Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bom. Show all posts
Showing posts with label Bom. Show all posts

01 January 2024

MALAYSIA - Nota Bantahan Pun Tak Berani Nak Bagi...

Bhai/DeeDee semua...

Apa Tindakan Malaysia bila AS lulus jualan senjata kepada Israel?

Tak ada apa pun tindakan dari Malaysia. Senyap sunyi. Nak buat bantahan pun tabrani. Adoilah. Patut boleh ja PMX atau Menteri Luar panggil Duta USA untuk amik nota bantahan dari Malaysia...

Adoilah.

#Relevan #Palestine #Politik #MasaDepan #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

19 October 2023

Syaitan Paling Besar

Bhai/DeeDee semua...

Takder apa yang gua nak katakan melainkan US la sebenarnya "Syaitan Paling Besar" .... Dajjal yang paling Dajjal...

Kalu tak nampak lagi tatau la... Memang tak paham bahasa... huhuhu

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Bencana Kemanusiaan Di Gaza


21 July 2023

Ganas Permainan Sekarang Ni

Bhai/DeeDee semua..

Ganas permainan sekarang nih... dulu kalu tak puas hati dengan sesiapa... paling koman pun dihantar jin dan polong serta saka... tak pon antar santau.... kalu berani sikit antar kaki pikul....

La nih dah pakai IED tue... macam kes pekerja restoren yang mati hari tue la... kena IED...

Fuhhhh

=================
PERCUMA: Income bulanan sekurang-kurangnya RM5 secara pasif  = https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Bahaya Betulla


09 October 2021

ISIS Bukan Jemaah Islam

Bhai/DeeDee semua...

Jemaah Islam takkan bunuh orang Islam yang lain terutamanya semasa orang Islam itu sedang berada dalam Masjid untuk solat.

Jadi dalam kes dibawah ini membuktikan bahawa ISIS bukan Jemaah Islam. 
Kenapa gua kata Syiah itu Islam.... sebab mereka masih bertauhidkan kepada Allah Taala.... itu ja... yang lain semua itu politik ja bhai...

Ingat... syarat Islam itu mudah... beriman kepada Allah Taala.

ISIS gila bunuh orang Islam


09 October 2014

Raya Haji Pun Main Mercun Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Raya Haji adalah Raya Korban... Jadi mesti ader yang akan terkorban punya... Dan disebabkan setiap kali raya ader ramai yang giler main mercun bola... Maka kali nih Raya Haji pon tak terkecuali...

Tue yang ader yang terbaling mercun bola kat PUB/DISCO kat Bukit Bintang tue.... Hahaha

Galak sangat main mercun bola... Hahaha....  Agaknyer ini semua pasai nak sambut skali ngan Octoberfest kot... Baru la gempak... Aper klass la main mercun bola jer.. Skali-skala cuba la main bom tangan.... Baru la shrapnel tue boleh terbang sana sini...

Gua rasa ini semua bahana sebab masa kat skolah ader acara sukan "lempar peluru"... Tue yang terbawak-bawak main sampai besor... La nih main mercun bola skala besor... Nak main C4 susah la skit... sebab geng Rosmah dah bolot semua....

Hahaha....

Gua saspek ini semua kerja ISMA/PERKASA/JATI ... Pasai diorang la yang paling kuat sangat serang dan tibai PUB/DISCO/KARAOKE nih.... Hahaha

Cuba la geng Cawangan D cek dan siasat Zulkifli Nordin atau Ibrahim Ali.... Hahahaha

06 August 2013

Pantun Raya

Budak-budak bermain galah
Bermain galah diatas tangga
Kalu ader silap dan salah
Jangan songel maapkan saja

Selamat Hari Raya Eid'ul Fitr
Sori ini tahun duit raya takder
Najib Razak bagi ciput sangat
Nak buat beli mercun pon tak cukup
Hahaha...

Tapi cukup la kalu nak sewa pistol buat main tembak-tembak... Hahaha

04 May 2013

Proses Menakutkan Rakyat Bermula

Bhai.... Media Cetak dan Elektronik memang macam celaka la nih.... semuanya dalam mode proses menakutkan rakyat ... bermula dalam tempoh kurang 24 jam nih... pencacai-pencacai BN yang menguasai media cetak dan elektronik sudah mula memaparkan berita-berita dan informasi yang bertujuan menakutkan rakyat... kononnya PR akan membuat huru hara selepas keputusan PRU13...

Media Prima misalnya... gua lihat tak habis-habis menggunakan segenap media yang dikuasai oleh mereka menghasut isu perkauman... isu keganasan... dan macam-macam kerenah....

Yang lagi lawak tue.. SPR macam membiarkan sahaja tingkah laku Media Prima nih.... langsung tidak kena tindakan... PDRM lagi la.... serupa macam SPR... buat derk jer.... tapi SPR dan PDRM dok tumpukan perhatian diorang kepada Pakatan Rakyat... macam-macam silap mata dan arahan "pelik" dibuat khas untuk mensabotaj Pakatan Rakyat...

Isu "Arab Spring" pon dimainkan di media... sedangkan di Malaysia... maner ader wei... kat Malaysia kiter ader "Durian Spring" lar.... hahaha...

So... ini gua nak ingatkan kepada pencacai BN yang menguasai SPR dan PDRM ... jangan lu orang ingat lu orang boleh buat kerja haram mencacai tahap bangang nih.... dan terlepas daripada perhatian rakyat...

Tambah lagi siapa yang buat kerja khianat main-main dengan alat letupan nih... Hehehe.... gua berani jamin yang takkan ader seorang pon anggota PR yang akan buat kerja pasang IED dan bahan letupan nih... dan gua malas la nak tengok kertas siasatan "agensi" berkaitan dengan siapa yang memasang IED dan bahan letupan nih... kalu gua tengok karang... takut gua terpublish cerita dier kat sini.... hahaha

Macam la kitorang tak tau saper yang buat.... hahaha

Ini Kali Lah...

24 April 2013

MELETUP: BN Buat Gimik Politik Murahan

Bhai.... Gua tak tau la sejauh mana boleh "perginyer" sentimen biler BN buat gimik politik murahan sensasi macam nih.... konon parti lawan ader pasang bom kat ceramah BN.... hahaha... kalu parti lawan pasang bom... rasanyer dengan calon dan segala yang ader kat atas pentas tue dah kiok mampus punya... Aper bodoh pasang bom biasa-biasa jer... haha...

Itu la... kalu dalam kapla sudah susah hati biler tak ramai orang pi dengar ceramah dan kempen politik BN... mula la buat-buat cerita sensasi.... hahaha.. ntah-ntah letupan tue cuma letupan mercun bola jer... tambah lagi mercun bola banyak dalam pasaran.. pasai ader godfather yang jaga line supaya barang haram macam nih boleh masuk...

Biasa la... kalu benda haram tapi boleh buat duit macam mercun nih... biasa ader kapla yang jaga... sudah kawtim... polis dan UPP pon sudah dikawtim.... hahaha... saper lagi yang berani kawtim camnie melainkan kalu tak orang-orang besar dalam UMNO/BN..... hahaha

Rasuah tue mainan harian pimpinan UMNO/BN jer... bukan setakat lima enam kupang... tapi beratus juta... malah berbilion.... hahaha...

Tambahan: Gua cukup gelak biler dengar kononnyer benda yang meletup tue IED... pergh.. ini mesti dipasang oleh pakar yang pernah berkhidmat di luar negara.. hahaha... err.. dibuat oleh bekas anggota MALBATT ker??? hahaha


Petugas cedera dalam insiden letupan di ceramah BN

Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Nibong Tebal malam tadi.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil. Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku pada 10.15 malam itu, dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.



"Kita telah arahkan Unit Bom dan Forensik untuk menyiasat jenis letupan yang digunakan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. Abdul Rahim berkata hasil siasatan akan dimaklum secara terperinci pada satu sidang akhbar secepat mungkin.

Terdahulu, majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah.

Bagaimanapun, majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam.

Sementara itu, beberapa saksi kejadian yang berada berhampiran pentas ketika ditemui berkata mereka terkejut mendengar letupan kuat berkenaan dan masing-masing berlari menyelamatkan diri. Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal, 39, berkata sewaktu kejadian, beliau baharu tiba di lokasi kejadian dan hanya sempat mendengar ceramah kira-kira 10 minit sebelum terkejut dengan letupan itu dan menyelamatkan diri bersama isterinya.

Katanya, letupan itu sangat kuat seperti bom menyebabkan semua orang terkejut dan suasana menjadi riuh rendah sebelum beliau ternampak seorang lelaki cedera dan dibawa ke hospital. Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, berkata letupan itu dari longgokan sampah di belakang pentas.

"Letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya," katanya.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta.

"Kita tidak mahu semasa tempoh berkempen ini ada rakyat atau pengundi yang cedera, dan saya nasihatkan semua parti bertanding dapat mengawal emosi penyokong kerana kita tidak mahu peristiwa sebegini berulang lagi," katanya.

Antara barisan penceramah pada majlis itu ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, Ketua Wanita MCA Tan Cheng Liang dan Pengerusi Perhubungan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan.

27 March 2013

TERKINI : FAM Buat Keputusan Drastik

Kuala Lumpur 27 March 2013:

Presiden FAM hari ini telah mengarahkan Ketua Jurulatih skuad bolasepak Harimau Malaya iaitu K. Rajagobal untuk menyediakan satu senarai pemain yang akan dihantar berlatih secara intensif selama setahun di Israel bermula pada 22 April 2013.

Presiden dan Ahli Jawatankuasa FAM sedang menyampaikan cek hadiah RM50 ribu kepada K. Rajagobal

Tindakan ini bertujuan untuk memperkuatkan skuad bolasepak kebangsaan dalam usaha untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang dimasa akan datang. Tindakan ini diambil setelah Presiden FAM menganalisa hasil dari pertembungan perlawanan persahabatan skuad bolasepak Harimau Malaya dengan skuad bolasepak Palestin malam tadi yang berakhir dengan kemenangan skuad bolasepak Palestin sebanyak 2 gol tidak berbalas.

Pihak Israel telah bersetuju untuk menyediakan satu padang khas bolasepak yang penuh jerangkap samar (personel mines) dan dipasang IED demi untuk memastikan para pemain skuad bolasepak Harimau Malaya boleh mengelecek bola dicelah-celah jerangkap samar.

Ini adalah cara latihan terbaik yang telah diterima oleh skuad bolasepak Palestin selama ini dan pada pandangan Presiden FAM, latihan intensif ini amat sesuai juga diberikan kepada skuad Harimau Malaya. Latihan intensif ini tidak hanya akan diambil oleh para pemain dalam skuad bolasepak Harimau Malaya tetapi ianya juga akan diambil oleh kesemua anggota AJK FAM termasuk Presiden FAM itu sendiri.

Kos untuk latihan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah dana SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) Kementerian Belia dan Sukan yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia Puan Seri Rosmah Mansor.

(c) 2013 Nonama News Network (NNN)

15 September 2012

Whoa... Sudah Upgrade La

Bhai.... hahaha... sebelum nih... samseng taik kucing tajaan UMNO hanya berani gunakan batu dan cat merah jer... kali nih diorang sumer dah upgrade... hahaha... sudah main paku plak.... hahaha... hebat la... hebat...

Lepas nih agak-agaknyer aper plak benda yang diorang akan gunakan... hahahaha...

Tapi aper-aper pon bab paku tue gua paling respek... bukan aper... sekitar tahun 90'an... gua ader pi satu latihan untuk mematikan/memusnahkan jerangkap samar anjuran satu agensi nih... hahaha... latihan bertempat di Kem PGA Hulu Kinta, Perak....... Lu tau dak..  hutan kat Malaysia nih banyak yang tersembunyi jerangkap samar... sama ader jerangkap samar yang dipasang oleh tentera Jepun.. tentera Berikat... Force 136... ataupon oleh Rejimen ke 10 PKM....

Mudah jer la bhai nak buat Jerangkap Samar nih.... hehehe.. lu perlukan satu tin kosong (sebesar tin susu), bom tangan, kekacang basikal (ball bearing), paku, paku payung dan segala macam mak-nenek besi-besi yang tajam dan bahaya...  err... takkan gua nak ajar camana nak buat Jerangkap Samar dalam blog... nanti tak pasai-pasai jer ader yang tiru... hahahaha

Jadi.. penggunaan paku tue kira paling mantop dalam mana-mana elemen perangkap... oleh itu.. biler samseng UMNO mula menggunakan paku... gua rasa... itu antara yang terhebat... hahaha ... dan gua saspek.. lepas nih mesti samseng UMNO akan gunakan bom buatan sendiri seperti mengubahsuai "mercun bola" ker... mender ker... hahaha

Jaga-jaga... nak sabotaj orang... takut tangan lu nanti yang kudung.... hahaha

06 March 2012

Siapa Yang Upah dan Arahkan Bunuh Altantuya

Bhai... gua rasa aaa... sampai kesudah la kiter takkan dapat tau siapa yang upah dan arahkan bunuh Altantuya.... selagi UMNO berkuasa ... selagi BN berkuasa... selagi takder sekor pon hakim-hakim kat Malaysia nih ader telor... selagi itu la kiter takkan tau siapa yang upah dan arahkan bunuh Altantuya...

Walaupun Razak Baginda dibebaskan... Walaupun 2 polis tue dijatuhkan hukuman dan ditamatkan riwayat.... persoalan paling besar yang takkan terjawab aderlah mengenai siapa yang upah dan arahkan bunuh Altantuya...

Selagi kiter tak tau siapa yang upah dan arahkan bunuh Altantuya... selagi itu la kiter takkan tau aper motif kepada pembunuhan tue...

Dua orang polis tue cuma kata dapat arahan bunuh.... dan diorang pon bunuh la... senang betul hidup depa nih... macam orang takder akal... hahaha

Gua cuma harap sangat kalu la Pakatan Rakyat dapat ambilalih pemerintahan Malaysia nih... perkara pertama yang gua nak depa buat aderlah bicarakan kembali kes nih dan siasat sampat dapat siapa yang upah dan arahkan bunuh Altantuya....

Lepas kiter dah dapat tau siapa yang upah dan arahkan bunuh Altantuya... sure kiter akan tau lagi banyak skandal yang terbongkar.. ramai yang akan berani mendedahkan beberapa isu besar... terutama sekali....

1. Jet Skyhawk yang ilang tue (berpuluh buah)
2. Kenapa harga jet Tebuan murah sangat.. tapi enjin yang ilang harga berganda-ganda mahalnyer
3. Siapa yang songlap banyak duit negara nih..

dan banyak lagie..

11 January 2012

Bom Bawah Kon Polis?

Kan lawak namanyer... biler bom diletakkan bawah kon Polis... itu pon Polis kata tak tau saper yang letak... hahaha

Bhai.. cuba rasional skit... kon Polis nih biasanyer diletakkan berhampiran dengan kawasan-kawasan yang dijaga oleh Polis ... jadi biasanyer Polis akan beradi berhampiran...

Tarak logik la ader mamat mana ntah yang nak angkat kon tue dan letakkan bom jangka buatan sendirik kat situ... giler ker aper... mesti Polis akan nampak punya.... dan mesti akan lagi cepat kena tangkap....

So... tak logik kan kalu ader orang lain sabotajkan kon polis tue... hahaha

Gua saspek.. ini semua aderlah perancangan bhai... perancangan baik punyer ... perancangan teliti dan rapi dari puak-puak yang mudah ader akses dengan kon Polis tue... hahaha... takkan la orang lain yang buat.... tarak logik la...

Hahaha... lu mesti boleh agak gua saspek saper kan... hahahaha .. bukan senang nak letak bom bawah kon Polis ....

08 July 2011

Kreatif Gila

Hahaha... memang lawak la.... tak sangka gua makin hari makin lawak gua dengar berita kat Malaysia nih..... Itulah.. dulu gua ader citer bahawa tak seswai sangat dibuat rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak.... sebab kalu kat Malaysia nih... agak susah nak tentukan lawak mana yang terbaik... terbest... hahaha

Ader orang kater grup Jozan terbaik.. ader orang kata grup Sepah terbaik... ader orang kata group Jambu terbaik... ader orang kata Nabil terbaik... ader plak orang kata... Amir terbaik.... hahaha.... kan susah tue....

Sebenarnya.. yang paling terbaik antara yang terbaik adalah Pasukan Polis diRaja Malaysia.... nasib baik la depa nih tak masuk rancangan Raja Lawak atau Maharaja Lawak.... kalu tidak lagi gempak rancangan tue......

Dulu depa boleh kata... mata lebam sebab tumbuk mata sendiri... lepas tue depa kata liwat boleh berlaku walaupun takder kesan tusukan..... sekarang nih... Polis boleh kata nak buat bahan letupan boleh pakai simen dan kapur ... errr.. kapur barus ker kapur sireh... hahahaha .... yang lagi lawak tue... aderlah serbuk borax decahydrate pon boleh depa katakan sebahagian daripada komponen nak buat bom..... hahahah

Kreatif giler... hahaha... sepanjang pengetahuan gua la... memang la nak buat bom tu tak la susah mana... cuma kena kreatif... tapi tak la sampai mengalahkan McGyver.... hahaha... sampaikan simen dan kapur pon boleh dijadikan bahan buat bom... hebat.... hahaha....

Ini macam kalu... memang memalukan Dr Azahari dan Nordin Mat Top.... depa susah payah nak buat bom guna campuran petrochemical dan oleo... tapi ader plak mamat Kemboja boleh plak buat bom pakai simen dan kapur.... hahaha... boleh menang anugerah Nobel nih.... hahaha...

Aper-aper pon.... gua tabik samer POLIS sebab berjaya menceriakan hari gua nih... walaupun jalan kat KL tengah jem giler sebab polis yang sengaja jadikan ianya jem... tapi pasai mutu lawak yang ditonjolkan oleh PDRM nih la yang buat gua teruja.... Tahniah gua ucapkan...

Lain tahun kalu ader rancangan Maharaja Lawak... boleh la diketengahkan bakat-bakat terpendam dari kalangan anggota polis peringkat atasan nih... sebab yang suka buat lawak nih adalah yang kat peringkat atasan..... anggota peringkat bawahan tue cuma balachi jer... hahaha

Lepas nih... mesti skuad pemusnah bom PGA yang berpangkalan di Hulu Kinta dibawah seliaan Komando 69 (VAT 69) akan melatih anggotanyer cara-cara memusnahkan bom yang diperbuat daripada simen dan kapur.... hahaha... ini campuran utama kalu nak buat konkrit atau lantai rumah nih... hahaha.....

Whoa... tahniah la sekali lagi gua ucapkan.... hahaha.... kreatif giler la Polis Malaysia... boleh la lepas nih berlakon filem tamil... hahaha

24 August 2010

Insiden Bright Sparklers Menjadi Igauan

Dam Dam Dum Bunyi Mercun.... Hahaha... lagu raya la yang paling banyak bawak isu mercun nih... malah isu mercun dan bunga api nih dah lama dah jadi isu.... tetiap tahun ader yang jadi arwah... hilang jari.. hilang tangan.. hilang mata... dan macam-macam hilang la....

Dulu masa gua kecik... sekitar sekolah rendah... gua pon ader main ngan mercun dan bunga api nih... tapi.. mercun yang gua main cuma dari jenis yang cina pakai untuk persembahan tarian singa dan naga tue jer... tue jer yang mampu...

Tapi masa tue senang gak nak dapat bunga api... yang jenis belerang tue... guna jadi slow-slow pecahkan dan hancurkan dier... buat slow-slow.. takut terbakar... pastue kumpul dalam kertas dan bungkus kuat-kuat... pastue... buat primer dier (detonator) dengan bahan yang sama... aper lagie lepas siap .. pasang kat jamban mana-mana.... tunggu la mangsa masuk.... biler mangsa dah masuk... aper lagie... nyalakan primer (detonator) dier tue... dan walla.... meletup tahap gaban punya.... bergegar jamban... hahaha... kekadang tue siap tercabut papan jamban tue kalu tahap bom yang dibuat agak kuat... hahaha...

Tapi... semua kerja tue dibuat dengan berhati-hati... tak boleh dibuat waktu tengahhari atau panas... kena buat dalam keadaan sejuk... hari hujan atau malam hari... masa nak blend bahan letupan tue... bukan aper... sedikit spark pon boleh menyebabkan kecelakaan... dan satu lagie... gua tak isi bahan letupan tue dalam batang besi atau kaca.... tapi bungkuk dengan berlapisan kertas surat khabar... impak dier sama jer... bukan bergantung kepada berapa banyak bahan letupan.. tapi berapa padat bahan letupan tue...

Nak hancurkan serbuk bunga api tue tak boleh pakai benda lain (kayu atau besi) melainkan picit jer dengan jari secara cermat... slow-slow... sebab kalu pakai kayu atau besi.. boleh menyebabkan insiden terbakar.... Gua pernah buat macam-macam jenis bom nih... dari bom raya.. bom ikan... sampailah kepada periuk api buatan sendiri dan IED... Sekitar tahun 1991.. gua dapat pengalaman mengendalikan bahan letupan plastik dari jenis PE4, Semtex dan Emulite 180 ...

Periuk api paling mudah dibuat adalah menggunakan bom tangan + paku dan kekacang basikal ... masuk dalam satu tin pasir.... taktik yang sama semua pasukan gerila gunakan tak kira dimana jua...

Tapi.... biler berlaku insiden Bright Sparklers di Sungai Buluh pada 5 November 1991 yang menyebabkan 26 orang terkorban... menyebabkan gua terus tak bagi sesapa yang gua kenal main mercun atau bunga api... bahaya ooo... tambah pulak bebudak yang buat eksperimen bom nih tak tau aspek keselamatan... gua dulu walaupun baru darjah 5 masa tue... tapi aspek keselamatan gua amik berat masa nak siapkan bom gua.... mata kena pakai safety glass... tangan pakai glove... apron tebal kena pakai....

Ini tidak.... bebudak sekarang nih... main hantam jer... buat macam pro... tak pernah nak dengar nasihat orang... gua dulu pon main gak meriam buluh... tapi tak pecah la meriam bulu tue ... pasai sebelum guna.. kitorang rendam dalam air sungai selama seminggu buluh tue... pastue ikat ketat-ketat lilitan tali rotan pada buluh tue... dah siap.. baru tanam dalam tanah dan dioperasikan.... baru la bunyi dier mantop dan nyaring.... power siot... pasai tue la tak jadi aper-aper insiden kat kitorang... langkah keselamatan semua sudah amik...

So... pada 1991 insiden dikilang Bright Sparklers... 2010... insiden di Terengganu... mati sorang budak tercampak atas pokok.... semua gara-gara mercun dan bunga api.. dan semua kerana aspek keselamatan diorang tak amik kira masa mengendalikan mercun dan bunga api... bodoh ker aper diorang nih...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1