Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kementerian Pertahanan. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pertahanan. Show all posts

30 May 2023

Masih Banyak Yang Tak Telus

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak dua menjak nih... ramai kawan-kawan yang selama nih berkawan ngan gua telah bermula memusuhi gua... hanya kerana gua tegas mempertikaikan beberapa keputusan Kerajaan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim...

Hanya kerana gua kerap kritik Anwar Ibrahim... maka kini gua telah diletakkan sebagai musuh nombor satu... dahulunya gua dilabelkan komunis oleh Macai dan Mahacai... gua juga dilabelkan kafir dan murtad oleh Walaun dan Geng Bunga ... kita gua dilabelkan anjing dan babi pula oleh WalaNON dan Bangsa Slurpp ....

Hahaha ... hanya kerana gua tak menjilat dan memuja memuji pimpinan depa...

Okeh... berkaitan dengan isu BNS nih... banyak benda tak telus bhai... banyak benda yang diselindungi... disapu bawah karpet... tak kira la pada zaman pemerintahan siapa pun.... dan kini pun sama gak berlaku... yang menjadi malang nih aderlah rakyat... dimana duit cukai dan dana negara habis burn begitu sahaja... takder akauntibiliti....

Dulu... kes NGPV pon failed.... la nih kes LCS pulak.... adoilah.... si celaka dan bangsat masih lagi berkeliaran di puncak kuasa... tanpa ada rasa berasalah... kena dakwa pon takder lagi...

Hahaha... jahanam aaa....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Tak Telus


27 May 2023

Deal Paling Bangang

Bhai/DeeDee semua...

Ko bagi duit kat Welder untuk buat 6 penyidai baju bergerak... Welder bagi sebutharga RM250 untuk satu penyidai baju bergerak... jadi 6 penyidai adalah bernilai RM1500 ... ko bayar semua RM1500 tue...

Welder amik masa... dan mintak masa tambahan... last-last ko dah bengang... ko pi bengkel welder tue... rupanya hanya 1 penyidai bergerak jer yang ader nampak strukturnya... itu pon belum siap...

Ko bagi warning bagai.... dung dang bising beberapa kali... dan beberapa kali ko ulang alik jumpa welder.... last-last.... ko terpaksa buat deal baru dengan welder... Welder janji siapkan 5 unit penyidai baju bergerak.... tapi pada harga RM1800... makanya ... ko kena bayar lagi tambahan RM300 untuk welder bagi siapkan semua penyidai baju bergerak.... dan hantar kepada ko...

Bijak sungguh la ko buat deal...

Deal paling bangang dalam sejarah dunia... Hahahaha.... Madani sungguh la...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Siapa Yang Bangang Sangat Buat Deal Nih?


04 April 2023

Cukup-Cukuplah

Bhai/DeeDee semua...

SME Ordnance Sdn Bhd nih adalah syarikat yang memonopoli industri senjata dan kelengkapannya di Malaysia... semua tender ATM, APMM dan PDRM memang mereka akan masuk.. dan banyaknya depa menang....

Syarikat lain cuma dapat serpih-serpih jer kalu ader tender dan sebutharga.... termasuklah syarikat dimana gua mewakili...

Tapi.... awat teruk sangat kewangan syarikat nih... ini salah tadbir pengurusan le nih... jahanam aaa...  banyak sangat politiking dalaman tue yang merosakkan SME Ordnance Sdn Bhd nih... Adoilah...

Menteri Pertahanan mana???? Menteri Sumber Manusia mana??? Ketua Setiausaha Kementerian mana???? AGC mana??? Senyap???

Bila nak setel nih?


11 June 2022

RSAF Beli F35B V-STOL, Apa Tindakbalas Strategik TUDM?

Bhai/DeeDee semua...

Khabarnya Singapura telah beli pesawat Gen 5 F35B versi V-STOL... satu skuadron pulak tue. Jadi apa agaknya tindakbalas Strategik TUDM untuk menyediakan cegah rintang berkenaan pemerolehan pesawat generasi ke lima RSAF.

Harapnya tindakan tuntas TUDM untuk mendapatkan pemerolehan Radar Baharu (AESA Version 3) dan MERAD (Medium Range Air Defense) diberikan kelulusan segera oleh Kementerian Kewangan dan diutamakan.

Kita amat berharap.

Singapura Pilih Varian Pesawat F 35B V-STOL #F35B #VSTOL #RSAF #TUDM

01 October 2021

Hebat Betul Teknologi Kapal Halimunan Milik TLDM

Bhai/DeeDee semua...

Hebat teknologi kapal halimunan (stealth) milik TLDM dari kelas Littoral Combat Ship (LCS) sebab bukan sahaja ianya susah dikesan oleh pihak musuh, akan tetapi rakyat Malaysia juga susah nak nampak kapal ini.

Halimunan sungguh la.



Zaman siapa la jadi Menteri Pertahanan Malaysia nih??



30 August 2021

Untung Taliban

Bhai/DeeDee semua...

Memang untung kat Taliban... dapat stok Helikopter MD530 walaupun second hand tapi berbaloi lah... ader 43 unit Taliban dapat.... model Helikopter MD530 nih Malaysia dok beli 6 unit dengan modal lebih USD300 juta kalo tak silap... dah bayar habis... tapi haram tak dapat lagi..

Hishamuddin Hussein yang order dan beli nih masa dier jadi Menteri Pertahanan.... Ismail Sabri masa jadi Menteri Pertahanan kata akan dapat pada Ogos 2021.... Nih esok dah tarikh Merdeka.... dah nak masuk bulan September 2021... harap bayang pun tak nampak lagi helikopter MD530 nih...

Sembang semuanya.... Macam haram ja...

Kena tipu tak abis-abis la Malaysia nih... bangsat punya Hishamuddin Hussein....



13 February 2021

Berita Benar Ke Berita Palsu?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... lawak la Ismail Sabri nih... Hahaha... berita benar yang ader dier pon... siap bukti video bergambar pun dier nak takrifkan ianya berita palsu... Hahaha.... deyy... giler ka apa...

By the way... bila masa makan boleh beramai kat kedai makan.... melainkan semuanya kena 2 orang satu meja.... tak pernah pon SOP nih ditarik balik aaa.... Hahahaha

Tetiba biler Ismail Sabri kantoi dengan tak pakai pelitup muka... dalam event yang ramai tak pakai pelitup muka... serta berhimpun ramai-ramai sambil makan beramai satu meja tanpa penjarakan sosial....  laju jer Ismail Sabri nak bising nak guna kuasa polis untuk klasifikasikan ianya sebagai fitnah.....

Hahaha... lawak siot...

Adoilah... sejak PKP1.0 sampai PKP2.0 ... semua orang tahu makan di tempat ramai 1 meja kena dua orang... kalu tidak boleh kena saman.... aper la....  takder beza... tak pernah plak Polis kata boleh ja tak jaga penjarakan sosial.... dah setahun lebih dah.... tak pernah tarik balik pon arahan makan 1 meja lebih dari dua orang.....

Hahaha...



18 December 2020

Pandangan Sinis Gua Berkenaan Kapal LCS Milik TLDM

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum bahawasanya TLDM (ATM) telahpun mengeluarkan belanja sebesar RM6.083 Bilion untuk program pembelian 6 buah Kapal LCS. Pembayaran sebanyak ini telah pun diberikan dari peruntukan projek sebesar RM9 Bilion.

Satu masalah yang ketara, walaupun pembayaran telah dilunaskan sebesar ini, namun sebuah kapal LCS pun TLDM masih tak dapat masuk dalam inventori. Ianya masih tak siap. Kenapa ini berlaku sedangkan sepatutnya dalam masa ini TLDM telah menerima 2 buah kapal LCS tersebut.


Penyelewengan dan masalah ini patut kita tangani dengan baik.

Jadi pada gua la... dari kita berabis nak menyiapkan 6 buah kapal LCS nih..... dengan modal yang sebegitue besar dah dihabiskan.... apa kata kita sekadar beli banyak bot-bot kecil tempur yang berkelajuan tinggi.. tapi dilengkapkan dengan kemudahan pertahanan yang termaju sama ada dari segi sistem Torpedo anti kapal/kapal selam, sistem Surface To Air Missile (SAM) dan juga meriam multi-turret berkaliber 50mm.

Malah boleh juga bot tempur berkelajuan tinggi ini dilengkap dengan sistem Anti Aircraft Gun bersaiz 20mm atau Mini-Gun 20mm.

Gua rasa dengan dana yang ada kita mungkin boleh dapat lebih 100 buah bot tempur berkelajuan tinggi ini... dan ini lebih bermakna... kerana ianya lebih "agile" dan agak susah untuk dimusnahkan oleh kapal perang....

Ianya boleh menyelinap di banyak pulau dan boleh berfungsi sebagai cegah rintang yang lebih berkesan serta membuat serangan secara mengejut. Ini lebih relevan .... Memanglah kita perlukan beberapa buat kapal LCS dan kapal perang yang lain... tapi kalu dah yang ada ini tak siap-siap, apa yang boleh kita harapkan.

Betul dak??

16 May 2013

Najib Razak First Casualty

Bhai.... ader orang sudah kecik hati lar dalam pemilihan senarai kabinet dapur Najib Razak nih.... pening... dari satu segi.. memang gua pon ader paham pasai aper dier mintak camnie.. gua pon stuju... yer la... dier kan dah lama dalam Kabinet sebelum nih... takkan la nak jatuhkan air muka dier... nih macam Najib Razak dah menjatuhkan air muka mamat nih kat pengundi dier...

Dari jawatan Timbalan Menteri yang high ranking... terus jatuh merudum pi yang Timbalan Menteri yang low ranking... aper daa... nih dah kira jadi first casualty dalam senarai kabinet dapur Najib Razak nih...

Aper-aper pon... kiter tengok sejauh mana Najib Razak akan amik tindakan... dier nak amik pot ker atau dier buat derk jer... hahahaha...  Patut Joseph Salang Gandum nih duduk sebagai Timbalan Menteri Pertahanan lar... sebab dier ader kaliber... Biler lagi nak bagi peluang orang Sabah atau Sarawak jadi Timbalan Menteri Pertahanan.... bagi chan la....  Amacam Najib Razak.... Amacam ..... Kasi peluang lar...

Jangan Hina Saya

SIBU - Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya".

Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.

Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri di tiga portfolio berlainan sebelum ini.

"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baharu itu. - Bernama

08 January 2013

Sogokan Bernilai RM1.5 Juta

Bhai..... Agak-agak lu aaa... boleh dak benda nih dikategorikan sebagai sogokan bernilai RM1.5 juta... Bukan aper... tetiba jer 1MDB salorkan sumbangan ... yang best tue program tue dirasmikan oleh seorang Ahli Parlimen ..... iaitu Timbalan Menteri Pertahanan.... Hahahaha

Tambah lagi dalam keadaan ntah berapa hari jer nak PRU13.... bukan aper... tengok dari sumbangan yang diberikan tue... ditarget untuk kawasan yang mamat nih punya area... Parlimen Mersing.... hahahaha... Pak Mertua gua yang karat biru UMNO/BN tue mengundi disini.... hahahaha

Yang best tue... duit sumbangan tue datang dari satu syarikat.... ehem.. ehem... ader aper-aper ker nih... hehehe..... syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd.... mmmm... kalu lu nak tau... dalam perolehan ATM (Kementerian Pertahanan)... banyak benda boleh disupply ... dan tak perlu didedahkan kerasionalan perolehan tersebut atas dasar keselamatan negara...

Macam dulu aaa... gua pernah supply beberapa peralatan untuk Kementerian Pertahanan... dari Body Armour, Laser Target Designator/Marker, Night Vision Goggle, GPS Jammer, Mobile Encryptor dan beberapa perolehan lain yang gua tabley nak senaraikan disini atas dasar keselamatan negara.... Semuanya direct nego ..... Ini semua masa gua kerja ngan satu kompeni tue lar... hahaha ... masa tue gua jadi konsultan keselamatan ... sempat la turun naik Mindef hari-hari dengan clearance khas...

Hahaha.... sebab itu lar biler ader syarikat sponsor bagi sumbangan tambah lagi kepada kawasan Ahli Parlimen yang jadi Timbalan Menteri Pertahanan.... errr... gua ader sedikit sangsi... hahaha.. sebab gua tau modus operandi diorang nih semua,.... macam mana Satang Jaya beroperasi... dan kemana duit dipusingkan.... hahahaha

Aper-aper pon... bagoosh gak orang kampung dapat manfaat camnie... hahaha... nak harapkan dalam keadaan biasa takkan dapat punya... terpaksa la tunggu 5 tahun sekali... tunggu nak PRU.... hahahaha



Oh yer.... Ihsan Perdana Sdn Bhd nie tak dapat projek Laguna Mersing ker.... Hahaha.... Kecik ati ader orang tua tue yang Projek Laguna Mersing tak dapat nak jalan.... kalu tidak boleh la enjoy katak orang tue tue anak beranak.... hahahaha

06 August 2012

ATM Patut Beli Kuratas Nih...

Benda nih namanyer Kuratas @ Vaudeville. Tinggi 12 kaki 5 inci dengan berat 4.5 tan. Enjin diesel ... Jangan ingat benda nih boleh digunakan untuk melawak... nanti tak pasai-pasai kena tembak ngan peluru BB....  ATM patut beli Kuratas nih... hahaha... baru la padan Angkatan Tentera Malaysia....  harga murah jer...


Oh yer .. lupa nak citer pasai "real life mecha" nih... hahaha... buatan mana lagie kalu tak negara matahari terbit.. Jepun .... Produk keluaran Suidobashi Heavy Industry. Ianya dibuat/dibina oleh pakar besi/artis Kogoro Kurata, kalu ikut gambar kat atas nih... ala.. yang pakai tuala good morning kat atas kapla dier tue... katanyer dier buat benda alah nih untuk masuk pertandingan Wonder Fest 2012.... ntah ler...

Yang pasti... kiter boleh naik dalam dier.. ader master-slave joystick dan touchscreen interface, tangan robot nih boleh dikawal dengan alatan Kinect, boleh digunakan untuk buat lawan tinju... hahaha... mampus Mohammad Ali.... Yang pasti dier ader dua BB Gatling guns yang boleh menembak sehingga 6,000 peluru BB seminit, ikut kata Plastic Pals lar .... hahaha.


Oh .. lupa nak bagitau... robot mecha nih ader kamera kecik dan boleh detect kalu lu senyum ... kalu lu senyum.. otomatik dier akan tembak BB kat lu... nasib la lu... hahaha.. Designer dier kata.. dier takder hajat nak perdajalkan orang lain.. hahaha.. sesajer suka-suka jer.... Tapi boleh digunakan kalu nak masuk pertandingan perang antara robot-robot... hahaha

Kalu nak beli satu... boleh order,  Harga taklah mahal mana.... ader banyak pilihan warna dan senjata... hahaha.... Model asas jer cuma berharga USD$1,353,500, .... so kalu Rosmah Mansor nak beli.. senang-senang jer dier nak beli... ala... lagi murah daripada cincin RM24 juta... hahaha

Aiyark... anak gua mintak nak order satu la plak... dah takmo nak main AngryBird... tak best... hahahaha... mampus... mana nak cari duit nak beli nih....

14 April 2010

Rosmah Mansor dan Imelda Marcos

Pergh... apa kaitan antara dua makhluk Allah S.W.T nih... aper persamaan antara Rosmah Mansor dan Imelda Marcos? Rosmah Mansor bersaiz XXXL ... Imelda Marcos gak bersaiz sedikit ramping berbanding Rosmah Mansor... hahaha... Dua-dua kononnya first lady... Sorang bini Perdana Menteri Malaysia... Sorang lagi bini bekas Presiden Filipina... hahaha

Hahahaha... takkan korang tak dapat nak teka aper persamaan antara Rosmah Mansor dengan Imelda Marcos.... hehehe.... senang jer...

1. Kedua-duanya giler kuasa... hahaha
2. Kedua-duanya giler fesyen... walaupun badan ader sedikit kureng
3. Kedua-duanya giler ngan kasut.... hahahaha... Imelda ader beribu pasang kasut...

Tapi.... hahahaha... Imelda Marcos kalah gak ngan Rosmah Mansor... hehehe... kenapa gua cakap dier kalah... hahaha... takkan korang tak boleh nak teka....

Hahaha... dier kalah pasai Rosmah Mansor membelanjakan lebih dari RM27.5 juta untuk beli kasut kulit wanita untuk Angkatan Tentera Malaysia dibawah perolehan Kementerian Pertahanan... whoa... jangan terkejut... itu baru kos setahun jer... hahaha... kalu kita darabkan dengan 5 tahun contohnya... tentu nilainya mencecah RM138 juta.... banyak tue.... hahahaha

Kan dah kalah dah Imelda Marcos... hahahaha... giler aper Kementerian Pertahanan terpaksa membelanjakan wang rakyat hasil kutipan cukai dan sebagainya sebanyak RM27.5 juta lebih semata-mana nak beli kasut kulit jer... pergh.... takkan diorang dipakaikan kasut Armani atau. Prada atau Donna Karan.... mungkin kasut kulit tue dibuat khas oleh Jimmy Choo ..... pakar kasut Malaysia yang kat luar negara tuh...

Hahaha.... aper kelas Kementerian Pertahanan nak beli kasut dari Gombak macam iklan yang Vanidah Imran berlakon dulu tue... hahaha... aper kelas... Kasut dari Gombak takder mutu la... hahahaha...

Aper nih.... kalu Kerajaan sendiri tak sokong kempen beli barang buatan Malaysia... siapa lagie... hahaha.... Tapikan... gua rasa.. harga nilai sebenar kasut tue cuma RM2 juta lebih jer... yang selebihnya.... hahaha... masuk poket dan perut seseorang la... hahahaha... Tak gitue Tony Phua ooi... hahaha.... Giler tul la 1Malaysia nih... laman web MyProcurement Kementerian Kewangan pon macam bangsat... saper pakar IT yang handle tue... sure tak certified tue.... buat malu MSC jer...

Kalu Kementerian Kewangan takder staff IT yang berkebolehan... maih.. gua offer diri gua jadi IT "CON"sultan kat situe... gua takder degree mender.. tapi gua ader CISSP.... amacam ader setuju ker.... gua tak mintak gaji banyak... cukup jer gaji RM5 ribu sebulan dah ler... tapi.... gua nak mintak satu kereta kerajaan... siap dengan driver... rumah siap dengan pembantu rumah... itu jer.... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1