Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

24 January 2021

Komputer, Laptop, Tablet, Smartphone?

Bhai/DeeDee semua..

Sekarang nih hampir semua pelajar sekolah terpaksa meneruskan sesi pembelajaran 2021 dengan menggunakan teknik PDPR .... yer... memang sedih bagi mana-mana pelajar yang berada dalam kategori tidak mampu dan miskin... kita faham tu... tambah lagi dengan sambungan Internet yang macam hampeh terutamanya di luar bandar...

PDPR ini dilihat lebih meningkatkan jurang perbezaan pendidikan diantara pelajar... Bagi keluarga yang mampu... ini semua tiada masalah.... tapi bagi keluarga yang fakir dan miskin... ianya menjadi satu bebanan yang akhirnya menidakkan peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan yang sewajarnya...

Artikel ini ditulis sekadar untuk melihat keberkesanan penggunaan Komputer, Laptop, Tablet dan Smartphone... jadi mari kita soroti isu ini sambil merujuk kepada konsep pembelajaran secara PDPR.

Setiap sesuatu itu ada Pro dan Kontra nya.... tak semuanya bagoosh untuk semua keadaan.

Komputer peribadi (Personal Computer) memang bagoosh... sebab semua fungsi dan kepenggunaannya adalah lengkap... namun untuk sambungan ke Internet, pengguna perlukan sambungan berkabel ethernet Cat 5 atau Cat 6 paling kurang.... atau membeli WiFi USB untuk sambungan secara tanpa wayar (wireless) kepada Router... Pelik juga sebenarnya kenapa komputer peribadi tidak dilengkapi dengan fungsi WiFi terbina dalam.... Ianya agak berat dan menggunakan elektrik yang agak tinggi juga sebenarnya... dan yang paling kritikal... Komputer peribadi ini tidak mudah alih. dan biasa nya tidak dilengkapi dengan kamera webcam... harga pula boleh didapati dari serendah RM350 (sekenhen / refurbish / used) sampailah kepada model terkini dan termaju pada harga RM10k

Untuk memudahkan penggunaan komputer secara mudahalih... maka ujudlah segment Notebook, Laptop atau Netbook (bergantung kepada varian dan saiz)... Ianya mempunya semua fungsi yang sama seperti komputer peribadi... dan boleh disambungkan kepada Internet sama ada dengan menggunakan kabel network atau fungsi WiFi terbina dalam.. hampir semua model menyediakan kamera webcam terbina dalam...... Penggunaan elektrik yang agak rendah dan disokong oleh bateri yang agak terhad... tapi tetap menyelesakan... Harga pula agak mampu milik dari serendah RM500 (sekenhen / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang hebat dan termaju pada harga RM7000

Tablet pula adalah satu peranti tanpa wayar yang mudah alih menggunakan kuasa bateri yang agak tahan lama ... namun ianya terhad kepada sistem pengoperasian Windows, Android dan iOS...Aplikasi yang ada untuk kegunaan Tablet juga tidaklah terlalu kurang. Malah perisian Microsoft Office 365 juga boleh dilanggan dengan menggunakan tablet...  Kamera webcam memang telah terbina dalam semua tablet dan ianya agak mudah untuk dikendalikan... Tablet umumnya menggunakan Stylus Pen untuk membuat coretan atau contengan padanya... namun hampir semua tablet boleh dipasangkan dengan papan kekunci (keyboard).. Sambungan Internet biasanya sama ada melalui SIM Card ataupun menggunakan fungsi WiFi terbina dalam.... Harga pula agak mampu milik dari serendah RM200 (sekenhen / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang hebat dan termaju pada harga RM4000

Smartphone pula adalah sama seperti Tablet cuma saiz displaynya agak terhad... tak macam tablet yang boleh mencecah saiz display sehingga 10 inci atau 12 inci... Saiz display smartphone pula biasanya sekitar 5 inci dan kebawah... Inilah satu kekangan yang membatasi penggunaannya untuk PDPR ... Sambungan Internet biasanya sama ada melalui SIM Card ataupun menggunakan fungsi WiFi terbina dalam.... Harga pula agak mampu milik dari serendah RM200 (sekenhen / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang hebat dan termaju pada harga RM6000

Kesimpulan yang kita boleh dapati antara semua ini... adalah jalan tengah kepada semuanya adalah dengan menyediakan kemudahan Tablet Untuk Pendidikan... ianya mesti bersaiz 10 inci atau lebih sekurang-kurangnya dan lengkap dengan Stylus Pen serta papan kekunci (keyboard). Penggunaan Google Drive dalam Cloud untuk data adalah sesuatu yang terbaik.




2 comments:

  1. yang miskin tetap ketinggalan
    betoi kata tukang blog
    tambah lagi dengan sambungan Internet yang macam hampeh

    ni 1 lagi hampehhh

    Seorang lelaki yang mati ketika dalam tahanan di lokap ibu pejabat polis daerah (IPD) Bentong, Pahang tahun lalu telah dipukul dua tahanan lain atas arahan seorang anggota polis, menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

    Menurut Suhakam, forensik mendapati G Jestus Kevin, yang ditahan kerana disyaki mencuri pada April tahun lalu, mati akibat kecederaan di otak disebabkan objek tumpul.

    "Menerusi keterangan oleh doktor forensik, Suhakam mendapat pengesahan yang si mati mengalami banyak kecederaan, termasuk tulang rusuk patah.

    "OKT (orang kena tuduh) lain di lokap memberi keterangan yang si mati telah diikat dengan selimut dan dipukul oleh OKT lain - (seperti) disahkan melalui rakaman CCTV," kata Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph ketika sidang media dalam talian hari ini.
    Suhakam mendapati anggota polis itu tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelamatkan mangsa.

    Tahanan yang memukul Jestus Kevin turut diberi rokok, dipercayai sebagai upah "menjaga" mangsa, katanya lagi.

    tak kan mid bador nak biar saja pihak terlibat terlepas lagi
    mana bolih jadi dah bnayak kes salah laku polis
    terhadap orang tahanan berlaku

    jangan buat buat tidor

    Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu

    kalau ngan matjib mat bador berani lawan dulu
    takkan ngan polis jahat tak berani lawan

    Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

    jangan jadi pelindung orang zolim
    di akhirat nanti berat azab ynag dijanjikan olih Allah
    untuk orang yang sembunyi kebenaran

    ReplyDelete
  2. Mereka di atas sibuk tukar polisi pelajaran. Sibuk tukar nama peperiksaan. Pmr ke pt3. Upsr nk di mansuhkan. Tapi hikmah covid - perkara basic. Keperluan pendidikan itu sendiri tidak di pedulikan

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1