Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Hamba Abdi. Show all posts
Showing posts with label Hamba Abdi. Show all posts

28 December 2022

At Least Belanda Meminta Maaf Juga

Bhai/DeeDee semua...

Baru-baru nih Kerajaan Belanda pimpinan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte meminta maaf secara rasmi di atas penglibatan selama 250 tahun Belanda dalam perhambaan, menyifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan.

Permohonan maaf itu dibuat hampir 150 tahun selepas perhambaan di koloni-koloni seberang laut Belanda berakhir termasuk Surinam di Amerika Selatan, Indonesia di timur dan kepulauan Caribbean seperti Curacao serta Aruba.

Ratusan tahun mereka terlibat dengan perhambaan...  biasa la penjajah... tak terkejut pun kita..

Tapi... ratusan tahun lamanya di Tanah Nusantara nih... para pemimpin lokal... dari kalangan Raja-Raja, Sultan, pemimpin tempatan dan bangsawan pun terlibat dengan perhambaan... Ada banyak rekod sejarah sama ada dari penulisan pengembara / peniaga / penulis tempatan mahupun dari kisah lisan rakyat tempatan... Perhambaan sesama bangsa (Melayu terhadap Melayu)... Yang kaya, berharta dan berkuasa menekan yang miskin papa kedana...

Malah dalam banyak kes... hanya kerana hutang secupak beras yang tak mampu dilangsaikan.. habis satu keluarga dari si datuk sampailah ke cucu menjadi hamba... tak kira yang lelaki mahupun perempuan...  Terdapat juga kes ibu yang mengandung pun menjadi hamba sampaikan bayi yang baru lahir pun ditakrifkan sebagai hamba...

Kalu hamba yang perempuan... muda pulak tue... memang jadi mangsa perlakuan seksual oleh si pemilik (si pemberi hutang).. Ini dah jadi biasa... nak marah dan melawan??? alamat matilah kena tikam dengan keris atau lembing... dan kes bunuh nih takkan di angkat hukum oleh pemerintah sebab hamba tak dikira sama taraf dengan manusia... Pada puak-puak bangsat nih... hamba lebih rendah darjatnya dari binatang...

Nak tebus hutang secupak beras bukanlah boleh dengan membayar sekadar dua cupak beras... tapi dalam banyak keadaan lebih dari itu... Kalu ada tanah atau rumah.... habis semua dirampas tapi hutang secupak beras tetap tak habis juga...

Ada yang mungkin akan kata benda nih berlaku sebelum kedatangan Islam di Nusantara.... 

Hahaha... yer betul.... memang berlaku lama... lebih 800 tahun dulu.... tapi sesudah kedatangan Islam pun tetap benda nih tak berubah... Boleh semak Hikayat Abdullah Munsyi tentang perkara nih.... Gua tak kisah perhambaan dibuat oleh bangsa lain... tapi gua kisahkan perhambaan yang dibuat oleh bangsa gua sendiri... Bangsa Melayu kepada bangsa Melayu jugak.... 

Perhambaan di Tanah Melayu (Malaya) nih cuma dihapuskan oleh Penjajah British pada 1915.... semasa adanya Residen Inggeris JWW Birch masih hidup....  Sebelum tue selamba jer perhambaan tu mendarah daging dalam budaya Melayu... 

By the way... Sultan Mahmud yang mangkat di julang pun ada hamba budak lelaki yang menjadi pemuas nafsu songsangnya....  rekod sejarahnya ada.... korang kena la gali... takkan semuanya nak kena suap.... LEMAH betul lar...

Huhuhu....

At least Belanda meminta maaf juga.... Pemimpin dan bangsawan Melayu ader pernah minta maaf ker??? Bangsat betul kan...

P/S ... Kepada yang nak bekap Pemimpin dan Bangsawan Melayu nih ... cuba lah semak... mana la tau keturunan korang pun dulunya hamba gak... nasib baik la British hapuskan perhambaan di Tanah Melayu pada 1915.

*** Dilaporkan Raja Muda Yusof pernah mencurahkan air panas ke atas badan hamba perempuannya dan meletakkan sarang semut merah ke atas badannya kerana cuba melarikan diri daripada tuannya. - S. Patrick. (1982). Social Relation of Dependence in a Malay State: Nineteenth Century Perak. MBRAS. Kuala Lumpur: Oxford University Press (Halaman 61)

*** Sultan Abdullah mempunyai hamba yang dijadikan pelacur dan menerima bayaran 10 sen sehari. Sumber pendapatan Sultan dan pembesar bergantung kepada hamba samada dari segi melaksanakan kerja yang menjadi pendapatan tuan atau bekerja dan pendapatan itu dikongsi dengan tuan mereka. - Burns P.L (1971). Papers on Malays Subjects. London: Oxford University Press. (Halaman 115)

*** Haji Hawah mempunyai 8 orang wanita muda dan 4 wanita dewasa. Mereka tidak deberikan pakaian dan makanan, dan mereka mesti membahagikan pendapatan mereka dengan tuan mereka. - S. Patrick. (1982). Social Relation of Dependence in a Malay State: Nineteenth Century Perak. MBRAS. Kuala Lumpur: Oxford University Press (Halaman 55)

berkaitan: 


BIBLIOGRAFI

Andaya B.W & Andaya L.Y (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillian Publishers,

Azmah Abdul Manaf (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Burns P.L (1971). Papers on Malays Subjects. London: Oxford University Press.

Cowan. C.D (1970). Tanah Melayu: Kurun kesembilan Belas asal usul penguasaan British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ducker W.J. & S. Jackson J. (2001). The World History: volume two: since 1500. California: Wadworth/Thompson Learning

Gullick J.M (1978). Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Yusoff Hashim (1990). Kesultanan Melayu Melaka: kajian beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ooi Keat Gin (edt). Volume I (2004). Southeast Asia (A-G): A Historical Encyclopedia from Angkor Watt to East Timor. Library of Congress Cataloguing in Publication Data

Parkinson. C. N, (1964). British intervention in Malaya 1867-187. Kuala Lumpur: University of Malaya Press

Sadka. E. (1968). Protected The Malay States (1874-1895). Kuala Lumpur: The University of Malaya Press.

Sivachandralingan Sundara Raja (2002). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor.

S. Patrick. (1982). Social Relation of Dependence in a Malay State: Nineteenth Century Perak. MBRAS. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Williameson. J.A. (1944). The Evolution of England. London: Oxford University Press.


“Kerajaan Belanda dan Netherlands memikul tanggungjawab di atas penderitaan besar yang berlaku kepada rakyat jelata yang dijadikan hamba serta keturunan mereka."

“Kita yang hidup di dunia ini dan pada masa ini, hanya dapat mengesahkan perbuatan perhambaan ini berlaku dan mengutuknya dalam terma yang sejelas-jelasnya sebagai jenayah kemanusiaan,”

31 December 2020

Buruh Paksa Satu Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Sistem buruh paksa dihapuskan oleh British di Malaya pada tahun 1911. Maka sejak dari itu tidak ada mana-mana Pembesar Melayu dibenarkan menggunakan perkhidmatan buruh paksa. Sebelum tahun itu ramai orang-orang Melayu dan orang Asal yang berhutang dengan Pembesar Melayu telah dipaksakan bekerja tanpa upah (hanya menerima makanan ala kadar sahaja) di ladang-ladang dan lombong bijih timah milik Pembesar Melayu.

Sebelum 1911 jika seorang bapa terlibat berhutang walau secupak beras dengan Pembesar Melayu, maka semua ahli keluarga itu akan menjadi hamba berhutang dengan Pembesar tersebut. Dan mereka perlulah bekerja dengan Pembesar tersebut sehingga hutang selesai. Biasanya nilai kerja yang dibuat adalah berlipat kali ganda dengan nilai hutang yang termetrai.

Pembesar Melayu memang terkenal memanipulasikan buruh paksa ini dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati maka akan hilanglah nyawa mereka. Orang-orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa atas kebejatan perangai Pembesar Melayu atas sebab patuh dan hormat dengan waad Sang Sapurba.

Sebab itulah juga Partai Buruh Malaya di haramkan oleh British bila mana partai ini cuba mencorak politik negara dengan memberikan penekanan terhadap dasar dan imbuhan serta polisi pekerjaan. British dan Pembesar Melayu berpandangan tindakan Partai Buruh Malaya ini jika dibenarkan akan menghilangkan dan meminggirkan Kolonial dan Pembesar Melayu.

Itu dulu... Sekarang sistem buruh paksa jugak dikenakan kepada para pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan. Ini berlaku bilamana Kerajaan sedia ada tidak memantau dan membenarkan pekerja asing memenuhi sektor perkilangan. Apa yang berlaku, setiap pekerja warga asing yang masuk bekerja telah ditetapkan ada hutang yang perlu dilunaskan  (dengan macam-macam cara manipulasi) termasuklah hutang levi, hutang transit dan hutang permit kerja.

Paspot mereka ditahan oleh Majikan dan mereka perlu bekerja ikut apa yang dipaksakan kepada mereka yang mana biasanya nilaian kerja tersebut amat berganda dengan nilaian hutang para pekerja warga asing ini. Gua ingat kat satu team pekerja Nepal yang pernah gua berkawan. Mereka bercerita yang makan, minum dan tempat tinggal disediakan kepada mereka dan mereka perlu menjadi pengawal keselamatan lebih 16 jam sehari. Gaji disekat oleh Majikan (kononnya Majikan membayar RM1800 sebulan) walhal apa yang mereka dapat sebenarnya adalah RM200 sahaja sebulan... selebihnya dikira tolak bayaran makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan mereka.

Ini satu contoh buruh paksa. Sama jugak seperti yang berlaku di Synergy Drive (Sime Darby) dan Top Glove serta banyak lagi syarikat besar di Malaysia termasuklah didalam industri pembinaan.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1