Presiden FAM hari ini telah mengarahkan Ketua Jurulatih skuad bolasepak Harimau Malaya iaitu K. Rajagobal untuk menyediakan satu senarai pemain yang akan dihantar berlatih secara intensif selama setahun di Israel bermula pada 22 April 2013.
Presiden dan Ahli Jawatankuasa FAM sedang menyampaikan cek hadiah RM50 ribu kepada K. Rajagobal |
Tindakan ini bertujuan untuk memperkuatkan skuad bolasepak kebangsaan dalam usaha untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang dimasa akan datang. Tindakan ini diambil setelah Presiden FAM menganalisa hasil dari pertembungan perlawanan persahabatan skuad bolasepak Harimau Malaya dengan skuad bolasepak Palestin malam tadi yang berakhir dengan kemenangan skuad bolasepak Palestin sebanyak 2 gol tidak berbalas.
Pihak Israel telah bersetuju untuk menyediakan satu padang khas bolasepak yang penuh jerangkap samar (personel mines) dan dipasang IED demi untuk memastikan para pemain skuad bolasepak Harimau Malaya boleh mengelecek bola dicelah-celah jerangkap samar.
Ini adalah cara latihan terbaik yang telah diterima oleh skuad bolasepak Palestin selama ini dan pada pandangan Presiden FAM, latihan intensif ini amat sesuai juga diberikan kepada skuad Harimau Malaya. Latihan intensif ini tidak hanya akan diambil oleh para pemain dalam skuad bolasepak Harimau Malaya tetapi ianya juga akan diambil oleh kesemua anggota AJK FAM termasuk Presiden FAM itu sendiri.
Kos untuk latihan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah dana SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) Kementerian Belia dan Sukan yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia Puan Seri Rosmah Mansor.
(c) 2013 Nonama News Network (NNN)
Kuii...kuii.....apecoot!
ReplyDeleteIni macam punya training kapal terbang angkut beg pakaian balik jer bro....haha...
ReplyDeleteBhai, aku terkentut kuat bila membacanya!
ReplyDeleteselain personal mines and ied, dicadangkan juga tambahan sniper sulu untuk menembak pemain yang gaji besar makan tak habis tapi main cam cipan, tapir, tenuk!!(xde kna mngena ngan tajuk blog) kahkahkah
ReplyDeleteHarimau kita pemurah sangat. Tak kisah kalah, tak kisah dimalukan. Janji harimau kita tolong depa kutip derma? Patutnya biar la keputusannya score draw ..seri 2-2 ker, ok la tu. Ni tak, main cam anak kucing tapi ada hati nak dilabel Harimau.
ReplyDeleteRajagobal OUT !
Bhai-Bhai semua...
ReplyDeleteHahaha....skali skala troll Harimau Malaya aper salahnyer... hahahaha.... sebab lawak sangat... ngan Palestin pon boleh kalah teruk..... aper daa...
glecek celah2 jerangkap samar..khakhakahkahkahakhakahkahka...pecah perot wehh hahahahahaha
ReplyDelete