Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bunuh Diri. Show all posts
Showing posts with label Bunuh Diri. Show all posts

17 January 2024

23 December 2022

Mereka Perlukan Sokongan

Bhai/DeeDee semua...

Gua takder pengalaman penuh mengendalikan kes bunuh diri... tapi gua ader pengalaman mengendalikan kes suicide bomber (pengebom berani mati) .... Walaupun kedua-duanya situasi berbeza.. namun pengakhirannya adalah sama.... MATI ...

Bagi yang terfikir untuk mengambil nyawa mereka sendiri... yang nak bunuh diri mereka.... daripada banyak pembacaan dan info yang gua tahu... hampir semuanya disebabkan putus asa... kecewa... dan sudah tidak mampu untuk menampung tekanan perasaan .... dan semuanya juga terkait dengan kondisi kesihatan mental ...

Mereka adalah pesakit ... mereka bukan penjenayah... dan mereka tidak berminat untuk melakukan jenayah... kesihatan mental mereka berada pada tahap paling rendah... dan mereka perlu sokongan... mereka perlukan bantuan... mereka perlu pertolongan... dan mereka perlukan kaunseling dan kemudahan perubatan...

Bagi yang nak jadi suicide bomber... pengebom berani mati... yang itu lain kes... yang itu penjenayah... dan mereka perlu ditangkap, ditahan dan didakwa serta disabitkan kesalahan....  

Jadi.... apa salahnya undang-undang terkait dengan kesalahan hendak membunuh diri itu kita tukarkan daripada hukuman penjara kepada hukuman pemulihan mental dan kaunseling... Itu lebih baik dan bermakna...

Harap Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim selaku PM10 dapat merealisasikan perubahan (reformasi) ini dengan segera dan cermat demi untuk menyelamatkan nyawa para pesalah (pesakit mental).


Mari bersama menyokong untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Seksyen tersebut menyatakan sesiapa yang cuba membunuh diri boleh dipenjarakan sehingga satu tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan dalam wujudnya lacuna (lompang) - kerajaan boleh mengarahkan, secara pentadbiran, supaya polis menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 10 Akta Kesihatan Mental dalam kes cubaan membunuh diri untuk memasukkan orang itu ke hospital psikiatri. Birokrasi tidak sepatutnya mengorbankan nyawa.

Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih
Hotline: 15999

The Befrienders
Hotline: 03-76272929

Agape Counselling Centre Malaysia
Hotline: 03-77855955 or 03-77810800

Life Line Association Malaysia
Hotline: 03-42657995


04 August 2022

Sedih, Kecewa, Murung Boleh Membawa Padah

Bhai/DeeDee semua...

Semua masalah boleh diselesaikan. Berbincanglah. Berhubunglah. Carilah rakan taulan atau sesiapa yang boleh membantu. InsyaAllah semua ada jalan penyelesaiannya. Sedih, Kecewa, Murung semua nih boleh membawa padah... Bahaya.

Jangan ambil tindakan drastik yang membahayakan nyawa.

Campak anak dari jejambat Balu bergantung ihsan aktivis, rakan

#bunuhdiri #kesihatanmental #psikologi #trauma #kesihatan #CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com 
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

 

10 July 2021

Malaysia Gagal, Kerajaan Gagal.

Bhai/DeeDee semua...

Kalu tanya Mustapha Mohamed, sure dier akan kata Malaysia tidak gagal, sistem pentadbiran beroperasi dengan baik ... memang la.. sebab orang yang gagal memang takkan mengaku dia gagal...

Sebagai contoh... puluhan tahun Mustapha Mohamed nih jadi Ahli Parlimen Jeli.... aper pembangunan yang dier dah bawak ke Jeli... setakat harap ader MRSM je disana... selain dari tue... takder... so... dier nih memang la failed punya Ahli Parlimen... Ahli Parlimen yang gagal...

Tabley pakai..

Kerajaan Malaysia hari nih pun gagal... gagal mentadbir ekonomi, gagal mentadbir pentadbiran, gagal mentadbir kesihatan, gagal segagal-gagalnya.

#BenderaPutih #KerajaanGagal #FailedState

01 July 2021

Betapa Celakanya Puak Agama Ni

Bhai/DeeDee semua...

Orang yang tak rasa dan tak alami situasi tertekan macam ni boleh la cakap apa sahaja. Sebab poket dier sentiasa penuh. Gaji dan elaun sentiasa ada. Elaun perumahan, elaun kenderaan. Malah duit sampul pun orang hulurkan bila ada ceramah bagai walaupun dier pergi atas kapasiti jawatan dier. Makan dah tentu free dijamu orang.

Kempen kibar bendera putih ni dibuat sebab orang dah frust dengan Kerajaan Persekutuan... orang dah kecewa.

Tapi datang geng-geng kopiah / serban atas kepala yang tak ada perasaan ehsan, empati dan simpati nih... memang celaka... ini memang celaka.

#BenderaPutih #KerajaanPembunuh #KerajaanGagal #KerajaanBangsat #KerajaanCelaka

24 June 2021

Empatilah Kepada Mangsa

Bhai/DeeDee semua...

Kita boleh sembang aper sahaja... kita boleh cakap itu ini... tapi selagi kita tak letak diri kita kat tempat / situasi orang yang kita cakap tue... kita takkan tahu perasaan dan tindakan yang diambil olehnya...

Ader orang siap mengutuk orang yang bunuh diri sebab kesulitan dan kemurungan akibat dari impak PKP, Lockdown dan keruntuhan ekonomi disebabkan oleh Covid-19 nih.... tapi yang mengutuk tu langsung takder rasa empati dan simpati... malah dengan semberono mengulas begitu sahaja... Dia tak pon letak diri dier kat dalam situasi mangsa tue...

Ntah la... geram pun ader... sakit hati dibuatnya...

Apa yang pasti... Kaler Luna langsung tak buat apa-apa... takder merasai apa-apa... malah selesa dengan keadaan ini.... Celaka punya Kaler Luna...

Marhaen mustad'afin yang merasainya.... yang tersiksa... yang tertekan... yang dimangsakan oleh sistem kapitalis... Allahuakbar...

Kepada yang takder empati dan masih bersikap keakuan dan sombong... semoga engkau juga akan merasainya kesengsaraan sebegini nanti... Allah Taala maha mengabulkan doa....

That's all..

21 May 2021

Kebodohan Itu Nyata

Bhai/DeeDee semua..

Kebodohan itu nyata... mana tak bodoh... dalam keadaan wabak pun masih tegar tak mahu menjaga keselamatan diri sendiri dan keluarga... Jadi bila dah terkena wabak... jangan la salahkan orang lain...  Tak kisah la belum kena ka... atau akan kena kan... atau antibodi kuat lar.... no... Allah Taala larang bunuh diri..

Kalu tak jaga kesihatan dalam keadaan wabak tue... maksudnya dah dikira bunuh diri...

Tapi kalu dah bodoh, bebal dan bangang... memang tak boleh nak kata apa...

Spesis ni memang bercambah dari hari ke hari... dan tak terkecuali ader gak dalam kalangan pembaca dan pelayar blog ini... Betul la... bukan semua pembaca dan pelayar blog ini sehaluan dengan gua... Hahaha... gua tak kisah pon sebenarnya... sebab yer la... kita bukan boleh paksa orang...

Tapi gua tetap mengatakan... kebodohan itu kekal nyata... dan ianya sebenarnya satu penyakit... penyakit mental... Hahaha



08 March 2021

Keganasan Rumahtangga Sesuatu Yang Terjangka

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak dua menjak nih kita lihat kerap berlakunya episod keganasan rumahtangga berlaku di Malaysia. Sama ada ianya dilakukan oleh suami atau juga oleh isteri. Jangan kita ingat hanya suami sahaja yang melakukan keganasan rumahtangga. Ada juga keadaan keganasan rumah tangga dibuat oleh isteri.

Namun untuk tidak menafikan juga... semua ini kebanyakannya ada kaitan dengan elemen ketiga... sama ada dari keluarga terdekat ataupun rakan taulan...

Memang bahaya keganasan rumahtangga nih sampaikan boleh membawa maut... sama ader maut tersebut disebabkan oleh kesan keganasan itu sendiri (tersengaja bunuh) ataupun dari sudut yang lain (membunuh diri).

Kalau nak dikira dengan kecederaan... itu sudah dikira biasa... dalam semua kes berkaitan keganasan rumahtangga... kecederaan pada mangsa adalah normal.. mesti akan berlaku kecederaan fizikal... penderaan fizikal... itu belum masuk lagi penderaan mental.... yang ini lebih trauma..

Dari apa yang gua lihat... bukan status kewangan sahaja yang menjadi punca.... tapi juga elemen lain... Memang peratusan paling besar keganasan rumahtangga disebabkan masalah kewangan... sama ader hilang pekerjaan, dibuang kerja atau lain-lain masalah sosial (judi, dadah, arak dan maksiat) tapi banyak juga kes keganasan rumah tangga yang berlaku pada yang tiada masalah kewangan... Ini menunjukkan bukanlah 100% masalah kewangan menjadi punca...

Jangan terkejut kalu kita juga boleh melihat elemen ketaksuban (politik, agama, pemimpin) juga boleh menjadi sebab berlakunya keganasan rumahtangga... Sejak tahun 80'an lagi berlaku keganasan rumahtangga disebabkan perbezaan pendapat terhadap politik, agama atau pemimpin.... Ini banyak berlaku disebabkan elemen taksub yang melampau... Dan ini bahaya...

Kebelakangan ini ketaksuban terhadap agama dilihat juga menjadi satu asas kepada berlakunya keganasan rumahtangga... Salah tafsir dan penyalahgunaan ayat-ayat Al Quran dan Hadith dilihat menjadi punca dan sebab berlakunya keganasan rumahtangga... Ada kes keganasan rumahtangga berlaku hanya disebabkan kes kecil seperti tidak mahu memasak .... mangsa maut akhirnya... hanya disebabkan ketaksuban dalam mentafsir hadith yang mengatakan bahawa perintah suami wajib untuk isteri ikut jika tidak dikira menderhaka kepada suami...

Ini gila... memang gila.... kalu gua nak tulis perincian tentang perkara ini... rasanya mau artikel ini menjadi panjang berjela.... Aper yang gua nak tekankan disini.... berpada-padalah dan amalkan sikap bertolak ansur... Jangan taksub... jangan ekstrim... Ingat... perkahwinan itu dulunya sebab apa? Kenapa dulunya boleh ambil sikap tanggungjawab kenapa sekarang tidak lagi...

Jangan ikut bisikan syaitan... terutamanya syaitan yang bertopengkan agama...

Be cool.




19 January 2021

Permai Ini Apa? Bantuan Dana Atau Hospital Mental?

Bhai/DeeDee semua..

Satu perkara yang jelas diperlukan sebagai penjelasan dari pihak kerajaan adalah... Pakej Permai yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yasin baru-baru ini adakah hanya sekadar sembang-sembang kosong penyedap minda atau sebenarnya bantuan dana?

Sebab setakat yang diketahui... takder yang signifikan dengan Pelan Pakej Permai tersebut untuk warga Malaysia terutamanya yang bukan kakitangan awam atau yang bermajikan... Bagi sebahagian besar warga Malaysia yang bekerja sendiri sama ada berniaga kecil-kecilan ataupun yang melakukan kerja rencam (odd job), pendapatan mereka biasanya kais pagi makan pagi...

Ianya tidak tetap... ada time boleh la banyak sikit.. tapi dalam banyak keadaan dan masa... ianya langsung seperti makan angin... kosong... takder apa-apa....

Nak harapkan bantuan dari pihak berwajib dan Kerajaan.... macam serupa anjing menyalak bukit... takder aper-aper yang boleh diharap.... banyak mimpi dari realiti... tambah lagi jika yang meminta itu lain fikrah politiknya... Ingat... di Malaysia... lu orang akan ditimpa musibah kalu silap memilih atau menyokong....  malah dalam banyak keadaan... walaupun pilihan parti telah tepat.... yang memimpin adalah parti yang lu orang sokong... tapi sebab lu bukan siapa-siapa... takder kepentingan pihak Kerajaan nak bantu atau tolong..

Melainkan lu orang ader kabel dan dekat dengan pimpinan parti.... itu pon nasib... dalam banyak keadaan... pastinya semua akan kena sailang... kena cantas... bodoh-bodoh jer kena cantas... bodoh-bodoh je jadi mangsa...

Sebab itu sepanjang PKP 1.0 ... seramai 268 orang telah mengambil keputusan membunuh diri mereka akibat dari kesan PKP 1.0 secara langsung atau tidak langsung.... Ramai daripada mangsa ini mengalami masalah kewangan yang kritikal... yang seterusnya menyebabkan rumah tangga mengalami masalah.... yang akhirnya tekanan yang tak mampu ditahan lagi.... mengambil jalan (kata orang adalah mudah) membunuh diri...

Ada beberapa kes membunuh diri ini juga melibatkan warga minor (anak-anak kecil) yang terpaksa juga diambil nyawanya oleh ahli keluarga yang sama... Aderkah Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri Kabinet Malaysia ambil cakna perkara ini... Aderkah mereka tahu... Tipulah kalu mereka tak baca berita dalam media... malah perkara ini juga viral dalam media-sosial.... ambil contoh seorang Jururawat di Kampar, Perak yang telah membunuh dirinya dan 2 orang anaknya yang masih kecil (berumur dibawah 12 tahun lelaki dan perempuan) ...

Ader PM ambil tahu??

Sebab itu gua nampak... Plan Pakej Permai yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah lebih kepada Pakej Hospital Permai (dahulunya dikenali sebagai Hospital Gila Tampoi) ....ini semua mental...

Sebab takder aper signifikan Pakej Permai ini sebenarnya untuk rakyat Malaysia yang terbanyak... zero, zilich, nada, nol, kosong.... Huhuhuhu






28 October 2016

Yang Hidup Yang Mati

Bhai/DeeDee semua..

Urusan yang hidup keatas yang hidup, urusan yang mati keatas yang mati.... Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiuun.

Ramai orang menuduh yang bukan-bukan buat Al Marhum Mohd Sukri Saad.. Yer benar dia telah mati... dia telah meninggal dunia... Tapi adakah lu orang semua pasti yang kematian dia akibat dari kesan dia bunuh diri? Tidakkah mungkin Allah Taala ambil nyawa dia lebih awal seminit dua dari pada tindakan dia itu? Kita tidak tahu dan Allah Taala Maha Mengetahui dan Maha Pengampun.

Soalan tentang tindakan dia tu gua takmo nak komen lebih lanjut sebab gua takder ditempat kejadian pada masa itu... tapi satu ja yang gua nak tekankan...

Semua ini berlaku akibat dari tindakan "pembuat dasar dan hukuman" iaitu Ahli Parlimen dan Kabinet....  Dasar hukuman atas penjualan rokok seludup diluluskan oleh Kabinet dan Parlimen... dan Kabinet dan Parlimen yang sama juga membuat dasar hukuman keatas rasuah dan salahguna kuasa...

Tidak kira lah sama ada Ahli Parlimen itu mengundi atau tidak, ponteng atau hadir.... semua mereka ini akan lebih awal ditanya oleh Allah Taala atas kejadian yang berlaku kepada Al Marhum Mohd Sukri Said.

Bersedialah lu orang wahai Ahli Parlimen untuk menjawab persoalan ini nanti depan Allah Tuhan Rabbul Jalil...

Sama jugak dengan para Sultan, Raja dan YDP Agong.... Lu orang tunggulah masanya nanti untuk berjawab depan Allah Taala.... Kalo asbab kematian Mohd Sukri Saad ini berlaku sebab Ahli Parlimen, Sultan, Raja dan YDP Agong tak amik pot... maka bersedialah lu orang kena balasannya lebih lagi daripada yang terkena pada Mohd Sukri Saad...

Nasib la lu orang... Patut lu orang semua tu sedar diri la....

Tunggu masa jer lu orang kena.....  betul ... pastinya ada hukuman pada Mohd Sukri Saad... tapi pastinya hukuman pada dia taklah lebih besar dari hukuman yang akan kena pada Ahli Parlimen, Sultan, Raja dan YDP Agong.,....

Masak lah lu orang ooi...

04 January 2013

Nota Bunuh Diri Ditemui

Bhai... Lu ingat tak kematian 3 beranak di Pengerang pada 31 Disember 2012 baru nih.... Ala .... yang mati terhidu karbon monoksida hasil dari pembakaran arang dalam ruangan tertutup... Memang diorang nih mati membunuh diri...

Dan selepas tue kecoh satu Malaysia yang diberitakan bahawa kematian 3 beranak ini disebabkan oleh projek RAPID Pengerang yang sedang dibangunkan oleh Petronas.. Ader yang citer... Tanah milik 3 beranak nih juga diambilalih... Tapi takder dengar citer plak pasai pampasan... Atau pampasan dier cuma seciput..

Tapi yang gua pasti ingat... Pada hari kematian tue... Takder pon Polis temui nota bunuh diri atau apa-apa maklumat berkaitan sebab diorang membunuh diri... Biasanya kalu ader ... Pegawai penyiasat akan memaklumkan dan seterusnya mendedahkan isi kandungannya...

Jarang la ader kes bunuh diri yang takdrr nota... Tapi .... Macam mana la kes kat Pengerang nih dah jadi macam jalan citer Teoh Beng Hock plak gua pon tak tau...

Sebab baru hari nih keluarga mangsa mendedahkan kononnya ader surat nota bunuh diri yang ditulis oleh mangsa... Yang lagi lawak tue... Boleh plak mangsa yang bunuh diri tue tulis tentang benda yang belum terjadi... Iaitu bagaimana dier tahu yang orang akan kaitkan isu bunuh diri dier dengan isu RAPID Pengerang... Hahahaha.... Atau ader orang lain tulis selepas kematian... Hahahah

Macam kes Teoh Beng Hock la... Amik masa berapa lama... Tak ingat lak gua berapa bulan baru ditemui surat nota bunuh diri tue.... Hahaha... Lawak tak hingat diorang nih... So macam kes surat nota bunuh diri di Pengerang nih... Gua sungguh-sungguh kureng percaya nota nih ditulis oleh simati....

Itu pandangan gua... Gua tak tau pandangan lu orang plak... Hahahaha... Banyak betul lar misteri dalam Malaysia nih... Kalu Agatha Christie masih hidup... Mesti dier seronok pasai banyak modal dan idea nak buat novel thriller dan misteri.... Hahaha

23 December 2012

Alamak... Dah Mampus...

Bhai.... Lu tau kan itu Lim Keng Yaik dah mampus dah... Alamak.... dah mampus... tak sempat nak dakwa dier kat mahkamah atas tuduhan rasuah... Wei... Mangkuk tue pon spesen gak dengan Mahathir Mohammed... Samer gak ngan Ling Liong Sik.... Terpalit dengan banyak kes rasuah dan salahguna kuasa...

Nih biler dah mampus... Nak bicarakan pon tabley.... Harap Mahathir Mohammed lambat lagi la mampus... Sebab nanti ader chan la kiter seret mamak sekor nih ke Mahkamah... bicarakan dier dalam kes rasuah berbagai... Bab salahguna kuasa tue rasanyer mau bertimbun penuh meja...

Itu pon kalu kiter dapat bersihkan dan teluskan institusi kehakiman di Malaysia... Kiter bersihkan dulu Peguam Negara... Dan seluruh kakitangan Jabatan Peguam Negara... Kat sini berlambak manusia yang tak takut kat Allah Taala... Sebab tue la diorang berani cover up semua kes rasuah dan salahguna kuasa...

Tapi .... Kalu Mahathir Mohammed mampus awal... Tak berapa nak syok la... Mesti anak dier si Mirzan tue akan amik tindakan bunuh diri macam masa dulu... Kan dulu dier nih pernah cuba nak bunuh diri...

Satu jer yang gua nampak... Terbaik kiter kena kekalkan dan sokong Najib Razak... Sebab kalu Najib Razak masih ada... Muhyiddin Yassin tabley nak bergerak... Kalu Najib Razak jatuh... Mahathir Mohammed akan berkuasa semula... Dan dier akan gunakan proksi dier si Muhyiddin Yassin tue...

Si Muhyiddin Yassin nih pon banyak gak kes rasuah dan salahguna kuasa dalam tangan dier... Tunggu masa jer nak kena dedahkan.. Tapi aaaa... Kalu SPRM masih tak bersih... Samapi kesudah la takkan dapat dibawak bicara kes macam nih....

So... Mahathir Mohammed jangan mampus dulu... Sebab kalu mampus... Kurang sejam mesti Mirzan akan bunuh diri punya.... Hahaha..... Mesti Mirzan akan makan banyak ubat tidur atau dier terjun dari KLCC.... Hahaha... Taknak la mampus cara camnie .... Terbaek nak mampus kalu aderlah masa bicara... Mati bunuh diri masa kena bicara.... Hahaha....

19 September 2010

Isu Bunuh Diri

Bhai... kalu isu bunuh diri... gua memang tak bertoleransi... pada gua... mereka-mereka yang amik
keputusan bunuh diri nih memang la memang.. memang tahap bangang..

Sebab-sebab biasa orang bunuh diri adalah ;-

1. Kemurungan / Sedih
2. Putus Asa
3. Panik / Takut

So.... sper kejadahnyer member baik (kononnyer) kepada Datuk Sosilawati amik keputusan bunuh diri... Sori la.. gua takder niat nak tambah kesedihan keluarga simati (bunuh diri nih) cuma... pada gua... gua memang tak hormat langsung manusia yang amik keputusan bodoh untuk bunuh diri...

Rugi jer... jadi Islam sepanjang hayat.. tapi mati kerana bunuh diri... jadi bahan bakar api neraka...

so... persoalan yang bermain di kepala gua nih... kenapa dier bunuh diri... takkan pasai kawan mati pon boleh amik keputusan bunuh diri.... atau.........

Atau.... simati nih sebenarnya ader sangkut paut dengan kes penipuan penjualan tanah bernilai RM29 juta di Pulau Pinang yang berkait dengan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

Atau.... simati nih sebenarnya adalah mastermind kepada mastermind kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ... (persaingan bisnes seperti yang Polis dan media ader jangkakan)

Semua nih adalah kemungkinan...

Sesapa nak marah gua .. gua takder hal... ini teori gua.... bukan taknak simpati kat simati.. tapi pada gua... takder pekdah gua simpati kat orang yang bunuh diri... kalu dier mati natural atau kena bunuh... ader la gak gua simpati... tapi kalu bunuh diri... mmmmm... buat aper nak simpati...

Dier sendirin yang cari pasal.... iman takder... jauh dari Allah Taala... ikut nafsu... ikut bisikan syaitan.... sekarang nih syaitan mesti sedang bergembira kerana dapat menyesatkan seorang yang pada sepanjang umurnya beragama Islam... tapi dipenghujung nyawa... menjadi sesat...

Gua pernah one time tue saksikan satu orang budak lelaki Melayu berumur 21 tahun mati membunuh diri dengan terjun dari tingkat 3 (parking lot) Stesen Bas Terminal One di Seremban sekitar tahun 1995 ... dier jatuh depan mata gua... dalam jarak 5 kaki jer dari tempat gua duduk (gua duduk kat tepi tiang bersebelahan dengan Bas Ekspress Restu) ...

Bersepai otak mamat nih... gua pi tolak kepala dier kaki... gua cakap dalam hati ... "lain kali kalu nak bunuh diri tue... kasi tau la ngan gua.. boleh gua amik video.... dan submit kat stesen TV".... hampeh... satu Terminal One orang menjerit histeria tengok benda tue.... nak tau sebab aper dier bunuh diri... ader orang jumpa nota surat dier... dier tulis sebab dier bunuh diri adalah kerana awek dier putuskan cinta.... dan berkawan dengan mamat lain.... pada gua... buduh punya sebab la.... punya la banyak awek dalam dunia nih.... boleh plak bunuh diri pasai sorang awek... hahaha.... lawak budus la...

Sampai harinie gua tak boleh lupa muka mamat tue... nasib baik tak memercik darah dier ker..otak ker.. kena kat Bas Ekspress Restu... kalu tidak... suwei la jadinyer bas tue... hahaha.. takder saper nak naik... hahaha...

Sampai harinie gak gua cukup menyampah biler dengar orang yang mengaku Islam amik keputusan bunuh diri.... budus nak mampus....

26 August 2010

Makin Ramai Yang Hilang Kewarasan

Gua dah tak tau nak kata aper dah.... makin hari makin dah tak paham... aper sebenarnya yang menyebabkan makin ramai yang hilang kewarasan.... ader yang membunuh diri.. ader yang membunuh orang... ader yang membunuh dan dibunuh...

Ader yang simbah asid... ader yang tikam ... ader yang belasah ... ader yang rogol .. ader yang liwat....

Segala macam kegilaan dah berlaku nih....

Biler jadi kes... ader yang kaitkan dengan kehabisan ubat psikotropik... mmmm.... kenaper aaa...

Bukan sajer orang awam boleh jadi camtue... tapi even pegawai yang berkaitan dengan keselamatan pon boleh buat benda camtue...

Aderkah ianya disebabkan oleh keadaan sekeliling... emosi... ekonomi.... tekanan masyarakat... atau... hanya bisikan syaitan.... nampak gayanyer la... kena tambah satu lagi ujian sebelum kebenaran berkahwin diberi.... ujian psikologi.... untuk elakkan orang yang psiko kawin dan akhirnya melakukan lagi episod celaka... seperti sembelih anak dan sebagainya..

Kepada pesakit psiko (mental).... tolong jangan salahkan orang lain... salahkan jer Pimpinan UMNO/BN yang sebabkan korang jadi sakit nih.. hahaha... Salahkan Najib Razak sebab dier selaraskan harga barang baru-baru nih... Salahkan Rosmah Mansor pasai dier la produk JusMate keluaran Dr Rozmey laku bagai nak rak... hahaha

Hidup kena banyakkan ketawa.. supaya masalah boleh hilang.... tapi ... kalu terlebih ketawa.. boleh jadi giler... hahahahaha...

10 August 2010

Bukti Baru Kes Saiful Bukhari Azlan

Hahahaha.... dengar khabar akan ader satu bukti baru kes Saiful Bukhari Azlan yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaraya... ceritanyer berkisar atas terjumpanya (awal Januari lepas) satu nota yang mendetailkan kemungkinan Saiful Bukhari Azlan diliwat... Tarikh surat ini dengar khabarnya ditulis 2 bulan sebelum tarikh kejadian liwat berlaku...

Wahahaha.... hebat sungguh la... macam tau tau jer akan berlaku kes liwat keatas Saiful Bukhari Azlan pada tarikh tue... hahaha... yang best tue ... nota ditulis dua bulan lebih awal... maknanyer... macam ader satu perancangan untuk menyuakan jubur untuk dijolok... hahahaha... lucah la artikel gua hari nih... hahaha...

Paling lawak tue.. dengar khabar.. nota ini dijumpai terselit didalam mesin basuh kain dirumah "bekas" tunang Siful Bukhari Azlan pada awal Januari 2010... hahaha.. dan yang menyulitkan pada awalnya adalah nota ini ditulis dalam tulisan "cakar ayam" dan "jawi" .... Pihak Jabatan Kimia mengambil masa lebih enam bulan untuk menterjemahkannya dan mengesahkan bahawa nota ini tulin... (tulin bang... hahahaha)

Nota tersebut khabarnya telah memperincikan aktiviti liwat ini mengikut turutan dan lengkap dengan gambarajah bagaimana insiden liwat itu bakal berlaku. Malah nota tersebut jelas menunjukkan lokasi dan tempat kejadian liwat itu bakal berlaku.... hahaha...

Bagaimanapun... kandungan nota ini telahpun dibantah oleh Peguam Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh. Ini kerana nota tersebut sepatutnya telah dibawa kepada pengetahuannya sedari awal.... namum pihak Peguam Negara melengah-lengahkannya sehingga semalam... Ini menunjukkan seperti ader satu kemungkinan pemalsuan dokumen telah dilakukan...

Apa-apa pon ... mari kita sahkan adakah dokumen ini sohih atau tidak... dan persoalannya.. bagaimanakah Saiful Bukhari Azlan boleh tahu lebih awal dua bulan akan kejadian liwat akan dilakukan kepadanya kononnya oleh Anwar Ibrahim.....

Err.... macam mana pulak isu nota nih boleh nampak sebijik sebuntat sama macam nota bunuh diri Teoh Beng Hock.... errr.. ini semua saper punya kerja.... hahaha

09 August 2010

Kucing Pun Ada Perasaan

Gua tak paham sungguh la kes orang buang bayi tue... giler aper.. bayi tue tak ader salah pon... mak bayi yang buang anak dier tue gua rasa aaaaa... sure masa tue tengah giler meroyan... tue sebab la dier boleh buang anak dier kat longkang... tong sampah.. dalam kotak dan sebagainyer....

Udah ler buat dosa berzina... pastu buat plak dosa buang bayi... kalu bayi tue mati plak... dapat tambah lagi satu dosa... dosa membunuh.... puff... banyak betul la dosa dier... silap-silap... mak budak yang dibuang tue plak amik jalan singkat... terjun bangunan bunuh diri pasai malu... berapa banyak dosa aaaa...

Bagi yang berhati keras dan tak berhati perut tue.... cuba perhatikan video kat bawah nih.... wei.. kucing pun ada perasaan..... perasaan sayang.... inikan pulak manusia...

04 August 2010

Bunuh Diri?

Harinie gua tak nak tulis panjang-panjang... cuma gua nak komen isu bunuh diri nih... penyakit yang makin hari makin kronik dah... ramai yang dah terkena penyakit nih... penyakit psiko nih memang tak boleh dapat kesan awal....

Okeh la.... nih cerita pasai bekas ADUN BN yang mati semalam tue... yang mati dalam kereta Caldina ngan bekas PA dier (pompuan)... errr... betul ka dier bunuh diri...

Siapa yang tembak.... satu kesan tembakan kat kepala bekas ADUN tue.. dan dua kat kepala bekas PA dier.... mmmm...

Cerita dier camnie.... la... kalu orang guna pistol untuk tembak kepala dier sendiri... sure sekali jer... takkan dua kali... tak mungkin... sebab kalu dah kena peluru satu kali.. otak dah stop.. jadi takkan orang yang menembak tue tembak kepala dier sendiri dua kali...

So... kalu ikut keterangan saksi kejadian... takder saper kuar dari kereta Caldina yang terbabas tue... jadi... mesti tembakan datang dari dalam kereta.... so... sohih la mesti ader skit gaduh ka antara dua orang nih... pistol plak milik bekas ADUN nih...

So... ikut logik akal... sure yang tembak bekas PA ADUN nih adalah bebas ADUN itu sendiri... itu sebab berlaku tembakan dua kali.... biler dah rasa bersalah.. dier tembak diri dier sekali das... kat kepala... dan lepas tue kereta tue terbabas....

Gua tak tengok lagi photoshot dalam kereta tue... tapi.. kalu kita nilaikan ikut berita tue... mesti ader kesan percikan darah kat cermin sebelah penumpang depan... kalau la peluru tak keluar menembusi kepala... kalu keluar... sure cermin tue pecah...

Kena gak tengok angle trajektori tembakan... dari situ kita boleh point siapa yang menembak...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1