Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

22 January 2021

Larikan Mayat Dari Hospital?

Bhai/DeeDee semua...

Kegilaan dah jadi memuncak dah nih.... Benda yang kita tak pernah dengar ... benda yang kita tak pernah lihat... benda yang tak pernah kita ketahui berlaku dalam Malaysia dah jadi dah... 

Adoilah...

Nih ader kes larikan mayat dari hospital.... Ini semua gara-gara kes Covid-19 le nih... bayangkan... patient under investigation (PUI) untuk Covid-19 yang didapati meninggal telah dibawa lari balik kerumah oleh ahli keluarganya...

Bayangkan kalu berlaku jangkitan... bayangkan kalu berlaku penularan.... Bahaya betul lar...


Polis menahan empat beradik di Kampung Panji Laut di Lahad Datu, yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang berada di bawah kes pesakit dalam siasatan (PUI) di Hospital Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata empat beradik terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 26 dan 31 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam.

Katanya kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam selepas pihak hospital menerima seorang pesakit lelaki berumur 58 tahun yang tidak sedarkan diri dan mempunyai sejarah rawatan 'acute left ischemic potine infract’ di Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebelum ini.

"Pesakit kemudian diasingkan di khemah zon PUI dan diberi pertolongan cemas pernafasan selama 30 minit oleh pegawai perubatan, namun disahkan meninggal dunia kemudiannya. Petugas perubatan telah menerangkan prosedur operasi standard pengurusan jenazah ketika krisis wabak Covid-19 kepada pihak waris, termasuk saringan Covid-19 bagi mengelak risiko jangkitan," katanya dalam kenyataan di Lahad Datu hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek bagaimanapun enggan meninggalkan mayat bapa mereka di hospital, dan seterusnya bertindak menolak pengusung jenazah keluar daripada khemah zon PUI, untuk membawa balik jenazah ke kediaman mereka di Kampung Panji Laut.

"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah berjaya mengesan kesemua suspek dengan bantuan Unit Forensik Hospital Lahad Datu dan mayat turut ditemui di ruang tamu rumah," katanya dan menambah semua suspek kini ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana kesalahan perbuatan jahat yang mungkin merebakkan jangkitan sebarang penyakit berbahaya.

Katanya polis turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah yang sah dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa.



1 comment:

  1. Medical martial law bhai. The 1% play god bhai pas tu gelak2 tengok kejahilan kita haha.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1