Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label CCTV. Show all posts
Showing posts with label CCTV. Show all posts

18 July 2025

Ini Memang Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang open secret... semua orang tahu benda ni... benda ini dah cukup lama... ntah bila nak setel tatau la.... dah berzaman..

Setiap kali pun jalan cerita tetap sama.... takdak yang murah... sekotak rokok pon boleh jadi RM50... huhuhu

15 December 2022

Ingat Kat Malaysia Je Ada Perangai Camnie

Bhai/DeeDee semua...

Kelakar pun ader bila baca komen dalam blog nih.. Yer la.. komen korang memang best... Yang spesis kata pejuang Islam, tapi ayat komen penuh maki hamun... jangan riso komen korang gua baca.. cuma ada yang tak sempat gua balas... HAHAHAHA

Agaknya itu tarbiah Islam yang korang dapat dari Naqib-Naqib dalam PAS kot... Hahaha... Jahanam aaa kalu camnie... Hahaha.... Islam mana yang korang bawak nih?? Islam ala Syiah ker?? atau Islam ala Qadiani???

Hahahaha... adoilah,,,,

Relaks aaa... hujah dan kata-kata seseorang yang mengaku Muslim yang Mukmin mestilah comel-comel belaka... Hahaha... baru la molek dimata orang Kapir menengoknya...

Hahaha...

By the way... gua ingat kat Malaysia je ada perangai camnie... rupanya dah merebak sampai ke England... sapa yang buat perangai dan kelaku nih... baik ngaku cepat.... hahahaha ... kalu yang buat tue orang kapir... mesti depa tak pakai plastik untuk handle kepala khinzir nih.... hehehehe ..

Perangai Ekstremis

Orang ramai menemui kepala haiwan itu ketika mereka meninggalkan perhimpunan di bangunan Heatons Muslim Community Trust (HMCT) di Battersea Road, Heaton Mersey, Stockport. Bangunan itu menempatkan sebuah masjid serta fasiliti masyarakat.

Kepala Khinzir itu diletakkan di bahagian rendah dan rata bumbung bangunan itu bermakna ia mudah dilihat. Ia disedari sekitar jam 9.15 malam (waktu tempatan) Jumaat lalu.

Beliau berkata rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kereta berhenti dan dua orang keluar dengan salah seorang daripada mereka membawa apa yang kelihatan seperti beg sampah.

Menurutnya, plat pendaftaran kereta itu dirakam dan berharap polis dapat mengesan pelaku perbuatan tersebut dengan segera.

26 September 2022

Penculikan Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua..

Kes culik di Sekolah.

Isu ini gua dah utarakan lama dulu… sama ada di media (cetak dan elektronik) atau media sosial (blog dan sebagainya). Risiko penculikan amat mudah berlaku pada waktu balik sekolah (tanpa mengira jenis atau peringkat sekolah) rendah atau menengah.

Ini berlaku apabila hampir semua sekolah menyediakan ruang pondok menunggu ibubapa atau penjaga di kawasan luar pagar sekolah. Ada yang mengatakan potensi kejadian hanya akan tinggi bilamana bilangan pelajar agak kurang dikawasan luar sekolah. Sebenarnya tidak. Diwaktu puncak pun boleh sahaja berlaku kejadian culik.

CCTV pula hanya merakamkan apa yang berlaku dalam kawasan sekolah. Susah nak jumpa ada CCTV yang memantau pelajar yang berada di pondok tunggu bas di luar pagar sekolah. Ketiadaan pengawal yang bertugas memantau pun satu hal juga. Pelajar ramai, pengawal pula mungkin seorang dua.

Tambah lagi ader banyak gerak-gerai jualan ataupun peniaga bermotorsikal / berkereta yang berjualan dikawasan luar sekolah selepas habis sesi persekolahan. Pastinya para pelajar akan berkerumun membeli jualan tersebut. Ada banyak kes kemalangan berlaku dikawasan luar pagar sekolah akibat dari keadaan sibuk yang tidak terkawal.

Jangan terkejut kalu ader insiden “kemalangan olok-olok” yang sengaja dibuat untuk menculik pelajar. Ianya hanya perlukan dua kenderaan… Motorsikal dan Kereta / Van. Motorsikal berlakon melanggar, manakala Kereta / Van akan cuba menbawa pelajar ke Hospital.. Selebihnya anda boleh fikir sendiri.

Jadi apa penyelesaiannya?

Pelajar tidak dibenarkan keluar sesuka hati di luar pagar selolah. Ibu bapa atau penjaga mesti turun dan ambil sendiri pelajar didalam kawasan sekolah.

Tapi gua faham… dalam banyak senario susah nak buat atau educate. Tambah pula kawasan yang sesak atau sekolah yang ramai pelajarnya. Dan tenpat parking kenderaan tidak ada disediakan.

Maybe juga boleh ditempatkan seorang dua anggota keselamatan (Polis, Rela, JPA3) atau sebagainya untuk membantu keselamatan diwaktu balik sekolah ni je.

Setakat elaun tambahan rasanya boleh je Kerajaan menyediakan dana mrlalui Kementerian Dalam Negeri.

Benda nih sebenarnya boleh dilaksanakan demi keselamatan pelajar kita. Bezanya antara hendak buat atau tidak. Bagi kes negeri bersempadan dengan negara lain… buat jer la tembok konkrit setinggi 12 kaki dengan dawai kawat berduri disepanjang sempadan. Setel.



22 December 2021

3 Hari Terperangkap Atas Bumbung

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua... kejadian terperangkap akibat banjir selama 3 hari diatas bumbung yang berlaku di Taman Seri Muda Shah Alam adalah satu kejadian yang tidak wajar... Dengan kemudahan yang kita ada... 3 hari adalah satu tempoh yang agak lama...

Sepatutnya operasi perpindahan boleh dilakukan seawal yang mungkin.. Maksima 2 hari pada gua agak logik... tapi kalau dah sampai 3 hari... something wrong dengan pengurusan bencana di Malaysia...

Takkan biler kena banjir secara maksima baru nak buat mesyuarat bagaimana nak melaksanakan operasi menyelamat? Patut mesyurat ini dah lama dibuat... dan dah ader team-team yang bersedia 24 jam alert tentang masalah bencana nih...

Tak perlu pun team yang besar... tapi sekadar team yang sentiasa alert... sebab dengan team yang alert inilah kita boleh melaksanakan mobilasi untuk bantuan penyelamatan banjir...

Kita habiskan berjuta-juta setiap tahun untuk banyak benda yang tak berfaedah... apa salahnya kita manfaatkan dana ini semua untuk memantapkan sistem pengurusan bencana dengan lebih baik... Kita tak perlukan banyak birokrasi semasa menghadapi bencana... Kita mahukan sistem yang proaktif dan segera... Isu banjir dan bencana yang lainnya adalah isu yang berulang... jadi kita kena sentiasa alert... kena sentiasa cakna...

Macam mana punya dengan sistem amaran awal banjir yang sepatutnya sudah sedia dipasang di seluruh Malaysia terutamanya dikawasan-kawasan berisiko tinggi... Takkan semua itu tidak berfungsi... Kini Mentakab dan Temerloh pula banjir... Ini kawasan berulang... Takkan takder sistem yang sesuai dan berfungsi? Takkan semuanya sudah jahanam? Mana perginya sistem CCTV tanpa wayar dan sistem Internet-of-Things (IoT) yang banyak diwarwarkan sebelum ini?? Takkan takder command center?

What happen??

Please la jangan la membodohkan diri sendiri... Ratusan juta dah habis untuk buat macam-macam sistem... tapi masih caca marba dan kuca lana... aper daaa...



19 January 2021

Betapa Teruknya Sistem Lokap Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Ianya adalah satu rahsia terbuka (open secret) bila mana kita menceritakan tentang keberadaan lokap di balai-balai Polis Malaysia...

Sama ada dari segi kebersihan itu satu hal lah juga... yang memang boleh dikatakan kurang tahap kemanusiannya....  tapi juga dari segi kemudahan asas dan jugak keselamatan tahanan... Kita faham kebanyakan Balai Polis di Malaysia sebenarnya agak uzur... Ada yang telah dibina sebelum Merdeka.... cukup banyak sebenarnya...

Kita cuma gunakan apa yang ada... dengan peruntukan yang cukup terhad.... Jadi usah katalah nak berikan satu keadaan lokap yang bersifat kemanusiaan...

Namun itu sepatutnya tidaklah menjadikan alasan untuk tidak bersifat kemanusiaan...

Bukan semua suspek yang ditahan dilokap adalah seorang pesalah... Urusan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak itu bukan urusan Polis... Itu urusan Mahkamah... jadi sementara seseorang itu belum didakwa di Mahkamah dan disabitkan hukuman... mereka ditahan dilokap.... dan ini tidak menjadikan mereka tidak berhak untuk mendapat layanan bersifat kemanusiaan...

Banyak kes kecelakaan didalam tahanan lokap yang kita dengar selama ini... ada yang katanya mati akibat menggantung diri .... ada yang disebabkan paru-paru berair... ader yang disebabkan pukulan objek tumpul (blunt object).... malah ader kes baru-baru ini sampaikan ader tahanan lokap yang dirogol oleh tahanan yang lain...

CCTV yang ader di banyak lokap biasanya hanya sekadar untuk pemantauan tahanan sahaja... dan bukannya ada kemudahan merekod..... pelik tapi benar... sedangkan benda yang sama boleh sahaja diaktifkan untuk kemudahan merekod... Kebanyakan CCTV di lokap hanya capture video dikawasan pintu dan laluan keluar masuk lokap sahaja.... dan bukannya didalam lokap itu sendiri...

Dalam kes tahanan lelaki merogol tahanan perempuan di lokap.... ini memang agak menyedihkan kalu kita mendasarkan kes ikut affidavit tahan perempuan tersebut.. bagaimana tahanan lelako boleh lolos keluar masuk sel lokapnya (dengan kunci ada ditangan) dan boleh masuk ke lokap tahanan perempuan yang berkunci kemas....


Something fishy about this incident... betul... sesuatu yang pelik... macam ada salahlaku penugasan di lokap yang dilakukan oleh anggota Polis yang ditugaskan untuk mengawal lokap tersebut.. Gua tidaklah mahu nak menuduh... tapi gua rasa ada banyak yang tak kena... Mungkin ada pihak yang sengaja menyuruh tahanan lelaki tersebut untuk merogol tahanan perempuan tersebut sebagai balas dendam atau sebagai peringatan kepadanya....

Sori... gua tak nak tuduh.. tapi lu orang sendiri pon boleh agak kan... huhuhu



14 March 2012

Dah Dapat Tangkap Ke?

Bhai... gua takmo nak tulis panjang-panjang... nanti lu orang sumer tak larat nak baca... lagi satu... gua sendirik pon tak larat nak tulis panjang-panjang... hahahaha.. tapi ... aper-aper pon lu tengok dan baca aper yang gua tuliskankat bawah nih... hahaha....

Err.. Dah dapat tangkap ke? (senyap jer.. tak dengar citer perkembangan selanjutnyer dari pihak polis)

Hahaha.... aper citer ngan kes Kereta Perdana V8 Ketua Polis Selangor yang hilang dicurik pada 6 Mei 2010 dulu.... hehehe... memang la kereta tu dah dijumpai semula.... siap pencurik tue tulis ayat camnie...

"Sori PDRM Silap Sapu"

Hehehe... aper citer nih... aper perkembangan selanjutnyer... dah tahun 2012 dah... takkan tak dapat lagi tangkap saper pencurik dier ... hahaha... takkan takder maklumat kot... hahaha ... lama betul....

Kalu kes macam nih pon masih takder perkembangan... aper nak heran ngan citer pembunuh adik Nurin Jazlin yang masih lepas bebas... walaupun ader digambarkan dalam CCTV... tapi senyap jer tak dapat tangkap lagi sampai la nih.... huh....

Tapi... gua berani jamin... kalu Kereta Perdana Menteri yang kena rembat... kalu anak Perdana Menteri yang kena bunuh tue.. sure tarak sampai 24 jam kes sudah solved... mesti dapat punya... pelik bin ajaib...

Lagi satu... kat Malaysia nih... kalu kes orang hilang... kena tunggu 24 jam baru boleh buat laporan polis... tapi kalu kat US... 4 jam pertama orang di dapati hilang aderlah masa paling kritikal... FBI akan cari secepat mungkin.. dan tempoh 48 jam pula aderlah masa yang paling terbaik untuk buat siasatan... sebab kalu dah lepas 48 jam... biasanyer orang hilang tue sama ader dah mati ataupun dah diseludupkan ker negara lain...

Bagi yang tak paham konsep 4 jam terawal... sila tontong drama penyiasatan WITHOUT THE TRACE .... yang mana memaparkan CARD (Child Abduction Rapid Deployment) Team ....

Aiyarkk... camana boleh jadi panjang komentar nih... hahaha...

20 September 2011

Infrared La Konon....

Hahaha..... dulu depa nih terkedu biler semua orang lain gelakkan depa pasai publish gambar CCTV hitam putih.... hahaha.. walhal sekarang nih berlambak CCTV cap ayam yang harga murah tapi full color... siap ader versi HD lagie.... hahaha....

Lepas tue... biler ader footage baru yang berkaler (gambar kat lif) dari CCTV lain... mula ler depa dapat idea yang cover balik isu imej video dalam CCTV lucah tue datang dari sumber CCTV berinfrared (Infra Merah).... hahahaha....

Siap cover guna isu infrared nih pasai blogger dan orang lain rasa pelik.. apersal warna baju tarak sama... hahaha.... tak match... siap baju Dato T dalam gambar CCTV color berwarna biru atau gelap... tetiba dalam versi infrared... baju tue boleh jadi cerah... putih kot.....hahaha...

Yang lawak lagie tue... loyar buruk Zulkifli Nordin pon percaya bulat-bulat aper yang PapaGomo katerkan tue... siap dier tambah ajinomoto.. dan sahkan bahawa footage asal tue datang dari imej CCTV Infrared... hehehe.... sebab itu baju jadi warna cerah.....

Bhai... tolong aaa... guna la akai skit... jangan guna lubang buntut macam Saiful Bukhari Azlan tue... hahaha...

Kalu betul la gambar asal tue datang dari CCTV Infrared... pasai aper talipinggang warna gelap yang memang sepatutnya gelap... tetap kelihatan gelap dalam imej CCTV Infrared tue... hahaha.. walhal baju yang berwarna gelap ... boleh bertukar kaler jadi cerah... putih.... hahahaha....

Tak tahan pecah perot gua la... tak larat la nak ulas nih... infrared la konon.... wei... buat blogger UMNO/BN macam ParpuKari... PapaGomo... Kickdefella... RockyBru ... dan Zulkifli Nordin tue... tolong aaa... jangan memalukan diri sediri... pi la masuk balik kelas sains.... hahaha... korang nih... kalu pon dah bodoh dan bangang... jangan la kasi orang lain tahu lu bodoh dan bangang... hahahaha

22 July 2011

CCTV Tiada Timestamp Tarikh Dan Masa

Hahaha.... satu lawak la... macam mana la CCTV boleh buat rakaman tanpa ader timestamp tarikh dan masa... hahahaha... ini mana punya cap ayam CCTV nih.... memang memalukan la...

Kalu nak tipu orang ramai yang kata ini datang dari CCTV pon buat la secara professional... hahaha... ini nampak macam lakonan jer... CCTV Video Seks terbitan Dato T pon ader time stamp tarikh dan masa.....

Polis Malaysia nih memang pandai la buat lawak... hahaha..... ini CCTV mesti memang cap ayam punya... sebab biasanya CCTV brand dari Taiwan atau China semua ader letak timestamp tarikh dan masa.....

Hahahaha... Tengok kat presentation yang PDRM buat semalam.... hahaha... lawak.. lawak... Minaq-Jinggo pon boleh gak terpedaya (fotographer ternama nih... hahaha)... hahahaha.... aper citer nih.... tak pro lagi ker bhai.... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1