Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pilihanraya Kecil. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya Kecil. Show all posts

17 February 2024

Betul Ke Tak Tergugat?

Bhai/DeeDee semua...

Sajer nak nak usik nih... Errr... Betul ke tak tergugat dengan rancangan Parti yang nak gubal dan ubahsuai perlembagaan Parti.... Siap kata ROS tak mudah nak setuju ngan pertukaran Perlembagaan Parti tue...

Takder goyang eh?? Hahaha

Kalu tak goyang, tak payah la nak ulas.... Hahaha

Betul ke?


22 September 2014

Hadiah Hadi Awang Buat PRK Pengkalan Kubur

Bhai/DeeDee semua...

Nih hadiah dari Hadi Awang buat PRK Pengkalan Kubur N01 ..... Tahniah la Hadi Awang.... buat penat ja orang lain berkempen nak bagi menang......... Hampeh...



28 January 2014

Perang Habis-Habisan Buat Anwar Ibrahim

Bhai/DeeDee semua...

Sama ader lu orang nak percaya atau tidak... inilah satu perkara yang gua rasa ramai yang tak terpikir.... hehehe.... PRK Kajang yang kini terbuka (kena tunggu SPR umumkan la ... hahaha) nampaknyer macam Anwar yang akan bertanding.... tapi gua percaya.... BN akan perang habis-habisan buat Anwar Ibrahim...

Kalo Anwar Ibrahim bertanding di PRK Kajang.... Ianya akan jadi pertandingan 3 penjuru.... 1 penjuru dah mesti dari UMNO/BN Kajang...... 1 penjuru lagi aderlah Anwar Ibrahim.... dan satu penjuru lagi aderlah..... jeng.. jeng... jeng....

1 penjuru lagi gua saspek dari orang kepercayaan Azmin...

Ini sudah jadi perang yang bodoh... perang yang sia-sia.... perang yang tidak ada makna...

Dan pastinyer.... Anwar Ibrahim akan dipastikan kalah pada PRK Kajang nih.... Dan kalo kalah Anwar Ibrahim.... maka lagi senang lar UMNO/BN nak merampas kuasa di Selangor.... Cuma gua tertunggu-tunggu aaa... saper la yang akan melompat join BN sebaik BN menang di PRK Kajang nanti.... Hahaha... saper aaaa....

Siapa plak yang akan buat spoiler dalam PRK Kajang.... aderkah geng-geng UG akan menyebokkan diri di PRK Kajang.... kiter tunggu, tengok dan lihat jer la... hahaha.... InsyaAllah... kalo gua dapat akses kepada Voter Sentiment Ratio (VSR) nanti gua akan publishkan... itupon kalo gua dapat akses la.... yer la... gua kan dah tamat perkhidmatan ngan Agensi....

24 July 2013

Analisis Keputusan PRK N1 Kuala Besut

Bhai/DeeDee sekalian....

Sori... kali nih gua tak sempat nak buat analisis keputusan PRK N1 Kuala Besut... banyak sibuk aaa.... tambah lagi malas nak kontek bebudak Agensi yang lepak berkampung disana dah lebih dua minggu.... Kesian kat diorang....


Aper pon... dari aper yang gua dimaklumkan.... ader beberapa perkara yang jelas kelihatan pada PRK N1 Kuala Besut yang mungkin akan menjadi penanda aras bagi mana-mana kempen Pilihanraya Kecil (PRK) selepas ini....
  1. Tawaran pembangunan dan infrastruktur bagi penduduk dan pengundi di Kuala Besut adalah hampir RM500 juta
  2. Beberapa projek "mee segera" berjaya dilaksanakan termasuklah pembinaan rumah baru bagi mangsa kebakaran yang mana ianya disiapkan dibawah kelolaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  3. Sumbangan wang ringgit dan harta benda mencurah macam air jatuh ke tanah
  4. PAS yang selama ini diwarwarkan menolak rasuah telah dilihat melakukan satu bentuk rasuah (isi minyak petrol) kepada bakal para pengundi di Kuala Besut
  5. Penggunaan sepenuhnya agensi kerajaan oleh parti yang memerintah adalah pada skala yang amat menakutkan.
  6. SPR seperti biasa berat sebelah dalam urusan pentadbiran pilihanraya dan pengundian
  7. Calon BN yang melakukan satu kesalahan serius dibawah Akta Pilihanraya sekadar dipandang sebelah mata oleh SPR
  8. Pegawai dan kakitangan SPR (mungkin ada yang menyamar) dilihat menggunakan kenderaan biasa (bukannya berlogo SPR) dan bercermin gelap keluar masuk didalam pusat pengundian
  9. Duit dibayar kepada pengundi dibuat secara terang-terangan tanpa SPR mengambil tindakan menyiasat.
  10. Penggunaan anggota polis yang terlalu ramai dalam PRK yang agak ketara.
Aper pon.... seperti mana yang semua sedia maklum.... Inilah penanda aras bagi PRK lain yang akan datang... dan pastinya pada masa akan datang... kesalahan dan salahlaku terhadap Akta Pilihanraya akan menjadi lebih kronik...

SPR perlu berubah dan SPRM perlu jugak berubah.... jika kita mahu Pilihanraya yang telus, bebas dan adil.

Tahniah diucapkan kepada calon BN yang telah memenangi kerusi N1 Kuala Besut dalam Pilihanraya kecil yang baru sahaja selesai. Cuma satu sahaja yang pelik pada pandangan gua.... Dimana dier calon PAS ... kenapa dier tak hadir ke meja pengurusan SPR semasa dipanggil oleh Pengurus Pilihanraya Kecil.... Ader sesiapa boleh bagitau???


22 July 2013

Jika Calon BN Kalah Di Kuala Besut

Bhai/DeeDee sekalian...

Agak-agaknyer la.... aper tindakan yang akan UMNO/BN buat jika calon BN kalah di PRK N1 Kuala Besut nih....  Aper plak strategi yang akan UMNO buat... Aper plak tindakan yang akan dibuat oleh Idris Jusoh... Aderkah akan ader kempen serangan bertali arus kepada Ahmad Said? Aderkah Ahmad Said akan diminta turun dari jawatan MB Terengganu.

Bagaimana pula dengan nasib Idris Jusoh? Adakah ianya akan menyebabkan pengaruh Ahmad Said akan lebih kuat di Kuala Besut dan Hulu Terengganu?  Bagaimana pula dengan sidang DUN Terengganu lepas nih??

Kalu ikut pemahaman gua lar.... Sultan Terengganu tetap akan menerima BN sebagai kuasa pemerintahan di Terengganu.... dan kemungkinan Ahmad Said akan dikekalkan agak tinggi.... Tentang pengaruh 16:16.... Itu tidak jadi masalah pada percaturan politik di Terengganu... Kemungkinan untuk Sultan Terengganu melantik Hadi Awang sebagai MB Terengganu setakat yang gua tahu agak tipis... melainkan kalu PAS mendapat kerusi 17:15

Aper pon.... dengan kempen yang masuk sesi akhir nih.... dari aper yang gua dimaklumkan.... potensi untuk menjadi 16:16 agak tipis... Ini kerana para pengundi di Kuala Besut khabarnya lebih terpengaruh dengan kempen BN yang mengingatkan mereka tentang apa yang pernah PAS buat di Terengganu semasa PAS memerintah negeri ini pada 1999 hingga 2004

Aper pon jangkaan yang ada.... pada pandangan gua...  BN masih mempunyai sengat yang agak kuat dalam kempen PRK N1 Kuala Besut kali ini walaupun calon BN agak goyah dari segi kredibilitinyer... Aper pon... semuanya terletak ditangan para pengundi.... Aderkah mereka boleh dijual beli dengan nilaian RM yang mencurah-curah semasa kempen PRK nih yang hanya sementara.... atau mereka mahu mendapat laba yang berpanjangan sehingga PRU14.... kiter lihat sajer la....

Hahahaha

30 June 2013

PRK Kuala Besut

Bhai.... Kalu PAS bertanding di PRK Kuala Besut... kalu PAS letakkab calon mereka disini.... Aderkah PAS akan memancing undi daripada ahli-ahli parti lain seperti PKR, DAP, PSM, BERJASA dan jugak pengundi-pengundi diatas pagar..

Sebab itu hari kecoh di Terengganu khabarnya bahawa PAS Terengganu hanya perlukan undi maksimum daripada semua ahli PAS Terengganu untuk menjamin kemenangan mereka disana. Punyalah hebat dan takabburnya "mereka-mereka ini" sebelum PRU13 itu hari....

Dalam blog-blog yang Pro PAS Terengganu.... dicanangkan isu nih.... dan sana sini dibisikkan kepada ahli-ahli PAS Terengganu bahawa PAS Terengganu cukup boleh menang hanya dengan sokongan ahli-ahli PAS dan orang Melayu.... walhalnya... bukan semua orang Melayu menyokong PAS....  hahaha

Aper-aper pon... gua tau Kuala Besut tue bukan la ader ramai sangan pengundi dari kaum Cina dan India... sebab majoriti disitu aderlah pengundi Melayu...

Tapi yang lagi menariknyer..... Pengundi di Kuala Besut 80% daripadanya aderlah penyokong kuat UMNO/BN .... Aderkah PAS boleh membuat sesuatu keajaiban disini... Mmmm.... boleh kalu diijinkan oleh Allah Taala.... Small matter jer kalu Allah Taala ijinkan.... cumanyer..... aper akan jadi kalu PAS menang di PRK Kuala Besut..... hahaha ... gua tak sanggup nak ceritakan senarionya....

Cumanyer... gua mendoakan PAS Terengganu memang besar di PRK Kuala Besut... agar mudah rakyat Malaysia (pengundi) untuk melihat wajah sebenar PAS Terengganu... kalu tidak.. susah nak lihat wajah sebenar PAS Terengganu... masa tue.. senang la kita semua buat keputusan untuk PRU14 nanti.... hahaha...

P/S: Jangan lupa.. para pentaksub dalam PAS Terengganu (Geng Rusila @ UG) sudah mula mencacai dan panas punggung bila mana mereka dengar parti-parti lain tidak mahu bersama membantu di PRK Kuala Besut....   sebab semua yang lain akan play safe dan pakat tengok jer dalam PRK Kuala Besut nih.... dan pentaksub nih sudah mula keluarkan ayat-ayat maki hamun (carut serta lucah) dan tidak melambangkan tarbiah PAS yang "kononnya" mereka dapat dan juarai..... hahahaha ..... selayaknyer mencacai jer la... hahahaha ...

22 May 2013

Mahukah Mereka Membuat Pengundian Semula

Bhai.... kiter semua tahu yang ader ramai gak calon PR yang menang dalam PRU13 walaupun ianya penuh dengan penipuan.... dan kalu kiter stadi semua analisa dan keputusan yang ader... kiter boleh nampak bahawasanyer... ader sesetengah tempat tue... semacam sengaja dibiarkan calon PR menang....

Persoalan yang gua nak tanya lu nih..... mahukah mereka membuat pengundian semula.... bagi kawasan-kawasan yang PR menang tue... atas alasan kita mahukan pengundian yang telus dan bersih.... mahukan agaknyer wakil rakyat PR yang dah menang nih untuk mengambil risiko dalam pengundian semula...

Gua berani katakan... bahawasanyer... perkara sebegini takkan berlaku.... sori aaa... takkan ader sorang pon dari kalangan wakil rakyat PR yang nak amik risiko nih.... percayalah cakap gua...

Sebab diorang mesti dah seronok dengan kemenangan tue... takkan la diorang nak tambah risiko.... diorang cuma akan kecoh kat tempat yang mana PR kalah jer.... tempat kat mana PR tak dapat menang pada PRU13 itu hari.... bagi kawasan yang menang diorang takkan buat punya...

Serupa la macam kalu Anwar Ibrahim ker... Hadi Awang ker... Lim Kit Siang ker... takkan nak bagi dibuat pengundian semula kat kawasan diorang.... semata-mata nakkan ketelusan dan bersih dalam urusan pengundian..... hahahaha

Jadi... jangan lu harap PR akan membantah keputusan PRU13 di Mahkamah bagi kawasan yang PR dah menang walaupun dengan majoriti bawah 4 %... hahahaha....  Kalu lu tarak percaya aaa.... takper... lu tengok jer la senarai bantahan selepas SPR mewartakan keputusan PRU13 hari nih.... hahaha... tunggu dan lihat.... hahaha


SPR warta keputusan PRU13 hari ini

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mewartakan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang diadakan 5 Mei lalu.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata selepas pewartaan keputusan pilihan raya dibuat, calon dan parti politik yang tidak puas hati boleh memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya umum di mahkamah mengikut negeri masing-masing.

Menurutnya, calon-calon dan parti politik boleh menggunakan saluran yang sah iaitu undang-undang untuk membuat sebarang bantahan termasuk keputusan PRU13.

"Insya-ALLAH SPR akan mewartakan keputusan pilihan raya untuk PRU13 pada hari ini, 22 Mei.

"Dan bermula pada esok, walaupun kita wartakannya pada hari ini tetapi mengikut undang-undangnya, bermula daripada esok 21 hari.

"Jadi mana-mana parti politik dan calon-calon yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya atas apa alasan sekalipun mereka berhak dari sisi undang-undang untuk mencabar keputusan pilihan raya dengan memfailkan petisyen di mahkamah tinggi negeri-negeri yang dipertikaikan itu," katanya pada Sinar Harian dalam satu wawancara khas di sini, hari ini.

Sebelum ini PKR dilaporkan sedang menyiasat keputusan 27 kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada PRU13 lalu berdasarkan alasan wujud elemen penipuan.

Siasatan mengenainya sudah pun dijalankan awal minggu lalu berdasarkan 237 aduan dan laporan daripada orang ramai berhubung dakwaan itu.

“... siasatan berdasarkan empat kriteria iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus, tidak sepadan dengan undi rosak, peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan daripada undi biasa serta kerusi Parlimen mempunyai bukti penipuan bersama dan laporan polis.

"Empat kriteria itu akan diguna pakai untuk menetapkan kerusi Parlimen dan Dun yang akan disiasat dengan lebih mendalam,” katanya pada satu sidang media berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Ahmad turut menyatakan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum boleh memfailkan petisyen dalam apa jua perkara.

"Tidak semestinya mengenai dakwat kekal, tapi apa jua perkara.

"Sebab itu saya minta parti politik kumpul bukti, kemudian kita berhujah dimahkamah," katanya lagi.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1