Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ahli Politik. Show all posts
Showing posts with label Ahli Politik. Show all posts

07 June 2023

Sorang Hisap "Toot", Sorang Lagi Hisap "Tiit"

Bhai/DeeDee semua...

Kah kah kah... ini lawak...  tetiba jer nak dedahkan apa kawan tu hisap,....

Konsep macam ... kalu aku jatuh.. semua orang pun jatuh... hahaha... kan... Jahanam....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Dedah jangan tak dedah


10 March 2023

Samseng Marang Keras Kepala

Bhai/DeeDee semua...

Samseng Marang (Abdul Hadi Awang) masih tegar menyampaikan kuliah dhuha dan khutbah Jumaat nampaknya.... Dalam pada ada larangan daripada Sultan Terengganu.... Abdul Hadi Awang kekal dengan kesamsengannya...

Hahaha...

What do you expected?? Hahaha.... Takkan Sultan Terengganu tak boleh nak arahkan MAIDAM untuk kuatkuasakan arahannya selaku Ketua Agama Negeri??? Takkan la kot... Takkan la lemah sangat sampat tabrani nak usik Abdul Hadi Awang...

Hahaha... takkan la PDRM tabrani nak cekup dan tahan Abdul Hadi Awang pasai ingkar larangan nih?? Takkan la kan....


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini menyampaikan kuliah dhuha mingguan seperti biasa di Masjid Rusila di Marang, Terengganu.

Perkara itu dilaporkan beberapa media dan rakamannya juga dimuat naik di media sosialnya hari ini.

Menurut Facebooknya, dia turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama

Hadi berbuat demikian walaupun terdapat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu melarang ahli politik termasuk ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (Adun) serta senator daripada memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau di Terengganu.

Mereka turut dilarang menyampaikan khutbah Jumaat.

Arahan larangan tersebut - yang bertarikh 2 Mac - dikeluarkan susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita apabila ada ahli politik mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa.

19 February 2023

Penipu Berlesen Sama Macam Ahli Politik

Bhai/DeeDee semua...

Apa persamaan industri susu bayi berformula dengan ahli politik? Hahahaha.... kedua-duanya adalah sama jer... kuat menipu.... Hahaha

Ini realiti...


PARIS – Sebahagian besar dakwaan manfaat kesihatan dalam iklan susu formula bayi di seluruh dunia tidak disokong oleh bukti saintifik yang kukuh, demikian menurut satu kajian semalam, dengan penyelidik-penyelidik menggesa susu berkenaan dijual dalam bungkusan kosong tanpa menarik perhatian.

Hasil kajian itu diumumkan seminggu selepas sekumpulan doktor dan saintis menggesa pihak berkuasa supaya membanteras kaedah pemasaran ‘pemangsa’ dalam industri susu formula yang didakwa mengeksploitasi kebimbangan ibu bapa baharu dengan menyakinkan mereka agar tidak memberikan susu badan.

Industri susu formula kini bernilai AS$55 bilion (RM242 bilion).

Susu badan diiktiraf secara meluas sebagai mempunyai manfaat besar untuk bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan susu badan diberi secara eksklusif semasa enam bulan pertama kehidupan bayi.

Bagaimanapun, saranan itu diikuti untuk kurang separuh daripada bayi di seluruh dunia, demikian menurut WHO.

Penulis kajian itu yang juga pensyarah kanan Kolej Imperial London, Daniel Munblit berkata, penyelidik-penyelidik bukan memerangi susu formula kerana ia wajar menjadi pilihan buat ibu yang tidak boleh atau memilih untuk tidak memberikan susu badan.

“Bagaimanapun, kami menentang pemasaran susu formula tidak wajar yang mengemukakan dakwaan mengelirukan tanpa disokong bukti kukuh,” katanya.

Munblit dan sebuah pasukan penyelidik antarabangsa meneliti dakwaan kesihatan yang dibuat untuk 608 di laman web syarikat-syarikat pengeluar susu formula di 15 negara termasuk Amerika Syarikat, India, Britain dan Nigeria.

Dakwaan paling banyak adalah susu formula menyokong perkembangan otak, menguatkan sistem imunisasi dan membantu tumbesaran.

Separuh daripada kesemua produk itu tidak mengaitkan manfaat kesihatan yang didakwa dengan ramuan tertentu, demikian menurut kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal BMJ.

Tiga perempat pula tidak merujuk kepada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan mereka.

Daripada produk yang menyediakan rujukan saintifik pula, lebih separuh merujuk kepada ulasan, pendapat atau kajian ke atas haiwan.

Hanya 14 peratus produk tersebut merujuk kepada ujian klinikal manusia yang berdaftar. Namun, 90 peratus ujian klinikal yang dilakukan pula mengandungi risiko tinggi bias termasuk kehilangan data atau penemuan tidak menyokong dakwaan yang dibuat.

Hampir 90 peratus ujian klinikal mempunyai penulis yang menerima dana atau mempunyai hubungan dengan industri susu formula, demikian menurut kajian tersebut. – AFP

16 July 2021

Saat Institusi Kehakiman Dilacurkan (Tular)

Bhai/DeeDee semua...

Tak kisah la belah mana pun.. biasanya kalu ader kes rasuah melibatkan ahli politik... pasti akan selamat.. tular macam mana pun kes ahli politik tu makan rasuah, tetap pasti ahli politik itu akan selamat. Ini semua berlaku saat institusi kehakiman dilacurkan demi sedikit kuasa dan kepentingan

Sebab masing-masing ada kepentingan dan deal belakang tabir. Selagi mana kehakiman dan perundangan di Malaysia tidak bebas dan diletakkan dibawah kuasa autonomi ... selagi itulah masalah tetap timbul dan segala salahguna kuasa boleh berlaku tatkala saat institusi kehakiman dilacurkan.

Itu sebab kita mahukan pengasingan kuasa dalam Institusi Kehakiman yang telus, tegas dan teratur.

Apa pun.... setakat masa nih... salahguna kuasa dan rasuah melingkari hampir kesemua ahli politik di Malaysia yang pasti selamat dari tindakan perundangan dan kehakiman sewaktu saat Institusi Kehakiman dilacurkan.

Adoilah.

#Rasuah #Mahkamah #SalahgunaKuasa

14 March 2021

Kalaulah Ada Sebegini

Bhai/DeeDee semua...

Kalaulah ader satu portal yang listkan senarai nama ahli politik dan rating tahi mereka... kan senang rakyat nak buat pilihan... pilihan untuk PRU15... hahaha

Tambah kalu kita klik kat nama ahli politik tue... kita akan dapat senarai rating yang dibuat secara telus oleh rakyat... Hahaha

Amacam??



29 July 2013

Sudah Jadi Trend Sekarang

Bhai/DeeDee sekalian...

Semenjak dua menjak nih... sudah jadi trend sekarang biler mana ader sajer yang mati kena tembak.... macam-macam profession yang kena bunuh dengan senjata api nih... dari peniaga kecil... guru.. pegawai bank.... sampailah kepada tokoh korporat.....


Pelik kan.... cuma jarang sangat kiter dengar ahli politik yang kena tembak sampai mati dengan senjata api..... sungguh pelik.... walhal yang paling banyak celaka nih datang dari VVIP dan Ahli Politik..... Tolak tepi kes Taha (speaker DUN Negeri Sembilan ) yang kojol ditembak dengan menggunakan senjata api milik Mokhtar Hashim.... dan kes Joe Fernandez yang kojol ditembak di Kulim oleh penembak anonymous....  Tolak tepi jugak kes ader Ketua Bahagian UMNO yang tembak girlfriend dier (ahli Wanita UMNO) dalam kereta Caldina dulu tue dan akhirnya bunuh dirinya sendiri....

Sampai sekarang nih takder sekor pon ahli politik yang kojol kena tembak.... walhal... kalu ikut piawaian celakanyer yang boleh menjadi alasan mampus terkojol ditembak rasanyer ramai.... tak aci la gua nak kena sebutkan nama diorang,.... tapi takder pon sekor-sekor terkojol kena tembak...

Aderkah mereka semua nih kebal.... tak lut dengan peluru... tak sakit dengan santau.... tak giler dengan sihir..... pergh... hebat aaa...

Atau..... diorang nih sebenarnya la yang bersekongkol dengan pembunuh upahan nih demi untuk mengekalkan legasi, kuasa dan jawatan yang diorang dah pegang selama nih....

Bad Cop memang la ramai.... tambah lagi ramai yang tau dimana nak dapat senjata aftermarket.... senjata api haram.... yer la... sebab diorang yang rampas.... hahaha... jadi tak terkejut kalu ader senjata aftermarket dan haram nih yang beredar dalam pasaran dan akhirnya membunuh sasaran...

Persoalannyer sekarang.... berapa agaknyer kos paling murah untuk membunuh orang nih..... Last time gua dengar sekitar awal tahun 2000 dulu... kos paling murah aderlah RM500 dan umpan seorang awek untuk dikerjakan.... la nih gua rasa ader yang boleh amik sampai paling murah RM50 dengan umpan seorang awek untuk dikerjakan jugak..... pergh...

Aper nak jadi aaa....

Berkaitan : Anak terkejut pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian ditembak mati

14 April 2013

Ini Adalah Amaran

Bhai... nih gua nak bagi amaran... dan amaran nih aderlah untuk semua ahli politik.... Ini adalah amaran... amaran yang bukan sajer gua... tapi semua "pengundi yang ader otak" akan turut samer memberikan amaran camnie... kenaper gua kata "pengundi yang ader otak"? ... hahaha... sebab ader gak pengundi yang memang takder "otak" ... sebab pengundi itu ROBOT... hahaha

Okeh.... ini dier amaran tue...

"Semua ahli politik sama ada yang menjadi calon mahupun tidak, adalah wajar meletakkan jawatan jika mereka tahu dan sedar bahawa mereka sendiri ada terpalit dengan pelbagai skandal (termasuklah rasuah). Dan ianya termasuk jugak dengan mana-mana ahli politik yang telah/sedang dicalonkan walaupun mereka ini tidak mahu mengisytiharkan harta mereka"

Kami..... sebagai rakyat Malaysia (yang juga pengundi berdaftar) tidak mahu mereka-mereka ini menjadi pimpinan dan seterusnya menduduki jawatan mahupun kerusi pentadbiran negeri mahupun negara. Jika ini berlaku maka Malaysia tidak akan berjaya sebagai sebuah negara yang berjaya dan maju dimasa akan datang.

Jika lu orang sendiri tak mau nak mengundurkan diri.... tunggu la masanyer akan sampai untuk lu orang dihumbankan..... dan ini tidak mengira sama ader lu aderlah negarawan... jutawan... "ulamawan" ....atau pon setan.....

Ader paham ka....????

22 January 2013

Sisi Terbaik Khairy Jamaluddin

Bhai... setiap daripada kita nih ader dua sisi... sisi macam hampeh... dan sisi terbaik.... kalu 90% daripada masa hidup kita dikuasai oleh sisi macam hampeh... huh... rasanyer memang dah tak dapat nak tolong dah....  Tapi kalu sisi terbaik kita sentiasa ader lebih dari 60% menguasai hidup kita... makanyer kita akan jadi orang yang bagoosh...

Gua tak nafikan ... gua sendiri pon ader sisi yang macam hampeh... hahaha... kita manusia la bhai... nak buat camana...  tapi rasanyer la... sisi macam hampeh tue tak menguasai diri gua lebih dari 30% .... hahaha.... Sisi macam hampeh gua... gua rasa lu orang tak perlu tau.... hahahaha

Orang yang zuhud pon ader sisi hampeh dier sendiri... hahaha... walaupun zuhud.. sesekali... terkeluar gak.. dan ternampak gak sisi hampeh dier... hahaha.... Tapi... kalu sisi hampeh tue menguasai diri orang zuhud.... hahaha... mampuih... hancuss.... hahaha

So... yang kat bawah nih gua rasa aderlah sisi terbaik Khairy Jamaluddin... bila mana dier bercakap menggunakan akal yang waras... bukan bercakap dengan buntut yang legam..... hahaha... Bagoosh... ahli politik yang berfikiran terbuka memang kita alu-alu kan walau disebelah mana sekali pon... Ahli politik yang matang dan waras...


Masalahnyer... Malaysia nih mempunyai ramai ahli politik yang tahap bangang ... yang sisi hampeh dier lebih menguasai sisi terbaik.... Contoh nyata aderlah seperti Ibrahim Ali.... Hassan Ali.... Zulkifli Nordin ... Zahrain .... Gobalakrishnan.... hahaha... ramai ooooo..... Karpal Singh pon kadang kala sisi hampeh dier lebih menguasai diri... hahaha... Err... dalam PAS takder ker... hahaha... ader la bhai.... tue cuba tengok Nasharuddin Mat Isa dan Nik Abduh..... hahahaha

Oh yer... lupa nak citer... ader orang tanya gua... biler nak ulas pasai golongan Ulama yang "hadir" dalam HKR112 hari tue..... hahahaha..... gua bagitau nih... sabor... ulasan dier panjang... nanti gua tuliskan... memang gua sendiri tak sabor nak tulis... hahaha.... siap la lu orang...

25 September 2012

Anwar Ibrahim Memang Masalah

Bhai... sebelum gua nak citer panjang mender ker aper ker... Dari satu segi ... gua memang tak percaya dan respek kat Anwar Ibrahim.... gua tak kira la dier saper... Gua tau.. mesti ramai yang akan bengang dengan gua... tapi relaks..... aper sahaja komen gua terhadap Anwar Ibrahim tue aderlah samer jer impak dier kalu gua komen tentang Hadi Awang ka... Nik Aziz ka... Lim Guan Eng ka... Karpal Singh ka... Lim Kit Siang ka...

Camnie... pada gua semua ahli politik kat Malaysia nih samer jer... tengah dier belum pegang kuasa... pijak semut pon tak mati... memang tunjuk baik... memang nampak prihatin terhadap masalah dan hak rakyat... tapi... kalu dah menang... lupa semua tue... masa tue dier cuma pentingkan juak-juak dier jer... rakyat ntah pergi mana...

Cuma bagi ahli politik yang anggap semua nih aderlah amanah dari Allah jer yang boleh kira okeh... yang lain hampeh....Gua nak bagitau lu orang sumer... berapa ramai orang bisnes yang sekarang taja Anwar Ibrahim... bukan setakat boleh kira ngan jari bhai... tapi lebih dari tue.... sebab terlalu ramai... dan 99% daripada tue gua berani jamin tolong dan taja Anwar Ibrahim pasai kepentingan dan agenda peribadi...

Kalu takder bab bisnes.. mesti bab poliik dan kuasa.... tapi biasa la... saper yang takmo nak untung kan.... Macam statement Anwar Ibrahim kata pemilik jet peribadi yang bawak dier tue katanyer takder kepentingan mender... Wei... gua nak tanya lu aaa....

Lu tau dak kos untuk maintained satu private jet... kos pilot... kos taxing.. kos minyak... semua tue dalam USD la bhai.... minyak jer dah berapa ribu gelen.... aper lu ingat isi RM10 RON95 dah boleh terbang ker jet tue.... Standard jet tue harganya sajer dah cecah USD$50 juta lebih... Enjin plak ader 3 bhai... Pratt &  Whitney Canada PW307A turbofans, 28.46 kN (6,400 lbf) ... kos minyak untuk satu nautical mile aderlah sekitar USD$4.81 ... itu anggaran jer bhai.. belum waktu dier guna afterburner...

Aper.. lu ingat boleh isi dalam 100 gelen ker... paling kurang bhai ... jet nih kena isi lebih 1500 gelen.... banyak tue... dan sure kosnya tinggi... Jadi... untuk perjalanan dari Labuan ke KL yang jaraknyer 821 nautical miles ... kos minyak yang perlu ditanggung aderlah... USD$3949.01 @ RM12,131.59 ...

Memang la kalu ikutkan sikit jer (celah gigi) bagi seorang jutawan yang ader jet Dassault Falcon 7x nih... tapi... lu tau kan... mana ader orang bisnes yang nak rugi... so.... mesti ader timbal baliknyer...

Aper-aper pon... gua harap Anwar Ibrahim kalu dah jadi PM nanti... mesti "Walk The Talk" lar.... itu jer... kalu lu perangai macam Mahathir Mohamed, Pak Lah, Najib Razak dan ramai lagi... gua akan tibai lu jugak... tanpa prejudis...  "yang adil dijulang, yang zalim ditentang" .... itu jer...

P/S ::: Okeh... ader member mintak gua update.. dier kata jet tu aderlah Dassault Falcon 900 ...  kalu ikut harga pasaran jet tue.. dalam USD$39 juta... dan kos minyak satu nautical miles aderlah USD$5.82 .. jadi kos minyak yang perlu ditanggung bagi perjalanan Labuan ke KL sejauh 821 nautical miles aderlah USD$4778.22 @ RM14,679.25

05 September 2012

Tayang Body

Bhai... lu tau kan la nih dah dekat nak PRU13... biler-biler maser jer.... hahaha... jadi sana sini orang politik dan yang nak jadi orang politik sedang menonjolkan diri... sedang tayang body... mana la tau kot-kot dapat dipilih jadi calon...

Boleh kata sana sini ader open house hari raya... jadi... ramai la orang politik dok giler anjurkan open house... masing-masing bersaing... masing-masing cuba dapatkan sokongan.. masing-masing sedang menunjukkan pengaruh.... hahaha...

Duit jangan kira la... ditabur macam simbahkan air ke longkang jer... laju dan banyak... berkepul-kepul... hahaha... gua pon ader gak amik peluang pegi rumah terbuka nih.. open house nih... ala... open house macam nih.. semua orang automatically dijemput...

Bagi gua... tak salah nak tayang body... tak salah nak projection.. tak salah nak mengglamerkan diri... cuma ... berhati-hati... dalam semua open house dan rumah terbuka yang ader unsur-unsur politik nih... ramai SB berkeliaran.... hahaha... cukup ramai... itu yang SB... yang informer diorang pon ramai gak... yang ini kiter susah nak kenal...

SB nih pon ramai gak yang pandai berlakon dan susah kiter nak kenal... diorang pon dah bijak bhai... diorang pon dah pandai blending..... lagi satu... nak berborak masa rumah terbuka nih... mata kena perhati keliling bhai... kena tengok suasana... dan dengan saper kiter bercakap... takut nanti... selang tiga empat hari... dah kena cekup....

Jadi... that's why la.. kalu gua pegi mana-mana open house.. gua kureng bercakap... gua kureng bersembang ngan orang... gua pon takmo nak memperkenalkan gua saper... kalu orang tanya gua nih blogger ker... biasanyer gua akan nafikan... kalu tak nafikan... gua citer bahawa gua nih tulis blog tentang money making... tentang Clickbank dan Adsense... hahaha...

Selalunyer gua akan datang dan makan jer... pass tue gua chelah ... pi open house yang lain... hahahahaha..

So... aper sebenarnyer yang gua nak citer kat sini.... hahahaha..... tayang body boleh.. kalu


  1. Body mantop (six pack kalu lelaki, curvy kalu pompuan) .... hahaha
  2. Dah amik insuran risiko..... hahaha
  3. Rasa mau glamer.... hahaha
Ini semua metafora la bhai... metafora.... baca dengan ilmu .. baca dengan hati... hahahahaha

03 April 2012

Parlimen Itu Adil? Boleh Percaya Ka?

Bhai.. lu percaya ker Parlimen tue adil... hahaha... kalu lu masih lagi percaya Parlimen tue adil... memang la memang... memang la lu ni naif betul lar.... hahaha...

Wei... setahu gua la... maner ader Parlimen yang adil... kalu adil mestilah Speaker (Hakim dalam Parlimen) tue mesti dilantik dari orang-orang yang takder kepentingan mana-mana.. mesti amik orang yang neutral... mesti amik orang yang tak bias... hahaha..

Tapi Parlimen Malaysia mana boleh buat camtue... Sebab tue la Amin Mulia yang jadi Speaker di Parlimen Malaysia (Dewan Rakyat) boleh buat macam-macam benda yang tidak adil.. yang condong pada sebelah pihak jer... yang nampak sangat biasnnyer...

Sebab Amin Mulia tue dah sohih orang kuat BN... sampai kiamat la dier takkan sebelah kepada PR... hahaha... nak mampus ker dier kalu dier sokong PR... hahaha.. mampus tak dapat dah jadi Speaker... hahaha...

Samer la jugak kat Dewan Undangan Negeri ... sebijik sebuntat.. kalu negeri tue PR yang kuasai.. semua speaker dier (macam kat Selangor tue) ... ader jugak tidak berlaku adil.. ader sikit bias.... hahaha..

Selagi mana sistem tak berubah... selagi itu la.... Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tidak akan bebas sepenuhnya... tidak akan adil sepenuhnya... semuanya akan tetap bias... semuanya akan tetap berpihak....

Macam sial jer kan... kan... kan...

26 January 2012

Kencing Merata


Tolong aaa... jangan kencing kami.... tolong jugak jangan kencing merata... dan jugak... lu kencing gua... gua akan kencing sama lu nanti... ingat-ingat monyet.. jangan diulang lagi.... hahahaha

*** Kredit kepada Kartunis Ronasina atas gambar nih

14 December 2011

Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011)

Karut... memang karut... Tindakan pihak Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) aderlah satu tindakan bebalik ke belakang...

Kalaulah Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) ini ujud... makanyer semua orang yang ader skill komputer (tapi takder sijil dan akreditasi komputer) tak boleh buat kerja... tak boleh bagi perkhidmatan servis dan baikpulih komputer...

Itu macam kalu... semua cikgu-cikgi pon tak boleh la nak bantu ajar pelajar kat sekolah dalam Kelab Komputer Sekolah pasai depa takder kelayakan untuk mendaftarkan diri dibawah peruntukan Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) ...

Ini semua kerja bodoh... karut...

Takder negara dalam dunia nih yang pernah dan ader Rang Undang-Undang macam nih... ini kerja giler... Kalu buat jugak.... alamat lingkuplah agenda permodenan negara... lingkuplah MSC...

Gua nak bagitau sini .... tak semua programmer, coder dan computer technical expert yang ader kat dalam dunia nih ader certification... ader degree.. ader diploma.. ader master.. ader PhD...

Bill Gates pon takder cert... Arwahnyer Steve Jobs pon takder cert... even adik beradik Basit dan Amjad Iqbal yang buat virus komputer yang pertama didunia dulu (Pakistani Brain Virus) pada tahun 1986 dulu pon takder proper certification dalam bidang perkomputeran pada asalnyer...

Jadi .. aper kejadahnyer Malaysia pulak nak buat Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) yang pada gua nih aderlah satu Rang Undang-Undang paling ngok dan bodoh dalam dunia...

Kalu la Kerajaan Malaysia tetap berkeras jugak supaya adernyer Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) nih..... aper kata gua cabar Kerajaan Malaysia supaya buat Rang Undang-Undang Ahli Politik Profesional Malaysia 2011 (APPM2011) ... supaya semua ahli Politik Malaysia ader certificate... tapi cert bukan yang beli aaaa.... mesti cert valid.... takmo cert yang macam Irfan Khairy, Azizan Osman dan Fadzley Yaakop dapat tue.... hahaha

Ataupon ... takmo gak cert yang macam P Kamalanathan dan ramai lagie dapat tue.... hahaha ... semua tue sijil tak laku... hahahaha .... errr.. Zulkifli Nordin tue sijil guaman dier sijil beli ker??? hahaha

Bodoh la.... MOSTI yang ramai orang pandai-pandai tue pon masih bodoh lagi ker.... hahaha... memang kayu la.... hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1