Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Rembat. Show all posts
Showing posts with label Rembat. Show all posts

24 October 2023

Kerajaan Persekutuan Pun Kaki Rembat Tanah?

Bhai/DeeDee semua...

Pergh... takkan la kot... Takkan la Kerajaan Persekutuan pun kaki rembat tanah gak?? Biar betul nih... pergh...

Bukan sikit keluasan tanah tue.. lebih 100 hektar tu bhai....

Takkan la takdak pegawai tanah yang prihatin dari masa mula lagi... takkan la kot... Kes macam nih ader terlibat rasuah ka?? atau salahguna kuasa??? Tapi rasa macam tak terkejut sangat... yer la... Kerajaan UMNO / BN.... Kerajaan Penyamun.... dan yang itu jugak pon yang dikawan baik pada Kerajaan masakini...

Huhuhu....

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Kaki rembat gak ker?


02 April 2023

Lanun Nak Rembat Tanah OA

Bhai/DeeDee semua...

Ini semua bangkai lah... Sesuka hati jer nak rukar status tanah rezab. Adoilah… ini cara terancang salahguna kuasa nak rembat tanah rezab OA. 

Walhal OA lebih awal ada di tanah ini berbanding lanun. 

 #sokongOA

Rembat Tanah OA

Seorang pemimpin NGO Orang Asli Johor tampil mengulas cadangan untuk menukar tanah rizab kepada "tanah kesultanan".

Pengerusi Jaringan Perkampung Orang Asli Johor (JPOAJ) Dolah Tekoi berkata tanah rizab masyarakat itu sudah dilindungi di bawah Akta Orang Asli dan Kanun Tanah Negara.

“Perezaban dua cara ini telah dibuat bukan sahaja di Johor tapi rizab tanah Orang Asli seluruh negara.

"Maka dengan itu adalah tidak perlu untuk rizab Orang Asli Johor ditukar ganti dibawah Enakmen Tanah Sultan seperti yang disebut kerana perizaban ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan semua negeri dan semua pihak selesa dengan cara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat hampir tiga minggu selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mencadangkan penukaran tanah Orang Asli menjadi "tanah kesultanan".

Sultan Ibrahim bertitah bahawa meletakkan kawasan dan rizab Orang Asli di bawah tanah kesultanan akan melindunginya daripada disalahgunakan.

Kawasan dan rizab Orang Asli dilindungi di bawah Akta Orang Asli, 1954 - yang antara lain menyatakan bahawa tanah tersebut tidak boleh diberi milik atau dilupuskan kecuali kepada Orang Asli yang tinggal di atas tanah tersebut.

Kerajaan setiap negeri, bagaimanapun, diberi kuasa untuk membatalkan status tanah tersebut.

Sementara itu, di bawah Seksyen 2 Enakmen Tanah Kesultanan Johor, apa-apa yang diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan adalah milik Sultan dan tidak dianggap harta negeri.

Enakmen itu juga memperuntukkan bahawa tiada bahagian tanah kesultanan boleh dijual, dipajak, atau dilupuskan kecuali dengan kebenaran bertulis sultan.

Tidak ada peruntukan di bawah enakmen itu terhadap pembangunan yang dijalankan di tanah kesultanan - yang telah menyebabkan beberapa kontroversi pada masa lalu.

Dalam titah baginda pada 16 Mac, Sultan Ibrahim mendakwa terdapat kes di mana Orang Asli menjadikan hutan simpan negeri sebagai ladang kelapa sawit dan getah berskala besar.

Sultan Ibrahim juga mendakwa bahawa mungkin ada orang luar yang memanipulasi Orang Asli untuk mengambil kesempatan ke atas hak mereka, seperti membuat tuntutan kawasan rayau yang tidak munasabah.

Menjawab perkara ini, Dolah berkata pihak berkuasa perlu menyiasat jika benar ada Orang Asli dieksploitasi untuk membersihkan kawasan hutan yang besar, dan tindakan itu perlu diambil kerana tanah tradisional harus digunakan secara saksama di kalangan semua penduduk.

Bagaimanapun, dia berkata adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa semua Orang Asli yang membuka kebun di dalam hutan dieksploitasi.

"Tidak benar kerana kami adalah kaum yg hidup dengan tanah atau bertani dari dahulu kala maka keinginan untuk berkebun bukan kerana hasutan orang luar tetapi atas kesedaran sendiri

"Hutan-hutan ini pula adalah Wilayah Adat bagi kami kerana ia memang diguna sejak turun temurun sebagai tempat mendapatkan sumber penting seperti perubatan tradisi, upacara keagamaan, makanan, memburu, mencari hasil hutan dan sebagainya," katanya.

Dolah juga berhujah bahawa "pembangunan" tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menghalang Orang Asli berkebun untuk menyara diri.

"Jika hanya ada surau, jalan raya, talian internet adakah Orang Asli sudah dianggap kaya hingga tak boleh membuka kebun untuk sara diri? Walhal jika kami hanya duduk berdiam diri sudah pasti Orang Asli akan dianggap bangsa yang pemalas," katanya.

Tambahnya, masih banyak kampung yang kekurangan keperluan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

Dia memetik contoh Kampung Sedohok yang masih menggunakan telaga air, dan Kampung Pucur yang menggunakan janakuasa yang penduduk kampung terpaksa mengisi minyak dengan wang sendiri.

Dia berkata projek telaga tiub di beberapa kampung juga gagal dan memerlukan alternatif untuk menyediakan air bersih.

Dolah juga berkata program kerajaan untuk Orang Asli menanam tanaman komersial juga gagal kerana bayaran di bawah RM500 sebulan kepada setiap peserta tidak mencukupi untuk membawa Orang Asli keluar daripada belenggu kemiskinan.


14 April 2020

Selagi Boleh Sakau...

Bhai/DeeDee semua....

Akhirnya kita dah boleh lihat perangai sebenar pimpinan PAS.... dulu bila kita bagitau... orang PAS siap maki hamun tuduh macam-macam.... walhal kita dah tau perangai depa nih semua... cuma yer la ... Walaun tu memang tugasnya wala' tak tentu arah... takder akal dan otak.... Hahaha

So... kini terserlah.... Hahaha


20 January 2013

Taib Mahmud Sudah Bersedia Untuk Lari?

Bhai.... Macam-macam cara telah dibuat oleh BN di Sarawak dalam usaha mereka menutup peluang pribumi Sarawak daripada tahu dan faham senario sebenarnya dalam Sarawak... Penyelewengan... rasuah... salahguna kuasa... ugutan dan sebagainyer... yang sedang giat ditutup oleh Taib Mahmud dan kroni dier..

Taib Mahmud tau.. kalu orang Iban dan Dayak tahu kerjabuat BN selama nih... mesti masak dier... Dier tahu yang sebenarnya terlalu banyak hasil dan kekayaan negeri Sarawak dah dirembat oleh dier dan keluarganya serta kroni.... dan diorang sedang giat cuba cover-up... Hahaha... sebab tue la Taib Mahmud sudah bersedia untuk lari.... menyelamatkan diri

Sebab itu lar... diorang cukup takut dengan Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang.... diorang takut kalu orang Iban dan Dayak dapat tau....

Aper-aper pon.... ini kali lah....  Kalu semua rakyat Sarawak... Iban dan Dayak amik keputusan bijak... demi untuk kelangsungan dan kepentingan Sarawak.... demi untuk infrastruktur dan kemudahan awam yang baik dan sempurna... demi untuk memajukan Sarawak... pengundi Sarawak perlu amik tindakan drastik... mesti UBAH... mesti tolak BN.... mesti tolak Taib Mahmud

...

20 December 2011

Maybank Songlap Melebihi 1.8 juta Setahun

Okeh... Ini gua nak bentangkan satu isu.. isu yang dah lama... bukan baru... ramai yang mengeluh.. tapi tak tau nak buat camana... termasuklah dengan gua...


Gua nak dedahkan satu benda... yang ini memang panas punya... panas hati biler baca....

Maybank (selaku bank utama di Malaysia) adalah milik UMNO... lu tarak percaya ka... cuba la siasat...

Celakanyer Maybank nih adalah kerana Maybank mengenakan caj sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi pengeluaran di ATM miliknya. Walaupun pada dasarnya dikatakan caj RM0.50 nih cuma dikenakan pada transaksi ke empat dan seterusnya setiap bulan.. namun dalam banyak kes yang gua tengok.. even transaksi pertama pon dah kena caj RM0.50 nih..

Kononnya lagi Maybank mengenakan caj ini pada mana-mana akaun yang mempunyai baki minima RM5000 kebawah... alasannya.. untuk menggalakkan simpanan... tapi... lu orang sendiri tau la... mostly rakyat Malaysia ramai yang gaji dibawah RM5000 ... jadi mesti at least kena dicaj jugak akaun depa nih...

Yang kesiannyer... semua yang kena nih adalah orang miskin, sederhana miskin ataupon yang diperingkat pertengahan... Lagi satu... mostly student memanglah akan keluarkan duit depa dari ATM Maybank berkali-kali dalam sebulan tue.. dan tentunya akaun depa takkan ader lebih dari RM5000 ...

So... mari kita congak berapa banyak yang Maybank dah songlap curik dari pelanggan dier selama setahun mengikut anggaran transaksi dibawah ini..

Katakanlah dalam sehari ader lebih dari 10 ribu (10,000) transaksi pengeluaran di ATM Maybank yang dikenakan caj ini... makanyer.. dalam sehari... Maybank boleh untung RM5000 ... dan dalam setahun (365 hari)... Maybank akan untung sebanyak RM1.825 juta....

Ini anggaran jer bhai.... kalu mengikut aper yang disurahkan kepada gua oleh member gua yang handle ATM services nih.... Withdrawal Transaction untuk Maybank nih selalunya sekitar 20 ribu transaksi sehari paling kurang....

Jadi... ini bermakna ..... banyak sungguh la Maybank dah songlap duit pelanggan dier... err... Rasanyer Maybank tak pernah dapatkan tandatangan mintak izin atas pengenalan caj ini... Udah la tue.. setiap tahun Maybank akan caj RM8 bagi urusan perbankan.... Wei.. banyak nih...

Gua akan cuba dapatkan maklumat lanjut mengenai benda nih.... dan InsyaAllah akan gua publishkan di blog nih... tunggu...

06 July 2011

Percuma Untung Besar

Pergh.... dalam kelam kabut agenda nasional BERSIH 2.0 ..... habis tenggelam berita yang macam chilaker nih.... Memang chilaker.... sebab aper gua kata chilaker.... sebab.. ader orang akan dapat untung atas angin... memang mewah... memang best... dan kiter semua boleh agak-agak siapa sebenarnya yang akan dapat untung atas angin nih... Macham chilaker....

Tindakan Kerajaan Malaysia yang nak melupuskan pegangan dalam 33 GLC (syarikat berkepentingan kerajaan) yang bermula tahun ini sampai tahun depan memang akan memberikan satu keuntungan besar kepada pihak-pihak tertentu...

Memang dapat percuma untung besar la beberapa mangkuk-mangkuk nih... Seperti mana yang gua jangkakan... semua mangkuk-mangkuk yang akan dapat laba besar nih tak lain tak bukan adalah kroni UMNO/BN.... samer macam penyangak PBN terkenal ....

Syed Mokhtar Bukhari pastinya akan berada dalam lingkungan (circle yang samer)... ini semua untung atas angin... kerja siapkan based tak perlu dah... nak dapatkan client pon tak perlu... semua dah ready to generate income... selama ini pon semua dana untuk hidupkan kompeni GLC nih datangnyer dari dana rakyat... cukai rakyat.... masa time rugi semua rakyat kena tampung.... alih-alih... time tengah kaya dan berjaya nih... ader mangkuk-mangkuk yang dapat pegang GLC nih percuma jer... memang untung besar...

Tengah untung nih... mangkuk-mangkuk nih akan amik laba.... tapi biler dah tersungkur pasai salah urus tadbir... masa tue mola la kasi kat rakyat balik mintak cover dari dana KWSP dan Tabung Haji.... macam sial jer....

Percaya la.... GLC yang akan dilupuskan hak nih gua berani jamin adalah sebahagian dari yang gua senaraikan dibawah ini...

1. PLUS Highway
2. TNB
3. TM
4. Synergy Drive (tak kisah la depa tukar nama jadi aper pon skarang nih)
5. Synergy Perdana
6. Percetakan Nasional
7. Felda Berhad
8. MAS

dan banyak lagi yang gua tak daya nak pikir pagi-pagi nih... semuanya menyebabkan darah gua menyirap pagi-pagi nih.. nasib baik gua belum lagi sarapan... kalu tidak... tak pasai-pasai jer gua punya darah tinggi naik... macam haram betul la....

Inilah yang berlaku biler kerajaan merompak rakyatnya sendiri... macam sial jer.... pagi-pagi lagi dah kuar semua ayat maki dan ayat tulang ikan dari mulut gua... chilaker betul la...

11 October 2010

Bebal

Hehehe.... sebenarnya lama dah gua nak tulis pasai bebal nih... cuma masa jer terhad.. hahaha.. yer la.. semenjak dua menjak gua terlibat ngan bisnes baru nih... hahaha.. tue yang terhad masa kat blog nih.. sori aa semua kengkawan ngan musuh gua..... hahaha

Bebal... hahaha... satu perkataan yang paling tepat gua rasakan gua tujukan kepada sebilangan warga emas di Pulau Mutiara... orang selalu kata.... orang lama (tua) biasa akan sebut... siapa lebih banyak makan garam... untuk menunjuk tahap ilmu dan pengalamannya... hahaha.... tapi kalau orang lama (tua) yang bebal... nak guna peribahasa aper aaa....

Hahaha... memang bebal sungguh... itu la kecik-kecik tak nak mampus... dah besar dan tua menyusahkan orang jer... hahahaha...

Sori la... pepagi nih dah kuar ayat "maki" .... hahaha... pasai aper...

Katakan lah camnie.... kita kerja ngan gomen.... gomen bayar gaji kita... alih-alih biler kita tau yang gaji tue datang dari sumber haram... kita nak pulangkan gaji tue... tapi yang lawak tue.. kita tak pulangkan gaji tue pada orang yang memberi (Perbendaharaan Negara) .. tapi kita bagi kat along kongsi gelap... suruh along tue kasi kat Kerajaan (Perbendaharaan Negara) .... tak ker budus dan bebal camtue...

Ader ker patut kasi kat orang lain yang takder kena mengena dengan pemberian duit tue pada asalnyer...

Kalu lu masih bebal lagi tak boleh nak paham apa yang gua tulis... gua gua tulis ayat paling simple... budak tadika kemas pon boleh tau.... hahaha

Mak dan Bapak lu bagi duit belanja untuk pi sekolah.... tapi pasai lu saspek yang duit tue adalah duit rasuah.... lu bagi duit tue kat jiran lu... dan suruh jiran lu kasi kat mak dan bapak lu.... hahahaha...

Kalu jiran tue terkenal dengan amanahnyer... takper la... tapi kalu jiran tue terkenal dengan kaki songlap.. kebas.. rembat.. curi.. (asik kuar masuh jel jer kerjanya) ... tindakan lu tue da kira bukan setakat bebal... tapi bangang... hahaha

So... aper kejadahnyer orang lama (tua) warga emas tue kasi pulangkan duit tue kat UMNO... sedangkan yang bagi duit tue adalah Kerajaan Negeri... kenapa kena bagi kat UMNO... kenapa tak bagi kat Kerajaan Negeri secara terus.... hahaha... budus... budus... itulah gua cakap tadi... dah tua nak mampus pon masih bebal, budus dan bangang..... hahahahaha.... kesian...

24 August 2010

Maksud Sebenar Hutan Simpan

Bhai.... yang ini paling gua tak paham la.... aper sebenarnya maksud Hutan Simpan.... aderkah maksud hutan simpan tue adalah hutan yang disimpan untuk kepentingan golongan atasan ataupun hutan yang disimpan untuk kepentingan ekologi dan kestabilan flora dan fauna dari terancam.... Yang mana satu maksud sebenar hutan simpan???....

Setahu gua la.... ader dua jenis hutan simpan di Malaysia nih.. satu daripadanyer adalah.. hutan simpan pelajaran.... yang ini adalah untuk kepentingan pembelajaran dan ilmu anak cucu dimasa akan datang....

Satu lagi hutan simpan... ader lah Hutan Simpan Kekal... yang ini... langsung tak boleh diteroka walau aper pon caranyer demi untuk memastikan kepentingan ekologi dan kestabilan flora dan fauna terjamin kekal...

Tapi... biler gua dengar ader golongan atasan yang punya geran tanah yang diklasifikasikan sebagai Hutan Simpan... terus menyirap darah gua nih.... macam haram jer ... kalu dah hutan simpan... biarlah jadi hutan simpan... aper pasal plak golongan atasan nih boleh dapat geran tanah hutan simpan beribu ekar tue... macam mana boleh jadi macam nih...

Ini bukan lagi songlap nih.... tapi rembat siang hari buta depan mata semua orang... macam siot jer la... mentang-mentang la diorang nih golongan atasan... senang-senang jer depa boleh dapat geran tanah yang diklasifikasikan sebagai Hutan Simpan tue.... wei... sebab tue la gua tak respek sama geng-geng golongan atasan nih.... kaki penyamun...

Depa ingat tanah nih milik mak bapak diorang ker... biler masa dier beli tanah nih... biler masa dier berperang untuk mendapatkannyer.... wei... kalu macam nie la perangai golongan atasan nih... patut la pon gua dengar ramai yang mengatakan diorang nih mengabihkan boreh jer.... takder pekdah simpan.... patut la gua dengar citer makin hari.. makin ramai yang dah tak respek kat golongan atasan nih....

Cuci macam mana pon... cover macam mana pon... lama-lama orang makin tahu dan kenal perangai sekor-sekor golongan atasan nih.... harap nampak muka jer bersih... tapi hati ntah ler... maybe bersarang gelapnyer... sebab dok pikir camana nak rembat hak rakyat....

Ini macam ker boleh jadi role model untuk rakyat.... huh... macam siot jer...

p/s : Artikel nih takder kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mampus (kalo kena tue... memang nasib lu la).... dan jugak takder kena mengena dengan aper-aper hasutan.... so.... pegi mampus sama puak-puak yang tak puas hati ngan artikel gua nih...

15 July 2010

Cover Jangan Tak Cover

Bhai... lu agak-agak la... kenapa Media MSM dok taji Selangor pasai itu pasir tue... kalu ikut keluasan dan kedalaman lombong pasir tue.. gua rasa dah lama dah benda nih beroperasi... maybe lebih dari 4 tahun.... maknanyer... hehehe... semua dah start zaman toyol (err.. zaman Khir Toyo@Joyo) memerintah... Tapi... MSM dok giat cover... jangan tak cover...

Cover, jangan tak cover la bhai.... kasi 1Malaysia tengok apa yang berlaku kat dalam rumah... sampaikan lepas tue terlupa pencuri dok kuar masuk ikut pintu depan dengan terang dan nyata... hahaha.... budus betul la media MSM kat Malaysia nih... patutlah jualan depa tak laku... hahaha..

Pasir yang kat Selangor tue paling hebat pon digunakan untuk pembangunan dalam Malaysia.... tapi... hehehe... Pasir yang dirembat kat Johor tue... hahaha... untuk kepentingan Singapura.... hahaha... depan mata tue amik dengan riak dan bangganyer... hahaha.... yang best tue... tak pulak media MSM nak jaja cerita nih...

Ini semua sudah dibayar punya... hahaha... macam la fitnah Utusan Malaysia yang kata Anwar bayar CNN... so... nih gua kasi "fitnah" balik yang Utusan Malaysia/Berita Harian/TV3 dibayar untuk tidak bawak cerita pasir di Johor... hehehehe

Yang best tue ... takder sekor ADUN BN kat Johor yang ader "lanchau" nak kecoh pasai itu rembat pasir kat Johor tue..... awat... semua sudah kenyang perut ka... makan duit haram... atau.. sudah takder "lanchau" atau "telor" ka.... buat malu jer ader ADUN dan EXCO kat Johor yang kononnyer mempunyai tahap tertinggi Patriotisma Melayu...

So.... pada gua la.... takder sekor pon wartawan kat TV3/Utusan Malaysia/Berita Harian tue yang ader "lanchau" atau "telor" untuk berkata yang benar dan mendedahkan isu rembat pasir untuk dijual kepada Singapura.... buat malu jer la korang nih...

09 May 2010

Penjenayah Pun Bermaruah

Pergh... memang gua respek penjenayah curi kereta nih... dier menunjukkan bahawa memang penjenayah pun bermaruah ... bukan semua penjenayah cikai... yang ini kira baik aper... dier pulangkan semua sekali dengan keadaan baik...

Dah dirembat kereta rasmi Ketua Polis Selangor... baru la diorang terperasan yang itu kereta rasmi milik PDRM... jadi diorang dengan baik hatinya memulangkannya tanpa cacat cela... siap dengan nota lagi....

"Sorry PDRM tersilap sapu" ..... hehehe

Cuba ko bayangkan penyamun kereta berlesen oleh Bank untuk tarik tue... takder satu pon yang bermaruah... berhemah... perangan macam taik sekor-sekor... malah ader beberapa kes tue... siap budak kecik ader dalam kereta pon dirembat ditarik diorang...

Malah ader kes yang bini orang yang sarat mengandung pon jadi manga penarik kereta berlesen (kononnya la) oleh Bank nih... macam cilaka...... tak bermaruah.... sialan jer...

Kira kereta Ketua Polis Selangor tue okeh ler... dirembat geng yang baik dan bermaruah... dipulangkan balik dengan nota lagie... hahaha...

So lepas nih... ader chan la kita tengok diorang rembat kereta PM la pulak ... hahaha... Proton Perdana yang PM pakai tue ader chan kena rembat... hahaha... nanti kalu kena rembat... sure dipulangkan balik dengan nota khas....

"Sorry PM, Altantuya suruh pulangkan balik" ..... hahahaha

19 April 2010

Goldman Sachs Group Pun Boleh Kena

Pergh... punya la hebat syarikat Goldman Sachs Group.... selama nih bukan main gah dan besar syarikat nih... la nih boleh terduduk pasai terlibat dengan penipuan... pergh... sekala mega nih...

Goldman Sachs Group terlibat dalam penipuan kepada pelabur dier mengenai "Hedge Fund" .... nilai yang terlibat khabarnya lebih dari USD$1 Billion (RM3.19 Bilion)... ganaz tue... Ini nampak macam kes Ponzi Bernard Madoff dan Allen Stamford tue.... semuanya bernilai besar.... hahaha

Tapi kan... hahahaha...... kalu Goldman Sachs Group pun boleh kena... takkan la Kuala Dimensi Sdn Bhd, Ong Tee Keat, Abdul Rahman Palil dan lain-lain tue yang terlibat ngan kes penyelewengan PKFZ yang bernilai RM12.5 Bilion (USD$3.92 Billion) boleh lepas bebas... hahahaha... itu lagie banyak dari kes Goldman Sachs Group tue...

Bhai, Cuba lu bandingkan dua kes ni:

1. Goldman Sachs Group : USD$1 Billion (RM3.19 Bilion)
2. PKFZ : USD$3.92 Bilion (RM12.5 Bilion)

Mana satu yang patut kena tangkap, siasat, dakwa dan dijatuhkan hukuman... mana kesalahan dan nilai yang lagi besar... Bagi orang UMNO/BN.. kes PKFZ nih kecik jer berbanding kes Goldman Sachs Group.... sebab apa diorang (UMNO/BN) kata cam tue.... sebab diorang semua sudah giler... hahaha.... macam bangsat jer... hahaha

Point nih boleh la digunakan kat Hulu Selangor tue... cuba kita bahagikan nilai RM12.5 bilion tue dengan bilangan pengundi di P094 Hulu Selangor yang berjumlah 63593 ... sure setiap pengundi kat P094 Hulu Selangor boleh dapat setiap sorang sebanyak RM 196,562.52 .... hehehe.. banyak tue... boleh beli Mercedes cash macam bekas TKM1 Pulau Pinang (Fairus) dulu tue... hahaha...



21 March 2010

Boleh Blah

Lu sapa... Melayu ka.. Cina ka... India ka.... Orang Asal ka.... ceh... semua boleh blah... gua tak peduli... (ayat ini bukan gua yang punya... hahaha) ... Semua boleh blah... sebab UMNO/BN tak peduli sama lu.... diorang cuma peduli masa PRU jer... masa mengundi... itupon diorang konfiden menang pasai banyak bagi gula-gula.... hahaha

Orang Melayu kena pedajai... tanah... biasiswa... pinjaman.. geran .. dan macam-macam lagi dek puak UMNO/BN nih... bukan sedikit masa.... lebih dari 50 tahun la bhai...

Orang Cina pun sama gak... kena pedajai... buat bisnes... kena ader share untuk UMNO/BN.... kalu tidak bisnes tue mesti terlungkup punya... macam-macam benda UMNO/BN akan buat... ader bantuan sure kena perlahap dek MCA (balachi UMNO/BN)...

Orang India pulak... asik kena pinggirkan sejak dulu... duduk diam la kat estet tue... kalu orang muda India jalan ramai-ramai naik kereta malam hari.. sure kena tahan punya... kalu kat roadblok... pasai apa... saspek gengster... Sekolah JK Tamil ader la baik sikit dari kandang kambing... peruntukan semua dirembat oleh balachi UMNO/BN iaitu MIC ...

Orang Asal (ader sesetengah puak kata Orang Asli)... lagi lama dah kena pedajai ... yer la.. tanah adat... tanah asal... dan yang berkaitan dengannya dah lama kena songlap... ader yang siap tukar hak milik lagie tue... Bantuan biasanya tiris ... JHEOA ntah buat apa ntah...

Semua orang boleh blah la... yang boleh tinggal dan kuasai 1Malaysia nih cuma UMNO/BN dan balachi-balachi dier jer.... yang lain boleh blah... macam siot jer...

16 February 2010

Kanun Tanah Negara

Bhai.. gua bukan lulusan undang-undang.. jadi mungkin pemahaman gua agak kureng bab isu Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 yang diperbaharui beberapa kali tue... taapi takper... itu semua kita kasi sama orang undang-undang untuk kaji...

Apa yang gua cuak dan sangsi nih adalah.... bilamana Nong Chik nih dok berkali-kali tegaskan bahawa Kerajaan akan memastikan semua penduduk Kg Baru bersetuju dengan cadangan pembangunan semula Kg Baru... malah Nong Chik nie dok kecoh pasai nak cari jalan nak gubal undang-undang memaksa penduduk Kg Baru bersetuju dengan cadangan ini... macam siot jer... korang boleh baca dan fahamkan maksud tersirat Nong Chik nih kat SINI.

Gua rasa kalu penduduk menolak cadangan Nong Chik kali nih... hehehe... maka akan ader dua perkara...

1. Tergubalnya satu undang-undang kecil yang baru yang akan digunakan untuk menekan penduduk Kg Baru dan sebagainya menerima apa sahaja cadangan dan arahan daripada Kerajaan walaupun ianya bercanggah dengan prinsip keadilan dan perlembagaan.

2. Akan berlaku satu kebakaran besar di Kg Baru yang memusnahkan hampir keseluruhan Kg Baru yang akhirnya akan menyebabkan penduduk Kg Baru menerima apa sahaja cadangan dan arahan daripada Kerajaan..

Apa yang gua konfiden nih.... Nong Chik akan gunakan option kedua untuk mengugut penduduk Kg Baru ... "either you accept it or prepared for the worst" .... ini semua ayat gengster nih.. ayat lintah darat...

Sapa yang akan untuk dalam memajukan Kg Baru.... tentunya UMNO/BN gak..

Itulah yang terjadi di beberapa lokasi lain seperti di Kg Melayu Majidee, Kg Abdullah Hukum, Kg Kerinchi, Sentul, Setapak dan Kg Dato Harun..... semua UMNO yang kenyang... macam siot jer...

Nong Chik nih dah tak boleh nak pikir banyak dah nih... yer la.. dier mesti teruskan untuk dapat Kg Baru nih... pasai apa.... hahaha... duit dah masyuk bhai... sudah kena bayar la... jadi kalu tak setel... nanti kongsi gelap akan cari.... cam siot jer...

Woi Nong Chik... gua bukan penduduk Kg Baru.. tapi gua nak nasihatkan lu... jangan gatai nak kacau Kg Baru... Penduduk Kg Baru bukan mudah nak kena tipu dengan lu... cukuplah dah berapa lama UMNO tipu... Kalo teringin sangat dengan tanah berharga tinggi... pi la jual kawasan PWTC tue....

Harga tanah kat Kg Baru kalu nak dijual kepada UMNO/BN punya kroni .... adalah pada sekitar 11 bilion satu inci persegi.... jangan mimpi la penduduk Kg Baru nak jual tanah dier.... diorang takkan tandatangan apa-apa kertas....melainkan orang yang dah kurang akal.

p/s: Kalo nak tau banyak tentang Kanun Tanah Negara sila pi cek kat Google.

22 December 2009

Teori Kehilangan Enjin Jet F-5E

Okeh... ini gua nak bagi teori gua mengenai kehilangan enjin jet F-5E sebanyak dua bijik tue.... semua ini hanyalah teori gua okeh.. nak gelak ker... nak kutuk ker... lantak korang la... janji gua dah kemukakan teori..

1. Ada buyer nak beli enjin jet tue... dah survey... banyak enjin yang ok ader kat Malaysia... jadi diorang mintak ahli sindiket kat Malaysia sediakan plan untuk bawak lari enjin tue...

2. Ahli sindiket kontek orang dalam diorang kat syarikat penyenggaraan peralatan ketenteraan... jadi dapat sorang atau dua kaki kat situe... diorang plan... dan lepas tue kontek plak kaki kat dalam TUDM..

3. Kaki kat dalam TUDM pangkat cikai jer... susah nak lepas... jadi dier pi kawtim ngan pegawai atasan dier sekali... tapi pegawai atasan kata.. kalu nak buat songlap benda nih... kena ramai yang terlibat... jadi diorang kumpulkan lebih kurang 100 anggota....

4. Enjin yang nak dirembat tue dah dikenalpasti... siap kena rembat rekod perkhidmatan dan penyenggaraan sekali... dimasukkan dalam satu kotak kayu berlabel TUDM... letak kat tepi... tapi ader 2 kotak kayu.... satu isi enjin jet.. satu lagi isi barang-barang spare part lain ... berat dua kotak tue dipastikan lebih kurang sama jer...

5. Panggil lori kontena untuk ambik enjin jet bawak pi hantar... (kononnyer la)... tapi isikan kotak nombor 2 yang isi barang spare part tue... kotak identical... sama sebangun.... sebentuk... jadi masuk dalam kontena.... seal dan bonded... sain apa yang perlu kat atas kertas... panggil MP untuk cek kontena... tapi kotak satu lagi tak usik pon....

6. Lepas tue kepala kaki rembat tue buat panggilan untuk penerbangan rutin C-130 ... jadi kapalterbang Hercules C-130 pun sampai... bawak masuk kotak nombor 1 yang ader isi enjin jet F-5E dalam pesawat Hercules C-130 tue... lepas tue .. anggota lain pon masuk sama dan buat macam biasa... ala ... rutin flight jer...

7. Biler dapat flight clearance dari ATC dan Tower ... so terbanglah pesawat Hercules C-130 dengan enjin jet dan anggota nih... (beberapa anggota sindiket dalam TUDM terbang sekali masa nih).... so... C-130 nie terbang ..... sampai la pi Thailand .. macam biasa la... selalu pun Panglima Tentera Udara ader suruh amik pokok kat Thailand... dan tanam kat Subang Airbase Golf Club... hehehe..

8. Landing kat Thailand.... kotak yang ada enjin jet nih pon dibawak turun... pas masuk satu kontena... lepas tue pi tempat lain... letak kejap.... pastue ader anggota sindiket lain yang pindahkan dalam pesawat lain... dan kotak dipadamkan nama dan logo TUDM... pastue terbang dihantar terus kepada buyer... hehehe

9. Hercules C-130 tue balik ke Malaysia dan buat macam biasa..... satu enjin dah berjaya diseludup keluar... disonglap dan dirembat.... ramai yang terlibat...

10. Biler dah okeh.. cerita senyap dalam 6 bulan... diorang buat sekali lagi... modus operandi sama.... taktik dan teknik sama... enjin jet jenis yang sama... harga yang sama... pegawai yang sama... anggota yang sama... selebihnya.... jadi sejarah ler...

Sebab tue la... benda tue boleh lepas bolos tanpa pemantauan di semua exit negara... sebab kalu melalui kapal... sure kena masuk kontena... kastam ader scanner untuk kontena la... sama gak kat public airport... dan jalan darat... jadi cara terbaik... terbangkan terus dari pangkalan TUDM.... hehehe...

Amacam.... ok dak teori gua nih.... hahaha... boleh jadi skrip filem Hollywood atau Bollywood... tak dapat pun... jadi skrip filem Greenwood pon jadi la... hahaha

Sebijik Lagi Enjin Jet Hilang

Biar betul nih... masuk nih dah 2 enjin jet hilang dari simpanan TUDM... giler aper... harinie kecoh sebijik lagi enjin jet hilang....

Cuba la SPRM dan PDRM siasat cepat... kot tau mana pergi hilangnyer enjin jet nih.... silap-silap Tony Fernandez yang rembat buat enjin kereta Formula One dier....

Enjin jet dah dua kena kebas... 55 bijik jet A-4D Skyhawk milik TUDM pun kena kebas kat padang pasir Arizona ..... tak sempat nak bawak balik ke Malaysia... beli 80 bijik jet ... yang dapat cuma 35 jer....

Kalu enjin jet dan jet yang sebesar gadang tue boleh hilang dikebas... agak-agaknyer apa lagi yang tak kena kebas @ rembat... Cuba cek telor menteri dan timbalan menteri... errr... masih ader lagi ker.... Cuba gak cek telor Najib Razak... masih ader ker.... ataupun dah kena rembat ... hahaha....

Soalan cepumas gua.... lu agak-agak la.... kerja rembat merembat nie didalangi oleh peragut ker? sure bukan level peragut biasa nih... ini kerja sindiket... ini kerja ramai orang... ini kerja orang yang ader kuasa... ini kerja orang VVIP... ini kerja orang yang ader kena mengena dengan Kerajaan Malaysia... ini kerja orang UMNO/BN.... sure...

Patut la kes ragut kat Malaysia makin hebat... sebab contoh dan teladan dah ader... aper der hal rembat beg tangan dan handphone... aper kelas... baik rembat enjin jet ker... jet pejuang ker... takpon kapal selam ker.... Nampak gayanyer... Malaysia nieh dah jadi macam Somalia.... banyak sangat lanun.... hahahaha..

Kat Polis DiRaja Malaysia hebat sangat... abis tue.... kenapa lambat sangat ambik tindakan.. kenapa tak dapat tangkap siapa yang buat kerja rembat nih... atau PDRM cuma hebat biler bab nak kenakan Pakatan Rakyat jer.... pundek la kalu camnie...

Woi... ini dah kira "pengkhianat negara" nih... patut kena hukum tembak sampai mati kalu dapat ditangkap dan didakwa serta disabitkan kesalahan..... kena cepat amik tindakan.. sebelum 1Malaysia nih jadi bahan lawak kat expo LIMA dan DSA akan datang.....

Buat malu jer....

25 October 2009

Yayasan IJN

Sori la... gua dah lama nak bagitau benda nih... tentang Yayasan IJN ...

Yayasan IJN nih adalah untuk bantu kumpulan sasar yang berkemampuan rendah untuk mendapat khidmat pakar dalam kes berkaitan jantung. 80% daripada golongan yang pi IJN sememangnya dari kumpulan berkemampuan sederhana dan rendah..

Satu masa dulu.. waktu gua pi bawak bapak gua mendapatkan khidmat di IJN ... (buat angiogram , bapak gua ader surat gerenti dari syarikat gua kerja) ...gua ader nampak satu kes yang pada gua menyayat hati... Ader satu brader tue... anak dier ader 5 orang .. kecik lagie... brader tue kerja tukang kebun jer.... Anak bongsu dier (baru berumur 6 bulan) ader masalah jantung .... kalu tak silap... jantung berlubang... kira dah abis kronik dah masa tue... wajib buat pembedahan...

Bila pi check kat IJN.. doktor cakap kena buat pembedahan segera nih... kalu tidak boleh maut... biler dier tanya berapa kos kena tanggung... doktor anggar sekitar RM40 ribu.... pergh... banyak tue.... terus la brader tue sedih pasai tak dapat rasanyer nak sediakan banyak tue... gua dengar pon sedih.. nak tolong berapa sangatlah yang gua boleh bantu... kena buat operation dalam masa dua minggu....

Brader tue punyalah sedih... dan terus dier kuar dan bawak anak bongsu dier balik ... rupanyer diorang datang pi IJN naik bas "ting tong" dari Temerloh.... pergh.... sedih ooo.... itu citer tahun 2005 dulu... gua rasa mungkin baby tue dah berjumpa dengan Allah S.W.T dah.... maybe dah meninggal dah... yer la... dah lama la...

Cuba kalu Yayasan IJN dapat bantu .. kan bagus .. betul dak... Yayasan IJN cuma perlu RM3 juta setahun jer untuk membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan khidmat di IJN .... RM3 juta setahun tue bukan banyak pon.... nie abis RM100 juta setahun kat PERMATA tak per pulak.... takkan tak boleh Kerajaan Malaysia sediakan dana dari Belanjawan Negara khusus untuk Yayasan IJN ...

Takkan pasai Rosmah Mansor punya projek PERMATA boleh kasi dana RM100 juta .. tapi untuk Yayasan IJN punya la susah nak dapat RM3 juta dari Kerajaan Malaysia.... apa citer nih....

Ini gua ader dengar citer yang IJN nie mungkin akan dijual dan diswastakan.... tak abis-abis lagi citernyer... apa nak jadi la.... hampeh tul la...

19 October 2009

Dah Kena Rembat

Hahahaha..

Dah kena rembat dah... hahahaha.. Najib Razak nie memang hebat... Anwar Ibrahim baru jer canang sana sini nak jadikan 16 September sebagai cuti umum... tapi Najib Razak dah rembat idea tue dan jadikan BN dapat nama... hahaha..

La nih.. Najib Razak dah umumkan 16 September sebagai cuti umum 1Malaysia ... hehehe .. Selepas cuti 31 Ogos ... la nih kita dapat plak cuti 16 September .... best la...

Sebelum nih... slogan "PAS For All" dah kena rembat dan jadi "UMNO For All" ... hahahaha... memang kaki rembat la Najib Razak nih... dulu dier rembat Ziana Zain... lepas tue dier rembat Altantuya.... hahahaha.. lepas nih.... dier nak rembat apa plak aaaa....

Okeh la... yang ini gua respek... aper der hal dok canang sana sini tapi takder hasil.... rembat tak rembat ka.... peduli apa... janji orang tau yang kita dah laksanakan.... Yang gua tau ... lepas nie nama Pakatan Rakyat pon akan kena rembat... tunggu jer la... sebulan dua nih... akan tertubuhnya Pakatan Rakyat Malaysia ... hahahaha... kena rembat lagi la nampaknyer...

Lu orang jangan riso... tahun depan ... sure Najib Razak akan umumkan cuti Deepavali akan dijadikan 2 hari dan bukan 1 hari macam la nih... pada gua .. memang patut Deepavali tue cuti dua hari... kalu satu hari.. mana sempat nak balik kampong.... lagipun yang kasi menang kat BN di Bagan Pinang haritue adalah dari kalangan kaum India.... hehehehe

Lepas nie banyak la lagi idea Pakatan Rakyat akan dirembat oleh Najib Razak dan BN ... yang gua nampak akan dirembat adalah skim Takaful Kifalah untuk warga tua... hehehehe ... UMNO pon dah nak tubuhkan Dewan Ulamak (Ular Dalam Semak) diorang sendiri.. nak counter PAS punya Majlis Syura dan Dewan Ulama...

Banyak ooo yang Najib Razak, UMNO dan BN nak rembat nih dan jadikan ianya idea diorang.... yang pastinya diorang dah tau bahawa cara ini sahaja yang boleh menyebabkan diorang diterima oleh masyarakat 1Malaysia..

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1