Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Suspek. Show all posts
Showing posts with label Suspek. Show all posts

16 June 2023

Jangan Berlebih Masa Siasatan

Bhai/DeeDee semua...

Ada banyak cara nak dapatkan maklumat semasa siasatan... Ader cara keras ... ader cara lembut... Tapi banyak orang pilih nak gunakan cara keras untuk mendapatkan maklumat...

Gua lain...

Gua akan dapatkan maklumat semasa siasatan dengan cara paling lembut... paling tak mencederakan... paling cool...

Ini memang gua amalkan sejak sekian lama...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ


Siasat Sampai Mati


06 March 2023

Kesilapan Yang Memalukan

Bhai/DeeDee semua...

Apa nak jadi la... ini first time gua dengar kes macam nih... Macam mana boleh salah identiti mangsa... siap kata mangsa dah mati.... kesian kat keluarga... kesian juga kat mayat...

Macam mana la benda camnie boleh berlaku...

Kena buat siasatan nih....


Selama beberapa hari seorang bapa di Negeri Sembilan meratapi pemergian anak lelakinya, yang menurut pihak berkuasa meninggal dunia ketika ditahan di Penjara Sungai Buloh Selasa lalu (2 Mac).

Dia kemudian menuntut mayat di Hospital Sungai Buloh, membuat persediaan untuk acara pengebumian di rumah keluarga di Tampin dan merancang untuk menanam jenazah anaknya semalam.

Namun, beberapa jam sebelum acara pengebumian, pihak keluarga terkejut apabila dimaklumkan lelaki berusia 19 tahun itu masih hidup.

"Bagaimanapun sekitar tiga ke empat jam sebelum proses pengebumian dilaksanakan, pihak penjara menghubungi kami bahawa anak kami masih hidup dengan membuat panggilan video.

"Tidak tahu macam mana hendak saya gambarkan, anak kami masih hidup dan mayat siapa pula di rumah ini?" kata bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Chantren

02 March 2023

Tuntutan Sulu, Siapa Dalang Disebalik Semua Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Isu tuntutan Waris Sultan Sulu terhadap Sabah tu sudah jadi isu besar. Kalu tak ditangani segera lagi kronik masalahnya.

Apa yang pasti… Ada dalang besar dibelakang semua tuntutan ini. Ada pihak yang sedang mencari laba.

Dalam banyak-banyak syarikat milik bertaraf GLC yang boleh dikacau ganggu oleh waris Sultan Sulu ini, kenapa dijadikan sasaran syarikat terkait petroleum.

Apa motif sebenarnya.

Dari apa yang gua nampak, ada semacam satu dalang besar yang sedang nak menguji peluangnya untuk mengambil alih aset negara sebanyak yang boleh. Cuma gua takmo “create” kan insiden diplomatik. Itu ja. 

Sebab kalu gua petik satu nama tue… yang gua suspek berada dibelakang tuntutan waris Sultan Sulu nih… pastinya akan menimbulkan satu kegusaran di peringkat antara dua negara.

Gua tau penama tu tengah “sesak” dan ini ja cara paling sesuai untuk dia dapatkan dana besar dan sekaligus menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya..

Waris Sultan Sulu maybe hanya dapat sekitar 10 hingga 15% jer nanti hasil dari tuntutan besar nih…

Hahaha


16 December 2022

Setakat Gimik Ja Lebih

Bhai/DeeDee semua...

Boring dah dengar... serbu sana... serbu sini... last-last senyap ... takder yang kena sabit kesalahan.. time kat Mahkamah... semua lepas....  Macam tak biasa SPRM buat kerja camnih...

Dah banyak kali dah tengok... masa serbu bukan main gempak... masa dakwa bukan main gempak... bila masuk bicara... pertuduhan tak kuat... bukti tak kuat... pastu kalah... dan lepas kalah.. takder plak nak merayu lawan lagi... sebab apa... sebab kes tak kuat...

Rakyat nampak macam la best... konon nak bersihkan semuanya dari rasuah... tapi yang disuspek itulah yang akhirnya lepas dan bebas....  Hahaha... gimik ja semua tue...

Gimik nak tunjukkan telus dan betul buat kerja....  Hahaha...  macam tak biasa.... tengok jer kes Adnan Mansor... Azeez Rahim... Musa Aman... kes Ketua Pengarah Air Sabah... dan banyak lagi kes.... Hahaha.... 

Cukup banyak dah contoh... 

HAHAHAHA


Isu membabitkan penyelewengan RM92.5 bilion oleh kerajaan terdahulu mula disiasat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat diserbu pegawai SPRM hari ini.

Sumber SPRM berkata, lapan agensi kerajaan itu dikesan menerima peruntukan besar melalui pakej rangsangan diluluskan kerajaan terdahulu pada 2020 dan 2021.

Tambahnya, susulan serbuan di lapan agensi kerajaan berkenaan, SPRM turut menyerbu sembilan syarikat untuk mendapatkan dokumen tertentu"

"Sembilan syarikat berkenaan dipercayai adalah pembekal utama kepada lapan agensi berkenaan.

"Bagaimanapun masih terlalu awal untuk mendedahkan butiran lanjut berikutan siasatan SPRM masih di peringkat awal.

"Pihak SPRM memerlukan lebih masa untuk menyemak kes itu secara menyeluruh dan mengesan sebarang kegiatan rasuah, salah laku kuasa atau penyelewengan," katanya.

SPRM sebelum ini berkata, siasatannya terhadap dakwaan salah guna dana pakej rangsangan ekonomi ketika Covid-19 tertumpu kepada sejumlah peruntukkan RM92.5 bilion yang dibelanjakan kerajaan terdahulu.

Dalam kenyataannya SPRM memaklumkan, Kementerian Kewangan sudah memperincikan butiran dana itu di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan pandemik Covid-19.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan itu dianggarkan berjumlah RM530 bilion, dan berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Susulan itu, SPRM dikatakan bakal memanggil bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan dua bekas menteri untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

28 November 2022

Abdul Hadi Awang Dan Hasutan

Bhai/DeeDee semua...

Pada 7 April 1981, Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan ucapan ini di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu...

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
 
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku, agama suku'.

Dan asbab dari ucapan ini... maka berlakulah elemen ketaksuban melampau yang menjuruskan berlakunya Insiden Memali (19 November 1985) yang menyebabkan ramai yang mati meninggal dunia...Insiden hitam ini adalah satu titik gelap dalam negara bilamana suspek yang hendak ditahan dibawah ISA telah bertempur dengan pihak polis...

Gua taknak citer pasai yang dah mati... tapi gua nak citer tentang bahayanya Hasutan... dan Abdul Hadi Awang memang terkenal dengan banyak kenyataan berbaur hasutan sejak dari zaman mudanya sampai ke sekarang...

Sikap menghasutnya kekal tebal dan kronik... tak boleh dah nak dinasihat... dan sekarang nih setelah PAS tidak menjadi Kerajaan Pusat...maka Abdul Hadi Awang lebih kerap mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan...

Ini bahaya sebab golongan pentaksub dan golongan muda amat mudah mempercayai semua yang diperkatakan oleh Abdul Hadi Awang... dan perkara ini semua sedang membiak dan membarah didalam media sosial...

Satu yang menarik.... tak pernah sekali pun Abdul Hadi Awang ditahan atas sebab menghasutnya ini.... pelik tapi benar... hehehehe...  cuma gua harap ... biarlah kali ini Abdul Hadi Awang dapat ditahan untuk mengekang kegilaannya menghasut orang ramai dan mencetuskan kegusaran dan ketenteraman awam.

Sekian.

#AktaHasutan #BahayaMenghasut #AbdulHadiAwang #RisikoKeselamatan #KetenteramanAwam #PAS #InsidenMemali #Pentaksub #Walaun #Tiktok #13Mei #Kutip #Sekat #UcapanMerbahaya #Menderhaka #SosMed #Gila #AmanatHadi 







12 December 2021

Notis Merah Interpol

Bhai/DeeDee semua...

Bukan setakat tidak diburu... malah tiada arahan penangkapan pernah dibuat untuk Jho Low... Even takder jugak Notis Merah Interpol dikeluarkan... Hahaha...

PDRM kata pernah buat permohonan untuk keluarkan Notis Merah Interpol buat Jho Low... tetapi ianya ditolak... Hahaha.... Ini memang lawak... mana pernah ader permintaan Notis Merah dari mana-mana negara yang ditolak oleh Interpol.... Interpol takder kuasa untuk menolak semua nih...

Hahahaha....




02 December 2021

Janji Di Capati Oleh Rosmah Mansor

Bhai/DeeDee semua...

Itu hari time nak keluar Malaysia pi Singapura... bukan main Rosmah Mansor berjanji dengan Mahkamah konon akan balik ikut tarikh yang ditentukan... Lepas tue biler dah bagi peluang... langsung tak nak balik... macam-macam la carik dan bagi alasan..

Sembang kari betul lar...

Nak lari leteww.... Bangkai betul lar... patut tak payah bagi chan... terus ja keluarkan waran tangkap...



06 September 2021

SPRM Buat Lawak Lagi

Bhai/DeeDee semua....

SPRM??? Hahaha... Agensi paling lawak sekali dalam Malaysia.... Hahaha... Bukan setakat suspek kes besar-besar rasuah dan penggubahan wang haram boleh lepas bebas atas sebab-sebab pengurusan kes yang failed dan dibekap oleh pihak tertentu... malah sampai suspek boleh bolos lompat pagar pon ader... hahaha...

Apa la yang korang semua nak harapkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nih....

Lawak siot... hahaha .... Azeez Rahim pon boleh bebas.... memang lawak aaa...


 

14 July 2021

Suspek utama RCI Tabung Haji sudah dibenarkan berada di luar negara

Bhai/DeeDee semua..

Macam bangang kan... Sembang nak buat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan kes Tabung Haji (TH) .... kecoh la.... tapi.... tapi suspek utama RCI Tabung Haji sudah dibenarkan berada di luar negara.

Siap diberikan kebenaran oleh Mahkamah, PDRM, Imigresen dan Kerajaan Malaysia lagi... Pelik aaa... Patutnya suspek utama RCI Tabung Haji disekat daripada keluar negara. Ini tidak siapa dibenarkan pergi... konon untuk misi kemanusiaan la ... itu la... ini la...

Walhal suspek utama RCI Tabung Haji pun ader beberapa kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah... ader beberapa kes...

Adoilah ... macam mana la orang nak respek kat undang-undang Malaysia ni... pelawok sungguh lar... huhuhuhu

#AzeezRahim #THChairman #TabungHaji

28 January 2021

Guna Loophole Dalam Perundangan Untuk Lepaskan Diri

Bhai/DeeDee semua...

Kita sedia maklum bahawa terdapat banyak kelompangan (loophole) dalam sistem perundangan kita... Bagi orang yang bijak... bagi peguambela yang bijak ... mereka akan memanipulasikan sistem perundangan untuk melepaskan diri... Bukan kata sistem perundangan kita sahaja yang sebegini,,, tapi hampir semua sistem perundangan di dalam dunia nih mempunyai masalah yang sama...

Dalam kes kalu melibatkan warga asing .... Biasanya pihak Mahkamah akan menetapkan satu deposit perlu dibuat kepada Mahkamah sebelum sesuatu prosiding Mahkamah dapat dijalankan .... Tidak kira la warga asing itu plaintif ataupun defenden.... tapi lebih lagi lah kalu warga asing itu plaintif...

Oleh yang demikian... bagi kes-kes terkait warga asing yang menjadi mangsa..... suspek warga tempatan biasanya akan mengarahkan pihak peguambelanya untuk menekankan isu deposit prosiding ini... dan nilai deposit prosiding itu bebas diminta oleh peguambela walaupun ada hadnya oleh Mahkamah...

Jadi... inilah salah satu kelompongan yang ada dalam sistem perundangan Malaysia yang menyebabkan warga asing yang menjadi mangsa (plaintif) susah nak meneruskan prosiding kes mereka... tambah lagi kalu nilai deposit yang diminta oleh peguambela defendan adalah terlalu tinggi...

Dalam kes yang ini Mahkamah digesa ketepi bayaran RM70,000 dikenakan pada wanita Mongolia ... nampak sangat peguambela defendan sedang menggunakan isu deposit ini untuk kes ini dibuang begitu sahaja.... Bijak permainan mereka.... dan ini dibenarkan oleh undang-undang... sesuatu yang normal dalam perundangan Malaysia...

Aper pon gua tetap berharap agar prosiding kes ini dapat diteruskan supaya keadilan terjaga dan pihak yang bertanggung jawab mendapat hukuman sewajarnya...



19 January 2021

Betapa Teruknya Sistem Lokap Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Ianya adalah satu rahsia terbuka (open secret) bila mana kita menceritakan tentang keberadaan lokap di balai-balai Polis Malaysia...

Sama ada dari segi kebersihan itu satu hal lah juga... yang memang boleh dikatakan kurang tahap kemanusiannya....  tapi juga dari segi kemudahan asas dan jugak keselamatan tahanan... Kita faham kebanyakan Balai Polis di Malaysia sebenarnya agak uzur... Ada yang telah dibina sebelum Merdeka.... cukup banyak sebenarnya...

Kita cuma gunakan apa yang ada... dengan peruntukan yang cukup terhad.... Jadi usah katalah nak berikan satu keadaan lokap yang bersifat kemanusiaan...

Namun itu sepatutnya tidaklah menjadikan alasan untuk tidak bersifat kemanusiaan...

Bukan semua suspek yang ditahan dilokap adalah seorang pesalah... Urusan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak itu bukan urusan Polis... Itu urusan Mahkamah... jadi sementara seseorang itu belum didakwa di Mahkamah dan disabitkan hukuman... mereka ditahan dilokap.... dan ini tidak menjadikan mereka tidak berhak untuk mendapat layanan bersifat kemanusiaan...

Banyak kes kecelakaan didalam tahanan lokap yang kita dengar selama ini... ada yang katanya mati akibat menggantung diri .... ada yang disebabkan paru-paru berair... ader yang disebabkan pukulan objek tumpul (blunt object).... malah ader kes baru-baru ini sampaikan ader tahanan lokap yang dirogol oleh tahanan yang lain...

CCTV yang ader di banyak lokap biasanya hanya sekadar untuk pemantauan tahanan sahaja... dan bukannya ada kemudahan merekod..... pelik tapi benar... sedangkan benda yang sama boleh sahaja diaktifkan untuk kemudahan merekod... Kebanyakan CCTV di lokap hanya capture video dikawasan pintu dan laluan keluar masuk lokap sahaja.... dan bukannya didalam lokap itu sendiri...

Dalam kes tahanan lelaki merogol tahanan perempuan di lokap.... ini memang agak menyedihkan kalu kita mendasarkan kes ikut affidavit tahan perempuan tersebut.. bagaimana tahanan lelako boleh lolos keluar masuk sel lokapnya (dengan kunci ada ditangan) dan boleh masuk ke lokap tahanan perempuan yang berkunci kemas....


Something fishy about this incident... betul... sesuatu yang pelik... macam ada salahlaku penugasan di lokap yang dilakukan oleh anggota Polis yang ditugaskan untuk mengawal lokap tersebut.. Gua tidaklah mahu nak menuduh... tapi gua rasa ada banyak yang tak kena... Mungkin ada pihak yang sengaja menyuruh tahanan lelaki tersebut untuk merogol tahanan perempuan tersebut sebagai balas dendam atau sebagai peringatan kepadanya....

Sori... gua tak nak tuduh.. tapi lu orang sendiri pon boleh agak kan... huhuhu



23 February 2020

Siapa Salah Siapa Benar? Tommy Thomas Atau Muhyiddin Yassin?

Bhai/DeeDee semua...

Banyak orang tanya gua benda nih.... Dan gua siap tanya balik diorang... dah baca ke 11 page dokumen yang Tommy Thomas tu keluarkan??? Dah baca ka.... Gua tau la dokumen tue dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Latin.... so korang dah baca dan fahamkan ker??

Hahaha....

Kalu Bahasa Inggeris pun blur.... banyak tak paham.... jadi jangan nak memandai bagi ulasan bagai..... Hahahaha ... ini semua lenggok bahasa guaman..... yang standard English pon kekadang blur.... huhuhu

Aper pon... kedua-dua orang nih tafsiran perundangan dari Tommy Thomas dan Muhyiddin Yassin adalah betul... sebab kedua-dua mereka mentafsir ikut jurisdiksi yang ada pada mereka...

Muhyiddin Yassin adalah Menteri KDN.... Tommy Thomas adalah Peguam Negara.... lain-lain Jurisdiksi....

Dan korang kena faham istilah perundangan yang mengatakan dibebaskan atau dilepaskan membawa maksud yang berbeza... Suspek LTTE itu jika diteruskan perbicaraan, mungkin akan menang kes atas segi teknikaliti... jadi AG taknak teruskan pendakwaan yang diletakkan dibawah AMLATFA.... Ini tidak bermakna yang 12 suspek itu telah bebas sepenuhnya....

12 Suspek itu boleh saja dikenakan tuduhan atas POTA atau SOSMA atau apa-apa Akta yang lain yang lebih mengikat.... Dan jika cukup bukti maka pada bila-bila masa mereka ini boleh dikenakan tahanan dan pendakwaan sekali lagi....

Ingat.... dibebaskan bukan bermakna dilepaskan.... pendakwaan digugurkan bukan bermakna takkan ader kes baru yang boleh disabitkan..... Kita ader banyak Akta yang lain yang boleh digunakan.... Sila paham tue...

10 November 2013

Suspek Kes Ambank Berjaya Ditahan

Bhai/DeeDee sekalian...

Tahniah gua ucapkan kepada PDRM kerana berjaya menahan suspek kes rompak dan bunuh di Ambank USJ baru-baru nih... 

Cuma....

Cuma satu jer la... Jangan la cover muka suspek dalam setiap kali kes dibawa ke mahkamah macam suspek kes bunuh Altantuya... Sebab nantikan orang ramai tak percaya la plak yang suspek sebenar telah ditahan...

Biasa la kan... Lagi dicover muka lagi la fishy episod nih.... Ader paham ka???


10 June 2013

Polis Malaysia Kejam

Bhai.... dalam mana-mana kes jenayah sekalipon... melainkan suspek mati serta merta akibat dari tembakan anggota keselamatan....  mana-mana suspek yang cedera perlulah diberikan rawatan kecemasan.... Ini adalah hak asasi manusia la bhai... Samer macam dalam pertempuran di medan perang... jika ada musuh mati serta merta... itu isu lain..  tapi kalu ader musuh yang cedera... rawatan kecemasan perlulah diberikan...

Soal sama ader dier musuh atau penjenayah ... memang bukan satu isu dalam kes kecemasan yang melibatkan nyawa... Ini standard dunia nih bhai.... gua pernah terlibat dengan beberapa situasi macam nih sepanjang berkhidmat dengan Agensi .... dan gua tau SOP ini..... satu dunia tau... dan ianya termaktub dibawah Geneva Convention...

Tindakan Polis tidak rasional gua nampak bilamana anggota Polis membiarkan suspek kes cubaan rompak kedai emas di Kota Bharu semalam yang cedera ditembak dikaki .... terguling-guling tanpa bantuan perubatan selama 20 minit adalah tidak berperikemanusiaan... Non-Humane....  Walaupun suspek adalah penjenayah... beliau berhak untuk mendapatkan rawatan dan bantuan perubatan kecemasan... ini menunjukkan bahawa Polis Malaysia kejam....

Ketua Polis Kelantan perlu memberikan satu jawapan yang rasional atas tindakan membiarkan suspek menderita kecederaan selama 20 minit itu tanpa rawatan kecemasan.... Dan Ketua Polis Negara wajar memberikan satu sidang akhbar bagi menjawab isu kenapa suspek dibiarkan tanpa rawatan kecemasan selama 20 minit...

Gua tidak dapat bertoleransi dalam isu nih... Bukan kerana gua sokong suspek itu.... tapi dalam kes nyawa manusia... walau siapa pon dia.... dalam isu kecemasan... perlulah diberikan bantuan....  Lainlah kalu anggota PDRM memang tidak berhati perut... dan tidak berperikemanusian...

Patut la anggota PDRM membelasah para demonstran pada setiap perhimpunan BERSIH macam orang gila ... pasai diorang takder berperikemanusiaan... Sori... gua kurang respek tindakan membiarkan mangsa tembakan tanpa rawatan kecemasan... Hukuman telah dijatuhkan lebih awal tanpa perbicaraan.... aper ke jadahnyer jadi macam nih..... ini memang kejam.....

UPDATE: Gua bukan sajer citer pasai kes ini.. tapi kes-kes lain yang bukan melibatkan jenayah (ancaman senjata).... macam contoh kes pesakit mental yang ditembak dikepala sampai mati di Perlis dulu.. Walhal boleh sahaja ditembak dibahagian lain (yang kemudiannya boleh dirawat).



KOTA BHARU - Dua perompak bersenjatakan pisau dan pistol terpaksa berputih mata selepas cubaan menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini pagi semalam gagal.

Akibat tindakan mereka itu, salah seorang daripadanya terkena dua das tembakan yang dilepaskan polis di bahagian kaki dan mati di tempat kejadian manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Menurut saksi kejadian, Zulkifli Mohktar, 46, dia yang berada di dalam kedai emas berkenaan ternampak dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan menaiki kereta waja berwarna hitam turun dari kereta kemudian memakai topi keledar

“Melihatkan keadaan itu, saya terus keluar dari kedai terbabit untuk melihat di luar kedai dan semasa melakukan tinjauan, saya diacu pisau oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar dengan tujuan menakutkan saya yang kebetulan datang bersama isteri dan anak.

“Saya pun terus menolak anak ke bawah tempat duduk bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku dan meniarap di atas lantai,” katanya kepada pemberita di sini.

Zulkifli berkata, selang beberapa minit kemudian, beberapa anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu datang dan mengacukan pistol ke arah dua lelaki itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Zulkifli berkata, dua penjenayah berkenaan kemudian cuba melarikan diri dan polis melepaskan dua das tembakan bagi menakutkan mereka dan terkena ke arah kaki salah seorang suspek yang bersenjatakan pisau manakala lelaki yang membawa pistol berjaya melarikan diri.

Menurutnya, suspek yang ditembak kemudiannya rebah 15 meter dari kawasan kejadian, selepas cuba melarikan diri dan mati di tempat kejadian lebih kurang 20 minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian dan setakat ini pihaknya sedang memburu seorang lagi penjenayah yang melarikan diri.

“Gerakan mengesan mangsa yang bersenjatakan pistol kini giat dijalankan setakat ini dan kes disiasat di bawah seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPA) 1971,” katanya.

10 July 2012

Cerita Disebalik Amuk Di JPM...

Bhai..... sori hari nih sibuk skit .. banyak benda kena buat... hahaha... jadi kureng layan Internet... so banyak benda terlepas... info pon lambat masuk hari nih.. maybe pasai gua punya henpon "CHOKIA" ader bengong skit hari nih... hahaha

So.. Cerita disebalik Amuk di JPM (Jabatan Perdana Menteri)....hari nih... aper motif serangan tue aaa... siapa sasaran sebenarnya... siapa yang mengamuk tue...  itu yang buat kapla gua pusing-pusing pening memikirkan semua benda nih...

Yang lagi pening kapla gua tue... pasai aper suspek boleh meninggal dunia jika suspek cuma kena tembakan di peha dan tangan.... pelik aaa... macam mana boleh meninggal dunia.... tak logik... takkan sebab banyak darah yang keluar kot... takkan la paramedik tak amik port pasai nak stopkan sementara darah yang kuar...

Gua nak tau pasai aper suspek tue boleh meninggal dunia jika tembakan cuma kena tangan dan kaki... sungguh tak logik...  kalu macam tue sure ramai askar mati sebab terkena tembakan di tangan dan kaki... giler aper... nak tipu orang pon pada-pada la...

Gua berani jamin mesti tembakan tue bukan stakat kena tangan dan kaki... mesti kena vital organ suspek tue.. sebab itu lar dier boleh meninggal dunia... kalu tak kena vital organ... sure selamat punya.... pelik aaa...

Kalu sumber maklumat dari media pencacai... dari 10 maklumat ... mesti 15 maklumat tipu... fabricate... macam siot jer... tarak boleh pakai... cuma keputusan lumba kuda dan judi jer yang betul kat dalam media pencacai tue.... yang lain semua fabricate... hampeh... hahhaa

19 September 2010

Isu Bunuh Diri

Bhai... kalu isu bunuh diri... gua memang tak bertoleransi... pada gua... mereka-mereka yang amik
keputusan bunuh diri nih memang la memang.. memang tahap bangang..

Sebab-sebab biasa orang bunuh diri adalah ;-

1. Kemurungan / Sedih
2. Putus Asa
3. Panik / Takut

So.... sper kejadahnyer member baik (kononnyer) kepada Datuk Sosilawati amik keputusan bunuh diri... Sori la.. gua takder niat nak tambah kesedihan keluarga simati (bunuh diri nih) cuma... pada gua... gua memang tak hormat langsung manusia yang amik keputusan bodoh untuk bunuh diri...

Rugi jer... jadi Islam sepanjang hayat.. tapi mati kerana bunuh diri... jadi bahan bakar api neraka...

so... persoalan yang bermain di kepala gua nih... kenapa dier bunuh diri... takkan pasai kawan mati pon boleh amik keputusan bunuh diri.... atau.........

Atau.... simati nih sebenarnya ader sangkut paut dengan kes penipuan penjualan tanah bernilai RM29 juta di Pulau Pinang yang berkait dengan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

Atau.... simati nih sebenarnya adalah mastermind kepada mastermind kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ... (persaingan bisnes seperti yang Polis dan media ader jangkakan)

Semua nih adalah kemungkinan...

Sesapa nak marah gua .. gua takder hal... ini teori gua.... bukan taknak simpati kat simati.. tapi pada gua... takder pekdah gua simpati kat orang yang bunuh diri... kalu dier mati natural atau kena bunuh... ader la gak gua simpati... tapi kalu bunuh diri... mmmmm... buat aper nak simpati...

Dier sendirin yang cari pasal.... iman takder... jauh dari Allah Taala... ikut nafsu... ikut bisikan syaitan.... sekarang nih syaitan mesti sedang bergembira kerana dapat menyesatkan seorang yang pada sepanjang umurnya beragama Islam... tapi dipenghujung nyawa... menjadi sesat...

Gua pernah one time tue saksikan satu orang budak lelaki Melayu berumur 21 tahun mati membunuh diri dengan terjun dari tingkat 3 (parking lot) Stesen Bas Terminal One di Seremban sekitar tahun 1995 ... dier jatuh depan mata gua... dalam jarak 5 kaki jer dari tempat gua duduk (gua duduk kat tepi tiang bersebelahan dengan Bas Ekspress Restu) ...

Bersepai otak mamat nih... gua pi tolak kepala dier kaki... gua cakap dalam hati ... "lain kali kalu nak bunuh diri tue... kasi tau la ngan gua.. boleh gua amik video.... dan submit kat stesen TV".... hampeh... satu Terminal One orang menjerit histeria tengok benda tue.... nak tau sebab aper dier bunuh diri... ader orang jumpa nota surat dier... dier tulis sebab dier bunuh diri adalah kerana awek dier putuskan cinta.... dan berkawan dengan mamat lain.... pada gua... buduh punya sebab la.... punya la banyak awek dalam dunia nih.... boleh plak bunuh diri pasai sorang awek... hahaha.... lawak budus la...

Sampai harinie gua tak boleh lupa muka mamat tue... nasib baik tak memercik darah dier ker..otak ker.. kena kat Bas Ekspress Restu... kalu tidak... suwei la jadinyer bas tue... hahaha.. takder saper nak naik... hahaha...

Sampai harinie gak gua cukup menyampah biler dengar orang yang mengaku Islam amik keputusan bunuh diri.... budus nak mampus....

14 September 2010

Nightmare On Elm Street

Freddy Krueger adalah nama watak pembunuh sadis yang psiko dalam filem "Nightmare On Elm Street" yang popular sekitar tahun 1980'an dulu... Watak Freddy Krueger ini dibawa oleh Robert Englund ... Dalam filem ini aktor Johnny Depp juga turut sama berlakon..

Filem Nightmare On Elm Street ini diklasifikasikan sebagai filem berstatus 18PL .... yang mana tidak sesuai untuk ditonton oleh remaja mahupun kanak-kanak... ....

Mmmm..... gua amat yakin filem ini mesti pernah ditonton oleh kedua-dua saspek utama bagi kes Sosilawati Lawiya nih... sebab apa.... sebab hanya orang yang berhati kering jer boleh tengok cerita nih tanpa ader side effect...

Pembunuhan dan pembakaran mayat untuk menghapuskan bukti yang khabarnya telah acap kali dilakukan oleh suspek dengan bantuan rakan-rakan sejenayahnyer... memang menunjukkan bahawa mereka-mereka ini adalah pembunuh sadis yang psiko...

Dan gua berani jamin... yang dier akan gunakan status psiko tersebut untuk melepaskan dirinyer dari pembunuhan kejam tersebut.. silap-silap beliau cuma akan dikenakan hukuman yang minima ... ataupun cuma ditahan di wad psikatari di Tanjung Rambutan atau Tampoi sahaja...

Yang akan disabitkan dengan hukuman bunuh ... pastinyer cuma 4 orang pekerja beliau sahaja....

Benda macam nih dah banyak kali dah gua lihat berlaku di Malaysia... cara nak lepas dari hukuman bunuh (gantung) hanyalah dengan berlakon jadi gila atau psiko ... terutamanya sewaktu kejadian... bukan susah pon... ramai yang dah acapkali berlakon taktik dan teknik nih... hehehe

So... jangan sampai satu hari nanti kita terpaksa pulak buat filem versi tempatan untuk Nightmare On Elm Street ... yang kita namakan menjadi Nighmare On Ladang Gadong ...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1