Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label EU. Show all posts
Showing posts with label EU. Show all posts

24 January 2024

Konflik Israel Dan Hamas - Apa Jalan Penyelesaiannya?

Bhai/DeeDee semua...

Konflik antara Israel dan Hamas adalah satu isu kompleks yang amat memerlukan pertimbangan dari pelbagai faktor politik, sejarah, dan budaya. Berikut nih adalah beberapa senario yang berkaitan dengan konflik tersebut yang gua dapat senaraikan:

1. Status Quo dan Ketegangan:
   - Pihak Israel dan Hamas mungkin memilih untuk mengekalkan status quo sementara, di mana konflik dan ketegangan berterusan tanpa penyelesaian jangka panjang. Ini boleh memberikan kestabilan sementara tetapi tidak menyelesaikan masalah akar.

2. Perjanjian Gencatan Senjata:
   - Kedua-dua pihak boleh bersetuju untuk perjanjian gencatan senjata sebagai langkah pertama ke arah mengurangkan keganasan dan ketegangan di kawasan itu. Ini boleh membuka ruang untuk perbincangan lebih lanjut.

3. Perjanjian Damai Menyeluruh:
   - Wujudnya usaha oleh pihak antarabangsa atau penengah untuk memfasilitasi perjanjian damai menyeluruh antara Israel dan Palestin, termasuklah penyelesaian status Jerusalem, pengiktirafan kedua-dua negara, dan pemecahan isu-isu lain yang penting.

4. Sistem Dua Negara:
   - Pelaksanaan sistem dua negara, di mana Palestin dan Israel mempunyai negara mereka sendiri, adalah satu pendekatan yang dicadangkan oleh banyak pihak untuk mencapai perdamaian. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran besar dalam merangkumi sempadan, hak asasi manusia, dan pengagihan sumber.

5. Reformasi Palestin dan Pembangunan Ekonomi:
   - Membangunkan institusi Palestin dan merangsang pertumbuhan ekonomi mungkin dapat membawa kepada stabiliti dan peningkatan taraf hidup, yang pada gilirannya boleh mencipta keadaan yang lebih baik untuk perundingan damai.

6. Tekanan Antarabangsa:
   - Meningkatkan tekanan antarabangsa melalui diplomasi, sanksi, atau kempen kesedaran awam mungkin memainkan peranan dalam membujuk kedua-dua pihak untuk bersetuju dengan penyelesaian yang berkekalan.

7. Partisipasi Komuniti Antarabangsa:
   - Melibatkan komuniti antarabangsa secara aktif dalam usaha untuk mencapai perdamaian dan memastikan keadilan bagi kedua-dua pihak.

Setiap senario mempunyai cabaran dan kesulitan sendiri, dan keputusan akhir sebenarnya amat bergantung pada kesediaan dan komitmen kedua-dua pihak untuk mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan. Ini juga perlukan sokongan berterusan dari pihak antarabangsa.



13 July 2022

Dimana Silapnya Sehingga Aset Petronas Dirampas Waris Sultan Sulu?

Bhai/DeeDee semua...

Pertama sekali gua nak nyatakan bahawa tindakan perampasan aset Petronas oleh waris Sultan Sulu tu adalah mengikut undang-undang tetapi secara ex-parte. Jadi proses itu tidaklah semudah yang disangka kan.

Persoalan undang-undang terkait insiden nih memang sudah dijangka... Semua ini berlaku bilamana Najib Razak secara tepatnya selaku Perdana Menteri pada 2013 telah mengarahkan supaya pembayaran nilai pampasan tahunan sebanyak RM5k ++ kepada Sultan Sulu dihentikan serta merta selepas insiden Lahad Datu.

Dan ini membawa kepada tuntutan pampasan yang lebih besar oleh waris Sultan Sulu kepada mahkamah timbangtara di Peranchis dan Sepanyol.

Isu yang kita patut tanya... adakah Bailif dari Luxemburg boleh menguatkuasakan arahan tahan aset itu mengikut perjanjian Kesatuan Eropah (European Union) atau ianya hanya terpakai dalam negara ianya diputuskan sahaja iaitu Peranchis.

Satu lagi yang menjadi isu adalah berkaitan kesahihan susur galur keluarga (lineage) waris Sultan Sulu tersebut. Siapa dia yang menjadi penama dalam kes ini. Dan siapa yang mendanai proses guaman dan mahkamah kes ini...

Itu semua kita kena tanya ... supaya adakah sah tuntutan yang dinyatakan atau ianya sekadar tuntutan rambang semata-mata.

Apa pun... kita biarkan proses undang-undang berjalan.



28 February 2022

KANTOI - EU dedah sekatan ‘lumpuhkan’ Putin

Bhai/DeeDee semua...

Agenda nak lumpuhkan ekonomi Russia terbongkar apabila Kesatuan Eropah dengan tekanan dari NATO telah mendedahkan bahawa mereka akan menyekat dan membekukan beberapa akaun bank utama Russia serta menyekat transaksi pemindahan wang menggunakan SWIFT oleh bank-bank Russia.

Ini juga secara otomatik akan menyebabkan akses kepada sistem Kad Kredit/Kad Debit berasaskan MasterCard dan VISA juga dijangka akan terganggu.

Nampak sangat la NATO bukan sahaja nak menghukum Kremlin tapi juga rakyat awam di Russia. Tindakan ini dilihat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan dengan cara ini akses kepada perkhidmatan pendidikan, kesihatan (perubatan) dan makanan akan terjejas dengan teruknya. Silap-silap akan menyebabkan keadaan lebih kronik.

Gila betul la USA nih.

#SwiftCode #NATO #EuropeanUnion #EU #Bank #WireTransfer #MasterCard #VISA #CreditCard #DebitCard

10 January 2021

Menteri Kewangan Mencari Nahas

Bhai/DeeDee semua...

Nak sembang dalam media Malaysia... memanglah para Menteri Malaysia nih akan jadi juara... semua suara mereka akan dibackup sebaiknya oleh para pengampu dan pembodek... Tak kisah la keluar kat mana-mana media... even kat Media Alternatif dalam Malaysia pon mereka terpaksa cover up sikit sebab takmo lesen penerbitan digantung atau dibatalkan...

Hahaha... 

Tapi jangan sesekali buat bangang publish dalam media antarabangsa... terutama sekali di Reddit, Medium atau LinkedIN ... ini memang mencari pasai... mencari nahas ... mencari kena maki... hahaha...

Tunggu masa jer... memang akan ramai yang tibai... dan akan kena gelakkan secara berjemaah... hahaha...
Macam yang Menteri Kewangan Malaysia si Zafrul nih kena di LinkedIN nih...

Hadan Huker la... hahahaha











27 December 2020

Beza Ladang IOI Dengan Ladang Felda

Bhai/DeeDee semua...

Kenapa gua citer beza Ladang IOI dan Ladang Felda... sebab beza langit dengan bumi.

Saiz ladang per ekar yang sama, IOI untung 3 kali ganda, Felda rugi selalunya.

IOI siap beli dan buat kilang sendiri di Europe, hantar Oleo dari Malaysia ke kilangnya di Europe untuk hasilkan produk akhir kat sana. Takder sekatan EU sebab hantar dalam kompeni sendiri. Untung besar sebab bijak melabur.

Felda meroyan kena sekatan EU sebab tabley nak jual kat kilang Oleo kat Europe. Sebab nak jual kepada pihak lain. EU memang sekat. Bodohnya Felda beli hotel dan apartment di Europe bukan beli kilang Oleo.

IOI takder kompromi bab baja kelapa sawit. Ubat anti cendawan merah pun dipastikan kualitinya.

Felda punya bekalan baja memang lawak. Kualiti paling out. Tapi harga mahal... Komisyen pihak tertentu kena ader...

IOI akan buat “press” minyak sawit sampai 2 hingga 3 kali... hampas kelapa sawit kering ...

Felda buat “press” minyak sawit antara 1 hingga 2 kali je... tapi mostly 1 kali ja... hampas kelapa sawit basah lagi dengan kesan minyak sawit.

IOI kos operasi per ladang murah sebab vendor dan supplier tabley tipu harga servis dan peralatan.

Felda kos operasi per ladang mahal... sebab vendor dan supplier adalah kroni dan ader komisyen kena bagi kat pihak tertentu... bab harga servis dan peralatan pun siap diejast.

Macam mana nak maju.... hahahaha

Itu belum gua nak citer pasai ladang milik Sultan Johor dan keluarganya la... yang ini lagi lawak... profit per ladang bukan setara ngan Felda tapi lagi rendah... Hahahaha... I know la... Maleh nak sebut la nama ladang tue... Hahahaha




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1