Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

02 March 2023

Tuntutan Sulu, Siapa Dalang Disebalik Semua Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Isu tuntutan Waris Sultan Sulu terhadap Sabah tu sudah jadi isu besar. Kalu tak ditangani segera lagi kronik masalahnya.

Apa yang pasti… Ada dalang besar dibelakang semua tuntutan ini. Ada pihak yang sedang mencari laba.

Dalam banyak-banyak syarikat milik bertaraf GLC yang boleh dikacau ganggu oleh waris Sultan Sulu ini, kenapa dijadikan sasaran syarikat terkait petroleum.

Apa motif sebenarnya.

Dari apa yang gua nampak, ada semacam satu dalang besar yang sedang nak menguji peluangnya untuk mengambil alih aset negara sebanyak yang boleh. Cuma gua takmo “create” kan insiden diplomatik. Itu ja. 

Sebab kalu gua petik satu nama tue… yang gua suspek berada dibelakang tuntutan waris Sultan Sulu nih… pastinya akan menimbulkan satu kegusaran di peringkat antara dua negara.

Gua tau penama tu tengah “sesak” dan ini ja cara paling sesuai untuk dia dapatkan dana besar dan sekaligus menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya..

Waris Sultan Sulu maybe hanya dapat sekitar 10 hingga 15% jer nanti hasil dari tuntutan besar nih…

Hahaha


30 January 2023

Marah Lagilah Waris Kesultanan Sulu

Bhai/DeeDee semua...

Marah lagilah waris Kesultanan Sulu...  dah macam-macam cara mereka gunakan untuk menuntut hak mereka keatas Sabah... Tapi tak berjaya sepenuhnya lagi... Itu hari mereka siap nak sita 2 syarikat milik Petronas guna keputusan dari Mahkamah di Luxemburg.... Tapi still sangkut lagi...

Hahaha... terbakar wei..


Mahkamah Luxembourg bersetuju untuk mengetepikan perintah untuk menyita dua syarikat milik Petronas kerana pihak yang menuntut secara sukarela tidak mendedahkan alamat sebenar mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Said Othman berkata mahkamah menganggap suruhanjaya ini penting dan menjejaskan Malaysia.

“Mahkamah mendapati kelakuan pihak yang menuntut menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan kemungkinan penghakiman yang akan diberikan terhadap mereka.

13 July 2022

Dimana Silapnya Sehingga Aset Petronas Dirampas Waris Sultan Sulu?

Bhai/DeeDee semua...

Pertama sekali gua nak nyatakan bahawa tindakan perampasan aset Petronas oleh waris Sultan Sulu tu adalah mengikut undang-undang tetapi secara ex-parte. Jadi proses itu tidaklah semudah yang disangka kan.

Persoalan undang-undang terkait insiden nih memang sudah dijangka... Semua ini berlaku bilamana Najib Razak secara tepatnya selaku Perdana Menteri pada 2013 telah mengarahkan supaya pembayaran nilai pampasan tahunan sebanyak RM5k ++ kepada Sultan Sulu dihentikan serta merta selepas insiden Lahad Datu.

Dan ini membawa kepada tuntutan pampasan yang lebih besar oleh waris Sultan Sulu kepada mahkamah timbangtara di Peranchis dan Sepanyol.

Isu yang kita patut tanya... adakah Bailif dari Luxemburg boleh menguatkuasakan arahan tahan aset itu mengikut perjanjian Kesatuan Eropah (European Union) atau ianya hanya terpakai dalam negara ianya diputuskan sahaja iaitu Peranchis.

Satu lagi yang menjadi isu adalah berkaitan kesahihan susur galur keluarga (lineage) waris Sultan Sulu tersebut. Siapa dia yang menjadi penama dalam kes ini. Dan siapa yang mendanai proses guaman dan mahkamah kes ini...

Itu semua kita kena tanya ... supaya adakah sah tuntutan yang dinyatakan atau ianya sekadar tuntutan rambang semata-mata.

Apa pun... kita biarkan proses undang-undang berjalan.



01 March 2022

Lelong Sahaja Najib Razak Kepada Sultan Sulu Sebagai Ganti Denda Timbang Tara RM63 Bilion

Bhai/DeeDee semua...

Hanya kerana RM5300 setahun yang cuba di ngelat oleh Perdana Menteri Malaysia (Najib Razak) pada 2013 .... Malaysia kena denda RM63 Bilion... Ini memang bijak... Takder yang lebih bijak dari ini... Adoilah...

Mahkamah Timbang Tara Sepanyol membicarakan kes ini di Peranchis... dan disebabkan tiada seorang pon wakil dari Malaysia yang hadir dalam perbicaraan timbang tara nih... (kita boleh salahkan Kementerian Luar dan Peguam Negara).... maka Malaysia kena denda RM63 bilion.

Bodoh aaa... mana nak cekau duit banyak tue... Baik kita deal ngan Sultan Sulu supaya kita boleh lelong sahaja Najib Razak nih kepada Sultan Sulu sebagai ganti denda timbang tara RM63 bilion nih.... Sultan Sulu nak buat apa dengan Najib Razak tu lantak la... kita taknak tahu....

Amacam??? Hahaha

#TimbangTara #SultanSulu #RM63Bilion #Denda #PeguamNegara #KementerianLuar #NajibRazak #BritishUtaraBorneo #NorthBorneoBritish #1878

‘Malaysia diarah bayar RM63 bilion kepada waris Sultan Sulu’

02 June 2013

Ini Kena Tanya Musa Aman La

Bhai... hahahaha.... gua takmo nak citer banyak.... tengok sajer la gambar nih.... dan baca citer berkaitan kat  sini..... hahahaha .... Ini kena tanya Musa Aman la.... hahahaha... mampuih... aper daaa...



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang.

28 May 2013

Selesai...

Bhai... Tadi pagi gua pi layan soalsiasat kat Bukit Aman... Dan segala urusan soalsiasat setel sebelum masuk waktu Zohor... Hari nih gua Zohor di Bukit Aman jer... 

Takder benda pon... Cuma disoal siasat berkenaan isu kononnya gua ader kritik golongan bangsawan... Errrr... Ader ker gua kritik diorang... Atau ker diorang nih perasan yang gua kritik diorang... Hahaha saper makan cili dier la rasa pedas...

Satu lagi gua ditanya tentang isu Lahad Datu... Kononnya gua ader citer isu panas berkaitan keselamatan negara... Hahaha... Yang ini pon gua pakat gelak jer.... Bukan pasai aper... Gua cakap kat diorang ... Kalu kononnyer gua gugat keselamatan negara... Diorang kena tunjukkan bukti.... Tambah lagi gua tak pernah publish spesifik detail iinfo....

Dan lagi satu... Gua tak pernah publish gambar anggota keselamatan sedang beroperasi dalam keadaan tanpa balaclava...

Aper ppn... Gua skrang on da way balik Kemaman... Hahaha.. Lain Kali Lah!!! kalu mau soal siasat lagie....

07 April 2013

Dari Sabah Ke Semenanjung

Bhai.... Kalu dari Sabah nak datang ke Semenanjung nih... Takder option lain yang pantas melainkan dengan menggunakan pengangkutan udara... Kalu nak pakai Kapal... Amik masa yang lama... Tambah kalu kapal tue kecik jer...

Kapal tanker pon amik masa 5 hari nak sampai Pelabuhan Kuantan dari Kota Kinabalu... So... Macam mana boleh tentera kesultanan Sulu boleh ader kat dijumpai kat Melaka.... Hahaha... Takkan dier mari Semenanjung ikut pengangkutan udara?

Takkan dier boleh lepas pemeriksaan ketat kat airport.... Atau Airport Malaysia memang jenis dari dulu tak pernah nak berubah... Mudah jer orang bypass airport nih...

Gua memang pelik biler pintu masuk negara kiter nih dah jadi macam rancangan realiti di TV dulu yang dikenali sebagai "BOLOS" ..... Takkan selepas 9/11 tue kiter masih tak ader amik iktibar.... Pelik aaaa...

Dulu pernah Tentera Merah Jepun merampas sebuah kapalterbang komersial iaitu Malaysia Singapore Airline ( MSA) dan akhirnya terhempas di Tanjung Kupang Johor... Sampai terbunuh lah Menteri Pertanian kiter masa tue..

Takkan la takder nak amik iktibar.... Aper daaaa... Macam siot jer keselamatan negara nih dibuat dek Barisan Nasional... Orang politik bukan main diperhatikan di pintu masuk airporr... Tapi pengganas dan lain-lain boleh lepas bebas keluar masuk negara.... Aper daaa

18 March 2013

Solosai Sudah

Bhai... Episod Alpha-Two Zero sudah sampai penamat... Alhamdulillah ... Semua anggota sudah ditahan atau terbunuh... Bagi yang telah ditahan... Skrang nih masih lagi sesi soal siasat yang biasanyer memakan masa yang agak lama... Itu semua tugas dibahagian penyelidikan...

Gua plak... Sudah boleh bungkus semua barang dan keluar dari Sabah naik "cikcibor" sama ader ini malam atau awal pagi nanti... Semuanya bergantung kepada arahan....

Tentang isu Tentera Kesultanan Sulu tue... Itu kerja orang lain... Agensi kitorang tak campur... Walaupun kitorang ader gak buat kerja untuk dapatkan intel mengenai isu nih... Tapi yer la... Stakat intel jer ...

Oh yer... Gua difahamkan bahawa Agbimuddin tue call Jamalul Kiram di Filipina guna satellite phone dan jugak telefon lokal dari Telco tempatan... Tak pasti pulak didaftarkan atas nama saper... Cuma yang pasti selepas khidmat roaming mobilephone Philipines disekat itu hari... Dier terpaksa bergantung sepenuhnya dengan henfon tempatan dan SATPHONE...

Gua dapat tau... Yang ATM dan PDRM sedang berusaha nak buat triangulation untuk pastikan exact location dimana Agbimuddin berada setiap kali dier guna SATPHONE... Dulu gua ingat lagi seorang ketua kumpulan pemisah Chechen terbunuh diserang Guided Missile masa dier guna SATPHONE... Lupa plak gua nama dier lar time nih...

Triangulation nih tak berapa susah mana... Janji kalu dapat track masa yang tepat dier sedang guna... Lagipon tak banyak SATPHONE digunakan kat area Lahad Datu tue gua rasa aaa...... Tambah lagi kalu dier guna INMARSAT sebagai provider... Hehehe... Dikawasan Asia nih... Ader 3 lokasi jer untuk terrestrial link kepada Telco... Satu entry point turun kat India...satu lagi entry point turun kat Australia... Dan satu lagi turun kat Malaysia... Kat Earth Station (Satellite Teleport) di Beserah kat Kuantan tue..... Hehehe.... Semua boleh trace punya....

Tentang citer konon Agbimuddin dah lari pi Filipina tue... Itu semua agenda psychology lar... Mainan strategi... Nak tunggu Agbimuddin buat kenyataan... Senang skit usaha nak trace dier.... Hahaha...

Aper-aper pon... yahoo ... Kerja sudah abis stakat nih... Dan gua boleh balik Kemaman jumpa anak bini... Rindu oooo.... Hahahaha... Insiden di Sabah nih pada pandangan peribodi gua.... Hahaha... Peribodi tue... Bukan peribadi.... Aderlah mainan politik antara dua tiga pihak... Yang jadi mangsa aderlah orang awam dan pasukan keselamatan dikedua-dua belah...

Sultan dan Menteri punya gila... Orang awam dan anggota keselamatan mati.... Biler aaa Sultan dan Menteri nih nak mati plak aaaa.... Menyusahkan la... Pasai tue lar dari dulu lagi gua selalu katakan... Yang jahanamkan negara (tak kisah la negara mana pon) biasanya akibat dari kebangangan Sultan, Raja dan Pemimpin Politik...

Macam dalam citer P. Ramlee.... Errr ... Citer Nujum Pak Belalang tue.... Kerja giler berjudi Raja Negeri Pasai menyebabkan negeri dier terjajah tergadai... Bodoh... Errr... Ader ker Sultan dan Raja yang pandai aaaa??? Rajagobal pandai main bola....

HAHAHA

UPDATE 18 March 9.54am : Chechen Leader yang meninggal dunia tue nama dier Dzokhar Dudayev

Dudayev was killed on 21 April 1996, by two laser-guided missiles when he was using a satellite phone, after his location was detected by a Russian reconnaissance aircraft, which intercepted his phone call. The telephone homing equipment was supplied to Moscow by the USA National Security Agency. At the time Dudayev was reportedly talking to a liberal deputy of the Duma in Moscow, reportedly Konstantin Borovoy. Additional aircraft were dispatched (a Su-24MR and a Su-25) to locate Dudayev and fire a guided missile. Exact details of this operation were never released by the Russian government. Russian reconnaissance planes in the area had been monitoring satellite communications for quite some time trying to match Dudayev's voice signature to the existing samples of his speech. It was claimed Dudayev was killed by a combination of a rocket attack and a booby trap. He was 52 years old. - Wikipedia

14 March 2013

Ini Maklumat Dari Sumber Gua

Bhai.... Ini maklumat yang gua dapat... Sori... Bukan nak memperkecilkan perjuangan sahabat-sahabat gua dari PDRM... Tapi ini adalah sumber dari analisis risikan agensi gua...

Okeh... Dimana gua nak memulakannya.. Mmmm... Okeh la... Gua start dengan kes "serang hendap" terhadap anggota PDRM yang berlaku di Kampung Simunul... Kiter rewind balik info yang kiter dah dapat dari media... Media kata anggota PDRM diserang hendap oleh Tentera Kesultanan Sulu .... Ini yang kita diberitahu...

Pastue diorang kata Tentera Kesultanan Sulu berlaku kejam dekat anggota PDRM... Bukan setakat bunuh tapi memarang, memenggal, mengeluarkan organ dalaman anggota PDRM tue...

Sahih ker sumber nih... Atau ianya sekadar fabrikasi untuk meningkatkan simpati rakyat terhadap isu ini... Kasi rakyat marah... Sebab... Ikut maklumat yang kami dapat... Kejadian di Kampung Simunul tue ... Aderlah pertempuran diantara anghota PDRM dengan lanun... Dan bukannya dengan Tentera Kesultanan Sulu... Ini maklumat yang agensi kami dapat...

Jadi ... Oleh kerana ianya dilakukan oleh lanun... Maka tidak mustahil tindakan kejam sebegini mungkin berlaku... Tambah lagi... Ianya mengambil masa beberapa hari barulah kesemua yang terkorban dapat diambil dari kawasan pertempuran...

Gua paham kalu media perlu membakar semangat anak watan dalam isu pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu... Tapi biarlah maklumat yang disalurkan oleh media itu tidak ditambah ajinomoto...

Putar belit media ini kiter boleh lihat dengan jelas masa Perang Teluk 1991 dan Kes 911 WTC dimana berlakunya banyak penyelewengan fakta macam isu WMD semata-mana ingin meraih simpati dan amarah semua yang membaca, mendengar dan melihat.

Sebab itulah.... Gua di agensi merasakan putar belit media sebenarnya bukan dapat menaikkan semangat rakyat jelata... Tetapi secara sengaja telah berjaya menaikkan semangat anggota keselamatan Malaysia sehingga ada yang bertindak agak keterlaluan... Bukanlah gua nak mengiyakan berita dari media Filipina tentang perlakuan tidak bermoral anggota keselamatan kita .... Tapi maklumat yang gua dapat sebenarnya menunjukkan kearah situ...

Adakah jni pelik... Tidak... Kalu kiter lihat pada insiden BERSIH 3.0 dimana tersebarnya berita kononnya ada anggota PDRM yang terkorban (yang dikesan disebarkan melalui alat komunikasi PDRM sendiri)... Bagaimana anggota PDRM yang lain semacam naik hantu membelasah para demonstran sehingga pengamal media pun jadi mangsa.... Walhal benda ini belum tentu sahih...

Jadi... Dalam kes di Kampung Simunul tempohari... Bagaimana kejadian "serang hendap" ini dimainkan dan diputarbelitkan oleh media .... Walhal ianya dilakukan oleh lanun (mundu) .... Dan bukannya oleh Tentera Kesultanan Sulu...

Patutlah pun takder satu pon media Malaysia yang pernah menang hadiah Pulitzer .... Semuanya sebab berita yang tidak berintegriti... Hanya sekadar mengejar rating... Tolong aaaa.... Jangan memalukan diri sendiri..

# Artikel ini bukan untuk bekap Tentera Kesultanan Sulu atau menghina PDRM dan ATM... Tapi sekadar memohon agar berita yang diterbitkan biarlah berita benar tanpa difabrikasi.. Cukup-cukup la tue dan jangan jadi macam Utusan, PapaGomo, ParpuKari atau RBF.... Diorang tue dah memang terkenal kaki fabrikasi dan fitnah... Hahaha

13 March 2013

Kalau Kerajaan Bagi Mesingun...

Bhai... gau nak citer satu mender nih... lu tau tak... geng-geng anggota keselamatan kat Sabah la nih (yang mana gua jumpa lar)... kecoh dok gelak ketawa dengan statement yang gua diberitau telah dibuat dua hari sudah... statement yang kuar dari mulut seorang ahli NGO di Semenanjung Malaysia...

Statement tue berbunyi camnie lebih kurang ... "Kalau Kerajaan bagi kami mesingun, esok kami akan turun ke Lahad Datu berjuang" .....

Gua mola-mola takmo nak amik pot... tapi biler tiap kali lepak ngan kengkawan dari "E" ... diorang semua dok citer benda nih sambil gelak-gelak....... gua tanya balik... pasai aper lu orang gelak..... hahaha... bantai lagi kuat diorang gelak..... diorang kata mana tanyer... itu semua cakap orang pengecut la bhai... kalu betul kerajaan Malaysia boleh bagi mesingun pun .... dijamin tak berani jugak nak turun Lahad Datu dan Semporna....

Gua tanya kengkawan gua nih... mana lu orang tau yang diorang tak brani nak turun.... Hahaha.... kengkawan gua bagitau.... kalu pada masa statement tue kuar ader anggota FRU/LSF buat gertak... macam nak belasah... mesti ramai yang mencicit lari terkencing-kencing.... Hahaha... gua gelak jer...

Gua cakap kat kengkawan gua... ala... biar la diorang tue.... bukan kiter tak kenal perangai diorang camtue... cakap jer gempak... tapi usahkan turun ke Lahad Datu... turun ke KK pon yang jauh beratus kilometer dari Lahad Datu pon diorang tak berani skrang nih.... hahahaha... nak buat camana....

Lagi satu... gua cakap kat kengkawan dari "E" .... kalu lu orang nak tau... kata la jadi pecah perang di Semenanjung.... diorang nih la yang lagi awal lari meninggalkan Malaysia..... hahaha.....  nak buat camana..... stakat gempak boleh lar....  Gua tak amik pot pasai insiden baling telur tue... jadik gua tanya la kat kengkawang di "E" ... diorang cakap... ader informer diorang bagitau ... yang kuantiti telur tue tak banyak mana dibawak.... ikut maklumat tak sampai 3 tray pon.... 1 tray dalam 30 bijik..... hahaha.... dan pulak tue telur gred C ...... hahahaha...

Gua cakap kat diorang.... itu pon nak bajet.... pakai telur C..... aper daaa.... takkan tak mampu nak pakai telur gred A kot.... biar betul...... hahaha

Aper-aper pon... at least ader jugak something jadi penghibur hati para anggota keselamatan kiter dari 'E" di Sabah nih..... malam tadi ader satu jamuan khas dibuat untuk gua kat Kudat oleh beberapa kengkawan dari "E" termasuk dua orang bekas jurulatih gua dulu yang dari VAT 69.. diorang sanggup datang dari KK nak jumpa gua.... 4 jam tue drive kalu naik motor Yamaha RXZ tau.... hahaha

Berbalik kepada citer Ops Alpha-Two Zero.... total yang dah terbunuh (3 orang) dan yang dah ditahan dan disoalsiasat (6 orang)... ader beberapa lagi yang masih dikesan.... dan gua dikhabarkan diorang skrang nih sudah menyorok... mungkin ader directive yang mintak diorang layoff dulu agenda diorang sampai semua isu di Sabah dah cool down... aper pon di Kudat nih... ader lebih kurang 20 orang operatif dari agensi yang sedang beroperasi.... Inilah ops paling besar-besaran yang gua rasa pernah agensi gua mobilasikan....

Kitorang cuba blending dengan orang awam... cuba dengar soseh-soseh.... dapatkan maklumat... dan cuba jejak anggota Alpha-Two Zero... kalu ikut rasionalnya.... gua berani jamin... diorang nih mesti duduk di bandar besar yang ramai penduduk... sebab senang nak menyelinap... orang jangan kenal semua disekeliling... Anggota Alpha-Two Zero nih gua jamin takkan melepak di kawasan kampung yang ramai penduduknya kenal antara satu sama lain.... melainkan... diorang memang ader geng @ keluarga @ operatif lain disini.......

Mau makan masa berbulan kot benda nih nak solosai.... cepat la wei abis... gua nak balik Kemaman.... rindu aaa kat anak-anak.... (walhal rindu kat bini sebenarnya... hahaha) ... terpaksa main video conference dengan anak-anak guna Skype.... hampeh betul lar....

10 March 2013

Sepetang Di Jolo

Bhai.... sempat gak gua ader waktu senggang... hehehe... report sudah siap dan sudah diencrypt dan diantar... hahaha.. lega skit... skrang nak cari makan tengahari... pergh... susah betul nak cari yang halal kat ibukota Filipina nih... yang tak halal berlambak.... aiyark....

Penat aaa... berbahasa Indon sepanjang masa kat sini.... hahaha.... nak buat camana....

Oh yer... sajer nak citer itu hari la... waktu petang gua lepak di satu restoran di Jolo.... ramai warga bisnes Sulu yang kaya-kaya lepak kat situe... diorang bersembang punya la kuat.... gua amik pot cuik-curik dengar la... hahaha... dah kerja cari maklumat....

Paling bengang tue... biler gua dengar diorang cakap... aper susah nak masuk Malaysia... bukan setakat ader IC MyKad... tapi paspot Malaysia pon diorang ader... giler betul lar... siap diorang berbangga lagi ader IC dan Paspot Malaysia... ader yang siap tunjuk letak atas meja...

Ader satu orang Sulu tue tetiba pandang gua... tanya gua datang dari mana... gua cakap dari Kalimantan... Pontianak... speaking Indon gua jadinyer...diorang tanya gua.. ader IC Malaysia ker... gua cakap... takder...."gue nggak sukain Malingsia" ... hahaha..... gua gelak... diorang pon gelak samer...siap tunjuk tanda good ibu jari lagie... hahaha .... baek punya cover...

Yang pasti... kalu ader 1000 orang Sulu .... makanyer ader 1000 la yang ader IC Malaysia..... hancuss..... bodoh la saper yang buat projek IC dulu tue.... bangsat betul lar.... kan dah menyusahkan gua dan rakan-rakan serta anggota keselamatan Malaysia....

Woi TukarTiub... kat sini senang nak jumpa hidangan itek gantung lar.... hahaha

07 March 2013

Cagayan De Oro

Bhai.. Salam dari Cagayan De Oro .... hehehe....nak citer panjang tabley... cuma sekadar untuk mengesahkan bahawa bantuan untuk membantu penyokong Jamalul Kiram dari Zamboanga telah bergerak lewat malam semalam menuju ke Malaysia. Bilangan tidak dapat dipastikan.

Harap NAVY, Marine Police dan APMM dapat kekang diorang nih dari masuk ke Sabah... masalahnyer... gua dimaklumkan diorang nih sumer ader MyKAD ..... mmmm.... macam mana nak cek dan pastikan...... diorang pulak bergerak tak bawak senjata... sebab senjata semua diorang dah bawak masuk ke Sabah lama dulu...

Gua masih lagi dalam operasi mencari, menjejaki dan mengenalpasti anggota Alpha-Two Zero... dua hari sudah gua dapat khabar yang satu kumpulan 3 orang anggota Alpha-Two Zero dapat bolos dari kepungan di Sabah dan berjaya sampai ke Tapul. Dengar khabar diorang akan bergerak ke Isabela City di Basilan atau Zamboanga City... kalu gua dapat jejak diorang... nahas la diorang....

Bos besar bagitau awal pagi semalam sorang lagi anggota Alpha-Two Zero telah berjaya dibunuh di KK (sori berita camnie lu takkan dapat baca kat mana-mana)

P/S: Artikel ini gua tulis masa berada kat safe house di Cagayan De Oro dan telah dischedulekan untuk diterbitkan secara otomatik. Jadi semua komen lu orang gua tak dapat nak approved. Sori ... masa,  tarikh dan lokasi sebenar gua tabley kasitau.

P/S/S : Teringat plak masa berkhidmat di Timor Leste bersama geng-geng MAL-FPU dalam Ops UNMIT dulu (sori tahun gua tabley kasitau).... hehehe

05 March 2013

Semua Dipanggil Bertugas

Bhai... Skrang nih gua tengah menunggu flight .... Nampaknya isu di Sabah nih menuntut semua pihak terlibat... Sama ader yang masih berkhidmat mahupun yang dah sepatutnya lama pencen... Dalam agensi... Tiada istilah bersara sepenuhnya... Walaupun gua kalu nak diikutkan dah pencen dari berkhidmat... Tapi nampaknyer macam takder makner jer pencen nih...

Kalu lu orang nak tau... Servis perkhidmatan kitorang di agensi biasanya 15 tahun jer... Tapi kali nih ramai senior (hampir semua) gua pon dipanggil bertugas semula... Hahaha... Sampai melimpah bilik mesyuarat di HQ sebelum Subuh tadi...

Punya la ramai anggota yang sedang diaturgerakkan.... Ader yang akan digerakkan ke Sabah... Ader yang diarahkan bergerak ke Sarawak... ader yang diarahkan beroperasi di Brunei... Dan ader yang telah mendapat arahan untuk memulakan operasi gelap di Filipina.... Lokasi gua plak... Lu orang tak payah la tau... Dan kali nih semua operatif yang diarahkan menggunakan segala macam tindakan proaktif untuk menjayakan misi walaupun terpaksa menggunakan senjata api.

Mmmm.... Kalu perlu... Gua jugak akan buat self defence... Nak buat camana... Mengambil nyawa tue tugas Malaikat Maut... Gua cuma mempertahankan diri dan keselamatan negara...

Okeh la... Panggilan untuk boarding dah start tue... Gua nak gerak... Babai.... Oh yer... Gua dapat seat tepi tingkap kat depan wing.... Wow... Dapat tengok view cantik nih... Salam buat semua.... Muah...

Buat keluarga gua... Jangan riso... Ini kerja biasa jer... Macam la tak pernah tengok gua terlibat dengan insiden yang lagi bahaya...

Babai.... "Radio Silence Start"....

UPDATE: Flight baru sebentar tadi touch down kat airport negara asing nih. Lama ooo dalam flight... 3 jam lebih...

04 March 2013

Ops A-20

Bhai.... Sori pasai tak sempat update mender.... Gua dah tiga hari berkampung di bilik gerakan agensi di tengah Kuala Lumpur... Tiga hari yang gua ader peluang lelapkan mata cuma 4 jam jer... Bos besar arahkan semua berkumpul dan membantu operatif mengesan unit Alpha-Two Zero (A-20) ...

Alhamdulillah dua orang anggota Alpha-Two Zero dah ditahan pagi tadi dan sedang disoalsiasat di KK dan besar kemungkinan akan dipindahkan ke HQ sehari dua lagi... Sorang anggota Alpha-Two Zero tumpas semalam dalam satu kejadian tembak menembak di Kudat, manakala saki baki anggota Alpha-Two Zero kini sedang dijejaki.

Tentang isu insiden Sulu di Lahad Datu..... Arahan dari Agensi melalui MKN telah dikeluarkan kepada semua Telco yang menyediakan khidmat Roaming di Pantai Timur Sabah... Terutamanya di Kudat, Kunak, Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna agar memberhentikan khidmat roaming telefon mudah alih disana.

Harapnya dengan ini segala kemudahan komunikasi diantara anggota penceroboh SULU dapat dihentikan. Gua dijangka akan dihantar ke Sabah dalam sehari dua lagi. Harap dapat mendoakan kesalamatan gua dan semua kakitangan agensi disana.

Persiapan taktikal gua sudah persiapkan... Tunggu arahan jer... Dan gua akan carik sampai dapat lagi 12 orang anggota Alpha-Two Zero. Skrang nih ader 300 ++ orang kakitangan agensi (operatif) disana.... Yang bertungkus lumus cuba mengesan musuh yang sudah bertapak disana.... Masalah yang paling besar dan ketara adalah semua orang ada kad pengenalan Malaysia... Even pemberontak Sulu dan anggota Alpha-Two Zero pon ader IC.

Harap maklum... Sori... Hanya maklumat ini jer yang gua boleh salurkan... Ader dua isu berbeza... Sulu dan Alpha-Two Zero...

01 March 2013

Al Fatihah Dan Takziah

Bhai... gua hari nih ader terlibat kat satu urusan luar... jadi akses kepada telefon berinternet dan komunikasi lain terhad..... hari nih bawak "comm radio' jer... Jadi gua baru dapat tahu yang ader anggota kita yang cedera dan terkorban di Lahad Datu...

Dua anggota PDRM terkorban akibat mortar
Gua dah keluarga serta rakan-rakan dari Agensi mengucapkan salam takziah kepada keluarga anggota yang terlibat (gua dikhabarkan dari Batalion 17 PGA .... tapi tak tau lar..) dan gua sedekahkan Al Fatihah buat anggota tersebut...

Moga Allah mengampunkan segala dosa anggota tersebut dan menempatkan mereka dikalangan para syuhada.... Ameen...

Gua takmo nak menyalahkan sesapa... cuma insiden ini akan mencalarkan imej Menteri Dalam Negeri iaitu Hishamuddin Hussein.

Sori... gua sedih... cukup sedih....

UPDATE ANGGOTA YANG TERLIBAT: INSP ZULKIFLI MAMAT dan SJN SABARUDIN

28 February 2013

Apa Yang Tidak Pernah Dipertontonkan

Bhai... kepada orang yang baru membaca blog gua... ingin gua peringatkan kat sini bahawa gua berpegang teguh dengan "akujanji menjaga kerahsiaan negara" yang pernah gua buat sebelum gua diterima masuk dalam agensi yang gua pernah berkhidmat dulu... dan agensi yang gua berkhidmat nih sampai sekarang hanya sebilangan kecil orang sahaja yang tahu akan keujudannya.

Bagi yang baru juga mengenali blog ini.... gua nak bagitau satu mender... pandangan politik peribadi gua takder kena mengena dengan tugasan yang gua lakukan untuk agensi yang mana gua terlibat nih... Jadi.. walaupun nampak gua ader kecenderungan tertentu... ianya hanya sekadar waktu senggang gua... waktu gua melakukan tugasan... gua campak semua pandangan politik peribadi gua ketepi... Gua tetap dahulukan keselamatan negara.

Okeh... Nama dan siapa disebalik agensi yang gua terlibat nih... tak payah la lu orang tahu... cukup hanya lu orang tau... agensi kitorang nih aderlah mengumpul, menganalisa, memantau, memintas dan mengolah maklumat (dalam dan luar negara) bagi tujuan keselamatan negara.

Oleh yang demikian, bila gua publishkan sedikit sahaja maklumat (setakat memberikan gambaran) berkaitan sesuatu insiden yang berkait rapat dengan keselamatan negara, gua tak terkejut kalu ianya dipandang sinis atau dianggap sebagai lelucon sahaja kerana "kami" tahu lu orang susah nak bayangkan... Hahaha... Walaupun lu dari background military mahupun pasukan keselamatan yang lain... ianya tidak semestinya seperti apa yang lu orang tahu...

Okeh... No hal pada gua... Sebab gua cuma nak bagi gambaran kat lu orang yang keselamatan negara kita memang terjamin... Jangan la lu orang ingat bahawa keselamatan negara kita kini telah digugat hanya kerana insiden di Lahad Datu... Ianya masih terkawal...

Jadi.. Gua berani jamin insiden di Lahad Datu akan dapat diselesaikan tanpa ader pertumpahan darah dan "yang terlibat" akan dapat dikesan, ditahan, disoalsiasat dan dihantar pulang jika perlu.

Oh yer... Bila gua kata kita masih tak dapat kesan "yang trrlibat" itu ... tidaklah bermakna yang anggota keselamatan dan risikan negara ini cuai, leka dan tidak hebat... Biasa la... Kalu kita rasa kita hebat... Orang lain pon hebat juga... Cumanya dalam kes di Sabah ini... Masa dan geografinya berpihak kepada kita... Hahaha..

Aper pon gua nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat... Dari MKN, PRDM, ATM, Agensi dan organisasi yang namanya gua tabley nak sebut.... Lu orang memang hebat... Gua rasa aaaa... Selepas kes insurgensi menentang komunis.... Inilah kolaborasi terbaik yang pernah "kita" bekerjasama dengan baik dan teratur... Hebat... Salut untuk lu orang dan gua jugak...

Semoga negara ini kekal aman, makmur dan dirahmati Allah Taala... Ameen...

C++
No anggota : 12xx

25 February 2013

Disebalik Tabir Insiden DI Lahad Datu

Bhai.... 1Malaysia percaya dengan cerita yang dibawa oleh media iaitu isu di Lahad Datu hanya berkaitan dengan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.... yang mana perjanjian pajakan dan sewa akan tamat pada bulan Mac 2013...... Betul... cerita ini memang benar.... sesungguhnya benar... tapi ini cuma sebahagian jer.... Hahaha...

Yang tak ramai tahu dan sedar aderlah terdapatnyer 3 kumpulan kecil anggota pasukan khas Filipina telah berjaya menyusup masuk ke Sabah. Mengikut maklumat yang gua dapat dari kedua-dua cabang informer (Malaysia dan Filipina) mengesahkan bahawa insiden ini memang berlaku.... cuma pasai insiden di Lahad Datu itu lebih glamer.... jadi tenggelam isu ini... dan sememangnya diorang plankan benda nih camnie... sebagai mengalihkan tumpuan...

Okeh.... mengikut maklumat yang gua dapat.... 3 kumpulan kecil anggota pasukan khas (special force) Filipina yang dikenali sebagai "E" Company dalam cabang SRU (Alpha-Two Zero) telah ditugaskan menyusup masuk ke Sabah seawal 5 February 2013.... Mereka ini telah mendapat keizinan dan arahan dari Presiden Filipina untuk melakukan operasi khas untuk menahan dan membawa pulang seorang pesalah yang merupakan saudara kepada Ketua Menteri Sabah (Musa Aman).

Satu kumpulan (gua gelarkan sebagai Kumpulan Alpha) telah menyusup masuk lewat Tawi-Tawi pada awal subuh 5 February 2013 dengan menyamar sebagai nelayan tempatan. Mereka ini telah dibantu oleh beberapa aset Filipina yang sudah lama berada dan menetap di Sabah. Unit seramai 5 orang ini telah lepas menyusup masuk tanpa disedari umum.... Tugasan mereka adalah lebih kepada meninjau dan membuat persiapan lanjut agar lagi dua kumpulan dapat masuk dan beroperasi di Sabah bagi menahan dan membawa pulang Manuel Karingal Amalilio yang dikehendaki di Filipina.

Pada 9 Februari satu lagi kumpulan kedua (gua gelarkan sebagai Kumpulan Bravo) telah dapat masuk ke Sabah menggunakan bot laju pada awal pagi dan mereka khabarnya lengkap dengan peralatan komunikasi canggih untuk membantu kerja recon yang dibuat oleh kumpulan pertama yang pada 9 Februari 2013 telah berada di Kota Kinabalu. Kumpulan kedua seramai 6 orang telah berpecah kepada dua kumpulan pula untuk tugasan lain

Pada 14 Februari satu lagi kumpulan telah berjaya menyusup masuk bersama-sama dalam kumpulan Kesultanan Sulu yang bergerak dari Jolo. Kumpulan seramai 3 orang anggota ini (gua gelarkan Kumpulan Charlie) akhirnya tidak dapat bergerak lebih jauh untuk bergabung dan beroperasi dengan Kumpulan Alpha dan Bravo kerana mereka tersekat dengan adernyer "Standoff" di Lahad Datu

Kedua-dua kumpulan ini (Alpha dan Bravo) telah tidak dapat dikesan kedudukan dan identiti mereka oleh Cawangan Khas dan MIO .. Ini kerana kumpulan ini telah berjaya melakukan operasi mereka dengan baik setakat ini.... Walaupun begitu... ramai anggota dari Jabatan "E" telah ditugaskan untuk mengesan dan mengenal pasti mereka ini. Malah beberapa pegawai Jabatan "E1, E2 dan E3" Bukit Aman dan IPD Sentul telah dikerahkan beroperasi di Sabah ketika ini.

Operasi untuk mengenalpasti siapakah ahli Kumpulan Charlie yang berada dalam kumpulan 100 orang lebih yang sekarang ini "standoff" di Lahad Datu masih lagi belum berakhir. Malah semua alibi anggota rombongan Kesultanan Sulu tersebut telahpun disemak dan didapati tiada yang bercanggah. PDRM telah mendapat kerjasama yang baik daripada Kor Risik ATM dan kini satu "massive manhunt" telah dan sedang dibuat diseluruh pantai timur Sabah dari Kudat sampai ke Semporna bagi mengenalpasti, mencari dan menahan unit khas Filipina ini.

Maklumat yang gua dapat setakat ini masih lagi berlegar pada isu ini yang mana telah disahkan oleh aset Malaysia yang berada di Filipina. Persoalannya sekarang... aderkah kumpulan ini akan dapat menahan dan membawa pulang Amalilio ke Filipina secepat mungkin setelah mereka mengenalpasti dimanakah sebenarnya Amalilio ditahan dan aderkah Amalilio akan diseludup keluar dari Sabah dalam kelompok rombongan Kesultanan Sulu yang dijangka hanya akan balik ke Jolo sekitar minggu ketiga Mac ini....

Aper-aper pon... kiter tunggu perkembangan selanjutnya... hahaha


Manila mahu bincang ekstradisi Amalilio

Kerajaan Filipina akan menghantar satu pasukan rasmi ke Kuala Lumpur untuk membincangkan ekstradisi saudara kepada ketua menteri Sabah, Manuel Amalilio.

Menurut laporan Philippine Daily Inquirer, setiausaha keadilan negara itu Leila De Lima sudah meluluskan arahan perjalanan bagi satu pasukan pendakwa dan peguam cara negara itu untuk ke Malaysia bagi tujuan tersebut.

"Pasukan itu akan ke Malaysia pertengahan Mac memandangkan peguam negara Malaysia tidak bersedia buat masa ini untuk menerima pasukan itu," De Lima dipetik sebagai berkata demikian hari ini.

Pendakwa raya negara Claro Arellano, ketua setiausaha keadilan Jose Vicente Salazar dan pendakwa raya serta peguam cara lain adalah tertakluk kepada arahan perjalanan tersebut.

Ketika Manila Manila mendakwa Amalilio adalah seorang warga negara Filipina namun siasatan polis Malaysia menunjukkan beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang memperolehi pasport Filipina secara tidak sah.- SUMBER

Berkaitan:

1. Ops Lahad Datu
2. Insiden Di Lahad Datu
3. Black Ops
4. PERINGATAN : Buat Semua Rakan Media Sosial

15 February 2013

Insiden Di Lahad Datu

Bhai... Baru sekejap tadi gua dapat maklumbalas dari orang hubungan gua di Filipina... Diorang bagitau... Maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Filipina kepada Reuters adalah satu cover-up... Ianya bertujuan untuk melindungi maklumat perkara sebenar yang berlaku di dalam insiden Lahad Datu..

Bukan semua yang terlibat dalam insiden di Lahad Datu adalaha anggota special force tentera Filipina... Ramai orang awam yang ada pada insiden tersebut yang memang menuntut hak tanah di Sabah... Ada isu dalaman disana ... Namun tertahannya beberapa anggota special force tentera Filipina menjadikan perkara ini lebih rumit. Disahkan terdapat beberapa anggota yang telah tertangkap dan anggota ini adalah anggota sokongan kepada unit khas yang telah menyusup lebih awal.

Rundingan sedang berlangsung bagi penghantaran pulang anggota unit special force ini diantara dua negara. Dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan saki baki unit khas ini yang telah awal menyusup sebab tiada kerjasama daripada pihak tentera Filipina.

Intel yang gua dapat memberitahu bahawa terdapat satu agensi luar negara sedang memantau situasi ini dan berkemungkinan terdapatnya aset agensi ini beroperasi di Sabah. Ini tidak mustahil sebab gua memang tahu agensi ini dah memang ada asetnya di Malaysia sejak selepas perang Vietnam.. Masa dulu diorang nih beroperasi di Tengganu dan Kelantan...

Jadi... Pada pandangan gua aaaa... Adalah lebih baik sekira ya Amalilo diserahkan untuk menghadapi perbicaraan di Filipina dari membiarkan unit khas tentera Filipina beroperasi dan menyusup ke Malaysia atas sebab risiko keselamatan. Aper yang pasti.... Kerajaan Malaysia mesti akan menafikan perkara ini.. Dan semua agensi keselamatan negara juga akan pastinya menafikannya serta cuba untuk mengelak daripada memberikan jawapan....

Sori... Menulis dalam keadaan mengantuk menggunakan telefon bimbit.. Jadi ayat mesti cacamarba..... Hahaha.... Sori aaaa...

Berkaitan : Ops Lahad Datu

06 August 2012

ATM Patut Beli Kuratas Nih...

Benda nih namanyer Kuratas @ Vaudeville. Tinggi 12 kaki 5 inci dengan berat 4.5 tan. Enjin diesel ... Jangan ingat benda nih boleh digunakan untuk melawak... nanti tak pasai-pasai kena tembak ngan peluru BB....  ATM patut beli Kuratas nih... hahaha... baru la padan Angkatan Tentera Malaysia....  harga murah jer...


Oh yer .. lupa nak citer pasai "real life mecha" nih... hahaha... buatan mana lagie kalu tak negara matahari terbit.. Jepun .... Produk keluaran Suidobashi Heavy Industry. Ianya dibuat/dibina oleh pakar besi/artis Kogoro Kurata, kalu ikut gambar kat atas nih... ala.. yang pakai tuala good morning kat atas kapla dier tue... katanyer dier buat benda alah nih untuk masuk pertandingan Wonder Fest 2012.... ntah ler...

Yang pasti... kiter boleh naik dalam dier.. ader master-slave joystick dan touchscreen interface, tangan robot nih boleh dikawal dengan alatan Kinect, boleh digunakan untuk buat lawan tinju... hahaha... mampus Mohammad Ali.... Yang pasti dier ader dua BB Gatling guns yang boleh menembak sehingga 6,000 peluru BB seminit, ikut kata Plastic Pals lar .... hahaha.


Oh .. lupa nak bagitau... robot mecha nih ader kamera kecik dan boleh detect kalu lu senyum ... kalu lu senyum.. otomatik dier akan tembak BB kat lu... nasib la lu... hahaha.. Designer dier kata.. dier takder hajat nak perdajalkan orang lain.. hahaha.. sesajer suka-suka jer.... Tapi boleh digunakan kalu nak masuk pertandingan perang antara robot-robot... hahaha

Kalu nak beli satu... boleh order,  Harga taklah mahal mana.... ader banyak pilihan warna dan senjata... hahaha.... Model asas jer cuma berharga USD$1,353,500, .... so kalu Rosmah Mansor nak beli.. senang-senang jer dier nak beli... ala... lagi murah daripada cincin RM24 juta... hahaha

Aiyark... anak gua mintak nak order satu la plak... dah takmo nak main AngryBird... tak best... hahahaha... mampus... mana nak cari duit nak beli nih....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1