Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Mahkamah Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah Persekutuan. Show all posts

05 January 2023

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?

Bhai/DeeDee semua...

Bekas perdana menteri Najib Razak telah mengemukakan petisyen berkenaan isu pemenjaraannya ke PBB dan ianya telah difailkan secara digital di Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) tadi.

Najib Razak telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan... iaitu Mahkamah paling tinggi di Malaysia. 

Korang tahu dak aper kesan implikasi perkara yang dibuat oleh Najib Razak nih kepada Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia?

Jadi jika PBB masuk campur dan cuba nak membelakangkan keputusan kehakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia, makanya tindakan ini sebenarnya telah mencabar bukan sahaja Kedaulatan Undang-Undang Malaysia... akan tetapi ianya sebenarnya telah melibatkan kepada (Kedaulatan) Sovereignty Negara Malaysia itu sendiri...

Adakah kita nak benarkan Negara lain tentukan apa dasar dan keputusan undang-undang di negara kita nih? Sepatutnya negara lain tak boleh nak usik apa sahaja keputusan kehakiman didalam negara kita... sebab ianya mencabar kedaulatan kita...

Tindakan peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Najib Razak mengemukakan petisyen ini adalah sangat bertentangan dengan prinsip Kenegaraan dan ianya sebenarnya telah melanggar peruntukan Perlembagaan sedia ada dan boleh dilihat menderhaka terhadap negara. 

Ada limit terhadap hak asasi... terutama bab perundangan dan kehakiman.
Takkan nak sampai kena jajah secara perundangan pulak.... bodohlah...

Kita taknak tindakan ini jadi precedent kepada kes-kes yang lain sampai dilihat menghina Mahkamah Persekutuan.

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?


23 August 2022

Semoga Allah Taala Mengampunkan Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Dia dah start menjalani hukumannya di Penjara... setelah penghakiman terhadapnya dibuat di Mahkamah Persekutuan....

Jadi ... selaku saudara seagamanya... kita doakan jer la yang baik-baik untuknya... semoga dengan hukuman yang dia dapat sekarang nih akan mengurangkan dosanya di akhirat kelak... Semoga segalanya menjadikan satu penyesalan kepada dirinya...

Kepada Allah Taala kita semua akan dikembalikan dan diberikan pembalasan.



24 June 2021

Isu penghakiman 'nama glamor' Muhyiddin ke Mahkamah Rayuan

Bhai/DeeDee semua..

Seperti yang kita semua sedia maklum, nama Perdana Menteri Malaysia sepertimana tertera didalam MyKAD adalah Mahiaddin Md Yasin ... tapi beliau suka menggunakan nama panggilan (nama glamor) Muhyiddin Yasin.

Tiada masalah kalu penggunaan nama ini sekadar panggilan atau apa-apa sahaja yang bukan formal atau melibatkan dokumentasi awam / rasmi.

Tapi bila ianya melibatkan dokumentasi awam / rasmi dengan wewenang, ianya menimbulkan konotasi dalam perundangan. Undang-undang tidak membenarkan penggunaan alias atau nama glamor bagi mana-mana urusan rasmi dan bersifat awam.

Apa sahaja yang dibuat atas kapasiti awam adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikira menipu. Dan tindakan keras boleh diambil...

Jika di Mahkamah Persekutuan nanti Muhiaddin Md Yasin gagal untuk mendapatkan kemenangan.. dan didenda lebih dari RM2000 .. maka akan hilanglah jawatan Perdana Menteri yang disandang sekarang ini.

So.. kita tengok adakah Mahkamah itu bebas dari influence politik????

#muhyiddinyasin #mahiaddinmdyasin #kerajaangagal

07 March 2021

Jangan Ada Double Standard

Bhai/DeeDee semua...

Bola sekarang nih terletak kepada Peguam Negara... Kalu dalam kes Malaysiakini tempohari... Kesalahan menghina Mahkamah telah diletakkan dibahu Malaysiakini hanya kerana ader komen dalam posting di portal itu dinilaikan sebagai menghina. ... kali ini Abdul Hadi Awang sendiri yang menulis artikel di portal HarakahDaily yang dilihat ramai sebagai menghina Mahkamah dan Hakim.

Kita harap Peguam Negara tidak pilih kasih.... Jangan ada double standard...

Kes hampir serupa... tapi bebanan dilihat lebih berat dalam kes menghina Mahkamah oleh Abdul Hadi Awang.... ini kerana ianya adalah tulisan dari Abdul Hadi Awang sendiri dan diterbitkan oleh Portal HarakahDaily...

Ini bermakna... bukan sahaja Abdul Hadi Awang semata-mata yang boleh didakwa menghina Mahkamah akan tetapi ianya juga boleh disabitkan kepada HarakahDaily kerana menyiarkan kenyataan tersebut...

Kalau dalam kes Malaysiakini.... hukuman denda yang diminta oleh Pendakwaraya adalah sebanyak RM200k tapi Hakim telah menetapkan denda kepada RM500k... makanya... denda yang sama juga layak dikenakan kepada HarakahDaily ... Bagi Abdul Hadi Awang.... jika disabitkan kesalahan... boleh hilang kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan boleh dipenjara...

Jadi.... memang bola sekarang ini terletak pada kaki Peguam Negara Idris Harun...

Kita tengok jer la... ader berani amik tindakan atau tidak???

Menghina Mahkamah adalah satu Jenayah, jadi jika seseorang Pegawai yang berkuasa itu dengan SENGAJA TIDAK MENDAKWA orang yang melakukan jenayah dengan niat untuk melepaskan orang yang melakukan jenayah itu dari hukuman,  Maka pegawai itu telah melakukan Jenayah juga dan boleh di dakwa di bawah Kanun Keseksaan.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1