah.. sorang sepak ke tepi .... dan sorang sepak balik ke tangan penjaga gol.... hahaha... pusing-pusing camtue la jugak.... hahahaha ... yang best tue... lu orang sumer boleh lagi terpedaya..... hahahaha... tak tahan gua nak gelak... sebab sampai ader yang percaya Ketua Agama akan clearkan keadaan... Ketua Agama akan menyokong tindakan rakyat... Ketua Agama akan menjadi hakim terbaek... Ketua Agama akan menyebelahi kepentingan rakyat.... hahaha....

Wei... gua nak bagitau satu mender jer.... poodah lar.... selama nih... berbelas... berpuluh... beratus???  memorandum dah kasi kat Ketua Agama.... ader lu tengok tindakan diambil.... hahaha.... ader lu tengok Ketua Agama amik pot pada semua memorandum rakyat tue.... hahahaha...... wei... semua dibakulsampahkan jer.... hahaha... semua dipetisejukkan jer.... semua disimpan dalam telaga jer.... hahahaha....  pon lagi lu orang masih percaya.... masih ingat ader bantuan..... hahahaha

Camnie... gua nak story sama lu....

Skarang SPR kata dier tunggu pembubaran... lepas tue SPR akan kata kena dapat consent dari Ketua Agama.... pastu Ketua Agama kata SPR kena tentukan tarikh... SPR kata boleh bagi tarikh kalu Ketua Agama bagi consent... Ketua Agama kata SPR boleh dah jalankan urusan tentukan tarikh... SPR kata tak lama lagi nak PRU13... jadi tak payah la buat berasingan... Ketua Agama plak stuju... dan akhirnya.... serupa takder jer... hahahaha.... kalu MB berkeras nak jalankan asing... kena bawak kes ke Mahkamah... Mahkamah plak akan bagi keputusan bahawa penentuan tarikh PRU Negeri kena ditentukan oleh SPR (muktamad)... balik kepada square one....

Yang kena main..... hahaha... rakyat..... hahahahaha ... gua gelak jer.... predictable lar...


SHAH ALAM - Sambil menyifatkan langkah menteri besar menghadap Sultan Selangor berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam sebagai "sopan dan tertib", Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya mahu "tunggu dan lihat sahaja".

"Kita pun tidak pasti sebab beliau tak cakap... kita tunggu dan lihat sahaja.

"Tapi kemungkinan selepas mendapat nasihat sultan, mungkin hasratnya tak akan dibuat tapi kita tak tahulah... kita tunggu sahaja," katanya kepada kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Menurutnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen perlu mengikut prinsipnya. Beliau berkata, Khalid mengambil langkah yang betul apabila menghadap sultan berhubung tarikh pembubaran Dun.

"Baguslah beliau (Menteri Besar Selangor) menghadap sultan, itulah yang dikatakan sopan dan tertib," katanya lagi.

"Inilah yang dikatakan demokrasi berparlimen, kita kena hormat hak sultan dan raja-raja dalam melakukan sesuatu perkara.

"Menteri Besar (Selangor) pergi berjumpa dengan sultan dan memohon pekenan itu, adalah baik dan langkah yang betul," katanya.

Semalam, Khalid berkata, Sultan Selangor perkenan untuk membubarkan Dun apabila tiba masa yang sesuai. Bagaimanapun tarikh pembubaran Dun Selangor hanya akan diumumkan selepas perayaan Chap Goh Mei minggu depan.

"Tuanku setuju untuk bubarkan Dun, tapi saya akan umum pada masa yang sesuai supaya ada upacara khas pembubaran itu.

"... Sultan tidak halang pembubaran itu, Tuanku cadangkan ia dibuat dengan tertib dan teratur," kata beliau.

10 January 2012

Masa Terbaik Bubarkan Parlimen

Bhai... gua rasa aaa.. skarang la masa terbaik bubarkan Parlimen... gua rasa aaaa Najib Razak kena amik inisiatif nih untuk bubarkan Parlimen.. sebabnya..

Sebabnyer... skrang nih momentum sokongan kepada Najib Razak aderlah cukup tinggi... so .. terbaek jika Najib Razak bubarkan Parlimen dan jalankan Pilihanraya Umum ke 13...

Memang masanyer sudah tepat.. masanyer telah seswai... takder lagi maser terbaek macam nih...

Tadi maser gua isi minyak motor.. ader pakcik tue (OKU - Orang Kuat UMNO) tegur gua.. dier kata kat gua... "Hah betul la aper yang engkau bagitau pakcik semalam... cumanya kalau berita dari Internet nih pakcik tak percaya sangat"....

Semalam... sebaik jer gua dapat maklumat daripada kengkawan dalam Internet pasai Anwar Ibrahim bebas... gua masa tue tengah isi minyak moto.. gua kasitau la pakcik tue (dier ader kat situe gak masa yang sama).... pakcik tue kata "ala semua tu tak boleh percaya" ... gua macam pelik sebabnyer maklumat yang gua dapat tue sohih benar....

Tadi masa gua tanya kat pakcik tue... kenaper pakcik tak percaya biler gua kasitau info semalam tue... pakcik tue jawab dengan muka selebetnyer... "Pakcik dan keluarga cuma percaya aper yang keluar kat berita TV3, radio RTM dan paper Utusan jer... yang lain semua tak boleh percaya"...

Hahahaha... gua gelak nak mampus rasanyer dalam hati... macam ini punya orang pon ader dalam dunia nih... hahaha.. patut pon senang sangat kena tipu... hahaha... rupanyer ramai lagi spesis yang macam pakcik nih... hahaha... OKU kan... nak buat camana.... hahaha

Sebab itue la gua rasakan terbaek kalu Najib bubarkan Parlimen sekarang pasai.. orang macam pakcik tue ramai dalam Malaysia nih.. dan sekarang depa semua tengah respek sama Najib.. depa kata "tengok... Najib tak kacau pun sistem Mahkamah" .... hahahaha

APCO.. APCO... hahaha

08 December 2011

Bersediakah Kita Kalau...

Bhai... 30 Disember aderlah Jumaat terakhir untuk tahun 2011 nih.... Aper signifikannyer hari Jumaat nih selain daripada solat Jumaat.... cuba lu cek tengok samer...

Jumaat biasanyer akan ader mesyuarat Kabinet Kerajaan Malaysia.... selama nih... selepas jer mesyuarat Kabinet... mesti ader benda yang akan diperbuat oleh Kerajaan Malaysia... Contoh... hari Jumaat jugak biasanyer Kerajaan Malaysia akan membentangkan belanjawan negara (bajet)..

Dan hari Jumaat jugak biasanyer Kerajaan Malaysia melalui beberapa Perdana Menteri sebelum nih akan membuat satu pengumuman besar... Pengumuman pembubaran Kabinet dan Parlimen... selama nih tak pernah lagi Kerajaan Malaysia membubarkan Parlimen pada hari Isnin ker... Selasa ker... Rabu ker.... tapi... mesti hari Jumaat...

So... kalu la Najib Razak umumkan pembubaran Parlimen pada 30 Disember 2011 nih yang bersamaan dengan hari Jumaat.... mmm... dengan itu Pilihanraya UMUM ke 13 mesti diperbuat dalam tempoh 60 hari atau kurang daripada tarikh pembubaran Parlimen.

PRU 13 nih gua berani jamin akan memperlihatkan tempoh berkempen paling minima... Gua saspek cuma 3 hari jer.... so... kalu la jadik camnie... Kemungkinan besar gua saspek PRU13 akan dibuat pada pertengahan bulan 1 atau awal bulan 2... dan mostly akan dibuat pada hari Sabtu yang mana tidak akan mengganggu persekolahan dimana semua dewan sekolah dan fasiliti lain mudah dan boleh digunakan.

Persoalan gua.... bersediakah kita kalau... PRU 13 nih dibuat pada bulan 1.... gua nampak macam tak bersedia langsung... terutama sekali dengan PAS yang gua tak nampak bersedia dengan seriusnya...

Kalau 4 negeri yang dibawah Pakatan Rakyat buat kerja giler plak... dimana depa nak buat pilihanraya negeri depa berasing-asing sendiri-sendiri... lagi la masak... nak mampus... kata la bulan 2 Pulang Pinang buat Plihan Raya Negeri... Bulan 3 Selangor... Bulan 4 Kelantan dan Bulan 5 Kedah....

Mampuih.,, maser nih .. semua setan-setan UMNO/BN akan ader peluang berkampung beramai-ramai disetiap Pilihan Raya Negeri..... giler macam nioh... susah la Pakatan Rakyat nak menang....

Lain la kalu semua Pilihan Raya Negeri yang dibawah kuasa Pakatan Rakyat buat PRU pada tarikh serentak.,,, kalu itu macam.... baruler senang.... kalu tak... mampuih kering la jawabnyer...

Jadik.. berbalik kepada persoalan gua tadi..... bersediakah kita kalau ....

30 September 2010

Perangkap Buat Ku Li

Tengku Razaleigh (Ku Li) pernah satu masa dulu menerima gua sebagai tetamu dirumah agam dier di ibukota... hehehe... dan bermalam la gua disana.... dengan anak saudaranya .... Banyak segi.. gua respek Ku Li nih pasai dier orang tua.. banyak pengalaman.. info tentang ekonomi pon padat... memang best berborak dengan dier.... hehehe...

Kini Tengku Razaleigh (Ku Li) telah dilantik oleh Muhyiddin Yassin untuk menjadi pengarah pilihanraya UMNO/BN bagi DUN Galas yang berada didalam kawasan Parlimen Gua Musang... hehehehe... nampak macam Ku Li diberikan penghormatan... yer la... Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya BN....

Tapi.. itu cuma sekali pandang jer.... kalu pandang kali kedua... hahaha... itu semua perangkap jer... perangkap maut untuk kerjaya politik Ku Li.... ermmm.. pasai aper gua tulis camnie.... lu baca kat bawah nih aaa...

Lu ingat diorang pimpinan dalam UMNO/BN ader respek ka samer Ku Li... sori la bhai.. takdernyer... diorang tak respek lansung... malah diorang nampak Ku Li nih dah jaid laibilii kepada UMNO dan BN... Cara terbaik diorang nak bagi Ku Li terlungkup adalah dengan jadikan dier Pengarah Pilihanraya DUN Galas...

Kalu BN kalah di DUN Galas... diorang akan tibai Ku Li... kena taji.. tapi kalu menang besar la pulak.. diorang akan kata ini semua berpunca daripada sokongan rakyat kepada kepimpinan Najib Razak dan Muhyiddin Yassin...

UMNO/BN pun bukan la konfiden sangat boleh menang di DUN Galas.... pagi tadi gua berborang ngan seorang kawan lama gua... dier Ketua Pemuda UMNO Bahagian XXXXXX ... dier dok citer kat gua benda yang sama... seperti aper yang gua bayangkan...

So... ini semua perangkap buat Ku Li.... kalah sure mati... menang... buat-buat lupa... hahaha...

27 July 2010

Sejak Bila SPR Berkuasa Membubarkan DUN

Err... gua nak tanya nih... sejak biler SPR berkuasa membubarkan DUN.... errr... bukan ker kuasa membubarkan DUN terletak kepada Speaker Dewan dan Sultan???

Gua tak paham kenapa Muhyiddin Yassin cuak sangat biler dengar citer yang negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak akan membubarkan DUN sekiranya PRU13 dijalankan terlalu awal.... errr... aper yang dier kecoh sangat nih...

Kuasa membubarkan DUN bukan ader pada SPR.... SPR cuma boleh menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon jer.... itupon semaksimum 60 hari dari tarikh pembubaran DUN....

Katakanlah Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan taknak bubarkan DUN .... aper yang SPR boleh buat..... takder aper...

SPR tak boleh plak paksa suruh bubarkan DUN... Sultan cuma ader kuasa untuk endorse jer... selebih dari tue semua terletak kat tangan Speaker DUN Negeri-Negeri nih...

Atau.... Muhyiddin Yassin nih memang tak reti dan tak paham undang-undang serta perlembagaan.... budus ker aper dier nih... bangang kot....

Baca: Sini

24 May 2010

Ramai Betul Yang Call Gua Nih

Pergh... start hari Sabtu sampailah pagi nih... ramai betul yang call gua nih... sampai tak terlayan la... yer la... dah pukul 1 pagi pon masih ader yang dok nak tepon lagie... semua nak tanya gua isu nih.. isu Kedah nih.... jadi tak depa melompat... jadi tak Kedah bubar DUN...

Kalu nak tanya jadi ke tidak Kedah bubar DUN... itu lu kena tanya Azizan Razak... kalu lu nak tanya jadi tak depa-depa nih melompat... hahahaha.. yang itu lu boleh tanya gua...

Okeh.... mari gua citer pagi-pagi nih kasi panas skit.... memang ramai yang call tue siap maki-maki dan marah-marah kat gua... kata gua memandai jer... hahaha... sabor la bhai.. relaks.. dengar penjelasan dari gua... jangan main tembak merata aaa....

Gua tau... gua ader cerita bagitau yang mungkin Kedah akan ikut Perak... possibility memang tinggi... sebab apa... bhai... duit dah dibayar la bhai... cuma duit tue dibayar berperingkat... setakat yang gua dimaklumkan... belum ader sekor katak pon yang dah dapat full lump sum....

Dan ... kalu lu baca semua artikel gua... gua tak kata ADUN PKR yang akan melompat... walaupun memang dalam senarai ader yang pasti akan melompat... cuma time jer tak kena lagie... tapi..... ader gak katak dalam parti lain yang dijangka melompat... sebab ....ader gak yang dah terima sen....

Berapa banyak??? .... hahaha... kalu ikut janjinyer... setiap sekor katak yang melompat.. akan diberikan tunai sebanyak RM10 juta dan lagi RM15 juta dalam bentuk (saham,bond,lot balak,CEO GLC dan sebagainya).... itu maklumat yang gua dapat... lu boleh percaya dan jugak lu boleh tak percaya...

Gua tak kesah pon kalu lu tak percaya... takper... cuma gua nak ingatkan jer... jangan jadi sampai macam kes Perak... baru la nak percaya.... maleh la nak peringatkan orang nih...

Apa-apa pon..... gua konfiden dengan maklumat yang gua ader... dan gua masih lagi memerhatikan timing diorang nih.... Oh yer... gua maleh la nak citer yang ader sorang yang telah melompat tue memang orang PAS... dan tak mustahil kengkawan kepada dier (yang gua saspek dah dapat bahagian dier) dalam PAS akan menuruti jejak langkah katak sekor tue.... Errr.. gua bukan citer pasai Zulkifli Nordin aaa....

28 April 2010

Ada Satu Info Panas

Bhai... gua ada satu info panas nih... memang panas.... pasai apa info nih panas.... hahahaha.... gua akan bagitau... relaks... relaks... hahaha

Ader tiga ekor lagi mangkuk kat Negeri Kedah Darul Aman dikhabarkan akam melakukan lompat katak... kali nih.... silap gaya sure Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah akan tumbang... Menteri Besar Kedah kena amik tindakan pantas nih....

Sebelum diorang nih melompat.. baik bubarkan ajer DUN Negeri Kedah... labih baik cara nih sebelum diorang melompat... masa tue Kedah akan jadi Perak nombor dua....

Info panas yang gua dapat nih... dijangka akan berlaku sebelum atau pada PRK P212 Sibu... memang benda nih tengah diusahakan... Zul Kulim dan SPR pon ader syer dalam pembelotan kali nih... hahaha... jangan tanya camana gua dapat info.... hahaha... stok toyol gua makin hari makin ramai.... hahahaha

So... baik buat tindakan tuntas dan segera...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1