Apa nak jadi la... ini first time gua dengar kes macam nih... Macam mana boleh salah identiti mangsa... siap kata mangsa dah mati.... kesian kat keluarga... kesian juga kat mayat...
Macam mana la benda camnie boleh berlaku...
Kena buat siasatan nih....
Selama beberapa hari seorang bapa di Negeri Sembilan meratapi pemergian anak lelakinya, yang menurut pihak berkuasa meninggal dunia ketika ditahan di Penjara Sungai Buloh Selasa lalu (2 Mac).
Dia kemudian menuntut mayat di Hospital Sungai Buloh, membuat persediaan untuk acara pengebumian di rumah keluarga di Tampin dan merancang untuk menanam jenazah anaknya semalam.
Namun, beberapa jam sebelum acara pengebumian, pihak keluarga terkejut apabila dimaklumkan lelaki berusia 19 tahun itu masih hidup.
"Bagaimanapun sekitar tiga ke empat jam sebelum proses pengebumian dilaksanakan, pihak penjara menghubungi kami bahawa anak kami masih hidup dengan membuat panggilan video.
"Tidak tahu macam mana hendak saya gambarkan, anak kami masih hidup dan mayat siapa pula di rumah ini?" kata bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Chantren
All indian looks the same atau kalau omputeh cakap all chinese looks the same. Al kisahnya..
ReplyDelete