Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label UN. Show all posts
Showing posts with label UN. Show all posts

24 January 2024

Konflik Israel Dan Hamas - Apa Jalan Penyelesaiannya?

Bhai/DeeDee semua...

Konflik antara Israel dan Hamas adalah satu isu kompleks yang amat memerlukan pertimbangan dari pelbagai faktor politik, sejarah, dan budaya. Berikut nih adalah beberapa senario yang berkaitan dengan konflik tersebut yang gua dapat senaraikan:

1. Status Quo dan Ketegangan:
   - Pihak Israel dan Hamas mungkin memilih untuk mengekalkan status quo sementara, di mana konflik dan ketegangan berterusan tanpa penyelesaian jangka panjang. Ini boleh memberikan kestabilan sementara tetapi tidak menyelesaikan masalah akar.

2. Perjanjian Gencatan Senjata:
   - Kedua-dua pihak boleh bersetuju untuk perjanjian gencatan senjata sebagai langkah pertama ke arah mengurangkan keganasan dan ketegangan di kawasan itu. Ini boleh membuka ruang untuk perbincangan lebih lanjut.

3. Perjanjian Damai Menyeluruh:
   - Wujudnya usaha oleh pihak antarabangsa atau penengah untuk memfasilitasi perjanjian damai menyeluruh antara Israel dan Palestin, termasuklah penyelesaian status Jerusalem, pengiktirafan kedua-dua negara, dan pemecahan isu-isu lain yang penting.

4. Sistem Dua Negara:
   - Pelaksanaan sistem dua negara, di mana Palestin dan Israel mempunyai negara mereka sendiri, adalah satu pendekatan yang dicadangkan oleh banyak pihak untuk mencapai perdamaian. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran besar dalam merangkumi sempadan, hak asasi manusia, dan pengagihan sumber.

5. Reformasi Palestin dan Pembangunan Ekonomi:
   - Membangunkan institusi Palestin dan merangsang pertumbuhan ekonomi mungkin dapat membawa kepada stabiliti dan peningkatan taraf hidup, yang pada gilirannya boleh mencipta keadaan yang lebih baik untuk perundingan damai.

6. Tekanan Antarabangsa:
   - Meningkatkan tekanan antarabangsa melalui diplomasi, sanksi, atau kempen kesedaran awam mungkin memainkan peranan dalam membujuk kedua-dua pihak untuk bersetuju dengan penyelesaian yang berkekalan.

7. Partisipasi Komuniti Antarabangsa:
   - Melibatkan komuniti antarabangsa secara aktif dalam usaha untuk mencapai perdamaian dan memastikan keadilan bagi kedua-dua pihak.

Setiap senario mempunyai cabaran dan kesulitan sendiri, dan keputusan akhir sebenarnya amat bergantung pada kesediaan dan komitmen kedua-dua pihak untuk mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan. Ini juga perlukan sokongan berterusan dari pihak antarabangsa.



05 January 2023

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?

Bhai/DeeDee semua...

Bekas perdana menteri Najib Razak telah mengemukakan petisyen berkenaan isu pemenjaraannya ke PBB dan ianya telah difailkan secara digital di Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) tadi.

Najib Razak telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan... iaitu Mahkamah paling tinggi di Malaysia. 

Korang tahu dak aper kesan implikasi perkara yang dibuat oleh Najib Razak nih kepada Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia?

Jadi jika PBB masuk campur dan cuba nak membelakangkan keputusan kehakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia, makanya tindakan ini sebenarnya telah mencabar bukan sahaja Kedaulatan Undang-Undang Malaysia... akan tetapi ianya sebenarnya telah melibatkan kepada (Kedaulatan) Sovereignty Negara Malaysia itu sendiri...

Adakah kita nak benarkan Negara lain tentukan apa dasar dan keputusan undang-undang di negara kita nih? Sepatutnya negara lain tak boleh nak usik apa sahaja keputusan kehakiman didalam negara kita... sebab ianya mencabar kedaulatan kita...

Tindakan peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Najib Razak mengemukakan petisyen ini adalah sangat bertentangan dengan prinsip Kenegaraan dan ianya sebenarnya telah melanggar peruntukan Perlembagaan sedia ada dan boleh dilihat menderhaka terhadap negara. 

Ada limit terhadap hak asasi... terutama bab perundangan dan kehakiman.
Takkan nak sampai kena jajah secara perundangan pulak.... bodohlah...

Kita taknak tindakan ini jadi precedent kepada kes-kes yang lain sampai dilihat menghina Mahkamah Persekutuan.

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?


15 February 2021

Berbanggalah

Bhai/DeeDee semua...

Sesi perbahasan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah satu pengalaman menarik bagi yang pernah terlibat... Namun semenjak wabak Covid-19 nih... persidangan di PBB terpaksa dibuat secara online... atas talian...

Tak apa... kita ader teknologi yang bagoosh untuk mengendalikan sidang PBB secara maya... Dan ini pun yang telah dibuat... Cuma satu jer yang gua cukup sedih... sedih sebab sejak sekian lama kita masih bersikap sebegini...

Hampir banyak negara yang bila berucap di PBB akan menggunakan Bahasa Ibunda mereka sendiri... Jepun dengan Bahasa Jepunnya... China dengan Mandarinnya... India dengan Tamilnya.... Peranchis dengan Bahasa Peranchisnya..... Tapi kenapa Malaysia tak mahu menggunakan Bahasa Melayu..

Apa salahnya menggunakan Bahasa Melayu... takder isu sebenarnya... sebab di PBB ader beratus orang penterjemah yang akan membuat terjemahan secara masa nyata ... (realtime) ... apa masalahnya... Dan kalu pun dalam persidangan maya sekalipun... masih juga ader penterjemah (interpreter) yang akan menterjemahkan secara realtime..

So.... what the issue??

Apa masalahnya.... adoilah... berbanggalah dengan Bahasa Ibunda anda sendiri.... berbanggalah...  kita tunjukkanlah betapa hebatnya Bahasa Melayu yang satu masa dulu menjadi Lingua Franca di Asia Tenggara ini.... Jadi ... tolonglah Rina Harun ooi... guna je Bahasa Melayu...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1