Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Hollywood. Show all posts
Showing posts with label Hollywood. Show all posts

08 April 2023

Satu Demi Satu Pelaburan Khazanah Nasional Rugi

Bhai/DeeDee semua...

Apa dah jadi nih... kata pengurusan dan pentadbiran Khazanah Nasional nih orang bijak-bijak bab pelaburan... Apa dah jadi nih??? satu demi satu pelaburan Khazanah Nasional terpalit rugi.... Adoilah...

Bukan sikit-sikit anak nih.... pelaburan lebih setengah bilion ringgit... tapi dijual sudahnya pada harga tak sampai RM50 juta....

Adoilah... bangang ke apa nih??? dulu rugi banyak kat duCK .... huhuhu


Kompleks produksi filem dan televisyen Iskandar Malaysia Studios (IMS) baru-baru ini dinilai bernilai RM32 juta, lebih dari lapan tahun selepas ia dibuka dengan pelaburan antara RM528 juta hingga RM748 juta.

Ini didedahkan dalam sebuah laporan oleh laman berita hiburan Amerika Variety, mengenai penyedia kandungan Singapura GHY Culture & Media yang membeli IMS dengan jumlah RM35.34 juta.

"Penilaian itu sangat teruk berbanding kos kepada pembayar cukai Malaysia. Walaupun menggunakan anggaran kos pembinaan yang lebih rendah, penurunan nilai aset dari AS$120 juta menjadi US$7.3 juta mewakili lebih 90 peratus kemerosotan nilai pemegang saham dalam lapan tahun sejak IMS dibuka," lapor Variety.

Ia juga menyatakan bahawa akaun untung rugi tahunan IMS tidak tersedia untuk umum.

IMS adalah sebuah kompleks studio yang meliputi 49 ekar di Iskandar Puteri, Johor Bahru. Ia termasuk panggung filem, studio televisyen, tangki penggambaran air dan kemudahan sokongan produksi, antara lain.

Beberapa filem ternama dihasilkan di IMS, termasuk siri Marco Polo Netflix dan sebahagian filem Crazy Rich Asian.

Projek IMS adalah hasil daripada perjanjian strategik antara Khazanah Nasional Berhad dan kumpulan Pinewood Studios UK.

Variety juga melaporkan bahawa majoriti filem Hollywood tidak berminat menggunakan IMS sebagai fasiliti utama mereka setakat ini.

“Tidak ada sesiapa di Hollywood yang mahu menjalankan penggambaran di Malaysia,” kata seorang pengurus lokasi yang berpengalaman.

Sebab lain yang dilaporkan oleh Variety termasuk lokasi studio yang dianggap terpencil dari hab pengeluaran filem utama dan kru tempatan yang kurang berpengalaman.

Kos produksi di Malaysia dilaporkan lebih tinggi daripada Thailand dan Indonesia, walaupun lebih rendah berbanding Singapura.

16 June 2022

Kepoh Ja Lebih

Bhai/DeeDee semua...

Orang kita... bab kecoh benda kecik memang Numero Uno la.... hahaha... pasai tu la tak abis-abis benda jadi viral dan sebagainya... Contoh pasai filem Mat Kilau.... isu keris jawa pun jadi hal... Huhuhu.... payah aaa...

Huhuhu



02 March 2022

Konflik Russia Ukraine - Hollywood juga terlibat meloncat sama

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah kata... Konflik Russia Ukraine nih nampak kelakar... Pertama sekali NATO nak kenakan sekatan ekonomi... Walhal Ukraine belum jadi ahli NATO lagi... Kemudian SWIFT money transfer depa sekat untuk Russia .... lepas tue MasterCard dan VISA pulak depa sekat kepada Russia...

Bukan itu sahaja... FIFA dan Jawatankuasa Olimpik pun buat sekatan jugak terhadap Russia... Semalam Singapura pulak sekat akaun bank Russia...

'Sekatan' Hollywood terhadap Rusia ... Yang ini pulak... Hollywood pun sama meloncat nak sekat Russia....

Hey.... time Israel serang Palestine... takder pulak ader sekatan bertali arus macam nih... Hahaha... nampak sangat USA dah panas... dah terbakar... tue yang melompat semua proksi USA nih dok bagi sekatan kepada Russia...

Yang bodoh... ader plak pihak-pihak dalam Kementerian Pengangkutan Malaysia yang nak join sama sekat Kapal Russia dari berlabuh di Pelabuhan milik kita.... Gila bodoh.... Takkan nak ikut sama kegilaan USA nih??

#Hollywood #Sekatan #Russia #Ukraine #Conflict #CipanTapirTenuk #SocialCritics

24 March 2011

Filem Pecah Panggung

Hahaha.... Gua ingat filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Picture yang dapat jadi filem pecah panggung... tapi rupanya... Filem blue (tapi itam putih) lakunan Mr X plak yang menjadi filem pecah punggung... hahaha.... penerbitnya... tak lain dan tak bukan... RTC Pictures ... (Rahim Thamby Chik Pictures) tue... hahahaha

Kalu filem pecah panggung Hikayat Merong Mahawangsa ditayangkan dengan dikenakan tiket di TGV dan banyak pawagam lain... hehehe... filem pecah punggung yang diedarkan oleh Datuk T pulak tak melibatkan kos tiket.. dan hanya ditayangkan secara ekslusif... dengan jemputan... hahaha

Ramai wartawan yang dah dapat peluang tengok free... Bukit Aman jer belum dapat tengok free... gua rasa aaa.. lepas nih mesti filem pecah punggung terbitan RTC Pictures nih akan ditayangkan disemua pasar malam dalam sesi "Wayang Pacak" macam dulu-dulu... hahaha

Jangan lupa bawak jagung rebus masa nak tonton filem pecah punggung nih.... hahaha...

Pemilik syarikat perfileman RTC Pictures iaitu Rahim Thamby Chik nih memang cukup terkenal .... bukan setakat dier boleh terbitkan filem blue.. tapi dier boleh jadi pengarah dan jugak pelakon... malah dier pernah gak jadi pelakon... hahaha... berlakon bersama gadis bawah umur... hahaha...

Lepas nih... syarikat penerbit filem blue terkenal di Amerika Syarikat iaitu Vivid Entertainment rasanyer tak boleh nak cari makan la... sebab dah disaingi oleh RTC Pictures... hahahaha ... skrip lu yang terkejut... ramai pakar diguna pakai... malah elemen seram dan special efek juga dimasukkan sekali gus...

Ini lebih hebat dari semua filem pecah panggung yang menang Oscar dan Academy Award di Hollywood ... malah lebih hebat dari terbitan Bollywood... sebab mungkin RTC Pictures nih mempunyai pejabat di GreenWood... hahaha

Gua rasa bangga la pulak biler dapat tau ader filem yang lagi mega hebat dari filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan anak tempatan... Penonton patut beri sokongan... malah Kerajaan Malaysia rasanya dah siap bagi geran bantuan dan dana untuk penerbitan yang dibuat oleh RTC Pictures ....

Hahaha.... aper lagi nak tulis aaa.... memang hebat filem pecah punggung nih.... hahaha

14 September 2010

Nightmare On Elm Street

Freddy Krueger adalah nama watak pembunuh sadis yang psiko dalam filem "Nightmare On Elm Street" yang popular sekitar tahun 1980'an dulu... Watak Freddy Krueger ini dibawa oleh Robert Englund ... Dalam filem ini aktor Johnny Depp juga turut sama berlakon..

Filem Nightmare On Elm Street ini diklasifikasikan sebagai filem berstatus 18PL .... yang mana tidak sesuai untuk ditonton oleh remaja mahupun kanak-kanak... ....

Mmmm..... gua amat yakin filem ini mesti pernah ditonton oleh kedua-dua saspek utama bagi kes Sosilawati Lawiya nih... sebab apa.... sebab hanya orang yang berhati kering jer boleh tengok cerita nih tanpa ader side effect...

Pembunuhan dan pembakaran mayat untuk menghapuskan bukti yang khabarnya telah acap kali dilakukan oleh suspek dengan bantuan rakan-rakan sejenayahnyer... memang menunjukkan bahawa mereka-mereka ini adalah pembunuh sadis yang psiko...

Dan gua berani jamin... yang dier akan gunakan status psiko tersebut untuk melepaskan dirinyer dari pembunuhan kejam tersebut.. silap-silap beliau cuma akan dikenakan hukuman yang minima ... ataupun cuma ditahan di wad psikatari di Tanjung Rambutan atau Tampoi sahaja...

Yang akan disabitkan dengan hukuman bunuh ... pastinyer cuma 4 orang pekerja beliau sahaja....

Benda macam nih dah banyak kali dah gua lihat berlaku di Malaysia... cara nak lepas dari hukuman bunuh (gantung) hanyalah dengan berlakon jadi gila atau psiko ... terutamanya sewaktu kejadian... bukan susah pon... ramai yang dah acapkali berlakon taktik dan teknik nih... hehehe

So... jangan sampai satu hari nanti kita terpaksa pulak buat filem versi tempatan untuk Nightmare On Elm Street ... yang kita namakan menjadi Nighmare On Ladang Gadong ...

05 September 2009

Yahoo , Tahun Pilihanraya

Yahoo .... Memang 2009 dan mungkin 2010 akan menjadi Tahun Pilihanraya. Yer la ... akan ada banyak lagi pilihanraya kecil...

Sebaik-baik perancangan manusia.... tidak boleh melawan perancangan Allah S.W.T ... nak buat camana.. So .. lepas nie kita akan beramai-ramai memeriahkan PRK di Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.....

Hehehe.... seperti yang ramai jangka.... hahaha... pengundi POS dan Hantu cukup banyak dikawasan nih... hahahah... maknanya ... pilihanraya kecil kali nie adalah antara PAS/PR melawan UMNO/BN, Hantu & Zahid Hamidi (POS) .... hahahaha

UMNO/BN perlu menang besar kali nie... sebagai untuk menjaga "kemaluan" mereka ... hahahaha... Tapi.. kalu kalah gak.... gua nasihatkan Zahid Hamidi pi sunat "chedek" tue sekali lagi ... hahaha .. pastu suruh semua Hantu dan POS supaya sunat "chedek" diorang gak... hahahaha

Tahun Pilihanraya memang hebat... satu percaturan yang hebat... Punya la SPR cuba nak cover tak ader PRK ... tapi... hehehehe.... Allah lagi hebat... hahaha

So.. Apa alasan SPR kali ni.... takkan takder PRK pulak kot... pasai bila mati ADUN tue... bini dier boleh ambik alih kerusi tue... Ala .. dalam citer Hindustan... kalu laki dier Inspektor Shahab mati.. biasanyer bini atau anak dier akan jadi gantiu Inspektor Shahab tue... hahaha...

Kalu la SPR buat keputusan macam nie... memang la lawak... tapi jangan pulak kita buat lupa plak... SPR nie kan banyak kejutan luar jangka... hahaha .. banyak idea baru diorang suka buat ... yang pelik pon ader...

Gua konpiden yang SPR akan lantik bini ADUN yang meninggal tue jadi ADUN sementara sampai PRU13 nanti ... hahahahaha

14 June 2009

Manek Urai Jadi Anak Angkat

Madonna tentu suka nih... Angelina Jolie tentu suka... Catherine Zeta Jones tentu suka...

Anak anak beb....anak angkat... hehehe.. rasanyer ramai artis Hollywood yang suka ambik anak angkat... hahaha... Nie Mustapha Mohamed pun nak tiru gaya artis Hollywood.. hahaha...

Ambik.. jangan tak ambik.... angkat... jangan tak angkat....

Tapi jangan lupa kasi nafkah... kalau takder nafkah.. macam mana anak angkat nak survive.. nak hidup.. nak susu... buaian jangan lupa beri..... hahaha..

Jangan setakat janji jer... tapi kena tunaikan la bhai oooi... hahaha... tapi.... rasanya Manek Urai jadi anak angkat sementara jer... sementara nak PRK jer... hahaha... lepas tue terbongkang ler.. hahaha

Baca Sini : Manek Urai jadi anak angkat Pusat

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1