Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

Sorotan Seminggu

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Analisa. Show all posts
Showing posts with label Analisa. Show all posts

19 February 2021

Kebodohan Yang Tidak Terperi

Bhai/DeeDee semua...

Bila gua membaca artikel "Parlimen boleh bersidang tapi bukan untuk agenda politik" yang terbit di Malaysiakini ... gua nampak bahawa penganalisis politik yang bernama (professor) Azmi Hassan dan (professor) Jeneri Amir sebenarnya tidak faham apa itu fungsi Parlimen...

Maaf cakap lah.. Pada gua inilah kebodohan yang tidak terperi...


Parlimen itu didasarkan kepada Politik ... dan ianya adalah untuk urusan berkaitan rakyat.. Parlimen kita berasaskan kepada konsep Westminster Parliamentary System.

"The Westminster system or Westminster model is a type of parliamentary system of government that incorporates a series of procedures for operating a legislature that was first developed in England, key aspects of which include an executive branch made up of members of the legislature, and that is responsible to the legislature; the presence of parliamentary opposition parties; and a ceremonial head of state who is different from the head of government."

Jadi.. dalam semua keadaan... Parlimen mesti berasaskan kepada Politik... dan tidak sesekali pun Parlimen itu terasing dari Politik...

Untuk itu... keabsahan pemerintahan juga ditentukan secara Politik.. jadi kita Kerajaan yang ada tidak mendapat mandat yang cukup dalam Parlimen.... pada hukumnya Kerajaan tersebut tidak boleh (tidak layak) mengusulkan apa-apa cadangan/arahan/tindakan yang terkait dengan kuasa... kerana Kerajaan itu sebenarnya tiada kuasa,...

Adalah salah seorang Ketua Negara (YDP Agong) untuk menerima cadangan dan usul dari Ketua Kerajaan (Perdana Menteri) yang tidak mempunyai mandat yang cukup di Parlimen... Ini asas kepada sistem Westminster....

Oleh itu... kedua-dua Azmi Hassan dan Jeneri Amir sebenarnya jauh terkhilaf dalam mentafsirkan Parlimen yang katanya mendasari lima isu utama "isu Covid-19, keselamatan, pendidikan, rakyat, dan dasar" ... walhal kelima-lima dasar ini sebenarnya terkait rapat dengan Politik (iaitu mandat Perdana Menteri yang tiada majoriti)

Gua sama berpandangan dengan Awang Azman Awang Pawi bahawa kuasa politik amat perlu dalam mentadbir negara.... sebab tanpanya rakyat akan melihat Kerajaan Perikatan Nasional melanyak segala proses (bulldoze) tanpa hak dan menyalahgunakan kuasa... Ini adalah sesuatu yang tidak bertangungjawab.


14 January 2013

Analisa Selepas #HKR112

Bhai... ader orang tanya gua... aperkah hasil yang dapat kita lihat selepas #HKR112 .... jadi sebagai memenuhi soalan lu orang tue.... nih gua buat satu analisa selepas usainya #HKR112... Apa yang sebenarnya dicapai dalam #HKR112 (#KL112) dan kemanakah hala tuju selepas ini.

Okeh.... kalu ikut pengumuman dari Jawatankuasa #HKR112, bilangan kehadiran yang didaftarkan aderlah seramai 24,563 orang sahaja... kalu ader lebih dari itu .. ianya tidak didaftarkan (hahahaha).. Oleh yang demikian, makanya pihak pentadbiran Stadium Merdeka dan PDRM tidak perlu menggunakan hujah kehadiran lebih dari 30 ribu orang sebagai point untuk mendakwa atas isu melanggar syarat perhimpunan.

Sebab setiap kehadiran dimana-mana event.. biasanya kita akan kira berdasarkan kehadiran yang didaftarkan.... dan bukannya yang tidak didaftarkan..... hahaha .... tidak kisah la sebenarnya berapa ramai orang yang hadir.. tapi kalu tidak didaftarkan maka ianya tidak valid......

Okeh.... dengan 24,563 orang peserta yang berdaftar... maka kita boleh amik kesimpulan bahawa kehadiran adalah jauh daripada sasaran (1 juta orang) ... dan seterusnya perhimpunan ini boleh diklasifikasikan sebagai gagal dalam ertikata tidak mencapai sasaran.

Tetapi... momentum sebenar adalah...

Jika setiap seorang daripada 24,563 orang tersebut mempunyai friendlist dalam Facebook seramai 1000 orang setuap satu... maka... sudah pastilah seramai 24,563,000 orang telah mendapat maklumat sebenar mengenai #HKR112.... Dan kalu dikira dengan senarai pengguna Internet yang berdaftar di Malaysia.... maka sudah pastilah berlakunya overlap dimana orang yang sama juga adalah ader didalam friendlist orang lain.

Maka.... kalu ikut teori domino... momentum sebenarnya adalah selepas selesai sahaja #HKR112 dimana golongan muda (biasanya anti establishment dan anti-gomen) sudah pasti susah untuk ditukar mindsetnya oleh media Pro BN (cetak dan elektronik)

Bagi golongan muda yang masih bersisa mindsetnya pro BN... maka sudah pastinya mereka akan rasa tergugat... dan dalam jangkamasa 5 tahun lagi... bilangan mereka akan menjadi lebih berkurangan... Yang pasti... kalu Pakatan Rakyat dapat membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU13 (dalam keadaan momentum yang agak kuat ini), maka sudah pastilah golonga pro BN ini berkemungkinan besar akan melompat juga kepada Pakatan Rakyat...

Sebab jika mereka kekal sebagai Pro BN... mereka nampaknya akan dipandang lucu oleh golongan besar pemuda-pemudi yang telah terbuka mindanya....

Hehehehe... Aper-aper pon... memang kehadiran di Stadium Merdeka tidak ramai mana... masa zaman Tunku Abdul Rahman dulu lagi ramai orang yang hadir.... hehehehe



Sumber gambar adalah dari carian di Google

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Artikel Paling Popular

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1