Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Synergy Drive. Show all posts
Showing posts with label Synergy Drive. Show all posts

31 December 2020

Buruh Paksa Satu Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Sistem buruh paksa dihapuskan oleh British di Malaya pada tahun 1911. Maka sejak dari itu tidak ada mana-mana Pembesar Melayu dibenarkan menggunakan perkhidmatan buruh paksa. Sebelum tahun itu ramai orang-orang Melayu dan orang Asal yang berhutang dengan Pembesar Melayu telah dipaksakan bekerja tanpa upah (hanya menerima makanan ala kadar sahaja) di ladang-ladang dan lombong bijih timah milik Pembesar Melayu.

Sebelum 1911 jika seorang bapa terlibat berhutang walau secupak beras dengan Pembesar Melayu, maka semua ahli keluarga itu akan menjadi hamba berhutang dengan Pembesar tersebut. Dan mereka perlulah bekerja dengan Pembesar tersebut sehingga hutang selesai. Biasanya nilai kerja yang dibuat adalah berlipat kali ganda dengan nilai hutang yang termetrai.

Pembesar Melayu memang terkenal memanipulasikan buruh paksa ini dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati maka akan hilanglah nyawa mereka. Orang-orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa atas kebejatan perangai Pembesar Melayu atas sebab patuh dan hormat dengan waad Sang Sapurba.

Sebab itulah juga Partai Buruh Malaya di haramkan oleh British bila mana partai ini cuba mencorak politik negara dengan memberikan penekanan terhadap dasar dan imbuhan serta polisi pekerjaan. British dan Pembesar Melayu berpandangan tindakan Partai Buruh Malaya ini jika dibenarkan akan menghilangkan dan meminggirkan Kolonial dan Pembesar Melayu.

Itu dulu... Sekarang sistem buruh paksa jugak dikenakan kepada para pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan. Ini berlaku bilamana Kerajaan sedia ada tidak memantau dan membenarkan pekerja asing memenuhi sektor perkilangan. Apa yang berlaku, setiap pekerja warga asing yang masuk bekerja telah ditetapkan ada hutang yang perlu dilunaskan  (dengan macam-macam cara manipulasi) termasuklah hutang levi, hutang transit dan hutang permit kerja.

Paspot mereka ditahan oleh Majikan dan mereka perlu bekerja ikut apa yang dipaksakan kepada mereka yang mana biasanya nilaian kerja tersebut amat berganda dengan nilaian hutang para pekerja warga asing ini. Gua ingat kat satu team pekerja Nepal yang pernah gua berkawan. Mereka bercerita yang makan, minum dan tempat tinggal disediakan kepada mereka dan mereka perlu menjadi pengawal keselamatan lebih 16 jam sehari. Gaji disekat oleh Majikan (kononnya Majikan membayar RM1800 sebulan) walhal apa yang mereka dapat sebenarnya adalah RM200 sahaja sebulan... selebihnya dikira tolak bayaran makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan mereka.

Ini satu contoh buruh paksa. Sama jugak seperti yang berlaku di Synergy Drive (Sime Darby) dan Top Glove serta banyak lagi syarikat besar di Malaysia termasuklah didalam industri pembinaan.



19 January 2018

Habislah Lagi Duit KWSP

Bhai/DeeDee semua....

KWSP dan PNB rancang nak beli aset fasa 2 Battersea Power Station jangkanya pada nilai RM8.8 Bilion.... Huhu..... Masalahnya... dalam keadaan ekonomi goyah ni... patutnya kiter kena banyakkan bawak masuk Foreign Direct Investment (FDI)... tapi la ni nak bawak keluar duit melabur kat luar negaralah pulak...

Giler ker aper.... Projek Battersea Power Station ni adalah projek Sime Darby (yang dulu rembat bagi nama Synergy Drive) dan SP Setia .... Masalahnya.... ini pelaburan kat England.... Memang la berpotensi untung.... tapi bukannya dapat menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang secara otomatiknya akan menaikkan taraf hidup rakyat...

Kalu pun untung la KWSP dan PNB dalam projek Battersea Power Station ni..... berapa sangat la dividen yang akan KWSP dan PNB bagi kat rakyat sebab dana KWSP dan PNB ni datangnya dari rakyat....

Tak pernah lagi gua dengar KWSP dan PNB bayar dividen sampai 15% walhal dana yang dikendalikan lebih besar dari dana Bank Rakyat.... Bank Rakyat pun biasa pernah bagi dividen keuntungan saham sampaoi 15% sedangkan Bank Rakyat hanya melabur dalam negara jer....

Oh yer.... duit yang Isa Samad pinjam melalui FELDA itu hari dari KWSP pada nilaian RM5 billion tu FELDA (Isa Samad) dah abis bayar ker??? Ker senyap terus..... Adoyailah...

Mampuih la rakyat Malaysia kena tipu berkali-kali....

Macam dana dalam AMANAH RAYA BERHAD.... yang sekarang ni hanya sekadar nombor jer..... fizikalnya tak ader.... dah lama lebuh.... linchin.... hahahaha......

19 May 2012

Berbaju BERSIH Ke Stadium?

Pergh... dengor khabornyer ader peminat bolasepak sengaja nak menganjing FAM malam nih... hahahaha... katanyer diorang akan pakai baju BERSIH warna kuning tue dalam Stadium...

Ader yang dijangkakan akan bawak banner BERSIH FAM 1.0  .... heheheh

Kiter tengok aper akan jadi masa final Piala FA antara Kelantan ngan Sime Darby nih.... hahaha

Kononnyer.. diorang takkan pakai baju Harimau Malaya sebagai protes kepada FAM.. sebaliknyer diorang akan pakai baju kuning BERSIH  ... hahaha

Mampuih... ramai la lepas nih tido dalam lokap.....

10 March 2012

Razakhstan

Najib Razak kini sedang berkuasa sebagai Perdana Menteri... Adiknya Nazir Razak pula kini sedang bersedia untuk mengambilalih kepentingan dalam Felda (dibawah nama Synergi Perdana dan Feldo Global Venture) setelah usahanya sebelum ini untuk menguasai industri perladangan melalui Synergy Drive telah berjaya.

Rakan baik Najib Razak pula iaitu Razak Baginda telah selamat daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya dan kini sedang menjaga segala kepentingan Najib Razak. Nazir Razak pula sedang berusaha memastikan segala perancangan Najib Razak berjalan dengan lancar tanpa ader masalah kewangan.

Kerjasama dari Razak Baginda amatlah diperlukan untuk mengawalselia segala kepentingan Najib Razak sama ader dari segi aset mahupun kekasih hati. Kalu perlu, Razak Baginda akan sanggup menjadi balachi kepada Najib Razak...

Semua ini dibuat sebagai satu usaha untuk menjayakan satu matlamat dan percaturan yang besar iaitu untuk mengujudkan sebuah republik baru yang akan dikenali diseluruh dunia dengan nama....



RAZAKHSTAN ....

Sebab itulah anak perempuan Najib Razak telah ditunangkan dengan anak pemimpin utama negara KAZAKHSTAN, dan ini secara tidak langsung telah menyebabkan jalinan hubungan diplomatik dan ekonomi dapat dikekalkan dan diteruskan.

Mengikut perancangannya.. negara RAZAKHSTAN akan dapat dijayakan selepas PRU13 di Nalaysia...

06 July 2011

Percuma Untung Besar

Pergh.... dalam kelam kabut agenda nasional BERSIH 2.0 ..... habis tenggelam berita yang macam chilaker nih.... Memang chilaker.... sebab aper gua kata chilaker.... sebab.. ader orang akan dapat untung atas angin... memang mewah... memang best... dan kiter semua boleh agak-agak siapa sebenarnya yang akan dapat untung atas angin nih... Macham chilaker....

Tindakan Kerajaan Malaysia yang nak melupuskan pegangan dalam 33 GLC (syarikat berkepentingan kerajaan) yang bermula tahun ini sampai tahun depan memang akan memberikan satu keuntungan besar kepada pihak-pihak tertentu...

Memang dapat percuma untung besar la beberapa mangkuk-mangkuk nih... Seperti mana yang gua jangkakan... semua mangkuk-mangkuk yang akan dapat laba besar nih tak lain tak bukan adalah kroni UMNO/BN.... samer macam penyangak PBN terkenal ....

Syed Mokhtar Bukhari pastinya akan berada dalam lingkungan (circle yang samer)... ini semua untung atas angin... kerja siapkan based tak perlu dah... nak dapatkan client pon tak perlu... semua dah ready to generate income... selama ini pon semua dana untuk hidupkan kompeni GLC nih datangnyer dari dana rakyat... cukai rakyat.... masa time rugi semua rakyat kena tampung.... alih-alih... time tengah kaya dan berjaya nih... ader mangkuk-mangkuk yang dapat pegang GLC nih percuma jer... memang untung besar...

Tengah untung nih... mangkuk-mangkuk nih akan amik laba.... tapi biler dah tersungkur pasai salah urus tadbir... masa tue mola la kasi kat rakyat balik mintak cover dari dana KWSP dan Tabung Haji.... macam sial jer....

Percaya la.... GLC yang akan dilupuskan hak nih gua berani jamin adalah sebahagian dari yang gua senaraikan dibawah ini...

1. PLUS Highway
2. TNB
3. TM
4. Synergy Drive (tak kisah la depa tukar nama jadi aper pon skarang nih)
5. Synergy Perdana
6. Percetakan Nasional
7. Felda Berhad
8. MAS

dan banyak lagi yang gua tak daya nak pikir pagi-pagi nih... semuanya menyebabkan darah gua menyirap pagi-pagi nih.. nasib baik gua belum lagi sarapan... kalu tidak... tak pasai-pasai jer gua punya darah tinggi naik... macam haram betul la....

Inilah yang berlaku biler kerajaan merompak rakyatnya sendiri... macam sial jer.... pagi-pagi lagi dah kuar semua ayat maki dan ayat tulang ikan dari mulut gua... chilaker betul la...

01 July 2010

Warga Felda Bodoh Kah?

Gua tak tau nak kata aper... cuma nak tanya skit jer... warga Felda bodoh kah? ..... wei... walaupun gua bukan warga Felda... tapi gua ader sedara mara yang jadi warga Felda.... Felda Gunung Besout dan Felda Trolak...

Gua cukup tau aper yang berlaku kat dalam Felda... macam mana biler bayaran kepada peserta dilambat-lambatkan... at last peserta terpaksa ambik barang dapur kat Koperasi... masuk buku... cukup bulan potong dari akaun... yang tinggal tunai dalam poket aper la sangat... itu belum kira potongan pada buah basah.. buah muda.. tanam semula... dan macam-macam lagi potongan...

Kalu nak ikutkan... nasib peserta Felda ader yang lagi teruk dari pekerja estet... paling kurang pon... pekerja estet dibekalkan dengan air dan elektrik percuma... tapi.. peserta Felda... mmmmm... semua kena bayar... wei.. lu ingat rumah yang diorang duduk tue (konon dapat free) tak kena bayar ker... wei ader la... potongan dier ader dalam senarai....

Biler harga pasaran minyak kelapa sawit naik memuncak sehingga lebih dari RM4000 setan dulu ... peserta tak dapat pon pada harga tue.. banyak sangat potongannyer... walhal... Malaysia kontrol harga pasaran dunia minyak kelapa sawit.... Malaysia yang tentukan harga... tapi... aper yang dapat kat peserta Felda... haram... kalu ader pon ciput jer...

Tapi... yang masyuk....adalah pengurusan Felda... lantik pengerusi Felda pon orang politik UMNO/BN macam YUSOF NOOR.... ulama (kononnyer) hampeh.... dulu masa YUSOF NOOR jaga PPZ pun.. habis duit PPZ buat pelaburan haram.... jahanam duit zakat... kalu duit zakat pon diorang boleh sabotaj dan khianat.... aper lagie dengan duit Felda.... mmmmm... diorang bukan ader kira halal haram.... semua samer jer bagi diorang... bangsat punya jenis... Melayu macam siot...

Dulu masa Felda dibawah pengerusi D.E.M FIENNES dan TAIB BIN HAJI ANDAK .... pengurusan Felda boleh diklasifikasikan ditahap terbaik... tapi.. biler sampai MUSA HITAM dan yang lainnyer... mmmmm... jadi macam hampeh...

Ini duit dalam kantong Felda dah kering kontang disebat malaon ... yang best tue ... ader paper trail lu tau dak... (istilah financial untuk semak kalu ader berlaku CBT) .... err... lu tau ka aper itu CBT (Criminal Breach of Trust) .... bukan sedikit hilang kena songlap dan kebas... mau ratus juta... tapi... biler orang dedahkan benda nih untuk accountability dan ketelusan... ader plak makcik dan pakcik Felda marah kat orang yang dedahkan nih... bukannyer marah kat orang yang songlap... orang yang kasi maklumat pulak yang kena...

Ini la gua nak tanya nih... aper punya bodoh.... err.. warga Felda bodoh kah? sampaikan marah pun tak kena tempat... marah kat pemberi maklumat.. tapi tak marah kat orang yang songlap dan kebas duit diorang... aper ker bodohnyer...

Camnie la... lu nampak satu awek cun kat atas bas... lu perati dier... tetiba ader satu malaon (muka pon dah nampak macam muka pecah rumah)... duduk sebelah awek tue... lu masih perati jugak... tetiba... malaon tue rembat beg duit awek tue dan terus petik loceng bas untuk turun sertamerta... lu dah nampak benda tue berlaku.. jadi lu blok mamat malaon tue turun dari bas... biler mamat malaon tue tanya... lu mintak dier kasi balik beg duit awek tue.... dier tak kasi.. jadi lu kasi satu pukulan padu kat perut dier... dan dier terpaksa bagi balik beg duit tue... (eh... macam dalam citer P. Ramlee jer... err.. citer Masam Masam Manis.. hahaha) ... tapi.... at last bukan happy ending macam dalam citer P. Ramlee tue.. tapi awek tue pulak maki hamun lu dan siap ajak kengkawan dier maki hamun lu satu bas ..... aper ker jadahnyer...

That's why la gua nak tanya... warga Felda nih bodoh ker? ... jangan la diperbodohkan oleh Ibrahim Ali Al-Kataki dan geng-geng PERKOSA PERKASA tue.... diorang tue aper tau... pikir tembolok diorang jer.... diorang tue lebih pondan dari pondan kat Lorong Haji Taib atau kat belakang bangunan Mercedes kat KL tue... hahaha ... geng-geng PERKOSA PERKASA nieh memang hobi diorang naik feri Pulau Undan (P.Undan) kat Pulau Pinang tue... P.Undan = Pondan la... hahahaha

25 February 2010

Synergy Perdana adalah Synergy Drive Kedua

Kan ker gua dah citer itu hari... Synergy Drive Kedua dah diplanning oleh Nazir Razak... Kan ker gua ader bagitau yang penggabungan akan dimeterai (siap) pada suku pertama 2010... hahaha.... La nie penggabungan Felda, Risda dan Felcra dah lengkap... dan diberi nama Synergy Perdana... hahaha... nampak sangat taktik yang digunakan... ini semua sekejap jer... sebenarnya .. ini semua nak mengayakan satu pihak jer.... Nampak sangat Felda dah terdesak.... sampai Risda dan Felcra pon jadi mangsa...

Sama gak masa Sime Darby gabung dengan Guthrie dan Golden Hope dulu... bagi nama Synergy Drive... tapi tak sampai 6 bulan... tukar balik nama kepada Sime Darby... memamg sah la Sime Darby memang kebulur aset dalam Guthrie dan Golden Hope...

So... Sekarang nih.. gua jamin Felda pulak yang kebulur aset Risda dan Felcra...

Bagi korang yang ingat gua sengaja bantai isu nih... cuba baca artikel gua yang lama bertarikh... 1 Disember 2009, 26 September 2009 dan 23 Ogos 2009 ... Baca jugak ulasan Penarik Beca tentang isu nih...

Dalam kes Synergy Drive Kedua (Synergy Perdana) nih.... lu agak-agak la.. sapa yang kaya... hahaha... Bukan peneroka/peserta Felda, Felcra dan Risda... tapi yang akan kaya... sudah tentu CIMB yang diterajui oleh Nazir Razak... pasai apa... hahaha... Synergy Perdana nih semua idea dier... sama gak macam Synergy Drive dulu... hahaha... masyuk...masyuk...

Kalu korang ingat Patrick Badawi dulu kaya raya masa Dollah Badawi jadi PM... la nih.. Nazir Razak pulak yang akan kaya... hahaha....

Ingat.. gua dah dapat bau strategi busuk diorang nih... dah percaya la... yang miskin papa nanti adalah peneroka/peserta Felda, Felcra dan Risda... dan yang kaya nanti.... Nazir Razak dan CIMB tue....

01 January 2010

Harga Gula - Silap Mata CIMB

Selamat tahun baru masihi 2010 ... Ramai yang terkejut badak biler dengaq harga gula naik 20 sen ... yer la.. siap depa kecoh Felda konon dah ambik alih dari Raja Gula Robert Kuok.... tapi lu orang semua sudah silap... Harga gula ini semua silap mata CIMB jer..

Kenapa gua kata camnie... hahaha... memang la melayu mudah lupa... macam mana lu orang boleh lupa bahawa CIMB (Nazir Razak) dok promo giler-giler dier punya idea untuk penggabungan Felda, Felcra dan Risda pada PM 1Malaysia (Najib Razak) ....

Hehehehe .. dulu pun dier punya idea gak untuk gabungkan Sime Darby yang dah nak mampus tue dengan Guthrie dan Golden Hope untuk menjadi Synergy Drive yang akhirnya ditukar balik kepada nama Sime Darby.... hehehehe... sapa yang untung dalam kes Synergy Drive nih..... bukan sapa-sapa pon... tapi Nazir Razak gak yang untung... hahaha

La nih... Felda, Felcra dan Risda sedang dalam proses digabungkan yang mana gua dengar khabar akan direalisasikan seawal suku kedua 2010 ... hehehehe.... semua ini akan digabungkan menjadi Synergy Drive Kedua... jadi... lu ingat sapa yang akan untung kali kedua nih... hehehe.. Sure Nazir Razak jugak yang untung... hehehehe...

Jadi ... sekarang nih.. taikun gula bukan lagi Robert Kuok tapi .... akan bertukar tangan kepada Nazir Razak .... lu tak percaya.. tunggu dan lihat... tokei beras (siapa tokei beras nih lu cari la sendiri) tue cuma proksi dier jer... hahaha...

So.. seperti yang gua jangkakan.... tahun 2010 nih... akan menunjukkan penguasaan sepenuhnya dalam semua entiti besar GLC diletakkan dibawah satu konsortium yang dikuasai oleh Nazir Razak mahupun oleh proksinya... CIMB tue cuma batu loncatan sahaja... sebab sekarang nie pon Nazir Razak dah kuasai sebahagian besar saham dalam CIMB ...

Jadi.... kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilo tue sebenarnya memberikan pulangan lebih dari RM1 bilion kepada CIMB Synergy Drive Kedua (Felda, Risda dan Felcra) yang mana dikawalselia oleh Nazir Razak....

Sohih dan nyata Najib Razak lebih berkali ganda teruk korupsinya daripada Abdullah Ahmad Badawi.... hehehe.. sapa mentor dier.. kalu bukan Che Det ... hahaha

So ... kengkawan blogger lain nampaknya salah tangkap la isu ini... sori aaa... nih gua ader linkkan blogger lain punya idea...

01 December 2009

Synergy Drive Kedua - Sambungan

Bagi yang belum baca artikel gua bertajuk Synergy Drive Kedua, sila rujuk artikel tersebut dahulu sebelum terus membaca artikel ini. Ini adalah sambungan kepada artikel Synergy Drive Kedua.

Kerajaan Malaysia (sebetulnya Nazir Razak) melalui CIMB Investment telah mengarahkan penggabungan tiga GLC berkaitan (Felda, Felcra dan Risda) untuk menjadi satu entiti baru yang kononnya akan memberikan satu daya saing yang kuat diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.

Dulu sebelum ini kita dapat lihat Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope telah dirangkumkan dan disynergikan menjadi satu entiti yang pada mulanya dikenali sebagai Synergy Drive (walaupun sebenarnya niat Sime Darby telah dikenalpasti sejak dari awal lagi) dan seterusnya diubah kembali nama Synergy Drive ini kepada Sime Darby.

Sime Darby pernah memiliki satu bank komersial dan syarikat insuran, namun kerana ketidakcekapan pentadbiran Sime Darby telah menyebabkan bank dan syarikat insuran tersebut gagal bersaing dan akhirnya terpaksa di "bail-out" oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Kini perkara yang sama telah berlaku dan khabarnya Sime Darby (Synergy Drive) tidak mampu untuk menjadi satu entiti pengawal (penguasa) dalam industri sawit sedangkan Malaysia sebenarnya yang menentukan harga pasaran sawit dunia. Kita boleh tunggu masa dan lihat berapa pulak kosnya untuk Kerajaan Malaysia menyelamatkan Sime Darby dari tersungkur dalam tempoh kurang dari lima tahun lagi.

Felda, Felcra dan Risda yang akan digabungkan ini (kertas draf cadangan penggabungan telah diberitakan siap dan telah dimajukan kepada Kerajaan Malaysia melalui Nazir Razak pengerusi CIMB Group) juga dikenalpasti akan mengalami masalah yang sama dengan Sime Darby (Synergy Drive) kerana menggunakan format (bermasalah) yang sama.

Pandangan peribadi gua.... Sime Darby (Synergy Drive) nie pon tak boleh CIMB nak handle (terkial-kial) ... ini plak nak pegang sama Gabungan Felda (Felda, Felcra dan Risda) ... makin hancus la... Felcra dan Risda nie selama ini banyak sangat birokrasi dan salah tadbir urus... sama macam Felda ... kalu dah digabungkan.. sure lagi teruk masalah... Sedangkan NPL (Non-Performance Loan) yang CIMB pegang la nih berjumlah RM8.4 bilion.... macam mana nak tadbir nih...

NPL sendiri pun tak dapat nak tadbir... ini lagi nak jaga Sime Darby (Synergy Drive) dan GF (Felda, Felcra dan Risda)... giler apa....

Ini yang gua rasa makin kecut perut dah nih... Dengan masalah kat Dubai sekarang nih... dengan pembaziran dalaman Malaysia yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru nih... camana agaknya Synergy Drive Kedua nih nak selamat dan bertahan.... alamat bungkus la... Nazir Razak apa takut... terbongkang nanti CIMB nih... Kerajaan Malaysia akan bail-out.. pasai dier GLC ... yang miskin adalah semua peneroka Felda, Felcra dan Risda nanti... yang kaya terbelahak nanti... Nazir Razak dan Najib Razak....

Abis la..... Malaysia kali nih... lagi pelahap dari Che Det ...

26 September 2009

Raya Posa Yang Best

Lu mau tau dak kenapa gua kata raya posa yang best kali nih... hahahaha... banyak info internal yang gua dapat dari borak-borak sesama kengkawan, sedara, jiran dan orang yang mari kerumah bapak gua... hahahaha...

Yang paling best tue... diorang sumer tak tau yang gua nih tulih blog pasai politik dan isu semasa.... hahahaha.... kantul-kantul... sumer info class A+ punya level... hahaha...

Okeh... satu-satu gua stori...

Isu pertama adalah isu Felda, Felcra dan Risda tue (ala .... kes penggabungan yang Najib Razak suruh buat tue) .... sohih dan nyata .. semua inisiatif tue datang dari Nazir Razak melalui CIMB .... hahaha.. ikut kajian dalaman... nilai gabungan tue adalah lebih dari penggabungan Synergy Drive (Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope) ..... nilai jualan balik 10% dari share gabungan tue boleh cecah paling cikai RM1 bilion.... yang best tue.. dah ada buyer asing dah yang tengah "aim" share tue...

Dari info yang gua dapat... benda nie akan dilaksanakan seawal 2010 .... kertas kerja dah nak siap dan meeting benda nih akan dibuat dalam bulan 10 nie... hehehehe ... Yang best lagie tue... tidak ader satu pon peneroka dan peserta Felda, Felcra dan Risda yang bersetuju dengan penggabungan ini melainkan cuma pihak-pihak pengurusan Felda, Felda dan Risda sahaja yang nampaknyer bersetuju... Yer la... pengerusi Felda, Felca dan Risda nie sapa orangnyer... semua orang UMNO/BN ... hahahaha...

Isu kedua... adalah isu tanah di Tanjung Tualang, Perak.... tanah bekas lombong milik syarikat Osborne and Chappel yang bersaiz sekitar 600 ekar lebih .... hahahaha ... Lu tau dak pasai apa Kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan di Perak atas perkenan Sultan Perak? ..... hahahaha.... satu dari sebab utama ialah pasai tanah nie la... hahahaha

Okeh... tanah nie adalah tanah pajakan 60 tahun dan 99 tahun... tanak lombong bijih timah.... hehehehe... jadi biler perlombongan bijih timah punah di Perak pada sekitar 80'an .... banyak tanah ini ditinggalkan oleh pemajak.... Jadi bagi kes tanah di Batu Sepuluh Tanjung Tualang Perak tue... kerajaan Pakatan Rakyat dahulu tidak membenarkan pengubahsuaian status tanah lombong ini kepada tanah perladangan seperti yang diminta oleh satu syarikat yang menggunakan lobi peringkat istana... Tapi syarikat ini berkeras gak nak ambik tanah 600 ekar nih...

Jadi selepas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak digulingkan... maka dengan mudah Zambry Kadeer memberikan kelulusan kepada pihak berkepentingan di Istana bagi pengambilalihan tanah ini... Penduduk setempat diberitahu bahawa tanah ini milik Istana Perak dan dipagar dengan tanda warna kuning.... tapi tidak ada seorang pun penduduk setempat yang ada melihat dokumen yang berkaitan dengannya yang mensohihkan pemilikan tanah ini kepada pihak Istana Perak. Malah dikhabarkan tanah ini akan dimajukan menjadi ladang kelapa sawit. Jadi ... milik siapakah tanah ini.....

Isu yang lain.. gua akan stori lain kali aaa... kasi hot dulu citer nih.... So ... memang la raya posa yang best kali nie... Gua dapat jumpa Cikgu gua masa sekolah rendah dulu... Cikgu yang senantiasa muda .. Cikgu Yang (Young ... hahaha) ... Yang tak best tue... gua tak dapat jumpa awek lama gua... hahahahaha

23 August 2009

Synergy Drive Kedua

Gua memang dari dulu lagi tak bersetuju penggabungan antara Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope dibawah satu gabungan yang pada awalnyer dikenali sebagai Synergy Drive dan akhir sekali dikenali sebagai Sime Darby...

Ini cara khianat nak bolot harta negara.. kalu ader 3 syarikat.. satu lingkup tak menjejaskan yang lain.. tapi biler digabungkan... terlingkup... abis semua sekali... ini idea bangang namanyer...

Idea Synergy Drive didalangi oleh Nazir Razak... adik kepada Najib Razak... kepala CIMB Bank...

La nie plak.. ader idea baru kononnyer kuar dari mulut Najib Razak yang mahukan Felda, Felcra dan Risda bergabung... lu agak-agak la... siapa la dalang sebenarnya.... hahahaha... kalu lu tak boleh baca dan agak lagi... baik la pi terjun bangunan SPRM kat Shah Alam tuh... hehehe

Gua saspek ini idea Nazir Razak lagie la... hahaha.. ini idea nak memenuhkan kantung dier... last nanti tak pasai-pasai penggabungan Felda, Felcra dan Risda nie dimilik peribadikan dan akhirnya terjual kat mangkuk dari luar negara..

Ini semacam nak membunuh Felda, Felcra dan Risda jer... percayalah... lu tengok la nanti.... idea bangang nie... bukan menguntungkan.. tapi merugikan... yang untung cuma Nazir Razak jer...

bangsat betul la...

Baca Sini : Najib Razak suruh Felda, Felcra dan Risda bergabung.

Jangan Salahguna Kuasa MB

Hahahaha...

Lawak la... Khairy Jamaluddin (KJ) ngan Khir Toyo (KT) memang pandai buat lawak... err.. dulu diorang nie pernah jadi stand-up comedian ker? hahaha....

KJ dan KT siap suruh Khalid Ibrahim (KI) jangan salahgunakan kuasa beliau sebagai MB Selangor untuk bayar utang ngan BIMB.. hahaha... memang banyak tuh.. RM66 juta lebih... hehehe

Sebenarnya KJ pointkan cakap dier pada KT .... isu masa KT jadi MB Selangor dulu.. dier banyak salahgunakuasa MB yang dier ader... hehehe.. banyak songlap dan magic... hahaha... KT pulak... kira macam buat-buat tak tau... seperti peribahasa... "Seperti Kera Menegur Tahinyer" ... hahahaha

Walau apa pun.. gua setuju yang KI tak wajar mempergunakan status MB Selangor yang dier pegang sekarang nih untuk menyelesaikan masalah beliau.. Dulu lagi ex-staff Guthrie meluat dengan KI nie pasai mentadbir Guthrie macam kompeni bapak dier... tapi nak buat camana.... Orang kaya dan berkuasa mana ader dengar cakap staff dier... staff kena pecat dan ditamatkan kontrak ader la....

Hampeh ... so KI.... lu jangan memandai nak guna dana negeri nak selamatkan tengkok lu... jual jer rumah lu yang mahal tue... yang ader banyak bilik tue.. yang dibina mengikut aturan "feng shui" tue.... cepat jual masa tengah ader harga nih.. buat modal bayar BIMB...

13 August 2009

Ada Permit Ker Tidak

Errr... gua nak tanya nih...

UMNO/BN Johor nak adakan perhimpunan 10,000 orang esok kat Padang Merdeka, Batu Pahat Johor Darul Takzim.... jadi errr... diorang punya perhimpunan nih dah dapat permit polis ker? Boleh tolong publishkan (kat media tak) permit perhimpunan nih... tolong bagitau juga.. bila diorang pohon dan bila pulak diluluskan... hehehehe

Kalu takder permit.... hehehe.. ini kira perhimpunan haram.... hehehehe... so FRU .... apa lagi mau tunggu.. kasi la gas pemedih mata dan water cannon.... hahaha...

Tapi takper... kalu UMNO/BN ... diorang mana perlu pohon permit... siap Polis tolong pohonkan untuk diorang... siap isikan borang dan luluskan... hahaha... Lu bagitau gua ... ader pernah ker UMNO/BN mohon permit.. hehehe

So..... bagi semua blogger Pro Pakatan Rakyat... jangan lupa esok... ader peluang untuk lu buktikan bahawa UMNO/BN dapat kumpulkan 10.000 orang dalam perhimpunan diorang esok... Jangan tunggu media UMNO/BN yang buat coverage... korang pon boleh buat live coverage ... hahahaha... kasi 1Malaysia tengok berapa ramai UMNO/BN boleh kumpul orang....

Cuba cek sekali.... peserta perhimpunan nieh ader tak yang kena dibayar... ader nasi bungkus dan sirap tak... ader free transportation tak... ader baju dan muffler free tak... ader pengikat kepala bagi free tak.... kalu semua free, maknanyer ader la yang sponsor... hahahaha... Dapat bukti semua tue... tolong aaa.... kasi publish semua bukti tue dan bagi kepada Rais Yatim..... hahahaha...

Rais Yatim kan ader kata yang perserta GMI dapat payment.... hahahaha.. so... kalau peserta perhimpunan UMNO/BN esok di Padang Merdeka dapat payment.... lu kasi bukti tue dan hempuk kapla itu Rais Yatim.... hahahaha

Oh yer.... lupa la.... cuba cek... gua tak tau la perhimpunan nie lepas semayang Jumaat atau tidak... kalau la sebelum atau sesudah... cuba cek.. ader tak peserta perhimpunan UMNO/BN nie pi semayang Jumaat... kalu tak pergi... hahahaha... memang la... memang la memang... hahahaha... lu pikir sendiri la....

Opps.... lagi satu.... boleh tak kalu ader sesapa yang pi perhimpunan tue ... boleh tolong tanya tak sama itu Muhyiddin Yassin... siapa MB Johor yang pernah terlibat dengan isu penjualan tanah dan pasir di Johor kepada Singapura... mintak tolong yer...

Baca Sini : Perhimpunan UMNO laungkan Anwar Pengkhianat Melayu

13 June 2009

Jerebu Datang Lagi....

Ini semua kerja Synergy Drive (a.k.a Sime Darby)..

Projek perladangan saiz mega kat PekanBaru (Indonesia) majoriti dikawal oleh diorang hasil dari rompakan ladang milik Guthrie kat sana.... hahaha... Dulu tanah tue milik Salim Group... pas tue Guthrie beli... masa Guthrie bawah Khalid Ibrahim (MB Selangor)....

Nak bersihkan ladang bukan susah kat Indonesia... bakar jer .. tue yang jerebu datang lagi... nak tau pi la sana...

So.... Nazir Razak... lu apa mau citer lagie...

Baca Sini : Kebakaran hutan meningkat

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1