Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label P-Hailing. Show all posts
Showing posts with label P-Hailing. Show all posts

12 April 2023

Bukan Isu Terpencil

Bhai/DeeDee semua..

Dah lama gua suarakan benda nih... isu rider atau driver dizalimi oleh syarikat pengendali p-hailing atau e-hailing nih bukan isu terpencil... bukan isu kecil... Kerajaan selaku pemerintah perlu membuat satu akta lengkap untuk mengawalselia perkhidmatan ehailing dan phailing nih..

Syarikat tak boleh sewenang-wenangnya membuat peraturan sendiri dan harga sendiri.. perlukan dapat kelulusan dari agensi kawalselia dan Kerajaan...

Sama ada Kerajaan menguatkuasakan akta APAD dan Sumber Manusia... itu semua dibawah kuasa Kerajaan... bab penetapan harga minima pun kena ada la jugak... tak boleh la harga terlalu lantai sampaikan rider dan driver tertekan...

Perlu ada win-win solution...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Menteri Sumber Manusia V Sivakumar telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang penghantar makanan yang dia dizalimi oleh sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, yang tular baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Twitter beliau, Sivakumar berkata pegawai kementerian itu akan menghubungi syarikat berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Saya ambil maklum dan telah mengarahkan pegawai saya... untuk menyiasat dan selesaikan isu ini dengan segera,” katanya di Twitter.

Sabtu lalu, media melaporkan penghantar makanan berkenaan, Muhd Saifuddin Mustafa, 28, menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa gaji yang diterimanya hanya RM500 dan bukan RM800 seperti yang sepatutnya.

Video luahan kekecewaan individu yang dimuat naik di aplikasi TikTok menggunakan akaun saifulxander tular baru-baru ini, mendapat lebih 900,000 tontonan, setakat ini.

03 June 2022

Jangan Menchilok

Bhai/DeeDee semua...

Bahaya wei kalu menchilok dari sebelah kiri... silap-silap boleh kojol sebab eksiden... tengok gambarajah dibawah.. Chilok kena selalu dari sebelah kanan.. bukan dari sebelah kiri.



23 May 2022

Mahukah Kerajaan Kelantan Terima Cadangan?

GetRunner adalah perkhidmatan penghantaran segera yang melibatkan motorsikal dan kereta. Dan ianya lebih tertumpu di Kelantan dan Pulau Pinang serta Selangor dan Terengganu.

Kalau lah Kerajaan Kelantan bijak… dan bersedia untuk memberikan satu peluang pekerjaan bagi belia dan warga Kelantan, pada gua GetRunner adalah satu pilihan yang tepat.

Sebelum ini ada cadangan dari #EXCO Kerajaan Kelantan agak belia di sana menceburi perkhidmatan beca. Pada gua ini satu cadangan yang dangkal dan memperlihatkan ketidakperihatinan Kerajaan Kelantan dengan teknologi dan peluang pekerjaan.

Kalaulah Kerajaan #Kelantan bekerjasama dengan GetRunner … terutamanya dengan menggalakkan pernggunaan perkhidmatan penghantaran bagi agensi-agensi terkait dengan Kerajaan Negeri, maka tentunya itu adalah pilihan yang tepat dan lebih baik.

Belia Kelantan akan ader peluang kerja dan tentunya secara tidak langsung akan menjana ekonomi negeri.

Tapi biasa la…. gua cuma mampu bagi cadangan sebab gua baik ngan bos GetRunner tue… tapi kalu dah Kerajaan Kelantan sendiri pon selow… nak buat camana..

Hahaha…

Nak kekal perintah negeri… tapi takder idea untuk membangunkan negeri….

Adoilah… Ader pantai yang menarik macam di Tok Bali… tapi tak dimanfaatkan… Sampah tak berkutip… semak samun tak di bersihkan.. Adoilah.




20 January 2021

#SiBodohKauDengarSini

Bhai/DeeDee semua...

Benda dah jadi viral.... nak buat macam mana... sampaikan MCMC pon kena troll... hahaha... dan laju pulak MCMC (SKMM) keluarkan kenyataan balas.... hahaha... lawak siot...

Pada gua hashtag #SiBodohKauDengarSini tue bukan sekadar nak citer pasai keputusan membenarkan kedai makan beroperasi sehingga pukul 12 malam... tapi ianya menepati sasaran atas apa sahaja keputusan Kerajaan Malaysia yang rakyat rasakan memang bodoh...

Benda bodoh kita kena la katakan bodoh... mana boleh benda bodoh kita katakan pandai...

Itu bangang namanya... Hahaha

Jadi hastag #SiBodohKauDengarSini tu merangkumi semua sekali arahan bodoh yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah termasuklah juga dari Perdana Menteri...

So... kepada SKMM (MCMC) ... relaks aaa skali skala kena troll.... hahahaha.... jangan la amik hati....



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1