Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Diktator. Show all posts
Showing posts with label Diktator. Show all posts

04 August 2013

Siapa Tunjukkan Jalan?

Bhai/DeeDee sekalian....

Hahaha.... pergh.... agak-agaknyer siapa yang tunjukkan jalan... Siapa yang ajar teknik-teknik dan taktik untuk memang Pilihanraya Umum di Zimbabwe... Aderkah SPR Malaysia terlibat membantu disebalik tabir... Aderkah kakitangan SPR dipinjamkan ke Zimbabwe...

Hahahaha....  Ini satu lagi Pilihanraya Umum yang penuh magik.... penuh tipu muslihat.... hahahaha... bukan sekali berlaku camnie... dah banyak kali dah..... kalu tak silap gua sejak Mugabe memerintah Zimbabwe...

Gua saspek aaaa.. mesti SPR Malaysia ader bantu skit sebanyak.... hahahaha

Ini Robert Mugabe ... Presiden Zimbabwe... Member baik Mahathir Mohamed

HARARE - Parti Zanu-PF pimpinan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe memenangi dua pertiga kerusi Parlimen, kelmarin. Keputusan tersebut menyaksikan Mugabe memenangi 142 daripada 180 kerusi dipertandingkan.

Bagaimanapun, pesaingnya, Perdana Menteri Morgan Tsvangirai dari Parti Perubahan Demokratik (MDC) mendakwa, pilihan raya kali ini dicemari penipuan.

Beliau memberi amaran mencabar keputusan tersebut jika pemimpin berumur 89 tahun itu dan Parti Zanu-PF memenangi pilihan raya tersebut. Dalam satu kenyataan, Ketua Pemerhati Misi Kesatuan Afrika memberitahu, proses pengundian tersebut dilakukan secara adil.

Dakwaan MDC itu dikhuatiri mencetuskan semula keganasan seperti yang berlaku pada pilihan raya 2008. - AFP

12 May 2013

Berita Yang Amat Menakutkan Mahathir Mohamed

Bhai..... agak-agak lu aaa.... boleh tak kalu jalan cerita berita nih bertukar dan menjadi satu berita yang amat menakutkan Mahathir Mohamed.... Err... agak-agaknyer ader chan tak kiter tengok benda macam nih berlaku di Malaysia aaa....

Gua memang cukup teruja nak tengok benda camnie... bukan aper....terlalu banyak yang telah dibuat oleh Mahathir Mohamed selama 22 tahun pemerintahan dier yang membolehkan perkara camnie kena kat dier... terlalu banyak benda.... daripada isu pembunuhan rakyat Malaysia di Memali... sampailah kepada isu songlap harta negara dan dijadikan harta peribadi...

Bukan dier sorang yang patut kena.... Daim Zainuddin pon patut kena... Itu belum masuk lagi kes BMF.. Bumiputra Malaysia Finance di HongKong yang melibatkan kematian Akauntan Jalil Ibrahim.... dimana terpalit samer syarikat Carrian Group..... banyak oooo...

So.... amacam... biler aaa kiter ader chan tengok benda nih aaa...


18 February 2013

Pandai Mahathir Mohamed Buat Lawak

Bhai... Hahaha... lu orang dah baca tak statement Mahathir Mohamed tentang media alternatif... tentang media Internet... tentang media sosial..... hahaha... Lawak siot.... baru sekarang dier sedar media Internet nih memang menjadi ancaman besar kat BN... selama nih BN boleh kawal maklumat yang sampai kepada rakyat... Ader Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984... jadi boleh la kontrol ... Nih pasai media sosial dan Internet yang bercambah nih... BN langsung kantoi..

Itu maknanyer walapun ader beribu Cybertrooper BN.... walaupun Cybertrooper BN dibayar dengan wang yang banyak setiap bulan (siap ader yang bergaji bulanan.... hahaha)... masih tak mampu mengekang berita dari sampai kepada rakyat... masih lagi gagal mengalihkan cerita... masih lagi gagal memanipulasi keadaan.... Hahaha... maknanyer Cybertrooper BN sudah gagal...

Ini macam kalu... memang masak la BN... dan kalu masak BN.. yang jadi mangsa paling teruk aderlah Mahathir Mohamed... sebab hari demi hari.. semakin banyak kebejatan Mahathir Mohamed didedahkan... dari ader chan jadi tokoh negarawan yang terbilang... sudah jadi mencicit terberak dalam seluar.... hahahaha... Memang Mahathir Mohamed tahu... kalu PRU13 kali nih BN kalah teruk dan pemerintahan Pusat diganti dengan Pakatan Rakyat... akan ader satu perbicaraan khas (yang memang dituntut oleh rakyat dilakukan dalam tempoh 100 hari PR berkuasa) mengenai salah laku Mahathir Mohamed sepanjang memegang kuasa sebagai Perdana Menteri..

Dan orang pertama yang akan ditarik sebagai saksi aderlah Khir Toyo (yang juga akan disumbat kedalam penjara tanpa ader tangguhan lagi). Dan perbicaraan pertama yang akan menanti Mahathir Mohamed aderlah berkaitan dengan isu 1985 iaitu insiden Memali... Ianya akan dibicarakan kembali secara telus dan semua yang terlibat dan terbabit akan didakwa..... hehehe... Itu belum lagi kes insiden Al Maunah yang juga akan dipohon untuk dibicarakan semua... sebab ader banyak benda yang pelik didalam insiden itu...

Kes lain yang juga akan dibicarakan sebagai usaha mengheret Mahathir Mohamed ke Mahkamah aderlah kes berkaitan dengan isu IC Sabah yang sekarang ini sedang dalam perhatian Suruhanjaya Diraja.... hahaha... memang masak la Mahathir.... hehehehe... Aper-aper pon... Memang Mahathir Mohamed pandai buat lawak dalam statement dier... hahaha...


KUALA LUMPUR - Kebebasan yang ditawar media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, menerusi media alternatif, sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang kenyataan yang mereka suka secara langsung di Internet, tanpa sebarang kawalan kerana tidak ada pengurus, editor atau penyunting untuk mengubah isi kandungannya.

"Bahasa kesat dan berbaur perkauman juga menyebabkan ketegangan semakin meningkat di kalangan masyarakat. Segala jenis tuduhan dibuat tanpa sebarang asas. Ketika ini, kita boleh melihat klip video yang telah diubah, dimuat naik dalam YouTube," kata beliau dalam entri terbaharu blognya.

Dr Mahathir merujuk klip video yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan 'tidak'.

"Kini didapati perkara itu dilakukan dengan membawa satu kumpulan yang dilengkapi kamera video dan mikrofon ke dalam khalayak. Apabila PM menyoal 'Adakah anda bersedia untuk BN', kumpulan ini menjeritkan 'tidak' sebagai respons.

"Ia kelihatan seolah-olah keseluruhan khalayak menjeritkan perkataan 'Tidak'. Walhal hanya satu kumpulan ini yang menjeritkan 'Tidak' kepada mikrofon mereka. Perkataan 'Ya' daripada sekumpulan besar khalayak lagi tidak dirakam dan dimasukkan dalam klip video yang dimuat naik di YouTube.

"Rakaman ini segera dimuat naik ke YouTube dan merebak ke blog lain. Meskipun terdapat video lain, yang menunjukkan khalayak mengangkat tangan dan menjeritkan perkataan 'Ya', dimuat naik dalam YouTube selepas itu, kebanyakan orang tidak mempedulikannya. Mereka terus mempercayai klip video palsu ini," katanya.

Menyedari perkara ini adalah hasil langsung kebebasan yang ditawar media alternatif, Dr Mahathir berkata, "Kebebasannya hampir mutlak."

Dr Mahathir berkata, meskipun media alternatif memberi kebebasan kepada semua orang untuk menghebahkan apa sahaja yang mereka suka, penggodam dan yang lain juga boleh menyekat entri sesiapa yang mereka pilih.

"Setakat ini, saya sendiri terpaksa menukar lima laman untuk blog saya kerana entah bagaimana ia diusik sehingga menyebabkan orang ramai tidak boleh mengakses blog saya, dan saya berjaya disenyapkan.

"... Namun saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan orang yang mungkin ingin menghalang kebebasan saya menerusi media alternatif," katanya.

18 July 2012

Che Det Tanya Mengapa Dia Dilabelkan Diktator

Hahahahaha.... gua cukup kesian kat orang tua nih... dah la kubur kata mari... orang masih dok benci lagi samer dier... dier dah pencen dah... buat aper orang nak benci kat dier... siap harinih Che Det tanya mengapa dia dilabelkan diktator.... hahaha

Hahahaha... buat-buat tak tau la plak.... itu la Melayu.... Melayu Mudah Lupa.... hahaha... dah nyanyuk kot... hahaha

Kesian.... orang tak puas hati kat Najib... Che Det yang kena maki... Orang tak puas hati kat Pak Lah... Che Det gak yang kena maki.... Orang tak puas hati kat SPR ... Che Det jugak yang kena maki... Orang tak puas hati kat puak-puak Feudal... Che Det gak yang kena maki..... hahaha

Yang lagi best tue... semua yang dier tulis dan soal kat dalam blog dier... memang itulah jawapannyer... hahaha... dier tanya soklan... dan dier bagi jawapan sendiri.. sedihnyer... hahahaha... kesian... dah kena penyakit nyanyuk dah orang tua kutuk nih.... hahaha

Kesian...  hahaha... woi Che Det... kalu lu nak tau.... kat dalam dunia nih cuma ader 4 ekor jer celaka diktator ... satu memang kapir... dan tiga lagi mengaku Islam....


  1. Raja Saud
  2. Idi Amin
  3. Mahathir Mohamed
  4. Ferdinand Marcos
Tiga ekor yang mengaku Muslim nih memang jenis celaka punya.... paling teruk skali yang patut dicelakakan aderlah Raja Saud... 

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1