Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jamalul Kiram. Show all posts
Showing posts with label Jamalul Kiram. Show all posts

11 April 2023

Wow... Satu Perkembangan Menarik

Bhai/DeeDee semua...

Sepatutnya dah lama Kerajaan Malaysia buat benda nih... Once depa lancarkan perang bersenjata kedalam sempadan negara kita... semua nama-nama nih kita publish dalam senarai merah Interpol sebagai pengganas yang dikehendaki...

Biler kita buat macam tue... segala tuntutan yang mereka akan buat selepas itu akan menjadi sia-sia... sebab mereka telah diklasifikasikan pengganas menyerang kedaulatan Malaysia...

Tapi itu la... Kerajaan Malaysia terlalu baik...

Dan itu sebenarnya memakan diri kita.... cuma tindakan yang dibuat sekarang nih harapnya akan dapat meletakkan satu standard dimasa akan datang demi keselamatan dan kedaulatan Malaysia... Ini caranya untuk mengajar mana-mana pihak yang mengancam keselamatan dan kedaulatan Malaysia... ini caranya untuk mengajar mereka apa itu undang-undang...

Satu perkembangan menarik nih..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Kerajaan mengisytiharkan salah seorang ‘waris’ Kesultanan Sulu sebagai pengganas, menurut Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri Khairul Dzaimee Daud.

Katanya, keputusan itu dibuat Kementerian Dalam Negeri terhadap Fuad A Kiram berhubung peranannya dalam pemberontakan Lahad Datu di Sabah sepuluh tahun lalu.

Fuad juga merupakan salah seorang daripada lapan individu yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, yang terlibat dalam pertikaian undang-undang antarabangsa dengan Putrajaya berhubung tuntutan mereka untuk mendapatkan AS$14.92 bilion daripada Malaysia.

"Salah seorang penuntut sebagai pengganas. Fuad A Kiram, terlibat dalam kes Tanduo, dan sekarang ini telah diklasifikasikan pengganas pada 6 april 2023, bawah Seksyen 66 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.

02 March 2023

Tuntutan Sulu, Siapa Dalang Disebalik Semua Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Isu tuntutan Waris Sultan Sulu terhadap Sabah tu sudah jadi isu besar. Kalu tak ditangani segera lagi kronik masalahnya.

Apa yang pasti… Ada dalang besar dibelakang semua tuntutan ini. Ada pihak yang sedang mencari laba.

Dalam banyak-banyak syarikat milik bertaraf GLC yang boleh dikacau ganggu oleh waris Sultan Sulu ini, kenapa dijadikan sasaran syarikat terkait petroleum.

Apa motif sebenarnya.

Dari apa yang gua nampak, ada semacam satu dalang besar yang sedang nak menguji peluangnya untuk mengambil alih aset negara sebanyak yang boleh. Cuma gua takmo “create” kan insiden diplomatik. Itu ja. 

Sebab kalu gua petik satu nama tue… yang gua suspek berada dibelakang tuntutan waris Sultan Sulu nih… pastinya akan menimbulkan satu kegusaran di peringkat antara dua negara.

Gua tau penama tu tengah “sesak” dan ini ja cara paling sesuai untuk dia dapatkan dana besar dan sekaligus menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya..

Waris Sultan Sulu maybe hanya dapat sekitar 10 hingga 15% jer nanti hasil dari tuntutan besar nih…

Hahaha


13 July 2022

Dimana Silapnya Sehingga Aset Petronas Dirampas Waris Sultan Sulu?

Bhai/DeeDee semua...

Pertama sekali gua nak nyatakan bahawa tindakan perampasan aset Petronas oleh waris Sultan Sulu tu adalah mengikut undang-undang tetapi secara ex-parte. Jadi proses itu tidaklah semudah yang disangka kan.

Persoalan undang-undang terkait insiden nih memang sudah dijangka... Semua ini berlaku bilamana Najib Razak secara tepatnya selaku Perdana Menteri pada 2013 telah mengarahkan supaya pembayaran nilai pampasan tahunan sebanyak RM5k ++ kepada Sultan Sulu dihentikan serta merta selepas insiden Lahad Datu.

Dan ini membawa kepada tuntutan pampasan yang lebih besar oleh waris Sultan Sulu kepada mahkamah timbangtara di Peranchis dan Sepanyol.

Isu yang kita patut tanya... adakah Bailif dari Luxemburg boleh menguatkuasakan arahan tahan aset itu mengikut perjanjian Kesatuan Eropah (European Union) atau ianya hanya terpakai dalam negara ianya diputuskan sahaja iaitu Peranchis.

Satu lagi yang menjadi isu adalah berkaitan kesahihan susur galur keluarga (lineage) waris Sultan Sulu tersebut. Siapa dia yang menjadi penama dalam kes ini. Dan siapa yang mendanai proses guaman dan mahkamah kes ini...

Itu semua kita kena tanya ... supaya adakah sah tuntutan yang dinyatakan atau ianya sekadar tuntutan rambang semata-mata.

Apa pun... kita biarkan proses undang-undang berjalan.



07 April 2013

Dari Sabah Ke Semenanjung

Bhai.... Kalu dari Sabah nak datang ke Semenanjung nih... Takder option lain yang pantas melainkan dengan menggunakan pengangkutan udara... Kalu nak pakai Kapal... Amik masa yang lama... Tambah kalu kapal tue kecik jer...

Kapal tanker pon amik masa 5 hari nak sampai Pelabuhan Kuantan dari Kota Kinabalu... So... Macam mana boleh tentera kesultanan Sulu boleh ader kat dijumpai kat Melaka.... Hahaha... Takkan dier mari Semenanjung ikut pengangkutan udara?

Takkan dier boleh lepas pemeriksaan ketat kat airport.... Atau Airport Malaysia memang jenis dari dulu tak pernah nak berubah... Mudah jer orang bypass airport nih...

Gua memang pelik biler pintu masuk negara kiter nih dah jadi macam rancangan realiti di TV dulu yang dikenali sebagai "BOLOS" ..... Takkan selepas 9/11 tue kiter masih tak ader amik iktibar.... Pelik aaaa...

Dulu pernah Tentera Merah Jepun merampas sebuah kapalterbang komersial iaitu Malaysia Singapore Airline ( MSA) dan akhirnya terhempas di Tanjung Kupang Johor... Sampai terbunuh lah Menteri Pertanian kiter masa tue..

Takkan la takder nak amik iktibar.... Aper daaaa... Macam siot jer keselamatan negara nih dibuat dek Barisan Nasional... Orang politik bukan main diperhatikan di pintu masuk airporr... Tapi pengganas dan lain-lain boleh lepas bebas keluar masuk negara.... Aper daaa

24 March 2013

Stendet La... Mana Nak Ngaku

Bhai.... gua rasanyer dah pernah citer pasai Operasi Hitam... Black-Ops .... dan pernah gak gua storykan skit tentang black-ops nih dalam blog nih.... Saper kata Malaysia tak pernah buat black-ops di negara lain... Hahahaha... tolong skit aaa.... hahahaha....

Cumanyer.... dalam kes Jamalul Kiram nih.... takder masa aaa nak buat special black-ops untuk layan mamat tue.... hahahaha.... buang masa jer..... takder pekdah.... hahahaha

Untuk pengetahuan lu orang.... hahaha... memang pernah Malaysia buat black-ops di beberapa negara.... dan benda macam nih bukan stakat skali dua... tapi lebih dari tue... dari negara yang paling dekat sampailah kepada negara yang paling jauh.... cuma kategori black-ops tue jer yang berbeza.... modus operandi dan taktikal yang cukup berbeza bagi setiap black-ops....

Dan ader banyak agensi yang terlibat dalam black-ops nih.... err... sori... gua takmo nak citer agensi mana.... cukup sekadar untuk pengetahuan lu orang sumer tahu yang sumer black-ops tue dibuat demi untuk memastikan keselamatan dan kestabilan negara Malaysia nih.... itu jer...

Oh yer... lupa nak citer... semalam gua pergi sajer jenjalan kat Padang MPK 2 di Kuantan... jenjalan sengsorang.... tengok ekspo dan pameran Janji Ditepati .... hahahaha.... gua pegi satu booth ATM tue.... ader ditayangkan peralatan ATM....  Ader dua orang askar tue gua tengok dok citer kat bebudak yang datang tentang senjata.... seronok bebudak tue pegang M16.... hahaha.... gua tak layan pon nak pegang M16 tue... dah boring aaa...

Tapi gua terpandang ader satu demo peralatan komunikasi ATM..... hahaha... dan gua cuba pi rapat kat situe... dengar dua orang pegawai ATM berpangkat Leftenan dan Sarjan Mejar dok gebang kat bebudak pasai peralatan komunikasi nih.... Diorang nih dari RSD (Rejimen Semboyan Diraja) .... gua tengok semua senarai peralatan yang dipamerkan.... gua tanya dua pegawai tue.... kelengkapan yang dipamerkan nih tak cukup satu benda la... pegawai tue kata mana ader tak cukup... semua ader....

Gua cakap lagi.... biar betul cukup.... sebab setahu gua ader satu benda takder nih.... Pegawai tue pandang gua semacam jer.... Dier kata... ini semua kelengkapan ATM yang lengkap... awak jangan memandai kata ader yang tak lengkap kat meja nih... muka dier macam marah jer.... hahaha... bebudak yang dok keliling gua tertanya-tanya kat gua... aper benda yang takder.... hahahaha...

Lepas tue... gua sound pegawai tue... gua cakap... memang ader benda yang takder... dan benda tue aderlah  encryption box untuk radiocomm .... errk... tetiba jer muka pegawai tue terkulat-kulat pandang gua... dier cakap... yang itu tabley nak tunjuk aaa..... Hahahaha.... gua terus gelak besar... gua cakap kat dier... itu sebab gua kata yang set display nih tak lengkap.... so jangan la marah dan bising kata dah lengkap.... hahaha...

Pastue... pegawai tue slowly datang kat gua... tanya gua nih saper.... hahaha..... gua cakap.. gua dari XXX ...... terus pegawai tue pandang atas bawah....  hahahaha.... gua gelak jer dan blah dari situ.... yang pasti... bebudak yang syok tengok peralatan komunikasi tue semua tercengang bangang terkejut biler tau ader lagi peralatan yang takder didisplaykan tue.... Hahaha....

Sori aaa... kepada dua pegawai tue... sori aaa pasai kenakan lu orang.... hahahaha... sori.... sori ..... maaf dipinta.... Hahahaha..... jangan mare.....

19 March 2013

Sokong Dan Tak Sokong

Bhai.... hari nih sepanjang pagi gua abiskan masa bagi presentation kat opis... Big bos kat opis gua nih... (ala...syarikat yang berkaitan dengan minyak dan gas di Kemaman nih).... mintak gua bagi presentation dan citer aper yang berlaku di Sabah... terutamanya tentang isu Sulu nih....  So.. aper lagi... penuh la bilik mesyuarat tue dengan staf yang berminat nak tau.... Hahahaa

Gua amik masa sejam setengah untuk bagi presentation.... dan amik masa sejam lagi untuk sesi soaljawab..... hahaha... yang best tue... siap ader hidangan kuih muih lagi... pakcik kantin sponsor.... hahahaha

Jadi.. semua tanya pandangan gua.... sokong atau tidak sokong .....  Gua cakap... dari sudut legaliti undang-undang.... dan memperakui perjanjian yang dah ader dan telah ditandatangani dan diterima pakai oleh semua.... jadi.... Kesultanan Sulu berhak untuk menuntut aper yang telah dipersetujui.... terutama dari sudut bayaran pajakan dan sebagainya..... Yang ini gua sokong....

Tetapi tindakan rakyat Malaysia mostly mendesak Kerajaan Malaysia untuk tidak membayar pajakan adalah salah disisi undang-undang... dan gua tak sokong benda nih...

Kalu bab gua tak sokong..... aderlah tindakan Kesultanan Sulu yang menghantar anggota keselamatannya (tentera) masuk ke Sabah/Malaysia bersenjata ... dan perkara ini sememangnya boleh menyebabkan apa yang terjadi sekarang nih... Ini cara salah... cara tidak diplomatik.... dan ini gua tak sokong...

So... nampak jelas tak aper yang patut disokong dan apa yang tidak patut disokong.... hahaha.... jangan buta mata dan buta hati okeh...

Jadi... dalam kes PapaGomo kena saman RM100 juta oleh Anwar Ibrahim ... mmm..... gua memang sokong Anwar Ibrahim saman PapaGomo sebanyak RM100 juta tu... dan kalu ikutkan bukan setakat RM100 juta... malah berkali-kali RM100 jutanyer boleh saman.... semuanya kerana itu hak Anwar Ibrahim nak saman... yang ini gua mmang sokong..

Gua sokong mana-mana blogger untuk membuat pendedahan salahlaku mana-mana ahli politik di Malaysia... tak kisah la sebelah mana pon... cumanya... yang takkan gua sokong aderlah biler ader blogger yang suka-suka menulis tanpa fakta yang jelas dan tepat... dan penuh dengan tipu dan fitnah... yang ini gua tak sokong.... sebab sebagai penulis blog... lu akan dinilai dengan aper yang lu tuliskan.... jadi ... kalu lu tulis fitnah... itu memang secara lumrahnya lu memang menempah celaka.... hahaha...

So.... bukan kerana gua tak suka Papagomo yang gua jadik sokong Anwar Ibrahim saman PapaGomo... tapi kerana PapaGomo banyak sangat tabur fitnah sana sini... tu yang jadi dier memang cari pasai nak kena saman... so... jangan dok marah la kalu orang saman lu.... sebab lu sendiri yang mintak orang saman lu....

Oh yer.... jangan plak tak ngaku itu blog lu.... hahahaha

14 March 2013

Ini Maklumat Dari Sumber Gua

Bhai.... Ini maklumat yang gua dapat... Sori... Bukan nak memperkecilkan perjuangan sahabat-sahabat gua dari PDRM... Tapi ini adalah sumber dari analisis risikan agensi gua...

Okeh... Dimana gua nak memulakannya.. Mmmm... Okeh la... Gua start dengan kes "serang hendap" terhadap anggota PDRM yang berlaku di Kampung Simunul... Kiter rewind balik info yang kiter dah dapat dari media... Media kata anggota PDRM diserang hendap oleh Tentera Kesultanan Sulu .... Ini yang kita diberitahu...

Pastue diorang kata Tentera Kesultanan Sulu berlaku kejam dekat anggota PDRM... Bukan setakat bunuh tapi memarang, memenggal, mengeluarkan organ dalaman anggota PDRM tue...

Sahih ker sumber nih... Atau ianya sekadar fabrikasi untuk meningkatkan simpati rakyat terhadap isu ini... Kasi rakyat marah... Sebab... Ikut maklumat yang kami dapat... Kejadian di Kampung Simunul tue ... Aderlah pertempuran diantara anghota PDRM dengan lanun... Dan bukannya dengan Tentera Kesultanan Sulu... Ini maklumat yang agensi kami dapat...

Jadi ... Oleh kerana ianya dilakukan oleh lanun... Maka tidak mustahil tindakan kejam sebegini mungkin berlaku... Tambah lagi... Ianya mengambil masa beberapa hari barulah kesemua yang terkorban dapat diambil dari kawasan pertempuran...

Gua paham kalu media perlu membakar semangat anak watan dalam isu pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu... Tapi biarlah maklumat yang disalurkan oleh media itu tidak ditambah ajinomoto...

Putar belit media ini kiter boleh lihat dengan jelas masa Perang Teluk 1991 dan Kes 911 WTC dimana berlakunya banyak penyelewengan fakta macam isu WMD semata-mana ingin meraih simpati dan amarah semua yang membaca, mendengar dan melihat.

Sebab itulah.... Gua di agensi merasakan putar belit media sebenarnya bukan dapat menaikkan semangat rakyat jelata... Tetapi secara sengaja telah berjaya menaikkan semangat anggota keselamatan Malaysia sehingga ada yang bertindak agak keterlaluan... Bukanlah gua nak mengiyakan berita dari media Filipina tentang perlakuan tidak bermoral anggota keselamatan kita .... Tapi maklumat yang gua dapat sebenarnya menunjukkan kearah situ...

Adakah jni pelik... Tidak... Kalu kiter lihat pada insiden BERSIH 3.0 dimana tersebarnya berita kononnya ada anggota PDRM yang terkorban (yang dikesan disebarkan melalui alat komunikasi PDRM sendiri)... Bagaimana anggota PDRM yang lain semacam naik hantu membelasah para demonstran sehingga pengamal media pun jadi mangsa.... Walhal benda ini belum tentu sahih...

Jadi... Dalam kes di Kampung Simunul tempohari... Bagaimana kejadian "serang hendap" ini dimainkan dan diputarbelitkan oleh media .... Walhal ianya dilakukan oleh lanun (mundu) .... Dan bukannya oleh Tentera Kesultanan Sulu...

Patutlah pun takder satu pon media Malaysia yang pernah menang hadiah Pulitzer .... Semuanya sebab berita yang tidak berintegriti... Hanya sekadar mengejar rating... Tolong aaaa.... Jangan memalukan diri sendiri..

# Artikel ini bukan untuk bekap Tentera Kesultanan Sulu atau menghina PDRM dan ATM... Tapi sekadar memohon agar berita yang diterbitkan biarlah berita benar tanpa difabrikasi.. Cukup-cukup la tue dan jangan jadi macam Utusan, PapaGomo, ParpuKari atau RBF.... Diorang tue dah memang terkenal kaki fabrikasi dan fitnah... Hahaha

10 March 2013

Api Dalam Sekam (Fire Down Below)

Bhai.... assignment gua kat negara asing nih mungkin tamat awal atau juga mungkin akan ditambah masa lagi... semua bergantung kepada hasil soalsiasat yang dilakukan terhadap anggota Alpha-Two Zero.... Kitorang soalsiasat untuk tau banyak benda... paling utama skali... tentang directive yang diorang telah terima dari bos diorang... biasa la... susah bhai sesiapa pon nak pecah rahsia...  abis kuat pon akan bagitau rank dan nama jer... hahaha

Kalu gua kena soalsiasat cam diorang nih pon... gua akan buat benda yang sama gak... Hahaha... Oh yer... member gua yang cedera tue dah balik Malaysia semalam... dier orang Sungai Petani.... hehehe

Hari nih.... gua dah ader kat ibukota..... team "cleaner" dah uruskan mangkuk yang sorang tue.... gua skrang kena buat report jer... Awal subuh tadi waktu Malaysia... gua dapat maklumat yang ader dua orang lagi anggota Alpha-Two Zero yang berada di Sabah telah ditahan.... Alhamdulillah....

Sori... gua tak amik pot pasai aper yang berlaku di Malaysia lima enam hari nih.... aper citer best aaa... sebab kalu kat "sini" ... semua citer yang Malaysia nih macam celaka...  macam nak ajar berperang jer... tambah lagi masa gua kat Patikul itu hari... kat kedai kopi... semuanya gebang siap macam dah bersedia nak mampus kat Malaysia.... hahaha... gua macam biasa la..... berbahasa Indon.... sambil senyum dalam hati jer...

Aper pon... gua berdoa agar korban pertempuran bengong di Sabah tue dapat berhenti... takmo la ramai yang mati.. tambah lagi yang mati tue satu bangsa dan satu agama.... tak elok la bhai... tak kisah la saper yang mati tue...  Al-Fatihah untuk semua korban kedua-dua belah pihak...

Tapi... percayalah... kalu pun dapat selesai isu pencerobohan nih.... tapi isu Sulu nih akan jadi api dalam sekam di Sabah.... akan jadi Fire Down Below.... hahaha... macam tajuk filem la pulak... hahaha... sure ramai orang Sulu yang dah dapat MyKAD akan "sabor jer" dan tunggu masa.... nanti diorang plak akan buat benda nih balik.... percayalah.... kalu nak bagi selesai isu nih... kena buat saringan balik semua yang ader MyKAD kat Sabah nih.... cuba cek... Shafie Apdal tue pure orang Sabah ker atau dier pon orang Sulu.... hahaha

Babai dari gua yang sedang guna perisian TeamViewer.......


07 March 2013

Cagayan De Oro

Bhai.. Salam dari Cagayan De Oro .... hehehe....nak citer panjang tabley... cuma sekadar untuk mengesahkan bahawa bantuan untuk membantu penyokong Jamalul Kiram dari Zamboanga telah bergerak lewat malam semalam menuju ke Malaysia. Bilangan tidak dapat dipastikan.

Harap NAVY, Marine Police dan APMM dapat kekang diorang nih dari masuk ke Sabah... masalahnyer... gua dimaklumkan diorang nih sumer ader MyKAD ..... mmmm.... macam mana nak cek dan pastikan...... diorang pulak bergerak tak bawak senjata... sebab senjata semua diorang dah bawak masuk ke Sabah lama dulu...

Gua masih lagi dalam operasi mencari, menjejaki dan mengenalpasti anggota Alpha-Two Zero... dua hari sudah gua dapat khabar yang satu kumpulan 3 orang anggota Alpha-Two Zero dapat bolos dari kepungan di Sabah dan berjaya sampai ke Tapul. Dengar khabar diorang akan bergerak ke Isabela City di Basilan atau Zamboanga City... kalu gua dapat jejak diorang... nahas la diorang....

Bos besar bagitau awal pagi semalam sorang lagi anggota Alpha-Two Zero telah berjaya dibunuh di KK (sori berita camnie lu takkan dapat baca kat mana-mana)

P/S: Artikel ini gua tulis masa berada kat safe house di Cagayan De Oro dan telah dischedulekan untuk diterbitkan secara otomatik. Jadi semua komen lu orang gua tak dapat nak approved. Sori ... masa,  tarikh dan lokasi sebenar gua tabley kasitau.

P/S/S : Teringat plak masa berkhidmat di Timor Leste bersama geng-geng MAL-FPU dalam Ops UNMIT dulu (sori tahun gua tabley kasitau).... hehehe

06 August 2012

ATM Patut Beli Kuratas Nih...

Benda nih namanyer Kuratas @ Vaudeville. Tinggi 12 kaki 5 inci dengan berat 4.5 tan. Enjin diesel ... Jangan ingat benda nih boleh digunakan untuk melawak... nanti tak pasai-pasai kena tembak ngan peluru BB....  ATM patut beli Kuratas nih... hahaha... baru la padan Angkatan Tentera Malaysia....  harga murah jer...


Oh yer .. lupa nak citer pasai "real life mecha" nih... hahaha... buatan mana lagie kalu tak negara matahari terbit.. Jepun .... Produk keluaran Suidobashi Heavy Industry. Ianya dibuat/dibina oleh pakar besi/artis Kogoro Kurata, kalu ikut gambar kat atas nih... ala.. yang pakai tuala good morning kat atas kapla dier tue... katanyer dier buat benda alah nih untuk masuk pertandingan Wonder Fest 2012.... ntah ler...

Yang pasti... kiter boleh naik dalam dier.. ader master-slave joystick dan touchscreen interface, tangan robot nih boleh dikawal dengan alatan Kinect, boleh digunakan untuk buat lawan tinju... hahaha... mampus Mohammad Ali.... Yang pasti dier ader dua BB Gatling guns yang boleh menembak sehingga 6,000 peluru BB seminit, ikut kata Plastic Pals lar .... hahaha.


Oh .. lupa nak bagitau... robot mecha nih ader kamera kecik dan boleh detect kalu lu senyum ... kalu lu senyum.. otomatik dier akan tembak BB kat lu... nasib la lu... hahaha.. Designer dier kata.. dier takder hajat nak perdajalkan orang lain.. hahaha.. sesajer suka-suka jer.... Tapi boleh digunakan kalu nak masuk pertandingan perang antara robot-robot... hahaha

Kalu nak beli satu... boleh order,  Harga taklah mahal mana.... ader banyak pilihan warna dan senjata... hahaha.... Model asas jer cuma berharga USD$1,353,500, .... so kalu Rosmah Mansor nak beli.. senang-senang jer dier nak beli... ala... lagi murah daripada cincin RM24 juta... hahaha

Aiyark... anak gua mintak nak order satu la plak... dah takmo nak main AngryBird... tak best... hahahaha... mampus... mana nak cari duit nak beli nih....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1