Bhai.... Gua tak tau la sejauh mana boleh "perginyer" sentimen biler BN buat gimik politik murahan sensasi macam nih.... konon parti lawan ader pasang bom kat ceramah BN.... hahaha... kalu parti lawan pasang bom... rasanyer dengan calon dan segala yang ader kat atas pentas tue dah kiok mampus punya... Aper bodoh pasang bom biasa-biasa jer... haha...
Itu la... kalu dalam kapla sudah susah hati biler tak ramai orang pi dengar ceramah dan kempen politik BN... mula la buat-buat cerita sensasi.... hahaha.. ntah-ntah letupan tue cuma letupan mercun bola jer... tambah lagi mercun bola banyak dalam pasaran.. pasai ader godfather yang jaga line supaya barang haram macam nih boleh masuk...
Biasa la... kalu benda haram tapi boleh buat duit macam mercun nih... biasa ader kapla yang jaga... sudah kawtim... polis dan UPP pon sudah dikawtim.... hahaha... saper lagi yang berani kawtim camnie melainkan kalu tak orang-orang besar dalam UMNO/BN..... hahaha
Rasuah tue mainan harian pimpinan UMNO/BN jer... bukan setakat lima enam kupang... tapi beratus juta... malah berbilion.... hahaha...
Tambahan: Gua cukup gelak biler dengar kononnyer benda yang meletup tue IED... pergh.. ini mesti dipasang oleh pakar yang pernah berkhidmat di luar negara.. hahaha... err.. dibuat oleh bekas anggota MALBATT ker??? hahaha
Petugas cedera dalam insiden letupan di ceramah BN
Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Nibong Tebal malam tadi.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil. Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku pada 10.15 malam itu, dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.
"Kita telah arahkan Unit Bom dan Forensik untuk menyiasat jenis letupan yang digunakan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. Abdul Rahim berkata hasil siasatan akan dimaklum secara terperinci pada satu sidang akhbar secepat mungkin.
Terdahulu, majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah.
Bagaimanapun, majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam.
Sementara itu, beberapa saksi kejadian yang berada berhampiran pentas ketika ditemui berkata mereka terkejut mendengar letupan kuat berkenaan dan masing-masing berlari menyelamatkan diri. Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal, 39, berkata sewaktu kejadian, beliau baharu tiba di lokasi kejadian dan hanya sempat mendengar ceramah kira-kira 10 minit sebelum terkejut dengan letupan itu dan menyelamatkan diri bersama isterinya.
Katanya, letupan itu sangat kuat seperti bom menyebabkan semua orang terkejut dan suasana menjadi riuh rendah sebelum beliau ternampak seorang lelaki cedera dan dibawa ke hospital. Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, berkata letupan itu dari longgokan sampah di belakang pentas.
"Letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya," katanya.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta.
"Kita tidak mahu semasa tempoh berkempen ini ada rakyat atau pengundi yang cedera, dan saya nasihatkan semua parti bertanding dapat mengawal emosi penyokong kerana kita tidak mahu peristiwa sebegini berulang lagi," katanya.
Antara barisan penceramah pada majlis itu ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, Ketua Wanita MCA Tan Cheng Liang dan Pengerusi Perhubungan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan.
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
24 April 2013
MELETUP: BN Buat Gimik Politik Murahan
2 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seoran...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
Ini kerja propaganda
ReplyDeleteIngat masa kes Anwar menang kat mahkamah dulu ada 3 nom meletup?
timing silap patut kes kalah baru meletup tapi anwar menang bom meletup juga.. kah kah kah..
Intel dan pengarah silap pecaturan..
Sekarang nak tunjuk kata orang bom ceramah BN pulak.. Sib baik belakang pentas dan tak ramai orang har har har kalau ceramah PR mahu cedera teruk sebab orang ramai sangat lol..
Pasal bom2 ni logiknya kena tanya siapa yg untung bila kejadian ni berlaku?
ReplyDeleteApa yg Pakatan dpt bila letupkan bom tu?