Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Special Force. Show all posts
Showing posts with label Special Force. Show all posts

25 February 2013

Disebalik Tabir Insiden DI Lahad Datu

Bhai.... 1Malaysia percaya dengan cerita yang dibawa oleh media iaitu isu di Lahad Datu hanya berkaitan dengan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.... yang mana perjanjian pajakan dan sewa akan tamat pada bulan Mac 2013...... Betul... cerita ini memang benar.... sesungguhnya benar... tapi ini cuma sebahagian jer.... Hahaha...

Yang tak ramai tahu dan sedar aderlah terdapatnyer 3 kumpulan kecil anggota pasukan khas Filipina telah berjaya menyusup masuk ke Sabah. Mengikut maklumat yang gua dapat dari kedua-dua cabang informer (Malaysia dan Filipina) mengesahkan bahawa insiden ini memang berlaku.... cuma pasai insiden di Lahad Datu itu lebih glamer.... jadi tenggelam isu ini... dan sememangnya diorang plankan benda nih camnie... sebagai mengalihkan tumpuan...

Okeh.... mengikut maklumat yang gua dapat.... 3 kumpulan kecil anggota pasukan khas (special force) Filipina yang dikenali sebagai "E" Company dalam cabang SRU (Alpha-Two Zero) telah ditugaskan menyusup masuk ke Sabah seawal 5 February 2013.... Mereka ini telah mendapat keizinan dan arahan dari Presiden Filipina untuk melakukan operasi khas untuk menahan dan membawa pulang seorang pesalah yang merupakan saudara kepada Ketua Menteri Sabah (Musa Aman).

Satu kumpulan (gua gelarkan sebagai Kumpulan Alpha) telah menyusup masuk lewat Tawi-Tawi pada awal subuh 5 February 2013 dengan menyamar sebagai nelayan tempatan. Mereka ini telah dibantu oleh beberapa aset Filipina yang sudah lama berada dan menetap di Sabah. Unit seramai 5 orang ini telah lepas menyusup masuk tanpa disedari umum.... Tugasan mereka adalah lebih kepada meninjau dan membuat persiapan lanjut agar lagi dua kumpulan dapat masuk dan beroperasi di Sabah bagi menahan dan membawa pulang Manuel Karingal Amalilio yang dikehendaki di Filipina.

Pada 9 Februari satu lagi kumpulan kedua (gua gelarkan sebagai Kumpulan Bravo) telah dapat masuk ke Sabah menggunakan bot laju pada awal pagi dan mereka khabarnya lengkap dengan peralatan komunikasi canggih untuk membantu kerja recon yang dibuat oleh kumpulan pertama yang pada 9 Februari 2013 telah berada di Kota Kinabalu. Kumpulan kedua seramai 6 orang telah berpecah kepada dua kumpulan pula untuk tugasan lain

Pada 14 Februari satu lagi kumpulan telah berjaya menyusup masuk bersama-sama dalam kumpulan Kesultanan Sulu yang bergerak dari Jolo. Kumpulan seramai 3 orang anggota ini (gua gelarkan Kumpulan Charlie) akhirnya tidak dapat bergerak lebih jauh untuk bergabung dan beroperasi dengan Kumpulan Alpha dan Bravo kerana mereka tersekat dengan adernyer "Standoff" di Lahad Datu

Kedua-dua kumpulan ini (Alpha dan Bravo) telah tidak dapat dikesan kedudukan dan identiti mereka oleh Cawangan Khas dan MIO .. Ini kerana kumpulan ini telah berjaya melakukan operasi mereka dengan baik setakat ini.... Walaupun begitu... ramai anggota dari Jabatan "E" telah ditugaskan untuk mengesan dan mengenal pasti mereka ini. Malah beberapa pegawai Jabatan "E1, E2 dan E3" Bukit Aman dan IPD Sentul telah dikerahkan beroperasi di Sabah ketika ini.

Operasi untuk mengenalpasti siapakah ahli Kumpulan Charlie yang berada dalam kumpulan 100 orang lebih yang sekarang ini "standoff" di Lahad Datu masih lagi belum berakhir. Malah semua alibi anggota rombongan Kesultanan Sulu tersebut telahpun disemak dan didapati tiada yang bercanggah. PDRM telah mendapat kerjasama yang baik daripada Kor Risik ATM dan kini satu "massive manhunt" telah dan sedang dibuat diseluruh pantai timur Sabah dari Kudat sampai ke Semporna bagi mengenalpasti, mencari dan menahan unit khas Filipina ini.

Maklumat yang gua dapat setakat ini masih lagi berlegar pada isu ini yang mana telah disahkan oleh aset Malaysia yang berada di Filipina. Persoalannya sekarang... aderkah kumpulan ini akan dapat menahan dan membawa pulang Amalilio ke Filipina secepat mungkin setelah mereka mengenalpasti dimanakah sebenarnya Amalilio ditahan dan aderkah Amalilio akan diseludup keluar dari Sabah dalam kelompok rombongan Kesultanan Sulu yang dijangka hanya akan balik ke Jolo sekitar minggu ketiga Mac ini....

Aper-aper pon... kiter tunggu perkembangan selanjutnya... hahaha


Manila mahu bincang ekstradisi Amalilio

Kerajaan Filipina akan menghantar satu pasukan rasmi ke Kuala Lumpur untuk membincangkan ekstradisi saudara kepada ketua menteri Sabah, Manuel Amalilio.

Menurut laporan Philippine Daily Inquirer, setiausaha keadilan negara itu Leila De Lima sudah meluluskan arahan perjalanan bagi satu pasukan pendakwa dan peguam cara negara itu untuk ke Malaysia bagi tujuan tersebut.

"Pasukan itu akan ke Malaysia pertengahan Mac memandangkan peguam negara Malaysia tidak bersedia buat masa ini untuk menerima pasukan itu," De Lima dipetik sebagai berkata demikian hari ini.

Pendakwa raya negara Claro Arellano, ketua setiausaha keadilan Jose Vicente Salazar dan pendakwa raya serta peguam cara lain adalah tertakluk kepada arahan perjalanan tersebut.

Ketika Manila Manila mendakwa Amalilio adalah seorang warga negara Filipina namun siasatan polis Malaysia menunjukkan beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang memperolehi pasport Filipina secara tidak sah.- SUMBER

Berkaitan:

1. Ops Lahad Datu
2. Insiden Di Lahad Datu
3. Black Ops
4. PERINGATAN : Buat Semua Rakan Media Sosial

15 February 2013

Insiden Di Lahad Datu

Bhai... Baru sekejap tadi gua dapat maklumbalas dari orang hubungan gua di Filipina... Diorang bagitau... Maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Filipina kepada Reuters adalah satu cover-up... Ianya bertujuan untuk melindungi maklumat perkara sebenar yang berlaku di dalam insiden Lahad Datu..

Bukan semua yang terlibat dalam insiden di Lahad Datu adalaha anggota special force tentera Filipina... Ramai orang awam yang ada pada insiden tersebut yang memang menuntut hak tanah di Sabah... Ada isu dalaman disana ... Namun tertahannya beberapa anggota special force tentera Filipina menjadikan perkara ini lebih rumit. Disahkan terdapat beberapa anggota yang telah tertangkap dan anggota ini adalah anggota sokongan kepada unit khas yang telah menyusup lebih awal.

Rundingan sedang berlangsung bagi penghantaran pulang anggota unit special force ini diantara dua negara. Dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan saki baki unit khas ini yang telah awal menyusup sebab tiada kerjasama daripada pihak tentera Filipina.

Intel yang gua dapat memberitahu bahawa terdapat satu agensi luar negara sedang memantau situasi ini dan berkemungkinan terdapatnya aset agensi ini beroperasi di Sabah. Ini tidak mustahil sebab gua memang tahu agensi ini dah memang ada asetnya di Malaysia sejak selepas perang Vietnam.. Masa dulu diorang nih beroperasi di Tengganu dan Kelantan...

Jadi... Pada pandangan gua aaaa... Adalah lebih baik sekira ya Amalilo diserahkan untuk menghadapi perbicaraan di Filipina dari membiarkan unit khas tentera Filipina beroperasi dan menyusup ke Malaysia atas sebab risiko keselamatan. Aper yang pasti.... Kerajaan Malaysia mesti akan menafikan perkara ini.. Dan semua agensi keselamatan negara juga akan pastinya menafikannya serta cuba untuk mengelak daripada memberikan jawapan....

Sori... Menulis dalam keadaan mengantuk menggunakan telefon bimbit.. Jadi ayat mesti cacamarba..... Hahaha.... Sori aaaa...

Berkaitan : Ops Lahad Datu

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1