Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Masa Depan. Show all posts
Showing posts with label Masa Depan. Show all posts

29 January 2023

TMJ Tawar Khairy Sebagai CEO JDT - Mampukah KJ Mengetuai JTDFC?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) pernah bertelagah (tak ngam) dengan Tunku Ismail (Tengku Mahkota Johor @ TMJ) ... jadi bila TMJ tawarkan Khairy menjadi CEO JDT ... timbul satu pertanyaan...

Mampukah KJ mengetuai JDTFC? Ini persoalan utama... takut asbab pertelagahan... maka JDTFC akan jadi lebih kecamuk... Apa pun... kita tunggu dan lihat.... sediakan pop-corn dan air kola... Hahaha

TMJ tawar Khairy sebagai CEO JDT
#KhairyJamaluddin #TMJ #JDTFC #JDT #Sukan #PenasihatOrangMuda #CEO #TunkuIsmail #Bolasepak #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react

20 January 2023

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

Bhai/DeeDee semua...

Biar Demokrasi dalam UMNO berjalan. Bila kita bercakap mengenai Demokrasi, UMNO perlu benarkan proses ini berjalan sepertinya. Kedua-dua pendapat adalah betul.

Pendapat yang tak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada PAU2022 adalah betul begitu juga pendapat yang sebaliknya yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.....

Biarkan Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society @ RoS) melaksanakan proses semak dengan teliti dan seimbang.

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

#PAU2022 #perhimpunanagungumno #PehimpunanPengampu #UMNO #KhairyKJ #KhairyJamaluddin #PRU15 #Undian #RoS #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

07 December 2021

Surat KJ Untuk Berita Masa Depan

Bhai/DeeDee semua...

Hebat Khairy Jamaluddin nih... dengan surat KKM yang beritanya datang dari masa depan.... Hebat kan...

Hari nih 7 Disember 2021... tapi surat nih ader tajuk berita tarikh pada 13 Disember 2021.. Hahaha



14 May 2013

Yang Ini Gua Salut

Bhai... Satu perkara yang gua respek sama Zed Zaidi... Sejak dier jadi Presiden SENIMAN... nampak ader banyak perubahan yang dier bawak... nampak dier nih professional dalam kerjabuat dier... Tak kisah la dier ader pegangan lain dalam politik... tapi ... dier nih memang gua rasa Presiden SENIMAN yang terbaek selama nih... yang ini gua salut.... memang gua salut... dier ader wawasan...

Cara dier kendalikan Persatuan SENIMAN memang bagoosh... inilah anak muda contoh... Kalu dier nih melonjak naik dalam UMNO pon gua tak terkejut... sebab dier ader karisma untuk lead... tambah lagi dier nih selalu kedepan kalu bab kepentingan ahli persatuan...  Nih bab perumahan... memang betul.. gua cukup tau... berapa la sangat artis Malaysia dapat...

Kalu royalti lagu tue... berapa sen jer satu album... walaupun satu album dijual RM25 .. yang kaya aderlah produser dan penerbit album.... penulis lirik pon dibayar ciput... gua ader satu lirik lagu yang dinyanyikan oleh satu kumpulan artis lelaki tue.... harga album dijual sekitar RM18 .... tapi... satu album gua dapat cuma RM0.50 jer.... plak tue dibagitau album tak laku.... walhal lagu tue memang hit gak... rupanyer... sebenarnya album tue dicetak rompak sendiri oleh penerbit dan produser dan dijual secara haram untuk kepentingan diorang.... jadi yang ader dalam senarai cuma sedikit jer... tak sampai 10 ribu salinan... walhal yang haram cetak rompak cecah 100 ribu salinan.... hampeh...

Gua tak nak la sebut mana satu syarikat penerbitan tue... hahaha.... nanti lu orang tau plak lagu yang mana gua buat.... hahaha... itui citer lama... citer tahun 90'an dulu.... hahaha


Agenda baru Zed Zaidi dalam Seniman

“Bagi saya sudah sampai masanya kita mempunyai sebuah perkampungan atau penempatan bagi golongan artis dan penggiat seni, agar kebajikan penggiat-penggiat seni dijaga dengan baik,” itulah luahan Presiden Seniman Malaysia Zed Zaidi ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Perumahan Alfafa di Hotel De Palma Ampang.



Menurut Zed, ini salah satu agenda yang baik bagi menjaga kebajikan para penggiat seni dan setidak-tidaknya artis di negara ini dihargai oleh pelbagai pihak dan juga kerajaan.

“Di Hollywood misalannya, sudah ada perkampungan artis di sana. Mudah bagi mereka untuk berbincang dan berjumpa bersama rakan artis yang lain. Secara tidak langsung penggiat-penggiat seni dapat memfokuskan untuk menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu lagi,” katanya

Beralih mengenai kerjasama Seniman bersama ALFAFA Consortium(AFS), Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, berkata kerjasama itu dapat membantu rakan –rakan artis mendapatkan rumah mampu milik dengan kadar harga yang lebih murah.

“Ini adalah satu langkah kerjasama yang baik kerana ianya dapat membantu artis-artis yang kurang berkemampuan bagi memiliki rumah sendiri.

“Tidak semua artis yang ada rumah sendiri, amat sukar untuk membuat pinjaman kerana tiada penyata gaji dan sebagainya. Oleh sebab itulah, pihak SENIMAN bersetuju untuk bekerjasama dengan AFS Consortium bagi membantu rakan artis memiliki rumah sendiri dengan kadar yang lebih murah,” katanya.

Sementara itu, beberapa rakan artis yang hadir pada Majlis Pelancaran menyambut baik inisiatif SENIMAN bagi membantu golongan artis tanah air memiliki rumah sendiri. Pelawak veteran Abon, melihat usaha ini sebagai suatu peluang yang tidak harus dilepaskan.

“Saya melihat ini salah satu usaha yang baik dari Persatuan dan Alfafa untuk membantu kami anak-anak seni bagi memiliki rumah sendiri. Saya harap rakan artis jangan lepaskan peluang ini,”

14 January 2013

Analisa Selepas #HKR112

Bhai... ader orang tanya gua... aperkah hasil yang dapat kita lihat selepas #HKR112 .... jadi sebagai memenuhi soalan lu orang tue.... nih gua buat satu analisa selepas usainya #HKR112... Apa yang sebenarnya dicapai dalam #HKR112 (#KL112) dan kemanakah hala tuju selepas ini.

Okeh.... kalu ikut pengumuman dari Jawatankuasa #HKR112, bilangan kehadiran yang didaftarkan aderlah seramai 24,563 orang sahaja... kalu ader lebih dari itu .. ianya tidak didaftarkan (hahahaha).. Oleh yang demikian, makanya pihak pentadbiran Stadium Merdeka dan PDRM tidak perlu menggunakan hujah kehadiran lebih dari 30 ribu orang sebagai point untuk mendakwa atas isu melanggar syarat perhimpunan.

Sebab setiap kehadiran dimana-mana event.. biasanya kita akan kira berdasarkan kehadiran yang didaftarkan.... dan bukannya yang tidak didaftarkan..... hahaha .... tidak kisah la sebenarnya berapa ramai orang yang hadir.. tapi kalu tidak didaftarkan maka ianya tidak valid......

Okeh.... dengan 24,563 orang peserta yang berdaftar... maka kita boleh amik kesimpulan bahawa kehadiran adalah jauh daripada sasaran (1 juta orang) ... dan seterusnya perhimpunan ini boleh diklasifikasikan sebagai gagal dalam ertikata tidak mencapai sasaran.

Tetapi... momentum sebenar adalah...

Jika setiap seorang daripada 24,563 orang tersebut mempunyai friendlist dalam Facebook seramai 1000 orang setuap satu... maka... sudah pastilah seramai 24,563,000 orang telah mendapat maklumat sebenar mengenai #HKR112.... Dan kalu dikira dengan senarai pengguna Internet yang berdaftar di Malaysia.... maka sudah pastilah berlakunya overlap dimana orang yang sama juga adalah ader didalam friendlist orang lain.

Maka.... kalu ikut teori domino... momentum sebenarnya adalah selepas selesai sahaja #HKR112 dimana golongan muda (biasanya anti establishment dan anti-gomen) sudah pasti susah untuk ditukar mindsetnya oleh media Pro BN (cetak dan elektronik)

Bagi golongan muda yang masih bersisa mindsetnya pro BN... maka sudah pastinya mereka akan rasa tergugat... dan dalam jangkamasa 5 tahun lagi... bilangan mereka akan menjadi lebih berkurangan... Yang pasti... kalu Pakatan Rakyat dapat membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU13 (dalam keadaan momentum yang agak kuat ini), maka sudah pastilah golonga pro BN ini berkemungkinan besar akan melompat juga kepada Pakatan Rakyat...

Sebab jika mereka kekal sebagai Pro BN... mereka nampaknya akan dipandang lucu oleh golongan besar pemuda-pemudi yang telah terbuka mindanya....

Hehehehe... Aper-aper pon... memang kehadiran di Stadium Merdeka tidak ramai mana... masa zaman Tunku Abdul Rahman dulu lagi ramai orang yang hadir.... hehehehe



Sumber gambar adalah dari carian di Google

27 November 2012

Heret Anak-Anak Berdemo

Bhai dan DeeDee sekalian.... artikel gua kali nih memang sengaja gua tulis untuk memanaskan isu... sengaja gua nak bakor... sengaja gua nak cari pasai... sengaja gua nak cari gadoh... sajer gua nak troll..... hahaha... Isu yang gua nak citerkan nih aderlah pasai orang-orang tua (ayah dan ibu) yang biasanya membawa anak-anak diorang bersama setiap kali ader demonstrasi... (heret anak-anak berdemo) .... terutama sekali demonstrasi jalanan

Gua bersetuju dengan tindakan membawa anak-anak kecil nih ke tengah pelusuk demonstrasi .... selagi mana demonstrasi ini bertujuan untuk melahirkan pejuang (alam sekitar ka... politik ka... agama ka.. ekonomi ka... pendidikan ka...). Tak kisah la... janji matlamat dan tujuan dier baik...  untuk membentuk jati diri bebudak tue dimasa depan...

Kalu ader orang yang tak puas hati dan kata bahawa tindakan nih tak bagoosh... nih gua nak nasihatkan lu orang... daripada lu orang bising-bising pasai benda nih... baik lu orang marah ibubapa yang heret anak-anak kecik diorang pi tengok konsert ka... panggung wayang ka.... funfair ka.... race motor ka...  race keter ka... lumba haram ka.... window shopping ka....kasino ka... atau heret anak-anak kecik yang bersih suci ini pi Jom Heboh..... itu lagi layak la lu orang patut marah ... Oh yer... lupa gua nak citer... ader orang tue kan... dier berketurunan... dan dier pernah bawak anak dier masuk dalam kasino masa dier main judi... hahaha

Ini .... biler mak bapak nak didik anak-anaknya jadi pejuang dan pemimpin masa depan... lu orang bising semacam jer.... hahaha... aper daa..... atau lu orang sendiri pon ader kot bawak dan heret anak-anak lu orang pi tempat lagho cam gua sebutkan tadi tue.... hahahaha... bagi yang takder anak... dan yang belum kahwin tue.... dei... kawin dulu la dan ader anak dulu la... baru boleh citer... sembang kencang tak guna la wei.... hahaha...

Gua memang biasa dedahkan anak-anak gua dengan isu berkaitan dengan sosio politik... pasai gua nak anak gua paham... macam mana sosio politik menentukan masa depan diorang dan negara.... gua takmo anak gua tak amik pot pasai negara... gua nak anak-anak gua patriotik... gua takmo anak-anak gua cuma amik pot pasai K-Pop ka... pasai Jom Heboh ka... pasai konsert ka....

Kalu lu orang takmo anak-anak lu orang jadi pejuang negara dan pemimpin masa depan... itu masalah lu orang.... gua mau anak gua jadi pejuang dan pemimpin masa depan.... Dan itulah jugak harapan yang mak bapak bebudak yang diheret pi mana-mana demonstrasi... macam PPSMI ka..... macam Bersih ka... macam Anti Lynas ka...

So.... ader paham ka..... hahaha.... jangan mare yer.... hahahahahahahaha.... (sekali sekala aper salahnyer gua tibai lu orang kan.... lagipon gua tak heran lu orang tibai gua).....

BTW: Masa zaman Nabi... ramai sahabat yang bawak anak-anak diorang yang masih kecil pi berperang.... Rasulullah tak larang pon.... malah ader kanak-kanak yang dilantik akhirnya menjadi Panglima Perang... sila semak Sirah Rasulullah.....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1