Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Akta Kesalahan Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Akta Kesalahan Pilihanraya. Show all posts

24 July 2013

Analisis Keputusan PRK N1 Kuala Besut

Bhai/DeeDee sekalian....

Sori... kali nih gua tak sempat nak buat analisis keputusan PRK N1 Kuala Besut... banyak sibuk aaa.... tambah lagi malas nak kontek bebudak Agensi yang lepak berkampung disana dah lebih dua minggu.... Kesian kat diorang....


Aper pon... dari aper yang gua dimaklumkan.... ader beberapa perkara yang jelas kelihatan pada PRK N1 Kuala Besut yang mungkin akan menjadi penanda aras bagi mana-mana kempen Pilihanraya Kecil (PRK) selepas ini....
  1. Tawaran pembangunan dan infrastruktur bagi penduduk dan pengundi di Kuala Besut adalah hampir RM500 juta
  2. Beberapa projek "mee segera" berjaya dilaksanakan termasuklah pembinaan rumah baru bagi mangsa kebakaran yang mana ianya disiapkan dibawah kelolaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  3. Sumbangan wang ringgit dan harta benda mencurah macam air jatuh ke tanah
  4. PAS yang selama ini diwarwarkan menolak rasuah telah dilihat melakukan satu bentuk rasuah (isi minyak petrol) kepada bakal para pengundi di Kuala Besut
  5. Penggunaan sepenuhnya agensi kerajaan oleh parti yang memerintah adalah pada skala yang amat menakutkan.
  6. SPR seperti biasa berat sebelah dalam urusan pentadbiran pilihanraya dan pengundian
  7. Calon BN yang melakukan satu kesalahan serius dibawah Akta Pilihanraya sekadar dipandang sebelah mata oleh SPR
  8. Pegawai dan kakitangan SPR (mungkin ada yang menyamar) dilihat menggunakan kenderaan biasa (bukannya berlogo SPR) dan bercermin gelap keluar masuk didalam pusat pengundian
  9. Duit dibayar kepada pengundi dibuat secara terang-terangan tanpa SPR mengambil tindakan menyiasat.
  10. Penggunaan anggota polis yang terlalu ramai dalam PRK yang agak ketara.
Aper pon.... seperti mana yang semua sedia maklum.... Inilah penanda aras bagi PRK lain yang akan datang... dan pastinya pada masa akan datang... kesalahan dan salahlaku terhadap Akta Pilihanraya akan menjadi lebih kronik...

SPR perlu berubah dan SPRM perlu jugak berubah.... jika kita mahu Pilihanraya yang telus, bebas dan adil.

Tahniah diucapkan kepada calon BN yang telah memenangi kerusi N1 Kuala Besut dalam Pilihanraya kecil yang baru sahaja selesai. Cuma satu sahaja yang pelik pada pandangan gua.... Dimana dier calon PAS ... kenapa dier tak hadir ke meja pengurusan SPR semasa dipanggil oleh Pengurus Pilihanraya Kecil.... Ader sesiapa boleh bagitau???


18 May 2013

RM1.3 Bilion

Bhai.... Ingat lagi tak jumlah RM1.3 bilion yang gua citerkan masa PRU13 itu hari... Yeah .... Lu tak silap baca.... Nilainya aderlah RM 1.3 bilion...

Bukan kecik anak tue.... Hahaha.... Banyaknyer dana BN...

Kemana disalurkan... Untuk tujuan apa... Siapa yang membiayainya.... Hahaha... Inilah persoalan yang wajib kiter tanya...

Salah satu daripada penyaluran dana ini pergi kepada pembelian iklan berasaskan CPC (cost per click) dan CPM (cost per million) di beberapa penyedia besar pengiklanan dalam talian...  Sebahagian lagi disalurkan untuk menyediakan prasarana portal BetterNation termasuklah menggajikan para pekerja dan para konsultan media.. Jangan lupa bahawa terdapat pembiayaan kos pengiklanan untuk media cetak dan elektronik yang berleluasa pada PRU13. 

Jangan kita lupa ... Sebahagian daripada dana ini disalurkan juga kepada Unit Media Baru UMNO ternasuk kepada blogger-blogger dan para facebooker yang berdaftar dengan UMB... Ader blogger yang didapati mendapat dana yang agak besar "melampau" manakala ader blogger UMB yang mendapat dana paling ciput..

Sebahagian dari RM 1.3 bilion ini juga digunakan dalam kempen pilihanraya calon-calon BN dan sebagai kos menggerakkan semua PDM, pondok panas dan membayar wang balik mengundi. Ada pengundi yang mendapat RM500 wang balik mengundi dan ada juga yang hanya mendapat RM30 sahaja... Hahaha... Bagi pondok panas BN.. 

Gua dapat tau peruntukan satu pondok panas aderlah RM40 ribu... Tapi berapa yang sampai ketangan orang bawah gua tak tau... Gua tengok sendiri dokumen peruntukan tue. Tapi yang bagi negeri Kelantan lar... Negeri lain maybe lebih atau kurang sikit jer.... Hahaha

Persoalan yang perlu ditanya... Dari mana datangnya dana ini.... Hahaha ... Gua dan kengkawan dah lama mengesan pergerakan transaksi wang dalam beberapa akaun "master" di beberapa bank utama Malaysia... Gua ader beberapa "informer" kat dalam Maybank dan CIMB yang selama ini selalu memberikan input terbaek kepada gua..

Akaun "master" ini dikesan dibiayai dana nya daripada sumber luaran... Dari offshore account... Tidak terkecuali dana datang dari beberapa syarikat terkemuka Malaysia (kroni) serta dana awam dari beberapa GLC...

Bagi dana yang datang dari GLC ... Ianya telah ditukarkan pernyataan transaksinya bagi tujuan audit... Sebahagian besar pernyataan transaksi dinyatakan sebagai kos pembayaran konsultan dan promosi media...

Gua takmo nak menamakan siapa antara penyumbang terbesar dari sektor swasta nih cuma gua nak bagi hint.. Dier adalah seorang bilionaire.... Hahahaha... Bukan sorang bhai. Ader tiga empat... Hahaha

Soklan paling utama... Ader ker SPR nak siasat... Hahaha... Jangan la guna alasan takder saper nak buat laporan... Sebab alasan tue kuno dah la....  Alasan lapok....

So.... Ader paham ka???

05 May 2013

DUIT PRU13 : Bersumpah Guna AlQuran

Bhai... Punya la terdesak nak menang PRU13 sampaikan saper yang amik duit PRU13 kat booth BN kena angkat sumpah guna Al Quran....

Hahaha... Teruk betul lar... Aped nak jadi la kalu ini macham.... Rasuah sana sini.... Seorang dapat RM200... Pergh...

Gambar nih diambil member gua kat satu pos BN di Parlimen Pulai Chondong, Kelantan.

02 May 2013

Kami Semua MiloSuam

Bhai.... Nampak gayanyer... SPR akan cuba sedaya upaya mereka untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) by hook or by crook.... semua cara dah dibuatnyer... dan inilah Pilihanraya Umum paling "bangsat" dalam sejarah Malaysia..... Penipuan demi penipuan dibuat dan direkacipta semata-mata untuk memberikan kemenangan kepada BN.......

Gelombang ABCD (Asal Bukan Cap Dacing) memang menerujakan.... disana sini rakyat marhaen bersedia untuk menolak Barisan Nasional.... yang yang bodoh dan bangang sahaja yang masih kekal bermentalitikan Cap Dacing..... walaupun dikala sistem imperial ditukar dengan sistem metrik .....

Semalam seorang blogger pro-rakyat telah ditahan atas kesalahan  mendedahkan "cakap berbelit" pengerusi SPR ....siap dengan fakta dan bukti.... tetapi hanya dengan dua laporan polis (satu daripada laporan polis tersebut dibuat sendiri oleh polis) ... berdesup tindakan diambil untuk menahan blogger tersebut (MiloSuam).... yang lagi lawak tue... siap dikatakan MiloSuam ingin lari keluar negara dengan menaiki kapal terbang.... walhal penangkapan berlaku di Tesco Setia Alam....

Jadi.... kepada semua blogger, facebooker, twitterer .... sila gerakkan usaha supaya massa amik tahu dan amik berat tentang kepincangan dan salahlaku SPR dalam PRU13 nih.... contoh paling utama salahlaku SPR aderlah dengan mengarahkan PBT untuk menurunkan bendera dan lambang parti yang tidak bertanding dalam PRU13 ... yang nampak sangat tidak adil dan berat sebelah...

Bila ader bendera PAS atau DAP yang diturunkan... atas alasan kawasan itu hanya PKR sahaja bertanding... walhal... bercambah bendera UMNO tercacak merata tempat... sedangkan UMNO tidak bertanding,.... hanya BN sahaja bertanding.... maka sepatutnya bendera UMNO juga dicabutkan..

Gua ...  seperti biasa.... akan bertindak mendedahkan lagi banyak salahlaku dan penipuan terancang SPR dalam memenangkan BN pada PRU13 nih... dan gua takkan berganjak atas perkara nih....

Sorang blogger kedalam... tidak bermakna terputusnya pendedahan salahlaku dan penipuan terancang SPR,......  Kami semua MiloSuam...

KAMI SEMUA MILOSUAM....

SOLIDARITI UNTUK MILOSUAM


25 April 2013

Akta Kesalahan Pilihanraya

Bhai... Gua tau kalu benda macam nih dilaporkan kat SPR... Sure tak kena aper-aper tindakan... Gua tau yang SPR tue barua BN... Jadi memang kalu buat laporan pon sia-sia dan buang masa jer...

Tambah lagi dalam keadaan BN akan kalah teruk cam skrang nih.... Tue dier budak sekolah digunakan... Waktu persekolahan... Dan kakitangan awam (guru) pon dilibatkan sama... Ini kerja giler... Alfred Jabu nih sudah memperkudakan institusi pendidikan dalam kempen PRU13 dier..

Ini boleh dikenakan tindakan kalu SPR mau amik tindakan lar... Boleh menyebabkan pencalonan Alfred Jabu dibatalkan...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1