Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Rozali Ismail. Show all posts
Showing posts with label Rozali Ismail. Show all posts

29 December 2022

Jual Selagi Boleh

Bhai/DeeDee semua...

Malas dah sebenarnya nak komen dan ulas pasai Menara Telekom nih... tapi pasai ramai tanya gua... tu yang gua ulas la sikit...

Benda untung ... kena la jual kepada geng-geng... supaya geng-geng tue boleh untung gak...  takkan la nak jual benda rugi... naya la kat geng.... Hahahaha

Simple kan bisnes camnie...  Macam industri air la dulu... benda tu untung kat Selangor... buat semua infra pakai duit Kerajaan Negeri... bila dah siap... bagi free ja kat mamat Rozali tue....  biler ader masalah nak kena repair... paw balik duit Kerajaan Negeri... time untung mamat Rozali nih la yang punya... time rugi semua rakyat Selangor kena tanggung....

Ini semua bangkai la tuan-puan.... bangkai....

Sama macam kes Lembaga Padi dan Beras Negara .... bagi kat mamat Pedofilia tua Perlis... lepas tua dier juai kat Baukaki.... Hahahaha

Jualan Murah


08 April 2013

Mengugut Pengundi La Pulak

Bhai... Lu tau dak... Biler BN dah tahap terdesak... Mula lar diorang main ugut-ugut.... Yang lagi lawak tue aderlah siap ugut para pengundi lagie.... Hahaha.... Punya la cuak....

Pasai tue la diorang tak abis-abis memperkudakan jentera kerajaan... Hahaha... Sebab dengan tue boleh lar ugut rakyat.... Hahaha... Giloss... Takper-takper... Tak kemana diorang tue.... Hahaha

Nih si Peter Chin boleh plak ugut pengundi Selangor dan bekap Syabas seta Puncan Niaga... Semuanya pasai si Rozali Ismail tue... Pasai kepentingan UMNO ader kat situe... Hahaha







23 February 2013

UMNO Rugi Jika Pakatan Kekal Kuasa Di Selangor

Bhai... Hahahaha... hari cuti hujung minggu nih penuh dengan gelak ketawa la... tambah lagi biler baca berita yang kelakar... hahaha... berita yang menunjukkan nampak sangat la UMNO terdesak... nampak sangat la BN dah sampai tahap kronik... terdesak nak mampus.... hahaha... dah tak dapat nak tolong dah.... kebebalan tahap melampau...

Kesian kat UMNO... Kalu lepas PRU13 nanti UMNO kekal kalah di Selangor... rasanyer ramai yang akan bunuh diri kot... Khir Toyo sorang daripadanyer... Noh Omar pon sorang daripadanyer... hahaha.... Sebab tue la Noh Omar dok tak abis-abis mengugut rakyat dan pengundi di Selangor supaya mengundi UMNO/BN pada PRU13... sebab tue la Ezam Mohd Nor, Ruslan Kassim dan Hassan Ali dikerahkan berkempen habis-habisan di Selangor...

Tue belum kira lagi Sohaimi Shahadan, Ibrahim Ali dan ramai lagi... siap dengan bantuan gerombolan KIMMA dan PRESMA lagi... hahaha... dengar katernyer.. 18 ribu kedai/restoren Mamak akan bersatu dan bekerjasama berkempen untuk UMNO/BN ...... hahahaha.... macam mana la Parti Melayu katernyer boleh jadi "mendung" dek kehadiran Mamak Tulekek... hahaha

Dana plak semua disponsor dek SYABAS .... hahaha

Aper daa....
Boleh caya ker MAMAK KIMMA @ PRESMA sekoq nih???
SHAH ALAM - Selangor akan mundur dan rakyatnya akan berada dalam kerugian sekiranya pakatan pembangkang dibenarkan terus berkuasa di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Beliau berkata ini kerana keadaan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak sehaluan akan menyukarkan pelaksanaan projek pembangunan dan akhirnya rakyat sendiri akan rugi.

Katanya keadaan ini jelas bilamana kerajaan negeri sekarang di bawah pakatan pembangkang lebih berminat menunjukkan kuasa mereka dan berpolitik sehingga menghalang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan di Selangor oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata beberapa projek untuk kesejahteraan rakyat seperti cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA di Serendah telah terbantut apabila kerajaan negeri tidak memberikan kebenaran merancang pembangunannya malah telah merampas tapak kampus itu milik Yayasan Kebajikan Kemiskinan.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Seksyen 7 di sini yang dihadiri 3,500 orang daripada 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Selain itu, katanya Projek Langat 2 juga terbantut sehingga sekarang kerana kerajaan negeri enggan memberikan kebenaran merancang bagi pembinaan loji rawatan air mentah yang akan dibawa masuk dari Pahang.

"Terowong air dah siap tapi loji memprosesnya tiada, dan Kerajaan Persekutuan bukannya menggunakan duit kerajaan negeri untuk bina kita cuma minta keluarkan kebenaran merancang sahaja," katanya.

Noh juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata kerajaan negeri Selangor juga lebih hendak menunjukkan kuasa apabila bertindak menggantung projek jalan raya dan prasarana Persekutuan di Selangor sementara menanti proses rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes melibatkan Majlis Perbandaran Sepang.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memutuskan Majlis Perbadaran Sepang tidak mempunyai kuasa untuk meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES (Sistem Pemnguatkuasaan Automatik) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Noh berkata begitu juga dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata, kerajaan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas sambutan Chap Goh Mei dan mendakwa hasrat itu telah mendapat persetujuan Sultan Selangor.

Katanya mengikut amalan biasa jika seseorang Menteri Besar telah menghadap Sultan untuk mendapatkan perkenan pembubaran dewan dan telah mendapat perkenan baginda, beliau seharusnya terus mengumumkan tarikh pembubaran dewan.

Bagaimanapun, Noh berkata sehingga sekarang tarikh pembubaran dewan tidak diumumkan oleh Abdul Khalid dan beliau yakin Selangor tidak akan membubarkan dewan undangan negeri dahulu tetapi akan dibubar serentak dengan Parlimen.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata beliau berharap NGO, merupakan kuasa ketiga di Malaysia selepas Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kuasa Pertama) dan parti-parti politik (Kuasa Kedua), akan terus menyokong kerajaan BN.

Program Himpunan Barisan 1Malaysia pada pagi ini merupakan himpunan keenam NGO-NGO selepas Sabah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor, katanya.

Beliau berkata program yang bermula November tahun lepas dijangka selesai dilaksanakan di seluruh negara pada awal bulan depan

19 January 2013

Pendidikan Percuma Jika Subsidi Gas IPP Dimansuhkan

Bhai.... Ismail Sabri nih cakap macam orang takder akal... Hahaha... Lawak aaa dier nih... Sebenarnya tak perlu pon subsidi barang keperluan ditarik balik pon dah boleh bagi pendidikan percuma... Aper yang perlu aderlah... Simple jer penyelesaiannya...

Kalu Kerajaan Malaysia brani mansuhkan subsidi gas kepada IPP pun dah kira boleh cover semua perbelanjaan pendidikan negara... Boleh bagi pendidikan percuma... Tapi itu lar... Adr masalah kat situe... Kalu subsidi gas kepada IPP dimansuhkan... Mau rasanyer kroni BN yang pegang IPP tue terjun bangunan... Hahaha... Sebab tak mampu nak bayar harga gas tinggi ...

Kalu lu nak tau.. Bisnes IPP la paling untung... Kos penjanaan disubsidikan... Cuma bayar murah jer... Pastu jual elektrik yang dijanakan pada nilai tinggi.. Walaupun TNB tak nak guna bekalan tue... TNB kena beli jugak.... Hahaha... Bisnes kapitalis cam haram paling untung..

Sebab tue la Mokhtar Bukhari tue boleh jadi kaya giler... Semua pasai bisnes songlap... Sama macam Rozali Ismail... Kedua-dua diorang nih sebenarnya bukan pandai bisnes pon ... Diorang cuma ader kabel yang betul.. Dan diorang sanggup nak jual diri diorang dengan setan... Hahaha ... Setan yang dikenali....

Dan nilai yang terbabit dalam subsidi gas untuk IPP nih berjumlah berbilion ringgit.

14 January 2013

Perintah Mahkamah Untuk Akses Kepada Infrastruktur Syabas

Bhai.... nih gua ader dapat info... terkini lagi latest... hahaha.. iaitu..... jeng... jeng... jeng....hahaha

Pihak Kerajaan Negeri Selangor kini sedang menimbangkan bagi mendapatkan satu perintah mahkamah untuk akses kepada semua infrastruktur milik Syabas terutamanya Rumah Pam Wangsa Maju.

Tujuan perintah mahkamah ini diusahakan adalah untuk mencari titik punca permasalahan yang berlaku di premis Syabas terutamanya di Rumah Pam Wangsa Maju yang masih tidak dapat beroperasi sekian lama untuk membekalkan air bersih yang telah terawat kepada penduduk dan sekaligus menyelesaikan belenggu yang membelit isu Krisis Air Selangor/Wilayah Persekutuan.

Buat masa ini, unit undang-undang Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri sedang meneliti semua perkara yang berkaitan dengannya. Jika semuanya berjalan lancar, perintah mahkamah ini akan dapat dipohon seawal yang mungkin.

Dalam pada itu, Kerajaan Selangor mengalu-alukan mana-mana pelanggan bekalan air yang terjejas dengan masalah ini untuk bergabung tenaga menyaman Syabas atas kapasiti pelanggan Syabas dan pihak Kerajaan Selangor boleh/akan membantu menyediakan panel peguam untuk memastikan para rakyat Selangor mampu untuk menyaman Syabas.

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.

09 January 2013

Terbukti Syabas Tidak Pernah Selenggara Peralatan

Bhai.... aper lagi mau cakap samer ini syarikat Syabas.... Memang hampeh... tak payah la CEO dier si Rozali Ismail tue nak berputar belit nak cover line... konon macam bagoosh handle kompeni tue... tapi sebenarnya hampeh... harap gaji jer besor.... dengar citer ratus ribu sebulan... tapi buang duit jer...

Kalu la Syabas nih syarikat awam ... syarikat Berhad... senang-senang jer Rozali Ismail nih dah kena tendang dari Syabas.... bukan setakat kena pecat... tapi kena tindakan tatatertib..... sebab tak pandai menguruskan syarikat....

Memang wajar la Kerajaan Negeri Selangor campur tangan (step in) dalam Syabas... demi untuk memastikan kemudahan air bersih kepada rakyat dapat dilaksanakan... Nih skrang... Syabas dan Rozali Ismail nih dah menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan...  tak tau la kalu orang Selangor masih ramai yang bodoh lagi sokong UMNO/BN ...

Terbukti Syabas tidak pernah selenggara peralatan dan pekakasan serta infrastruktur perawatan dan pembekalan air..... Hampeh betul lar... bayangkan ... sampai vendor pon terpaksa dedahkan kepincangan Syabas.... aper daaa... yang lagi lawak tue... udahla sendiri tak buat maintenance... tapi tak upah jugak vendor kasi buat periodic maintenance.... giler aper... betul-betul la Rozali Ismail nih jenis bodoh nak mampus... tak pandai handle syarikat.... hahaha



08 January 2013

Air : CEO Syabas Kena Maki

Bhai.... nasib baik gua dah pindah ke Pantai Timur nih dah lebih 7 tahun... kalu gua masih lagi menetap di Shah Alam.... rasanyer ader chan la CEO Syabas nih kena maki.... hahaha.... nasib baik lar.... hahaha... Bukan aper.... lu bayangkan la..... lu bayangkan sambil tutup mata aaaa.... hahaha

Lu bayangkan la macam mana CEO Syabas nih.... ala si Rozali Ismail nih..... buat kerja... gaji udah ler besar gedabak... dengar citer ratusan ribu sebulan... tapi Syabas yang dier lead pon tabley nak manage dan selenggara semua infra ..... Kutip duit bulanan dari orang awam pandai plak... tapi maintenance.... out... hancuss...

Alasan paling lawak yang gua dengar dari jurucakap Syabas aderlah katanyer... kemudahan yang rosak tersebut tidak dapat dibaik pulih walaupun dah lama atas sebab tidak cukup peruntukan (dana @ duit la tue) dan alat ganti tiada....

Wei.. giler aper lu nak jalankan bisnes begini besar tapi tak sediakan peruntukan untuk maintenance.... giler aper wei... dan satu lagi... takkan la takder workshop internal yang buat maintenance dan repair itu semua... Takkan la jalankan syarikat utiliti... tapi takder alat ganti... bodoh aper .... Even kedai beskal pon sentiasa ader spare part... itu tak masuk lagi Pusat Servis Proton....

Hahaha... Proton yang dikutuk dek ramai orang tue pon ader spare alat ganti... paling lambat pon sebulan... ini tidak... Syarikat Syabas yang CEOnyer Rozali Ismail tue kendalikan pon tak pandai nak ader buat stok spare part ker... hahahaha... maknanyer... Syabas aderlah kompeni paling teruk la dalam Malaysia nih.... hahaha

Maybe la kot... semua nih jadi sebab nih pasai Rozali Ismail tue bukannyer pandai mengurus maner pon... gempak jer lebih... usahkan Syabas dier nak manage kelam kelibut.... tahun 2010 pon Rozali Ismail nih dah kantoi bini kedua mintak cerai.... aper daaa... satu pon tabley nak handle... gatai mau dua... hahaha

Aper-aper pon.... kemelut air di Selangor dan KL yang terbaru nih yang memperlihatkan sisi sebenar pengurusan Syabas dan Puncak Niaga dalam proses perkhidmatan air... hancuss... dan membukan mata kiter semua untuk lihat bagaimana Syabas dan Puncak Niaga mengendalikan kerja-kerja senggaraan prasarana... Sampaikan takder peruntukan dan alat ganti... macam mana la kerja camnie...

Gua rasa aaa.. Krishnan (jiran gua kat kampung) yang jaga panggung wayang kat Ipoh dulu tue pon pandai nak handle syarikat Syabas dan Puncak Niaga nih.... dier tak pernah stop lama projektor panggung wayang walaupun cuma ader satu jer projektor.... semua alatganti dier ader... hahaha


Alasan camnie memang nak bagi chan kena maki sesia jer... hahaha ... Wei orang Selangor, KL dan Putrajaya... lu orang taknak maki ker Rozali Ismail nih... Oh yer... Ketua Agama Islam yang pagi dier nih pingat ... tak rasa malu ker bagi pingat kebesaran kat orang bangang macam nih ker??? hahaha ... Seeloknyer tarik balik jer pingat tue... pasai Rozali Ismail nih dah sabotaj negeri....  hahaha

05 January 2013

Air : Harap CEO Syabas Tidak Terjun Bangunan

Bhai... La nih kecoh satu Selangor dan KL biler ramai peniaga dan pengguna merungut dan bercadang nak mengambil tindakan saman terhadap Syabas ekoran ketidakcekapan Syabas dalam menguruskan pembekalan air..

Hahaha... Gua harap la... Kalu semua orang nih saman... Harap jangan la CEO Syabas amik keputusan terjun bangunan.... Itu bukan jalan penyelesaiannyer.. Kiter tau la lu cuma proksi jer dan bukannyer tau nak handle Syabas tue... Kiter paham... Tapi jangan la cuba nak amik cara bodo dengan terjun bangunan.... Hahaha

Aper kata lu sedekah kan balik semua gaji yang melampau banyaknyer yang lu dapat selama nih untuk menjadi pampaaan kepada semua yang terlibat.. Gua tau nilai tue tak cukup tapi at least ader la skit...

Dan lagie kalu boleh aaa jangan lupa ... Syabas selama nih cuma handle bab kutipan jer... Bab senggaraan memang out... Takper la... Rakyat boleh tutup mata kalu lu mengaku bahawa aper sahaja tindakan Syabas selama nih diarahkan oleh UMNO... Senang jer kan... Tak payah la lu nak amik keputusan terjun bangunan Wisma Rozali Ismail kat Shah Alam tue...

04 January 2013

Air : Syabas Cuai Kerajaan Selangot Dipersalahkan

Bhai... Betul lar kata Mahathir Mohamed... Takder yang bijak lagi tinggal lagi dalam UMNO.. Semua yang ader bangang-bangang belaka... Dari ahli biasa sampailah kepada pemimpin UMNO... Semuanya memang bangang.... Hahahaha... Termasuklah si bangang Sohaimi Shahadan... Hahaha

Ader ker patut kecuaian pengurusan Syabas dipersalahkan kepada Pentadbiran Kerajaan Selangor .... syabas aderlah entiti bisnes... Yang dipengerusikan oleh seorang anak kampung Felda Gedangsa yang takder pengalaman dalam pengurusan air... Rozali Ismail nih dapat lead Syabas hanya kerana kabel baik dier (ader citer disebaliknya) dengan Muhammad Mohd Taib... Hahahaha

Gaji CEO Syabas nih beratus ribu sebulan... Tapi pengurusan tak reti... Dan akhirnya Syabas selama nih langsung tak menguruskan infrastruktur air dengan baik dan berkesan... Mana taknyer... Dulu masa Khir Toyo lead Selangor... Senua projek senggaraan dan baikpulih dilakukan dengan duit dan tenaga kerja Kerajaan Selangor... Tak pakai langsung dana dalaman Syabas.. Tapi bab kutipan duit dari pelanggan semua masuk kat kantung Syabas..

Nih masa Khalid Ibrahim lead Selangor... Kerajaan Selangor takmo diperkudakan oleh Syabas demi keuntungan Syabas... Jadi ... Kerja senggaraan dan baikpulih semua kena buat sendiri oleh Syabas... Jadi oleh kerana takder reti nak handle... pasai selama nih lepas tangan... tue yang jadinyer rumah pam pon rosak dan kantoi... Sampaikan takder contigency planning... Bodo betul lar...

Tue yang berlaku skarang nih... Tapi yang lawaknyer... Pasai kecuaian dan ketidakcekapan Syabas dalam pengurusan perkhidmatan air... Maka rakyat Selangor jadi mangsa... Dan yang lagi lawaknyer... Kerajaan Selangor dipersalahkan... Walhal... Ini salah Syabas sendiri...

Gua rasa patut semua rakyat yang terjejas dengan air tue saman jer Syabas dan CEO nya.... Buat jer "Class Action Suit" ... Try sorang saman RM10 juta... Kalu ader 10 ribu yang terjejas... baru RM 100 bilion.... Hahahaha... Rozali Ismail boleh bayar punya... Kan ker dier selalu balik kampung kat Felda Gedangaa naik heli.. Kaya ooo dier tue.. Hahahaha

Jangan dier terjun Menara Wisma Rozali kat Shah Alam tue udahler.... Hahaha

24 September 2012

Iklan Catuan Air Ditaja Oleh Syabas?

Bhai... ader orang kasitau gua yang penggambaran iklan catuan air di Selangor yang khabarnya dirakam dan dilakonkan di PJ ini ditaja oleh Syabas .... err.. betul ker iklan catuan air ditaja oleh Syabas? Pergh... hebat aaar kalu camnie... Berapa kos Syabas kena keluar modal aaa.... Kalu bukan Syabas... saper yang taja... Noh Omar ker... atau... hahaha.....Rozali Ismail .....  ala.. jangan malu-malu aaaa bagitau citer sebenar... hahaha

Lepas nih.... lu dan gua boleh tengok ader lagi penggambaran macam nih mengenai beberapa isu... Maybe akan dilakonkan kat Pahang.... bagi isu air... dan banyak lagi yang boleh dijadikan modal penggambaran...

Hahaha.... Nih gua nak cadangkan lar.... lepas nih jangan lupa buat lakonan masalah sampah sarap di Selangor yer.... amik la pelakon tambahan... boleh buat kat Seksyen 21 Shah Alam.... kan kat situe kawasan kubur.... hahaha... chanteq sangat la...

Pergh... gua rasa aaa... lepas nih industri lakonan dan penggambaran kat Malaysia nih mesti akan lebih baik atau setanding dengan kat Hollywood atau Bollywood.... hahaha... gua rasa berbangga la... Mesti lepas nih cukup mudah la nak dapat sen... jadi jer pelakon tambahan... hahaha

Masyuk... Masyuk....  Aper kelas la setakat buat iklan infomersial... baik buat telenovela ker... telemovie. ker... tak pon buat jer wayang 35mm ... pergh.... hebat... Malaysia Boleh.... 1Malaysia Boleh.... hahaha .. kalo pelakon kat Malaysia tak cukup... boleh impot dari HongKong atau India... tak pon boleh jemput Tom Cruise, Drew Barrymore dan ramai lagi pelakon kat Hollywood tue... Nak muka garang.. amik jer Clint Eastwood.... hahaha

Pelakon utama untuk iklan catuan air di Selangor nih aderlah Mohd Ali (Pejuang Tunjuk Ponggong)... hahaha

09 August 2012

Cakap Macam Mamak

Bhai... gua cuma tak suka sikap mamak yang biasanyer hipokrit... kalu kat depan media.... berabuk cakap Omputih... kalau ngan kengkawan... mamak nih nampak lebih terra berbahasa Melayu dari orang Melayu... tapi biler kat rumah,.... pergh... cakap Tamil tue... hahahaha....

Hahahaha... hancusss.. hancuss... tak kira la yang takder pendidikan tinggi ka.. atau ader pendidikan tinggi.... tak kira la yang jual chendol ka atau yang jadi KSU... hahahaha.... aper la gua melalut nih... hahaha...

Gua cuma nak tekankan satu peribahasa baru.... "cakap macam mamak" bermaksud sikap putar belit mengalahkan ular tedung seluar.... hahaha... ngarut.... keji sungguh lar... hahaha.... tapi nak buat camana.... dah peribahasa tue gua yang buat... suka gua la...

"Cakap Macam Mamak" tidak semestinyer hanya diadaptasikan kepada golongan mamak semata-mata... tapi.. boleh gak digunakan kat mana-mana SOTAN ker... KINGKONG ker... DEWA ker... Orang Politik ker... ataupun paling cikai pon terhadap Orang Korporat @ Keparat.... hahahaha

Nih ader satu contoh "Cakap Macam Mamak" .... biler panggil meeting lari.... ilang... tak dapat dikesan... tapi pandai plak bagi statement kat media yang kononnyer dier bersedia duduk semeja.... macam haram kan.... memang la "Cakap Macam Mamak" ... hahahaha  ....  spesis ini aaa. kalu jumpa kat mana-mana ... ketuk kapla Mahathir dulu.... hahaha....

Ini orang aaa.... boleh percaya ka???

26 July 2012

Selangor Tidak Perlu Campur Tangan Urusan Syabas

Bhai... ini ketetapan gua.... Selangor tidak perlu campur tangan urusan Syabas....

\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/

Pasai apa..... hehehehe ,,,,,, pasai...  Kerajaan Selangor boleh ujudkan satu Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle - SPV) untuk kendalikan semua urusan berkaitan air....

Biarkan ajer Syabas terkontang kanting idup tanpa kerja dan operasi... hahaha....  Buat aper nak campur tangan dalam Syabas.... kasi biar jer.. gunakan Klausa 32 untuk tender balik urusan air nih kepada syarikat yang berkemampuan....

Bukan ker kakitangan Syabas sendiri yang dok sokong aper sajer CEO dier buat....... jadi kiter biarkan kakitangan dan CEO Syabas nih kekal dalam kompeni yang dormant... takder kerja dan operasi... boleh la gaji diorang dibayar oleh Rozali nih pakai duit gaji berjuta yang dier terima selama nih..... hahaha

19 July 2012

Kabinet Terpaksa Tolong Syabas?

Bhai... aper citer nih bhai.... tak pernah dengar citer syarikat yang nak terbongkang dibantu oleh Kabinet... siap bukak satu jawatankuasa khas... fuh... spesial sungguh syarikat Syabas nih aaa...

Atau.... kalu mampus Rozali Ismail CEO Syabas tue terbongkang kena pecat.... susah la UMNO/BN nak tawan Selangor... dan susah la nak dapat modal... hahaha... sebab Rozali Ismail nih funder yang paling besor bagi UMNO/BN ..... kroni maaa... bukan stakat kroni... tapi proksi.... hahaha

Baca Sini... Kabinet tubuh JK khas isu air
Baca Sini... Mereka Merancang...

06 April 2010

Zainal Sakom, YBK, Rozali Ismail, Puncak Niaga, Syabas & Hulu Selangor

Pergh... buat pertama kalinyer gua punya tajuk artikel terlampau panjang.... hahaha... lebih dari tiga gengam... hahaha .. Apa kaitannya Zainal Sakom, YBK, Rozali Ismail, Puncak Niaga, Syabas & Hulu Selangor nih.... hahaha.. tentulah ader bhai.. lu ingat gua sesajer jer ker buat tajuk nih..

Ini semua cerita tentang penyamun, perompak, penipu, kaki kencing dan sebagainya... hahahaha....

Pertama sekali... mai kita kenal mangkuk Zainal Sakom nih... dier orang Hulu Selangor la bhai.. kalo tak silap gua.. dier nih orang Gesir Tengah, Hulu Selangor... hahaha... kononnya hebat bab agama nih.. belajo tinggi bab agama... ayat Al Quran kat bibir jer... tapi... itu semua cover-up jer bhai... dimulut lain.. dihati lain...

Cuba lu cek berapa banyak dah duit Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dah disonglap.. dilenyapkan.. disenyapkan.. dan dienjoy oleh mangkuk nih... Benda nih bukan baru... Walaupun Zainal Sakom nih pengerusi YBK... tapi haram .. masih banyak lagi orang miskin tegar kat area Hulu Selangor nih... akaun YBK pon tak diaudit.. haram macam mana diorang kendalikan akaun YBK ntah saper pon tak tau... Inilah satu contoh penyamum dan kaki kencing yang bertopengkan agama... hahaha...

So ... citer tentang Rozali Ismail, Puncak Niaga dan Syabas gua dah tulis dah semalam... jadi hari nih maleh la nak citer benda yang sama.... kalu nak tau.. baca la artikel semalam....

Hulu Selangor terkenal dengan mempunyai banyak mangkuk kaki songlap, penipu, penyamun dan kaki rasuah peringkat tertinggi yang secara otomatiknya memang orang UMNO/BN .... nak tau saper lagie.... hahaha... cuba cek Muhammad Mohd Taib... bekas MB Selangor yang kantoi kat Australia pasai bawak duit tunai dalam beg seberat 19 kilogram tue.... Dier terlepas pasai dier kata dier tak reti Bahasa Inggeris kat dalam Mahkamah... hahaha... lawak.. lawak...

Kalu Pakatan Rakyat nak menang kat PRK P094 Hulu Selangor nih.... paling senang sekali cuma guna isu YBK jer... akaun YBK yang tdak diaudit... macamana YBK ader banyak duit tapi tak tau dah kemana menghilang.... Zainal Abidin Sakom sure terkincit punya la... hahaha... campurkan skit isu Puncak Niaga dan Syabas... hahahaha.... masak tue... belum lagi kalu campur isu PERKASA ... kalu BN letak calon bukan Melayu kat kawasan majoriti Melayu Jawa nih... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1