Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

19 February 2023

Penipu Berlesen Sama Macam Ahli Politik

Bhai/DeeDee semua...

Apa persamaan industri susu bayi berformula dengan ahli politik? Hahahaha.... kedua-duanya adalah sama jer... kuat menipu.... Hahaha

Ini realiti...


PARIS – Sebahagian besar dakwaan manfaat kesihatan dalam iklan susu formula bayi di seluruh dunia tidak disokong oleh bukti saintifik yang kukuh, demikian menurut satu kajian semalam, dengan penyelidik-penyelidik menggesa susu berkenaan dijual dalam bungkusan kosong tanpa menarik perhatian.

Hasil kajian itu diumumkan seminggu selepas sekumpulan doktor dan saintis menggesa pihak berkuasa supaya membanteras kaedah pemasaran ‘pemangsa’ dalam industri susu formula yang didakwa mengeksploitasi kebimbangan ibu bapa baharu dengan menyakinkan mereka agar tidak memberikan susu badan.

Industri susu formula kini bernilai AS$55 bilion (RM242 bilion).

Susu badan diiktiraf secara meluas sebagai mempunyai manfaat besar untuk bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan susu badan diberi secara eksklusif semasa enam bulan pertama kehidupan bayi.

Bagaimanapun, saranan itu diikuti untuk kurang separuh daripada bayi di seluruh dunia, demikian menurut WHO.

Penulis kajian itu yang juga pensyarah kanan Kolej Imperial London, Daniel Munblit berkata, penyelidik-penyelidik bukan memerangi susu formula kerana ia wajar menjadi pilihan buat ibu yang tidak boleh atau memilih untuk tidak memberikan susu badan.

“Bagaimanapun, kami menentang pemasaran susu formula tidak wajar yang mengemukakan dakwaan mengelirukan tanpa disokong bukti kukuh,” katanya.

Munblit dan sebuah pasukan penyelidik antarabangsa meneliti dakwaan kesihatan yang dibuat untuk 608 di laman web syarikat-syarikat pengeluar susu formula di 15 negara termasuk Amerika Syarikat, India, Britain dan Nigeria.

Dakwaan paling banyak adalah susu formula menyokong perkembangan otak, menguatkan sistem imunisasi dan membantu tumbesaran.

Separuh daripada kesemua produk itu tidak mengaitkan manfaat kesihatan yang didakwa dengan ramuan tertentu, demikian menurut kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal BMJ.

Tiga perempat pula tidak merujuk kepada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan mereka.

Daripada produk yang menyediakan rujukan saintifik pula, lebih separuh merujuk kepada ulasan, pendapat atau kajian ke atas haiwan.

Hanya 14 peratus produk tersebut merujuk kepada ujian klinikal manusia yang berdaftar. Namun, 90 peratus ujian klinikal yang dilakukan pula mengandungi risiko tinggi bias termasuk kehilangan data atau penemuan tidak menyokong dakwaan yang dibuat.

Hampir 90 peratus ujian klinikal mempunyai penulis yang menerima dana atau mempunyai hubungan dengan industri susu formula, demikian menurut kajian tersebut. – AFP

4 comments:

  1. Hahaha hampir semua jenama susu mahal di pasaran kebanyakkanya gmo. Naya wei dah lebih 10 tahun. Kabo lebih2 pun bukannya orang caya.

    ReplyDelete
  2. Susu tetek juga yg terbukti berkhasiat utk bayi.

    ReplyDelete
  3. Ustaz/ah yg dok jual ubat pun sama juga tipunya. Dah la mahal gila....

    ReplyDelete
  4. Menipu berniaga kesannya cuma antara peniaga dan pembeli berkaitan apa yg dijual beli sj.

    Masalah menipu rakyat kunun sokong parti tertentu jadi kafir. Kesannya politik huru hara. Seluruh negara mundur. Rakyat susah.......tapi pemimpin kunun Islam terus kaya naik keta mewah. Anak mereka ada keja makan gaji dlm pentadbiran.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1