Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Manuel Karingal Amalilio. Show all posts
Showing posts with label Manuel Karingal Amalilio. Show all posts

16 July 2013

Sudah Tahu 3 Bulan Awal

Bhai/DeeDee.... Ini citer tentang isu Lahad Datu....  citer tentang pencerobohan Sulu.... Okeh... Agensi kitorang dah dapat pintas maklumat seawal 3 bulan sebelum pencerobohan berlaku... Tapi kitorang tak maksudkan puak Sulu tue... Kitorang dapat pintas maklumat Team Alpha Two-Zero ..... yang diorang merancang nak menyusup ke Malaysia dan cuba membawa lari Manuel Karingal Amalilio ke Filipina...

Jadi.... pencerobohan puak Sulu tue menjadi satu camouflage yang cukup baik untuk team Alpha Two-Zero...

Malah... sebelum pendaratan puak Sulu tue di Lahad Datu khususnya di Kampung Tanduo.... dua team dari Alpha Two-Zero telah masuk ke Malaysia.... dan Agensi gua telahpun menggerakkan operasi untuk memintas, menahan dan menyoalsiasat mana-mana pihak yang terlibat...

Dan inilah yang berlaku... seperti mana penulisan gua yang dulu....  Semua itu sudah jadi sejarah..... hahaha..... macam mana gua diarahkan oleh Agensi pi ke Patikul dan Cagayan de Oro ..... untuk menjejaki saki-baki team Alpha Two-Zero yang sudah melepaskan diri dari kepungan di Sabah dan balik ke Filipina...

Skrang ... citer tentang berita pencerobohan tue dah tahu awal sudah sampai ke RCI macam dalam citer dibawah nih.... so... aper lagi tunggu... tak lama lagi meletup lar.... hahaha


12 March 2013

Betul Ker Anggota PDRM Dibunuh Secara Kejam?

Bhai... lama sungguh gua tak jumpa sorang kawan nih.... last skali gua lepak samer dengan dier di KL sekitar tahun 1997 dulu.... Skarang nih dier bisnesman yang berjaya di Kudat... Hahaha... Gua kenal bapak dier... dan dier kenal abang gua.... hahaha... kira kitorang memang saling mengenali....  Gua ditawarkan lepak menetap kat sebuah homestay yang member gua nih punya.

Tak perlu bayar.... Alhamdulillah....  dier tak tanya pon aper gua buat kat Kudat nih.... dier cuma seronok dapat jumpa gua balik.... tadi makan tengahari kat rumah dier.... sedap oooo.....

Gua sajer riki dier citer pasai Sulu nih.... walaupun gua tau yang dier nih dulu ader clash ngan awek Sulu.... hahahaha.... terus terang dier citer kat gua yang dier tak percaya Tentera Kesultanan Sulu akan buat khianat rosakkan mayat anggota keselamatan..... malah dier tunjuk kat gua satu foto tue... dier kata dier amik dari akhbar.... ditunjukkan anggota badan yang bersepai... konon dirodok senjata tajam oleh Tentera Kesultanan Sulu....

Dier tanya gua.... percaya tak ini gambar anggota keselamatan kiter yang kena serang hendap di Simanul itu hari.... gua kata... kalu ikut pemerhatian gua.... bukan... ini bukan gambar anggota keselamatan kita... sebab... satunya.. yang gambar tercerai kapla dari badan tue mangsanya berbaju biasa..... berbaju preman.... walhalnya masa itu semua anggota yang diserang hendap menggunakan pakaian seragam...

Gambar yang bersepai badan tue pon pada pemerhatian gua jugak bukan gambar mayat anggota PDRM ... tapi orang lain.... sebab seluar gelap yang digunakan tu aderlah jenis seluar jerut... bukannya seluar seragam PDRM.... pastue... seluar tue pulak aderlah seluar pendek.....

Err... gua tanya dier.... abistue... mana dapat ini gambar... dier kata... akhbar terbitkan gambar ini yang ditunjukkan oleh KPN..... errk... biar betul... takkan KPN boleh bagi silap gambar..... dier tanya gua... takkan tak tau pasai gambar nih... gua kata... masa kejadian gambar ini diterbitkan... gua ader kat negara seberang... Member gua nih mengangguk-angguk jer...

Aperkah yang gua dah tengok nih..... lakonan ker... sandiwara ker... telenovela ker...  pening kapla la isu Sulu nih.... sebab tue la bos besar agensi gua arahkan jangan kitorang layan sangat isu Sulu nih.... layan jer isu Team Alpha-Two Zero tue sampai selesai... sebab diorang menceroboh dan beroperasi di Malaysia tanpa kebenaran....  Walaupun tujuan Alpha-Two Zero tue kitorang tau... tapi itu bukan caranya nak ekstradisi Manuel Karingal Amalilio....  ikut cara diplomatik lar....

So.... gua takder la nak tuduh yang dah meninggal tue berlakon... tapi... gua nak bagitau lu orang... yang mati itu satu hal... tapi tolong aaa... jangan kasi bakar semangat rakyat dengan cara membuat fabrikasi fakta ... sampai konon kejam sangat la Tentera Kesultanan Sulu nih... sori bhai... gua bukan nak bekap diorang... tapi... ntah-ntah yang bunuh anggota PDRM tue bukan Tentera Kesultanan Sulu... tapi geng lanun Philipines... sebab kat kampung Simanul tue setahu gua aderlah tempat berkampungnya lanun-lanun Laut Sulu...... Lanun bukan boleh kira sangat..... dan media perdana Malaysia terutamanya Utusan Malaysia memang suka buat citer fabrikasi... nak kejar rating..... hampeh....

Okeh la... gua nak pi merayap cari info sat.... hahaha.... Kalu sempat malam nanti gua online balik.... babai....

25 February 2013

Disebalik Tabir Insiden DI Lahad Datu

Bhai.... 1Malaysia percaya dengan cerita yang dibawa oleh media iaitu isu di Lahad Datu hanya berkaitan dengan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.... yang mana perjanjian pajakan dan sewa akan tamat pada bulan Mac 2013...... Betul... cerita ini memang benar.... sesungguhnya benar... tapi ini cuma sebahagian jer.... Hahaha...

Yang tak ramai tahu dan sedar aderlah terdapatnyer 3 kumpulan kecil anggota pasukan khas Filipina telah berjaya menyusup masuk ke Sabah. Mengikut maklumat yang gua dapat dari kedua-dua cabang informer (Malaysia dan Filipina) mengesahkan bahawa insiden ini memang berlaku.... cuma pasai insiden di Lahad Datu itu lebih glamer.... jadi tenggelam isu ini... dan sememangnya diorang plankan benda nih camnie... sebagai mengalihkan tumpuan...

Okeh.... mengikut maklumat yang gua dapat.... 3 kumpulan kecil anggota pasukan khas (special force) Filipina yang dikenali sebagai "E" Company dalam cabang SRU (Alpha-Two Zero) telah ditugaskan menyusup masuk ke Sabah seawal 5 February 2013.... Mereka ini telah mendapat keizinan dan arahan dari Presiden Filipina untuk melakukan operasi khas untuk menahan dan membawa pulang seorang pesalah yang merupakan saudara kepada Ketua Menteri Sabah (Musa Aman).

Satu kumpulan (gua gelarkan sebagai Kumpulan Alpha) telah menyusup masuk lewat Tawi-Tawi pada awal subuh 5 February 2013 dengan menyamar sebagai nelayan tempatan. Mereka ini telah dibantu oleh beberapa aset Filipina yang sudah lama berada dan menetap di Sabah. Unit seramai 5 orang ini telah lepas menyusup masuk tanpa disedari umum.... Tugasan mereka adalah lebih kepada meninjau dan membuat persiapan lanjut agar lagi dua kumpulan dapat masuk dan beroperasi di Sabah bagi menahan dan membawa pulang Manuel Karingal Amalilio yang dikehendaki di Filipina.

Pada 9 Februari satu lagi kumpulan kedua (gua gelarkan sebagai Kumpulan Bravo) telah dapat masuk ke Sabah menggunakan bot laju pada awal pagi dan mereka khabarnya lengkap dengan peralatan komunikasi canggih untuk membantu kerja recon yang dibuat oleh kumpulan pertama yang pada 9 Februari 2013 telah berada di Kota Kinabalu. Kumpulan kedua seramai 6 orang telah berpecah kepada dua kumpulan pula untuk tugasan lain

Pada 14 Februari satu lagi kumpulan telah berjaya menyusup masuk bersama-sama dalam kumpulan Kesultanan Sulu yang bergerak dari Jolo. Kumpulan seramai 3 orang anggota ini (gua gelarkan Kumpulan Charlie) akhirnya tidak dapat bergerak lebih jauh untuk bergabung dan beroperasi dengan Kumpulan Alpha dan Bravo kerana mereka tersekat dengan adernyer "Standoff" di Lahad Datu

Kedua-dua kumpulan ini (Alpha dan Bravo) telah tidak dapat dikesan kedudukan dan identiti mereka oleh Cawangan Khas dan MIO .. Ini kerana kumpulan ini telah berjaya melakukan operasi mereka dengan baik setakat ini.... Walaupun begitu... ramai anggota dari Jabatan "E" telah ditugaskan untuk mengesan dan mengenal pasti mereka ini. Malah beberapa pegawai Jabatan "E1, E2 dan E3" Bukit Aman dan IPD Sentul telah dikerahkan beroperasi di Sabah ketika ini.

Operasi untuk mengenalpasti siapakah ahli Kumpulan Charlie yang berada dalam kumpulan 100 orang lebih yang sekarang ini "standoff" di Lahad Datu masih lagi belum berakhir. Malah semua alibi anggota rombongan Kesultanan Sulu tersebut telahpun disemak dan didapati tiada yang bercanggah. PDRM telah mendapat kerjasama yang baik daripada Kor Risik ATM dan kini satu "massive manhunt" telah dan sedang dibuat diseluruh pantai timur Sabah dari Kudat sampai ke Semporna bagi mengenalpasti, mencari dan menahan unit khas Filipina ini.

Maklumat yang gua dapat setakat ini masih lagi berlegar pada isu ini yang mana telah disahkan oleh aset Malaysia yang berada di Filipina. Persoalannya sekarang... aderkah kumpulan ini akan dapat menahan dan membawa pulang Amalilio ke Filipina secepat mungkin setelah mereka mengenalpasti dimanakah sebenarnya Amalilio ditahan dan aderkah Amalilio akan diseludup keluar dari Sabah dalam kelompok rombongan Kesultanan Sulu yang dijangka hanya akan balik ke Jolo sekitar minggu ketiga Mac ini....

Aper-aper pon... kiter tunggu perkembangan selanjutnya... hahaha


Manila mahu bincang ekstradisi Amalilio

Kerajaan Filipina akan menghantar satu pasukan rasmi ke Kuala Lumpur untuk membincangkan ekstradisi saudara kepada ketua menteri Sabah, Manuel Amalilio.

Menurut laporan Philippine Daily Inquirer, setiausaha keadilan negara itu Leila De Lima sudah meluluskan arahan perjalanan bagi satu pasukan pendakwa dan peguam cara negara itu untuk ke Malaysia bagi tujuan tersebut.

"Pasukan itu akan ke Malaysia pertengahan Mac memandangkan peguam negara Malaysia tidak bersedia buat masa ini untuk menerima pasukan itu," De Lima dipetik sebagai berkata demikian hari ini.

Pendakwa raya negara Claro Arellano, ketua setiausaha keadilan Jose Vicente Salazar dan pendakwa raya serta peguam cara lain adalah tertakluk kepada arahan perjalanan tersebut.

Ketika Manila Manila mendakwa Amalilio adalah seorang warga negara Filipina namun siasatan polis Malaysia menunjukkan beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang memperolehi pasport Filipina secara tidak sah.- SUMBER

Berkaitan:

1. Ops Lahad Datu
2. Insiden Di Lahad Datu
3. Black Ops
4. PERINGATAN : Buat Semua Rakan Media Sosial

14 February 2013

Ops Lahad Datu

Bhai... Sori.. sibuk skit dengan hal lain... jadi walaupun gua ader amik pot pasai insiden di Lahad Datu... cumanyer pasai kekangan masa yang menuntut didahulukan yang lain maka lambat la gua nak dapat bagi komen nih... hahahaha... sori aaa..

Okeh.. pertamanya.... Pantai timur Sabah kerap kali dikunjungi oleh lanun. Kes perlanunan di perairan Sabah yang berhampiran dengan selatan Filipina memang tak dapat nak dikekang secara tuntas.... itu sebabnya dulu kawasan nih dikendalikan oleh Pasukan Polis Hutan (PPH) dari kompeni Charlie (dikenali dengan nama KOMBAS)... ramai dikalangan anggota kompeni Charlie nih bersusur galur daripada anggota-anggota yang pernah mendapat latihan di Hulu Kinta dibawah seliaan Komando 69 (Vat 69) ... Malah ramai yang ader kepakaran pelbagai dalam bidang counter espionage.... terutamanya unit pemusnah bom dan unit risik.

Pernah sekali tue... waktu rondaan dengan bot milik PDRM ... ala.... bot fiber yang mempunyai dua injin tue... tetiba terserempak dengan sebuah bot lanun Filipina.... anggota PPH yang senior sekadar melihat sahaja kepada lanun itu sebab sudah tahu perangai diorang... tambah lagi masa tue berhampiran dengan perairan antarabangsa... tapi ader seorang anggota PPH junior yang baru berkhidmat di Sabah telah dengan sengaja membuat beberapa das tembakan amaran kearah bot lanun tersebut...

Mula-mula lanun tersebut melambai-lambai tangan... apabila mereka melihat bot PDRM melepaskan tembakan.... kelihatan seorang lanun mengeluarkan sebuah roket anti personnel jenis LAW 80 dan mengacu-ngacukan roket tersebut kepada bot PDRM... Jurupandu bot PDRM akhirnya mengubah haluan untuk mengelakkan pertempuran... tetapi memerhati dari jauh untuk memastikan lanun itu tidak masuk ke perairan Malaysia... Untuk pengetahuan ... bot lanun tersebut menggunakan injin Mercury 500 sebanyak 4 unit kesemuanya....

Untuk pengetahuan lu orang sumer... kalu ader lanun yang menyerang mana-mana kawasan di perairan Malaysia... biasanya dalam ramai-ramai lanun tue.. mesti ada paling kurang seorang yang memakai topeng... dan biasanya yang memakai topeng ini adalah orang tempatan... rakyat Malaysia.... dan inilah juga sasaran anggota PPH PDRM (kini menjadi Pasukan Gerakan Am - PGA) untuk ditembak dahulu...

Panjang betul la gua melalut pasai insiden di Sabah.... hahaha.... sori aaa.... insiden yang gua citerkan tue sekitar tahun 90'an dulu.... hahahaha... Jadi aper kaitan dengan Ops Lahad Datu yang kiter baca kat dalam akhbar... kenapa ATM senyap jer... dan kenapa PDRM juga senyap....

Ada dua kemungkinan..... sori... pasai gua belum dimaklumkan sepenuhnya pasai insiden nih...  Kemungkinan yang pertama adalah... larinya beberapa anggota MILF atau MNLF dari serangan tentera Filipina dan mereka cuba menyusup masuk ke Malaysia...

Kemungkinan kedua yang paling gua percayai... hahaha... ini hasil intel yang gua dapat buat setakat nih aderlah.... hehehe.... bahawasanya... ini adalah unit khas dari Tentera Filipina yang masuk ke Lahad Datu sebagai sebahagian dari urusan untuk menahan, menangkap dan membawa balik seorang suspek penipuan yang menyorok di Sabah kerana suspek ini ada kena mengena hubungan persaudaraan dengan Ketua Menteri Sabah... Musa Aman... dan suspek ini dikenali dengan nama Manuel Karingal Amalilio ....

Ini unit pertama untuk cuba menangkap dan mambawa pulang Manuel Karingal Amalilio ... Gua berani jamin ... paling kurang ader dua lagi unit sudah berada di Sabah dan kini bersiap sedia untuk menjalankan operasi mereka... Hahaha...

Jadi... lu paham tak kenapa Kerajaan Malaysia cuba buat benda nih senyap-senyap jer... konon cuba berbincang.... sebab ianya ader kena mengena dengan Musa Aman.... hahaha.... masak nanti kalu media semua tahu.... Nanti kalu ader masa gua akan cuba tanya orang hubungan gua kat Filipina... mana la tau diorang tau pasai isu nih...

Cuba lu orang baca statement Najib Razak nih.... hahaha




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1