Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Lokap. Show all posts
Showing posts with label Lokap. Show all posts

18 July 2025

Ini Memang Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang open secret... semua orang tahu benda ni... benda ini dah cukup lama... ntah bila nak setel tatau la.... dah berzaman..

Setiap kali pun jalan cerita tetap sama.... takdak yang murah... sekotak rokok pon boleh jadi RM50... huhuhu

09 November 2023

Lain Kali Jangan Lawan Anwar Ibrahim

Bhai/DeeDee semua...

Benda boleh DNAA kenapa nak disabitkan kesalahan... Hahahaha... Kan kan kan...

Itula ... lain kali jangan lawan Anwar Ibrahim... kena sentiasa sokong dan puji Anwar Ibrahim... Tengok la Zahid Hamidi... lagi banyak pertuduhan... kes pon ader prima facie.... tapi boleh DNAA...

Aper pon ... aper ader hal... ini proses ader banyak lagi step... Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan... penangguhan... pergh... boleh makan belasan tahun.... Hehehe

Syabaslah ... salute buat Syed Saddiq.... masuk penjara nanti jangan kutip sabun kalu sabun jatuh... hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Sabun jatuh jangan kutip aaa


08 March 2023

Abdul Hadi Awang Umpama Dewa

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang nih se umpama dewa bagi kalangan walaun PAS.... Mak Som dan takder cacat cela ... Mana boleh usik dewa dan dewata nih.... Hahahaha ... Try la kalu nak carik nahas....

Walaun sanggup kepung Balai Polis yang cuba nak tangkap Abdul Hadi Awang....

Hahahaha....

Abdul Hadi Awang mana pernah kena tindakan lokap dan penjara .... tak macam orang lain... walaupun hasutan dier sampaikan ader yang mati di Memali.... Huhuhuhu....

Kalu berani .... try la tangkap.... Hahahaha



22 January 2021

Larikan Mayat Dari Hospital?

Bhai/DeeDee semua...

Kegilaan dah jadi memuncak dah nih.... Benda yang kita tak pernah dengar ... benda yang kita tak pernah lihat... benda yang tak pernah kita ketahui berlaku dalam Malaysia dah jadi dah... 

Adoilah...

Nih ader kes larikan mayat dari hospital.... Ini semua gara-gara kes Covid-19 le nih... bayangkan... patient under investigation (PUI) untuk Covid-19 yang didapati meninggal telah dibawa lari balik kerumah oleh ahli keluarganya...

Bayangkan kalu berlaku jangkitan... bayangkan kalu berlaku penularan.... Bahaya betul lar...


Polis menahan empat beradik di Kampung Panji Laut di Lahad Datu, yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang berada di bawah kes pesakit dalam siasatan (PUI) di Hospital Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata empat beradik terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 26 dan 31 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam.

Katanya kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam selepas pihak hospital menerima seorang pesakit lelaki berumur 58 tahun yang tidak sedarkan diri dan mempunyai sejarah rawatan 'acute left ischemic potine infract’ di Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebelum ini.

"Pesakit kemudian diasingkan di khemah zon PUI dan diberi pertolongan cemas pernafasan selama 30 minit oleh pegawai perubatan, namun disahkan meninggal dunia kemudiannya. Petugas perubatan telah menerangkan prosedur operasi standard pengurusan jenazah ketika krisis wabak Covid-19 kepada pihak waris, termasuk saringan Covid-19 bagi mengelak risiko jangkitan," katanya dalam kenyataan di Lahad Datu hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek bagaimanapun enggan meninggalkan mayat bapa mereka di hospital, dan seterusnya bertindak menolak pengusung jenazah keluar daripada khemah zon PUI, untuk membawa balik jenazah ke kediaman mereka di Kampung Panji Laut.

"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah berjaya mengesan kesemua suspek dengan bantuan Unit Forensik Hospital Lahad Datu dan mayat turut ditemui di ruang tamu rumah," katanya dan menambah semua suspek kini ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana kesalahan perbuatan jahat yang mungkin merebakkan jangkitan sebarang penyakit berbahaya.

Katanya polis turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah yang sah dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa.



19 January 2021

Betapa Teruknya Sistem Lokap Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Ianya adalah satu rahsia terbuka (open secret) bila mana kita menceritakan tentang keberadaan lokap di balai-balai Polis Malaysia...

Sama ada dari segi kebersihan itu satu hal lah juga... yang memang boleh dikatakan kurang tahap kemanusiannya....  tapi juga dari segi kemudahan asas dan jugak keselamatan tahanan... Kita faham kebanyakan Balai Polis di Malaysia sebenarnya agak uzur... Ada yang telah dibina sebelum Merdeka.... cukup banyak sebenarnya...

Kita cuma gunakan apa yang ada... dengan peruntukan yang cukup terhad.... Jadi usah katalah nak berikan satu keadaan lokap yang bersifat kemanusiaan...

Namun itu sepatutnya tidaklah menjadikan alasan untuk tidak bersifat kemanusiaan...

Bukan semua suspek yang ditahan dilokap adalah seorang pesalah... Urusan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak itu bukan urusan Polis... Itu urusan Mahkamah... jadi sementara seseorang itu belum didakwa di Mahkamah dan disabitkan hukuman... mereka ditahan dilokap.... dan ini tidak menjadikan mereka tidak berhak untuk mendapat layanan bersifat kemanusiaan...

Banyak kes kecelakaan didalam tahanan lokap yang kita dengar selama ini... ada yang katanya mati akibat menggantung diri .... ada yang disebabkan paru-paru berair... ader yang disebabkan pukulan objek tumpul (blunt object).... malah ader kes baru-baru ini sampaikan ader tahanan lokap yang dirogol oleh tahanan yang lain...

CCTV yang ader di banyak lokap biasanya hanya sekadar untuk pemantauan tahanan sahaja... dan bukannya ada kemudahan merekod..... pelik tapi benar... sedangkan benda yang sama boleh sahaja diaktifkan untuk kemudahan merekod... Kebanyakan CCTV di lokap hanya capture video dikawasan pintu dan laluan keluar masuk lokap sahaja.... dan bukannya didalam lokap itu sendiri...

Dalam kes tahanan lelaki merogol tahanan perempuan di lokap.... ini memang agak menyedihkan kalu kita mendasarkan kes ikut affidavit tahan perempuan tersebut.. bagaimana tahanan lelako boleh lolos keluar masuk sel lokapnya (dengan kunci ada ditangan) dan boleh masuk ke lokap tahanan perempuan yang berkunci kemas....


Something fishy about this incident... betul... sesuatu yang pelik... macam ada salahlaku penugasan di lokap yang dilakukan oleh anggota Polis yang ditugaskan untuk mengawal lokap tersebut.. Gua tidaklah mahu nak menuduh... tapi gua rasa ada banyak yang tak kena... Mungkin ada pihak yang sengaja menyuruh tahanan lelaki tersebut untuk merogol tahanan perempuan tersebut sebagai balas dendam atau sebagai peringatan kepadanya....

Sori... gua tak nak tuduh.. tapi lu orang sendiri pon boleh agak kan... huhuhu



20 November 2013

Mahkamah Didapati Menghina Mahkamah

Bhai/DeeDee sekalian...

Undang-undang sepatutnya tidak membezakan sama ada seseorang itu VVIP ataupun warga biasa.... Undang-undang perlu tidak bias.... Undang-Undang perlu kekal sebagai satu undang-undang.... Undang-Undang perlulah adil dan saksama.....

Tapikan... kalu undang-undang sendiri pon ader berbeza takrifan dan hukuman..... memanglah itu undang-undang katun.... undang-undang pelawak.... undang-undang kanggaru... Hahaha...



Kalu Hakim yang menjatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang tue sendiri pon bias dan tidak berlaku adil.... macam mana la nak kata.... hahaha... pasai tue la... Khir Toyo walaupun dah jatuh hukuman kena penjara... sampai ke hari nih haram takder sekejap pon masuk dalam penjara..... Hahahaha.... keputusan Hakim di Malaysia yang paling memalukan....

Tapi gua rasa ... Hakim dalam kes Khir Toyo takder la lawak mana..... sebab ader sekor lagi Hakim yang lagi lawak..... hahahaha.... iaitu hakim dalam kes Ibrahim Ali ...... Hakim tue dah jatuhkan hukuman penjara sehari kat Ibrahim Ali... tapi boleh plak Ibrahim Ali lepak kat kafetaria mahkamah sambil layan teh tarik..... Hahahaha....

Ini aper jenis hukuman penjara sehari nih...

Gua masih ingat lagi kes ader sorang pelatik PLKN yang dikenakan penjara .... walaupun sehari... dier tetap kena jalani hukuman sehari iaitu 24 jam dalam mana-mana penjara..... dan bukannya 24 jam dalam mana-mana lokap....

Ader beza lokap dan penjara...... tak tau la plak kalu Hakim tak tau beza antara lokap dan penjara.... Hahahaha.... lawak siot....  nampaknyer para Hakim perlu pi kursus lagi nih.... kursus nak membezakan antara lokap dan penjara.... kursus nak bagitau yang hukuman penjara sehari tue bukanlah sehari waktu kerja dari pukul 8 pagi sampai 4.30 petang....... tapi sehari penuh iaitu 24 jam.....

02 June 2013

Skot Gempur Kacang Hantu

Bhai... gua paling tak tahan biler baca tentang isu Red Bean Army yang dikepohkan oleh Utusan Malaysia... hahaha... bukan aper... setahu gua aaa.... hanya pencacai UMNO/BN jer yang perlu dibayar... kalu kat belah sini... semuanya free jer.... hahaha.....

Tambah lagi biler terpapar dalam Internet gambar nih.... gambar 'Skot Gempur Kacang Hantu" ..... hahaha... lawak aaa... perut gendut dan boroi pon ader hati nak jadi skot gempur.... hahahaha.... skot gempur makan kenduri ader la.... hahahaha... lawak siot...


Geng-geng 'Skot Gempur Kacang Hantu" nih la yang patut PDRM siasat... pasai aper perut sudah jadi gendut dan boroi... mesti pasai ader makan banyak rasuah kot.... hahahaha.... Aper daaa... spesis nih pon ader hati nak jadi Kacang Hantu @ Samseng.... hahaha... lawak siot...

Rasanyer geng nih kalu sampai pintu lokap jer dah mampus sesak nafas... belum lagie kena belasah ker hentak ker dinding ker... atau dibogelkan dan didudukkan atas ais.... hahaha... mau lagi cepat matinyer... Hahahaha....

P/S : Isteri PM tue saper aaa... Isteri Muhyiddin Yassin ker... Atau Isteri Mahathir Mohamed? Kalu Rosmah Mansor tue... dier ader maruah ker???

Patutlah Khir Toyo Mengelat

Bhai..... Patutlah Khir Toyu mengelat ......Baru gua tau kenapa Khir Toyo menggunakan macam-macam helah dan strategi untuk mengelakkan dier dari ditahan di lokap polis.... Sebab  kadar kematian di lokap polis aderlah tinggi.... Hahaha... pasai itu lar biler gua bawak maklumat yang UncleSeeker berkemungkinan dibelasah di lokap... ramai yang terkejut, marah-marah, tak percaya malah memandang sinis maklumat gua tue.... hahaha

Tapi takper... at least UncleSeekers tak belasah kat lokap... begitu juga ramai lagi blogger lain.... Alhamdulillah..... hahahaha... Malah ader yang mendapat layanan yang agak baik oleh anggota PDRM yang rasional....

Err... gua tak pernah kata anggota PDRM yang belasah... tapi biasa la... kalu lu orang tau teknik soalsiasat PDRM.... hahaha... mesti lu orang ader terkejut,..... cumanyer gua rasa dalam kes nih... errr... ader citer lain nih... hahaha...

Betul-betul ader isu hazard kat dalam lokap Polis Di Raja Malaysia nih..... hahahaha.... Ader satu yang tak terjawab dalam laporan berita dibawah nih.... aderkah tahanan tue dilokap berasingan atau dilokap dalam keadaan ramai-ramai.... sebab banyak kejadian di Malaysia nih... lokap terlalu sesak giler... sampai ader pernah gua tengok dengan mata kapla gua... 20 orang dalam satu lokap balai yang bersaiz 10 kaki x 10 kaki kalu tak silap .... Ini gua tengok sendiri sekitar hujung tahun 90'an.... hahaha .. lokasi tak payah la lu orang tau.... tapi ini antara lokap paling glamer yang selalu orang awam dengar nama dier.... hahahaha ....


TAMPIN - Seorang tahanan disahkan mati dalam lokap oleh kakitangan Hospital Tampin (HT) kira-kira jam 7 malam selepas dia didapati tidak sedarkan diri jam 6.30 petang di Lokap Balai Polis Tampin, di sini, semalam.

Sumber berkata, tahanan lokap berkenaan, P V Karuna Nithi, 42, dituduh di Mahkamah Majistret Tampin pada 31 Mei lalu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan tawaran jaminan RM4,000 dan tiada penjamin.

Menurutnya, tahanan berkenaan tidak dihantar ke Penjara Sungai Udang pada 31 Mei lalu kerana kes akan disebut semula 3 Jun ini dan terdapat kesalahan ejaan pada nama tahanan itu di waran Penjara Sungai Udang.

“ Tahanan lokap ditahan pada 28 Mei lalu susulan kes memukul isterinya dengan menggunakan topi keledar di hadapan salah sebuah bengkel di Taman Muhibbah, Gemencheh.

“Isteri pengadu mendapat cedera di kepala sebelah kanan. Si mati didapati ketagihan arak dan tidak mahu makan sejak dua hari lepas, " katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Isa Ujang ketika ditemui mengesahkan kejadian berkenaan. - SUMBER

30 May 2013

Kerja Pejabat Atau Gantung Tugas?

Bhai... Mana satu yang lebih relevan... Pegawai Polis yang sedang disiasat kes salah laku hanya dikenakan tindakan kerja pejabat atau gantung tugas??? Mana satu yang lebih relevan...

Pada gua aaa... Sepatutnya pegawai PDRM yang sedang dalam siasatan ... Perlulah digantung tugas... Sehingga siasatan selesai... Kalu stakat kena pindahkan kerja pejabat... Gua rasa kureng sesuai... Sebab ianya boleh memberikan kesan terhadap siasatan...

Biler aaa IA kat PDRM nih nak ikut stendet International... Hahaha... Lawak betul lar... Patut kalu ader kes salah laku yang menyebabkan kematian... Semua suspek perlu digantung tugas sehingga semua siasatan selesai... Ini tidak... Memalukan sungguh lar perkhidmatan kepolisian jer... Aper daaa ....

Err... Ader paham ka???

15 July 2012

Artikel 65 UncleSeekers?

Bhaiya, Chota Bhaiya ... Gua dok tunggu jer biler UncleSeekers nak kuarkan Artikel nombor 65 tue... tak sabar rasanyer... takkan kot pasai kena tahan masuk lokap dan disiasat bawah Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan boleh kasik UncleSeekers terus takut nak kuarkan artikel tue...

Takkan la UncleSeekers dah takut kot... tak best lar camnie...

Kalu boleh... untuk mengekalkan kredibiliti UncleSeekers... dimana orang takkan kata UncleSeekers telah diugut dan dibeli... maka sewajarnyerlah UncleSeekers kuarkan dan publish Artikel nombor 65 tue.... kena buat cepat... tengah sentimen masih baik lagi nih...

Ini bukan sebab nak mengekalkan status top blogger yang skarang nih telah diambil alih oleh UncleSeekers dari AmenoWorld... tapi pasai kredibiliti UncleSeekers...  Kalu UncleSeekers takmo dah nak sambung citer tue.. maybe orang akan kata... semua yang UncleSeekers tue publishkan selama nih aderlah rubbish jer... takder asas...

Perspektif bhai... perspektif... kena handle bebaik perspektif nih... kalu tidak... reputasi dan kredibiliti sure out punya.... susah bhai..

(Urdu Lingo)
Bhai, Bhaiya, Barda Bhaiya = Abang / Abang yang paling tua
Chota Bhai, Chota Bhaiya = Abang yang paling muda
DeeDee, DiDi - Kakak

08 July 2012

Teori Gua Sebab UncleSeekers Disambung Reman

Hahaha... Ini teori jer bhai... Maybe betul maybe salah... Tapi hati gua lebih kepada teori nih betul... Hahaha

Hati kecik gua berat mengatakan sebab UncleSeekers disambung tahanan reman lebih kepada nak bagi peluang lebam yang ader susut skit... Dan bukannyer pasai siasatan tak lengkap lagie...

Yer la.. Dalam lokap anything can happen... Kena belasah tue perkaea stendet la bhai... Itu sumer perkara kecik... Kalo tak tahanan belasah lu... Maybe anggota penyiasat yang belasah lu... Alangkan Anwar Ibrahim pon boleh kena belasah... Inikan plak UncleSeekers.. Tak gitue..

Jadi... Walaupun informer gua tak pass aper-aper info lagi... Rasanyer berat hati gua mengatakan bahawa episod sambung tahanan reman tue lebih kepada nak kasi clear itu lebam ker benjol ker... calar balar ker..

Ini teori gua jer bhai... Nak tau kena tanya sendiri ngan UncleSeekers lar... Hahahaha

07 July 2012

UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?

Bhai... baru kejap tadi ader sorang member gua call... lama dah tak dengar suara dier... sejak ditukarkan ke Johor lebih 4 tahun.. baru nih gua dengar suara dier... hahaha... Dier call pasai katanyer ader maklumat fresh dier nak kasi tau kat gua.. dan dier mintak gua sebarkan...

Oh yer ... lupa nak bagitau... member gua tue kerja dalam satu agensi Kerajaan Persekutuan dalam bidang penguatkuasaan... sori.. gua takmo kasi tau Jabatan aper... lu teka-teki lar sendirik yer... hahaha

Dier bagitau gua... ader maklumat dalaman yang dah terbocor kat beberapa unit...yang bagitau bahawa berkemungkinan UncleSeekers bakal dibelasah dalam lokap... Dan yang membelasah UncleSeekers nih bukan anggota PDRM... tapi tahanan lain....

Katanya lagie...Bukannyer tahanan lain tue sengaja nak belasah UncleSeekers....tapi pasai depa diugut oleh pihak-pihak tertentu... Ikut maklumat yang member gua nih dapat... katanyer... ader beberapa orang yang disyaki pegawai JMF yang didapati kerap keluar masuk kompleks IPD Nusajaya ....  tak tau la aper dibuatnyer.... 

Lagi satu... kawan gua kata... kalau UncleSeekers kena belasah... dier berkemungkinan akan kena belasah cara professional... takkan nampak pecah berdarah kat muka ker aper ker... tapi belasah cara "EXXXXXXK" .... ini satu possibiliti....

Sori aaa,,, stakat itu jer makluman yang gua dapat... harap UncleSeekers tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.... part lain tue kitorang sambung bagi pihak lu.....

06 July 2012

Gua Nak Bersara Dari Tulis Blog

Bhai.... rasanyer dah sampai masa gua amik tindakan drastik nih... gua nak bersara dari tulis blog lar.... cukup lar sampai disini ... bahaya tau tulis blog pro-rakyat  nih...... bahaya oooo... boleh kena tangkap... kena reman... kena ISA, OSA atau Akta Hasutan (Sedition Act)... Silap-silap boleh ken EO (Emergency Ordinan)

Lebih baik gua tulis blog pro UMNO/BN .... sure masyuk duit punya bulan-bulan... pastu boleh dapat immuniti.. macam PapaGomo yang dedahkah maklumat rahsia dalam Kapal Selam TLDM... boleh selamba badak jer masih merayau-rayau sana sini.. takder kena tahan pon.. takder kena OSA pon... takder kena ISA pon... EO jauh skali...

Takpun... gua jadi kroni Shahrizat ker... boleh dapat dana berjuta-juta.. pastu.. walaupun ader laporan polis mender pasai rasuah... langsung tak kena tahan atau soalsiasat dek PDRM... boleh plak pegi mana-mana melancung ke Mekah.... hehehehe

Wooo... best ooo jadi orang UMNO/BN... ader immuniti.. ader kekebalan.... nak kutuk Raja Linggam pon boleh biler-biler masa... malah siap buat demo suruh Raja Linggam disiasat... didakwa dan sebagainya... hahaha.... malah boleh pulak cadangkan Raja Linggam dilucutkan hak..... hehehehe... best kan....

Tapi kalu jadi blogger pro-rakyat... siap la gua... sure masuk ke dalam pakai baju ungu.... hahahaha ... macam UncleSeekers atau AdukaTaruna... dua-dua nih dah pernah masuk ke dalam pakai baju ungu.... hahaha.... baju VVIP tue... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1