Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

22 January 2021

Ahmad Zahid Hamidi Bakal Tersingkir?

Bhai/DeeDee semua...

Nasib Ahmad Zahid Hamidi dalam politik UMNO nampaknya kian tergugat... sana sini ader desakan dari akar umbi yang mintak dier letak jawatan... malah ramai dikalangan warlord dalam UMNO yang sebenarnya tunggu masa jer untuk Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri... sebelum depa akan dedahkan segala kepincangan Ahmad Zahid Hamidi...

UMNO ni adalah parti duit.. parti dimana sapa yang ader duit maka dier akan disanjung di puja dipuji... dah memang itulah UMNO sejak sekian lama... Ader dua cara dalam UMNO kalu nak naik... sama ada guna duit atau guna samseng....  dan kalu di combine kan dua cara tue maka memang lah terbaik... lagi cepat naik...

Umum sedia maklum bahawa Ahmad Zahid Hamidi nih memang baik ngan Anwar Ibrahim.... kira Anwar Ibrahim nih mentor kepada Ahmad Zahid Hamidi... dibelakang tabir mereka memang rapat ... malah Ahmad Zahid Hamidi cukup kuat sebenarnya soladariti dengan Anwar Ibrahim...

Sekarang ni.. yang nak jatuhkan Ahmad Zahid Hamidi adalah menggunakan beberapa alasan
  1. Arah tuju yang tidak jelas berserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan kepada daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli Umno
  2. Hilangnya keyakinan orang Melayu terhadap UMNO sebab kepimpinan yang lemah
  3. Pendakwaan salah laku kepimpinan UMNO mencalar imej UMNO. Ramai yang terlibat.
  4. Perjanjian belakang tabir dengan musuh UMNO (surat-surat sokongan) menyebabkan UMNO dilihat sudah keluar dari landasan.
Lagi cepat Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan dari menjadi Presiden UMNO, maka lagi cepat UMNO akan bingkas bangkit kembali... Akar umbi UMNO lebih banyak yang menyokong Mohd Najib Razak untuk naik kembali memacu UMNO sebagai Presiden UMNO... para orang ramai mereka melihat bahawa aura Mohd Najib Razak adalah lebih kuat berbanding Ahmad Zahid Hamidi..

So.... biler agaknya Ahmad Zahid Hamidi nak letak jawatan sebagai Presiden UMNO?? Bila?? Hahaha



2 comments:

  1. Apa gila ka umno? Klu ya pun nak singkirkan zahid, takkan nak naik kan semula najib!! Korupsi najib tahap dunia woh. Satu dunia tahu... Macam tak ada orang lain.

    ReplyDelete
  2. Berapa agaknya blogger ni dibayar utk sensasikan bertira ini? Bersatu berada dalam kekalutan apabila 189 drpd 191 bahagian UMNO meluluskan usul putus hubungan dgn Bersatu, dan usul ini akan dibincang dan diluluskan dlm perhimpunan agung pd 31 Januari 2021. Maka Muhyiddin tiada pilihan melainkan mengeluarkan perintah PKP di semua negeri kecuali Sarawak kerana tiada UMNO. Ekoran itu media² yg dibiayai Bersatu mula menyerang Zahid kerana utk melemahkan parti itu kena serang ketuanya dulu.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1