Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

18 January 2021

Kebenaran Rentas Negeri Hanya Untuk Orang Awam Sahaja

Bhai/DeeDee semua....

Di Malaysia nih ... undang-undang memang ikut kasta... Kalu anda tergolong dalam kasta rendah... iaitu orang awam biasa... semua undang-undang akan diberatkan buat anda... apa sahaja yang anda buat berpotensi untuk dikenakan tindakan undang-undang...

Tapi ...

Tapi tidak untuk kasta atasan.... kasta tinggi macam pemimpin Kerajaan atau Dewa Kayangan serta kerabat mereka... kalu pun ader kena denda setelah dikecam oleh rakyat... biasanya denda akan dikenakan pada kadar yang minima... kadar berdiskaun....

Contoh... ketika kebenaran rentas negeri dan negara tidak dibenarkan... Dewata Raya boleh pulak pergi ke Qatar..... konon dapat jemputan dari pemimpin sana... siap kos logistik dan penginapan serta makanan ditaja sepenuhnya... satu konvoi pergi...

Takder apa yang kena...

Nih satu lagi...  Azmin Ali pulak dengan sewenangnya pergi rentas negeri sampai ke Pengerang, Johor konon ader program anjuran MITI ... katanya program ini dapat kebenaran MKN.... Hahaha.... mudah sangat buat kebenaran nih... pelik aaa...

Kata nak membendung jangkitan wabak Covid-19... tapi serupa macam hampeh ja... boleh plak buat perkumpulan.... buat makan-makan... adoilah...


Misi bantuan banjir Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diadakan di daerah Kota Tinggi hari ini dilaksanakan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya misi itu diadakan bagi membolehkan kementerian turut terlibat dalam membantu rakyat yang terjejas banjir, khususnya dari segi pembersihan dan bantuan lain.

“MKN memberikan kelulusan untuk misi ini diteruskan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan asas selain bergotong-royong membersihkan beberapa kawasan terjejas oleh bencana itu di Kota tinggi.

Beliau ditanya sama ada misi itu mendapat kebenaran merentas negeri memandangkan negara kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan yang turut menyaksikan larangan merentas daerah dan negeri bagi yang negeri-negeri yang berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata semua yang terlibat dalam misi itu sentiasa diberi ingatan agar mematuhi SOP termasuk menjaga penjarakan fizikal.

Misi pascabanjir MITI itu turut mendapat kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

4 comments:

  1. Tapi polis yg org2 biasa2 cuma tangkap org biasa2 jer. Tangkap lah kaum konon2 kasta tinggi ni pas tu luku kapla sekor2. Nanti masa ngeteh baru seronok borak2 dgn geng.

    ReplyDelete
  2. Tu belum jadi PM lagi! Tak empati dgn rakyat langsung, mentang2 dia ada kuasa. Bayangkan bila dia ada kuasa tertinggi jika jadi PM(nauzubillah). Azmin oh azmin.....

    ReplyDelete
  3. Agak mengecewakan bila membuat permohonan I-Sinar baru-baru ini..kerana memerlukan surat sokongan agar boleh dapat duit sendiri. Namun apabila di buat semakan pada rakan-rakan yang berkerja dengan syarikat-syarikat yang berkaitan GLC antara dari ribuan sayarikat GLC iaitu PETRONAS dan TELEKOM MALAYSIA ..boleh dikatakan hampir 98% permohonan I-SINAR dari pekerja-pekerja yang bekerja dlam syarikat-syarikat GLC permohonan mereka di LULUSKAN oleh KWSP tanpa perlu menyertakan atau melampirkan sekali surat sokongan..sedangkan mereka yang berkerja di syarikat yang dinyatakan tidak terjejas dengan apa-apa jua pemotongan atau pengurangan gaji..malah mereka-mereka ini mempunyai gaji yang agak besar malah layak pula mendapat I-Sinar..

    Sedangkan mereka-mereka yang bekerja dengan syarikat YANG BUKAN GLC apa bila membuat permohonan terus di minta menyediakan dan perlu melampirkan surat sokongan..nak tanya ADIL KAH begitu KWSP dan kerajaan? Apa alasan nya permohonan mereka berjaya ..Adakah syarikat- syarikat GLC ini banyak beri sumbangan dana kepada kerajaan Malaysia ke? Hingga pekerja-pekerja syarikat-syarikat GLC memperolehi keistimewaan kelulusan permohonan I_SINAR dari KWSP dengan mudah je? Atau ada perjanjian kah antara KWSP dengan syarikat-syarikat GLC?

    Harap ada penjelasan yang telus dari KWSP

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1