Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kerajaan Negeri Selangor. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Negeri Selangor. Show all posts

03 June 2013

Gua Mahu Jawatan Dalam GLC

Bhai.... Aper lagi yang mamat nih tak puas hati ... Hahaha... semua orang tau yang si mulut longkang nih mahukan jawatan CEO mana-mana GLC yang buat duit dalam Selangor... Hahahaha... samer ngan geng baik dier.... yang lagi dua mangkuk tue... Hahaha.... diorang teringin benar nak dapat jadi CEO GLC.... hahahaha.... Kesian... Kesian dier.... Hahaha

Hahaha... Wei Shuhaimi Shafiei ... kitorang tau la lu punya agenda.... hahaha... tak payah lagi nak cover.... hahahaha..... ader paham ka???

Tentang jawatan Saifuddin Nasution tue....dah nama jawatan dier Pegawai Perhubungan Politik ... tentulah orang politik yang duduk... tambah lagi orang politik jenis yang bukan kelapaq duit ringgit... hahaha... jenis yang berpegang kepada idealisma..... Takkan la jawatan Pegawai Perhubungan Politik nak diisi dengan orang yang bukan arif dalam bidang politik....

Tambah lagi.... takkan la Khalid Ibrahim nak lantik kapla-kapla kelapaq duit dan pangkat yang bercambah dalam Pakatan Rakyat Selangor.... hahaha..... sori aaa... Khalid Ibrahim takkan lantik lu sebab lu memang jenis kelapaq duit... samer macam Zuraidah tue.... samer macam Azmin Ali.... mau terbongkang la Selangor kalu orang macam nih dipilih..... hahahaha ...

Takkan la Khalid Ibrahim nak lantik Hassan Ali kot,...... lagi la lawak....

Ader paham ka???


14 January 2013

Perintah Mahkamah Untuk Akses Kepada Infrastruktur Syabas

Bhai.... nih gua ader dapat info... terkini lagi latest... hahaha.. iaitu..... jeng... jeng... jeng....hahaha

Pihak Kerajaan Negeri Selangor kini sedang menimbangkan bagi mendapatkan satu perintah mahkamah untuk akses kepada semua infrastruktur milik Syabas terutamanya Rumah Pam Wangsa Maju.

Tujuan perintah mahkamah ini diusahakan adalah untuk mencari titik punca permasalahan yang berlaku di premis Syabas terutamanya di Rumah Pam Wangsa Maju yang masih tidak dapat beroperasi sekian lama untuk membekalkan air bersih yang telah terawat kepada penduduk dan sekaligus menyelesaikan belenggu yang membelit isu Krisis Air Selangor/Wilayah Persekutuan.

Buat masa ini, unit undang-undang Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri sedang meneliti semua perkara yang berkaitan dengannya. Jika semuanya berjalan lancar, perintah mahkamah ini akan dapat dipohon seawal yang mungkin.

Dalam pada itu, Kerajaan Selangor mengalu-alukan mana-mana pelanggan bekalan air yang terjejas dengan masalah ini untuk bergabung tenaga menyaman Syabas atas kapasiti pelanggan Syabas dan pihak Kerajaan Selangor boleh/akan membantu menyediakan panel peguam untuk memastikan para rakyat Selangor mampu untuk menyaman Syabas.

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.

31 August 2012

Bila ATM Mula Berpolitik

Bhai... selama nih ... gua dan ramai lagi cukup respek sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pasai diorang tak berpihak bilamana ianya berkaitan dengan isu politik di Malaysia nih... Malah selama nih mereka mengambil sikap berkecuali... seperti yang sepatutnya....

Memang patut pun Angkatan Tentera Malaysia mengambil sikap berkecuali... sebab sebagai satu cabang perlaksanaan kuasa yang menjadi benteng utama negara... sewajarnya mereka tidak berpihak.. dan mengambil sikap berkecuali..  Ini adalah asas kepada pembentukan mana-mana angkatan tentera .... sebab Tentera adalah dibawah kuasa Yang Dipertuan Agong...

Jadi... Jika Yang Dipertuan Agong tidak boleh berpihak... begitu jugalah Angkatan Tentera Malaysia.... tapi tak tau la pulak sekarang nih Yang Dipertuan Agong sudah mula berpihak...sudah mula tidak berkecuali... sudah nampak condong kepada satu arah caturan politik... Benda macam nih bukan lagi pelik di Malaysia... sebab... dalam banyak kes.... ader pihak telah menggenggam telur ...... (ini metafora)

Bila Angkatan Tentera Malaysia telah mengambil sikap tidak mahu menyertai sambutan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, secara otomatiknya... gua nampak bahawa Angkatan Tentera Malaysia kini telah berpihak.. kini telah tidak lagi berkecuali...

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah tidak dapat membezakan antara isu politik dan isu kenegaraan... Malah ATM telah terbawa-bawa sentimen politik dalam urusan negara.... Ini adalah satu perkara dan tindakan yang tidak rasional.. dan ianya amat memalukan...

Bukan sahaja memalukan anggota yang masih berkhidmat, akan tetapi juga bekas anggota yang telah tamat perkhidmatan... Bagi yang masih bersetia dengan slogan ATM iaitu bersetia kepada Raja dan Negara, maka sewajarnya tindakan memulaukan sambutan Kemerdekaan anjuran Kerajaan Negeri Selangor aderlah tidak sopan dan menyalahi tatacara perkhidmatan......

Tindakan ATM mula berpolitik ini perlu dicela.. dan para pegawai atasan ATM disarankan untuk membuat permohonan maaf kepada semua anggota, bekas anggota dan rakyat Malaysia umumnya,.

Sila rujuk di SINI.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1