Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label OSA. Show all posts
Showing posts with label OSA. Show all posts

13 September 2023

Asyik Dokumen Bocor Je?

Bhai/DeeDee semua...

Ahmad Zahid Hamidi bebas tapi tak lepas (DNAA) sebab katanya ada dokumen bocor dari pejabat Peguam Negara... Dan kini katanya ada satu lagi dokumen bocor berkaitan kes Najib Razak...

Asyik dokumen bocor je? Korang tak pelik ker... semua kes bocor tue takdak pon siasatan dibuat dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) ... Kenapa takder buat... kenapa takder siasatan... kenapa pelaku tak ditangkap.. kenapa pelaku tak didakwa... kenapa pelaku tak dihukum???

Tak pelik ke??

Adoilah... dulu kalu ader kebocoran dokumen semua nih... memang satu jabatan la kena siasat... kena dalam "high list" .... kena panggil... kena pantau secara tetap oleh Cawangan Khas.... hidup pun susah.... nak kerja pun susah...

La nih... nampak macam pre-planned jer semua kebocoran maklumat... macam sengaja di buat agar bocor.... pelaku tak kena apa-apa tindakan...

Adoilah...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Senang benar bocornya dokumen?


05 April 2023

Alhamdulillah... Akhirnya

Bhai/DeeDee semua...

Alhamdulillah... Akhirnya dapat juga semua pihak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada nahas udara pada 1976 tue.... Nahas yang dikenali sebagai Double Six tue...

Terima kasih buat Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim... 

Harapan agar tiada lagi dolak dalik yang melambatkan proses nyahklasifikasi dan nyahsulit nih....

Alhamdulillah....

Akhirnya

01 September 2022

Rosmah Mansor - Perbicaraan Tidak Adil?

Bhai/DeeDee semua..

Betulkah Rosmah Mansor tidak mendapat perbicaraan yang adil? Berasaskah dakwaan itu? Apa impaknya Rosmah Mansor menggunakan dokumen draf penghakiman yang dicuri sebagai usaha terakhirnya menangguhkan perbicaraan? Ini semua tindakan terdesak. Ini semua tindakan jenayah dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dengarkan pandangan gua disini.

Perbicaraan Tidak Adi - Kronologi kes rasuah Rosmah Mansor
#RosmahMansor #Jepak #RizalMansur #RayyanRadzwill #BarisanNasional #PRU15 #Rasuah #KesSolar #Mahkamah #GopalSriRam
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

05 January 2021

HSR - Apa Lagi Yang Disembunyikan?

Bhai/DeeDee semua...

Selain dari pampasan atas pembatalan projek rel High Speed Rail (HSR) Singapore KL yang akan diberikan kepada Singapura sebanyak RM810 juta (sebelum ini dikatakan sekitar RM300 juta sahaja), agak-agaknya apa lagi perkara yang disembunyikan dan diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)?


Pelik sangat lah bila projek yang berkaitan dengan kemudahan awam serta melibatkan dengan negara asing dilihat banyak kerahsiaan sama ada dalam kontrak, perjanjian atau terma. Sebijik sama macam kes 1MDB

Sepatutnya apabila sesuatu projek itu berkepentingan awam maka sewajarnya ianya telus dan terbuka untuk proses semak dan imbang bukan sahaja dari pihak berwajib dan akauntabiliti tetapi juga kepada awam. Malah sepatutnya jika tidak dibuka kepada orang awam, apa salahnya ianya dibuka untuk penelitian dan semak imbang di dalam Parlimen.

Kita ada 222 anggota Parlimen yang boleh mewakili rakyat dalam proses semak dan imbang bagi projek sebesar High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini. Boleh sahaja Ahli Parlimen berpeluan untuk pastikan adalah segala perjanjian berkaitan dengan High Speed Rail (HSR) Singapore KL menguntungkan Malaysia dalam jangkamasa panjang dan pendek.

Sebaiknya ... proses berkaitan High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini menjadi perhatian utama Malaysia kerana pada dasarnya akan memberikan lebih untuk kepada Malaysia dari segi pelaburan, pembinaan dan juga ekonomi.,

Dengan pembatalan projek rel High Speed Rail (HSR) Singapore KL yang mungkin menyebabkan Malaysia kerugian sehingga RM810 juta secara kosong sahaja amatlah tidak rasional. Dalam pembentangan Bajet 2021 yang baru selesai pada November 2020, kita diberikan input yang mengatakan bahawa Malaysia tidak akan membatalkan High Speed Rail (HSR) Singapore KL ni. Akan tetapi tiba-tiba berlakunya pembatalan setelah Bajet 2021 diluluskan.

Sebenarnya apa lagi yang nak disembunyikan oleh Kerajaan Malaysia berkenaan projek High Speed Rail (HSR) Singapore KL. Adakah ada pihak yang akan untung besar atas pembatalan projek ini yang katanya akan digantikan dengan perkhidmatan tren yang lain? Mungkinkan ada kroni yang untung dapat tanah percuma?

Satu soalan, Adakah High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini akan juga dimasukkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai salah satu player didalamnya?

Kita nantikan episod-episod selanjutnya berkaitan dengan High Speed Rail (HSR) Singapore KL..



24 October 2013

Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?

Bhai/DeeDee sekalian...

Episod rompak dan bunuh pegawai Ambank kini menjadi semakin mengelirukan. Betul ... Pada gua ianya dah jadi semakin kompleks...  sila baca dulu Citer 1 dan Citer 2 ....

Sebabnyer... Satu demi satu perkara cuba ditutup ceritanya... Tutup yang itu terbongkar yang ini... Hahaha

Skrang nih dengar citer KDN dah batalkan lesen operasi syarikat Securiforce Sdn Bhd (walaupun KDN sendiri tabrani nak sebut nama syarikat tue... Mentang-mentang lag Maznah Hamid tue orang besar dalam Wanita UMNO)...

Persoalannya sekarang nih... KDN dok salahkah syarikat keselamatan tue (Securiforce Sdn Bhd) kerana cuai dalam proses pengambilan pekerja keselamatan... Tapi bukan kah semua pekerja keselamatan perlu melalui tapisan keselamatan yang dilaksanakan oleh KDN...

Takkan la KDN sudah terlepas pandang proses tapisan tue jadi terus salahkan sepenuhnya kat Securiforce Sdn Bhd...

Mana pergi unit penyiasatan KDN dengan kerjasama Cawangan Khas dalam isu tapisan keselamatan nih...

Even masa gua mula berkhidmat dalam agensi dulu pon tapisan dan semakan latar belakang dijalankan sepenuhnya sampai kepada datuk nenek pon disemaknya... Takkan la kes pengawal keselamatan punya tapisan macam cap ayam...

Gua ingat lagi masa gua join Kelab Menembak Kajang dulu... Bukan main tapisan dibuat ... OCPD semak... SB semak... MKN semak.... Hahahaha ... KDN stendet lar...

Skrang nih nampaknyer KDN macam nak lepas tangan jer .... Podah la... Nak sebut nama syarikat pon KDN tabrani... Macma mana la nak jaga keselamatan dalam negara.... ...

Wei Zahid Hamidi... Lu punya KDN bikin lawak aaaa... Gua dengar bebudak dan bekas bos gua kat Agensi dok gelakkan lu sejak semalam lagi pasai kes nih... Hahaha...

Gua brani jamin kalu lu brani jejak kaki ke Agensi... Mesti ramai yang akan gelakkan lu belakang-belakang.... Hahaha...

KDN sudah jadi Kementerian Dungu Negara.... Hahaha


Berita dari Mstar Online

UPDATE TERKINI:

Isteri adalah pemilik Securiforce Sdn Bhd, Suami pula adalah pengerusi persatuan syarikat kawalan keselamatan ... (PPKKM).... Terbaek..

LAGI UPDATE:

AMBANK pon tabrani nak usik atau salahkan syarikat keselamatan yang bekalkan pengawal tak bertauliah.... Dasat aaa sampai AMBANK pon bekap nak giler Maznah Hamid nih.... cayalah... AMBANK lagi pentingkan pelabur dier daripada nyawa kakitangan dier..... Teruk la camnie.... Kesatuan Sekerja Kakitangan Bank (NUBE) patut amik tindakan nih...



02 September 2013

Hari Pertama Pencen

Bhai/DeeDee sekalian...

Semalam (1 September 2013) bermakna telah sempurnalah perkhidmatan gua didalam Agensi... Dan setelah lama berkhidmat .... sejak awal 90'an lagi... maka kini gua sudah free dari perkhidmatan.... Hari nih.... gua rasa kosong.... sebab dah tak perlu lagi pantau COMM .... gua dah tak perlu lagi tengok laporan itu ini.... gua dah tak perlu lagi pi HQ...

Hahahaha.... best...

Tapi... pekerjaan hakiki gua yang satu lagi nih ... masih kena teruskan.... hahaha... cari makan la bhai..... hahahaha

Aper-aper pon.... walaupun gua dah bersara daripada perkhidmatan dengan Agensi.... mengikut suratcara yang gua pernah tandatangan.... gua boleh dipanggil berkhidmat pada bila-bila masa sahaja... mengikut keperluan... dan gua tabley banyak songel bab tue..... Hahahahahampeh....

Hahahahassanali betul lar.... hahahaha

P/S: Sori aaa ... gua tak sempat nak balas lu orang punya komen... Hahaharussani La.....

16 July 2013

Rafizi Ramli Bakal Berdepan Tindakan OSA

Bhai/DeeDee .... gua dimaklumkan baru sebentar tadi bahawa besar kemungkinan SPR akan mendakwa Rafizi Ramli atas OSA walaupun Rafizi Ramli mempunyai imuniti apabila berbahas didalam Parlimen. Mengikut maklumat yang gua dah dapat, beberapa pihak sedang berbincang dengan pasukan undang-undang untuk memastikan bahawa Rafizi Ramli boleh didakwa dibawah Akta Rahsia Rasmi @ OSA.

Mengikut maklumat yang ada, isu berkenaan pembekalan dakwat kekal telahpon failnya ditandakan dengan tanda "SULIT" dan "TERHAD". Oleh yang demikian, maka secara otomatiknya isu dakwat kekal ini  terlindung dibawah Akta Rahsia Rasmi (Official Secrecy Act @ OSA)...

Cuma persoalan yang masih lagi bermain di minda gua.... berapa beranikah SPR untuk mendakwa Rafizi Ramli atas isu teknikal yang berkaitan dengan tindakan OSA nih... Itu hari masa Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan dana National Feedlot Corporation (NFC), NFC dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Peguam Negara telah berjaya mendakwa Rafizi Ramli dibawah Akta BAFIA (Banking and Financial Institution Act), walhal sepatutnya pengurusan NFC sendiri sewajarnya didakwa atas AMLATFA (Anti Money Laundering and Anti-Terrorism Act 2001)....

So.... Mari kiter tunggu dan lihat biler plak Peguam Negara akan mendakwa Rafizi Ramli atas OSA bagi pendedahan maklumat pembekal dakwat kekal yang "kononnya" dilindungi dibawah Akta Rahsia Rasmi atas sebab-sebab keselamatan.... hahahaha.... keselamatan kepala hangguk mak nenek diorang lar... aper daaa...

Jom menunggu..... gua bet maybe diorang akan amik masa tak lewat dari 3 bulan untuk dakwa Rafizi Ramli dibawah OSA.... lu orang camana???? ... jeng... jeng... jeng....

12 July 2013

Menteri Akan Disumpit

Bhai/DeeDee .... Aper yang gua nak tuliskan nih bukan hasutan... bukan ugutan... bukan ancaman... dan bukan termaktub dibawah kanun jenayah sivil.... Tapi ianya sekadar peringatan..... peringatan buat manusia yang lalai... manusia yang pikir tembolok diri dier jer... pikir pasai keuntungan laba yang akan diorang dapat jer...


Ini berkaitan dengan TPPA.... satu perjanjian perdagangan yang ultra-rahsia antara Kerajaan Malaysia dan 11 lagi Anggota lainnya.... Dalam sejarah Malaysia moden pasca 2000 .... inilah satu-satunya perjanjian rahsia yang melibatkan kepentingan negara yang rakyat Malaysia dinafikan hak untuk mengetahuinya... Aderkah ianyer baik untuk rakyat dan negara tidak diketahui... Hanya sebilangan kecil orang sahaja yang tahu... tapi yang lawak bodohnyer... senarai orang-orang ini pon tidak dibenarkan diwarwarkan kepada semua...

Sejak bilan TPPA nih diklasifikasikan sebagai OSA.... gua tak pernah dengar pon TPPA nih diletakkan dibawah OSA.... lu orang ader dengar ker???...

Kalu setelah ditandatangani nanti oleh si bangsat Menteri yang berkaitan....pada penghujung tahun nih.... dan selepas tue baru diketahui bahawa TPPA ini mencelakakan rakyat dan negara.... gua rasa aaa... lebih baik ini Menteri kena sumpit....

Sebab aper patut kena sumpit.... sebab Menteri ini khianat kepada rakyat.... so selayaknyer dier nih kena sumpit kat cuping telinga ker.... hahahaha....  Susah skit nak kenalpasti origin sumpit nih.... kalu semua kesan cap jari dan DNA takder..... hahaha.... nak buat ujian balistik pon tabley.... hahahaha ...

Gua rasa aaa..... ader Menteri akan kena sumpit nanti.... hahahaha... nasib la wei.... hahaha.... Setakat sumpit jer tak mati oooo... lain la kalu kena vital organ.... atau ader tambah racun cyanide ker... racun pokok ipoh ker.... hahha.... atau paling cikai sumpit tue taruh racun Roundup ...... hahahaha

Payah sangat... sumpit jer kat kemaluan.... kasi hilang sense of "kemaluan" tue..... hahaha

26 April 2013

Menteri Pertahanan Buat Malu Agensi Risikan

Bhai.... satu jer yang gua tak larat nak layan.... Menteri Pertahanan kiter... err. rasanyer dier dah title bekas Menteri Pertahanan kan... hahaha..... banyak sangat buat lawak.... terutama skali biler dier manipulate sumber risikan.... hahaha...

Sori aaa.. gua takmo nak elaborate lebih... sebab ianya termaktub dibawah Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act - OSA) ... jadi aper-aper pon... gua nak nasihatkan Zahid Hamidi nih.... Gua tau dier tengah panas skrang nih... tambah lagi kerusi Parlimen dier skarang sedang goyang....

Takper... takper... isu politik kiter citer lain kali aaaa....

Aper yang gua nak nasihatkan Zahid Hamidi nih aderlah tolong aaa.... tolong jangan manipulate maklumat dari sumber risikan... dan jangan memandai tambah ajinomoto biler lu citerkan maklumat risikan dalam media... setakat nak bagi nampak lu buat kerja tue boleh la... tapi jangan sampai memalukan agensi risikan... terutama skali berkaitan dengan maklumat risikan bagi kes dan insiden di Sabah terutamanya di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya...

Nih tak pasai-pasai jer lu punya statement sudah kasi bikin orang awam (rakyat) kureng konpiden kat agensi risikan dan angkatan bersenjata di Malaysia.... tolong aaa.... tolong jangan menyusahkan dan menjatuhkan kredibiliti agensi risikan dan angkatan bersenjata di Malaysia...

Kalu lu (Zahid Hamidi) nak jadi bodoh... jadilah bodoh dan bangang sorang-sorang.... jangan ajak rakyat marhaen jadi bodoh macam lu.... okeh... ader paham ker... atau gua terpaksa kasi "stelet" kat dahi lu kasi cair skit otak yang dah beku tue.... hahaha

Sori.. gua tidak mewakili MIO, Cawangan Khas, Jabatan E, MKN dan beberapa agensi risikan lain.... gua cuma "tidak mewakili" agensi yang gua terlibat jer... hahaha... ader paham...

15 July 2012

Artikel 65 UncleSeekers?

Bhaiya, Chota Bhaiya ... Gua dok tunggu jer biler UncleSeekers nak kuarkan Artikel nombor 65 tue... tak sabar rasanyer... takkan kot pasai kena tahan masuk lokap dan disiasat bawah Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan boleh kasik UncleSeekers terus takut nak kuarkan artikel tue...

Takkan la UncleSeekers dah takut kot... tak best lar camnie...

Kalu boleh... untuk mengekalkan kredibiliti UncleSeekers... dimana orang takkan kata UncleSeekers telah diugut dan dibeli... maka sewajarnyerlah UncleSeekers kuarkan dan publish Artikel nombor 65 tue.... kena buat cepat... tengah sentimen masih baik lagi nih...

Ini bukan sebab nak mengekalkan status top blogger yang skarang nih telah diambil alih oleh UncleSeekers dari AmenoWorld... tapi pasai kredibiliti UncleSeekers...  Kalu UncleSeekers takmo dah nak sambung citer tue.. maybe orang akan kata... semua yang UncleSeekers tue publishkan selama nih aderlah rubbish jer... takder asas...

Perspektif bhai... perspektif... kena handle bebaik perspektif nih... kalu tidak... reputasi dan kredibiliti sure out punya.... susah bhai..

(Urdu Lingo)
Bhai, Bhaiya, Barda Bhaiya = Abang / Abang yang paling tua
Chota Bhai, Chota Bhaiya = Abang yang paling muda
DeeDee, DiDi - Kakak

12 July 2012

UncleSeekers - Apa Lagi Siasatan Selepas Nie

Bhai... itu hari .. 6 hari UncleSeekers ditahan dilokap atas alasan untuk membantu melengkapkan kertas siasatan berkaitan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) ... lepas tue....dier ditahan pulak konon untuk membantu siasatan dibawah Akta Hasutan (Sedition Act) ....

Apa lagi siasatan selepas nie.... OSA sudah... Sedition Act sudah.... Akta Dadah Merbahaya belum lagi... Akta Multimedia mungkin kot? Akta Imigresen pon boleh jadi sebab dier ader bela hantu dalam botol yang mana hantu nih takder paspot dan dokumen perjalanan yang sah... hahaha

Atau mungkin atas tuduhan berkhalwat.... hahahaha

Tapi yang pasti... penyiasat akan ragging fizikal dan mental UncleSeekers secara endurance...  harap UncleSeekers boleh bertahan... sebab kalu tabley tahan... sure boleh biol lepas tue... boleh jadi gila...

Aper pon.... selagi puak-puak gerombolan Feudal masih lagi berkeliaran dan tak dihantar ke muzium.. selagi itu lar diorang akan cari jalan untuk membiulkan sesiapa yang tidak mahu bersekongkol dengan mereka.... Chilakak punya puak Feudal.... bagero..

05 July 2012

Ramai Blogger Akan Dikenakan OSA

Pergh.... berdasarkan kepada kelakuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional sekarang nih... rasanyer ramai blogger akan dikenakan OSA.... Mereka akan beramai-ramai ditahan dibawah Akta Rahsia Rasmi....

Kalu ikut senarai yang ader yang gua dapat dari sorang kawan gua yang berada dalam satu cabang perkhidmatan risikan tempatan... telah ujud senarai lebih 30 orang blogger tegar yang beada didalam senarai tersebut.

Malangnyer... gua cukup pelik biler... macam mana nama gua tak tersenarai... hahaha... maybe lar gua kureng glamer... hahaha.... tapi takper la.. kalu diorang sumer sudah kena tahan nanti... perlulah ader backup blogger untuk sambungkan usaha membongkarkan kemengarutan UMNO/BN ...

Hehehe.... member gua cuma hintkan ader 3 blogger utama yang akan kena... maybe dalam masa terdekat nih.... rasanyer tak perlu gua mention nama diorang... hahaha... cukuplar lu orang buat itu sebagai satu siasatan....

Oh yer... OSA nih takder kena mengena dengan pembongkaran dan pendedahan dokumen rasmi Kerajaan... tetapi apa sahaja pendedahan yang tentang UMNO/BN dan "bayangan Tuhan di muka bumi" aderlah dikira sebagai diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) jugak.... hahahaha...

Macam sial kan...budus nak mampus... hahaha

Tutup Mulut Guna OSA

Pergh... part yang mana aaa yang termasuk bawah Akta Rahsia Rasmi - OSA tue gua pon tak tau... tak paham lar... bukannyer ader dokumen sulit Kerajaan Malaysia yang bertanda "RAHSIA" dalam warna merah pon...

Jadik.. dibahagian maner kah yang dikatakan OSA tue... pening aaa... takkan pasai dokumen paspot Mamak Shafee Abdullah yang tertera pekerjaan dier sebagai kakitangan Kerajaan Malaysia tue yang jadik sebab OSA kot... takkan la kot...

Pelik aaa... abis dah gua selidik semua segi... tapi tak jumpa pon mana-mana dokumen yang tertera perkataan "RAHSIA" didalamnyer...

Atau.... dokumen laporan polis yang dibuat oleh orang yang jadi mangsa ....takkan la kot.. selama hari nih takder pon laporan polis diletakkan dibawah OSA...  Atau.... senarai kenderaan milik tertuduh kot.... itu kot yang diletakkan dibawah OSA..... errr... lu orang ader tau tak kat mana OSA nih relevennyer dalam kes UncleSeekers nih..

Ini mesti sebab mau tutup mulut guna OSA lar... mmmm... bagoosh gak ader cara camnie... tak payah la nak berjawab dalam tweeter...  patutnyer awal lagie amik tindakan OSA nih... baru la tak terdedah sana sini... hahaha...

Cer citer skit.....

27 May 2010

Perjanjian Tanah Di Singapura Di Bawah OSA

Pergh... punya la nak cover... sampaikan terpaksa letak perjanjian tanah di Singapura di bawah OSA... hahaha.. Akta Rahsia Rasmi tue... lawak betul la... perjanjian 1918 tue langsung tak berpeluang untuk rakyat dan Parlimen nak tengok...

Aper ker jadahnyer .... awat kena selindungkan....

Wei... Ong Tee Keat... lu tak payah la nak tipu rakyat oooi... pusing sana pusing sini... aper daa...

Rakyat tak kesah kalu tanah tue terbiar terbongkang tak diusahakan... janji kekal milik Malaysia... itu jer... perjanjian tue perjanjian lama.. so rasanyer la... takder masalah untuk rakyat tengok dan baca...

Lagi satu... persoalan yang paling penting... kenapa buat keputusan tak bincang dalam Parlimen dulu... macam mana Perdana Menteri boleh buat sesuka hati nih... macam takder accountability... bahaya la camnie... aper guna ader Parlimen kalu gitue... baik tutup jer Parlimen... dapat kurangkan kos... dan semua keputusan, rang undang-undang dan sebagainyer hanya PM yang buat dan luluskan.. tak perlu ader Parlimen..

Tak perlu ader YDP Agong... Tak perlu ader Majlis Raja-Raja... ini sudah sampai tahap republik dah nih.. hahaha... sejak biler Malaysia menjadi Republik... semua kuasa ditangan PM... bodoh ker aper...

26 September 2009

Raya Posa Yang Best

Lu mau tau dak kenapa gua kata raya posa yang best kali nih... hahahaha... banyak info internal yang gua dapat dari borak-borak sesama kengkawan, sedara, jiran dan orang yang mari kerumah bapak gua... hahahaha...

Yang paling best tue... diorang sumer tak tau yang gua nih tulih blog pasai politik dan isu semasa.... hahahaha.... kantul-kantul... sumer info class A+ punya level... hahaha...

Okeh... satu-satu gua stori...

Isu pertama adalah isu Felda, Felcra dan Risda tue (ala .... kes penggabungan yang Najib Razak suruh buat tue) .... sohih dan nyata .. semua inisiatif tue datang dari Nazir Razak melalui CIMB .... hahaha.. ikut kajian dalaman... nilai gabungan tue adalah lebih dari penggabungan Synergy Drive (Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope) ..... nilai jualan balik 10% dari share gabungan tue boleh cecah paling cikai RM1 bilion.... yang best tue.. dah ada buyer asing dah yang tengah "aim" share tue...

Dari info yang gua dapat... benda nie akan dilaksanakan seawal 2010 .... kertas kerja dah nak siap dan meeting benda nih akan dibuat dalam bulan 10 nie... hehehehe ... Yang best lagie tue... tidak ader satu pon peneroka dan peserta Felda, Felcra dan Risda yang bersetuju dengan penggabungan ini melainkan cuma pihak-pihak pengurusan Felda, Felda dan Risda sahaja yang nampaknyer bersetuju... Yer la... pengerusi Felda, Felca dan Risda nie sapa orangnyer... semua orang UMNO/BN ... hahahaha...

Isu kedua... adalah isu tanah di Tanjung Tualang, Perak.... tanah bekas lombong milik syarikat Osborne and Chappel yang bersaiz sekitar 600 ekar lebih .... hahahaha ... Lu tau dak pasai apa Kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan di Perak atas perkenan Sultan Perak? ..... hahahaha.... satu dari sebab utama ialah pasai tanah nie la... hahahaha

Okeh... tanah nie adalah tanah pajakan 60 tahun dan 99 tahun... tanak lombong bijih timah.... hehehehe... jadi biler perlombongan bijih timah punah di Perak pada sekitar 80'an .... banyak tanah ini ditinggalkan oleh pemajak.... Jadi bagi kes tanah di Batu Sepuluh Tanjung Tualang Perak tue... kerajaan Pakatan Rakyat dahulu tidak membenarkan pengubahsuaian status tanah lombong ini kepada tanah perladangan seperti yang diminta oleh satu syarikat yang menggunakan lobi peringkat istana... Tapi syarikat ini berkeras gak nak ambik tanah 600 ekar nih...

Jadi selepas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak digulingkan... maka dengan mudah Zambry Kadeer memberikan kelulusan kepada pihak berkepentingan di Istana bagi pengambilalihan tanah ini... Penduduk setempat diberitahu bahawa tanah ini milik Istana Perak dan dipagar dengan tanda warna kuning.... tapi tidak ada seorang pun penduduk setempat yang ada melihat dokumen yang berkaitan dengannya yang mensohihkan pemilikan tanah ini kepada pihak Istana Perak. Malah dikhabarkan tanah ini akan dimajukan menjadi ladang kelapa sawit. Jadi ... milik siapakah tanah ini.....

Isu yang lain.. gua akan stori lain kali aaa... kasi hot dulu citer nih.... So ... memang la raya posa yang best kali nie... Gua dapat jumpa Cikgu gua masa sekolah rendah dulu... Cikgu yang senantiasa muda .. Cikgu Yang (Young ... hahaha) ... Yang tak best tue... gua tak dapat jumpa awek lama gua... hahahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1