Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Analisis PRK. Show all posts
Showing posts with label Analisis PRK. Show all posts

08 February 2014

PRK KAJANG : Siapa Bakal Terbongkang?

Bhai/DeeDee semua...

Kalo tanya gua .... Yang terbongkang dalam PRK Kajang nanti bukanlah Anwar Ibrahim.... Yang terbongkang juga bukan Khalid Ibrahim.... Bukan jugak Azmin Ali..... Tapi.... tapi yang terbongkang dalam PRK Kajang nanti aderlah kesepakatan dalam Barisan Nasional (BN) dan jugak kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR)

Rakyat Malaysia keseluruhannya akan melihat apa yang berlaku di PRK Kajang nanti sebagai satu terjemahan untuk PRU14...


Kalo UMNO bertegas nak jugak kerusi Kajang dengan meminggirkan MCA sebagai penyandang kerusi sedia ada.... pastinya golongan Cina akan melihat UMNO sudah menjadi terlalu mementingkan diri... sudah menjadi abang besar... sudah besar kepada.... Dan pastinya pengundi kaum Cina yang selama ini kukuh bersama MCA akan melihat MCA seperti tidak ada kuasa lagi... MCA sudah jadi parti MaChAi .... sudah tak berguna.... dan kemungkinan mereka akan akhirnya menubuhkan satu parti baru untuk kaum Cina ataupon mereka memberikan undi kepada DAP pada PRU14...

Sama juga dengan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat... Nampaknya PAS sudah terlalu perasan yang mereka mendapat sokongan mutlak dari semua pengundi ... Malah PAS sudah merasakan bahawa mereka juga selayaknya menjadi abang besar dalam Pakatan Rakyat... dan ini telah di buktikan di Sg Acheh dan Kota Damansara pada PRU13 serta di Terengganu. Malah selepas PRU13 ... keadaan di Kelantan pun nampaknyer sudah menjadi kucar kacir disebabkan PAS berasakan kemenangan sehingga berjaya mentadbir Kelantan sekali lagi hanyalah dari usaha ahli, penyokong dan pengundi PAS semata-mata... Sikap besar kepala ini memang akan menyebabkan peralihan undi yang besar pada PRU14 nanti..

Jadi... kalu ikut maklumat yang gua dapat (sanad dier bersifat hasan) ... mengatakan bahawa PAS akan juga meletakkan calon mereka pada PRK Kajang kononnya sebagai bekap kalo-kalo calon PKR tidak hadir pada masa penamaan calon (seperti yang berlaku di Kota Damansara) ...makanyer... memang akan ader yang terbongkang...

Sosek-sosek dalam politik sekarang nih menyebabkan beberapa kecelaruan timbul.... maklumat yang sama juga memberitahu bahawa proses boikot secara belakang tabir memang akan dijalankan oleh pemuka-pemuka PAS pada PRK Kajang.... sebagai usaha mereka untuk menyekat Anwar Ibrahim dari berpeluang untuk menduduki kerusi MB Selangor.... malah kalo ditakdirkan Anwar Ibrahim menang di PRK Kajang pon... gua dikhabarkan akan ader usaha untuk memujuk Sultan Selangor supaya tidak melantik Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor sekiranya Khalid Ibrahim meletakkan jawatan MB... Mereka akan menggunakan pelbagai alasan termasuk mengatakan bahawa PAS memiliki lebih kerusi berbanding PKR...

Gua takder taksub kat mana-mana pemimpin waima di pihak PR mahupun BN.... tapi gua cukup menyampah sikap Melayu Hutan yang sanggup sabotaj dan khianat lebih teruk dari Mamak Mandeliar..... Hampeh aaa..... Poodah la wei....

24 July 2013

Analisis Keputusan PRK N1 Kuala Besut

Bhai/DeeDee sekalian....

Sori... kali nih gua tak sempat nak buat analisis keputusan PRK N1 Kuala Besut... banyak sibuk aaa.... tambah lagi malas nak kontek bebudak Agensi yang lepak berkampung disana dah lebih dua minggu.... Kesian kat diorang....


Aper pon... dari aper yang gua dimaklumkan.... ader beberapa perkara yang jelas kelihatan pada PRK N1 Kuala Besut yang mungkin akan menjadi penanda aras bagi mana-mana kempen Pilihanraya Kecil (PRK) selepas ini....
  1. Tawaran pembangunan dan infrastruktur bagi penduduk dan pengundi di Kuala Besut adalah hampir RM500 juta
  2. Beberapa projek "mee segera" berjaya dilaksanakan termasuklah pembinaan rumah baru bagi mangsa kebakaran yang mana ianya disiapkan dibawah kelolaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  3. Sumbangan wang ringgit dan harta benda mencurah macam air jatuh ke tanah
  4. PAS yang selama ini diwarwarkan menolak rasuah telah dilihat melakukan satu bentuk rasuah (isi minyak petrol) kepada bakal para pengundi di Kuala Besut
  5. Penggunaan sepenuhnya agensi kerajaan oleh parti yang memerintah adalah pada skala yang amat menakutkan.
  6. SPR seperti biasa berat sebelah dalam urusan pentadbiran pilihanraya dan pengundian
  7. Calon BN yang melakukan satu kesalahan serius dibawah Akta Pilihanraya sekadar dipandang sebelah mata oleh SPR
  8. Pegawai dan kakitangan SPR (mungkin ada yang menyamar) dilihat menggunakan kenderaan biasa (bukannya berlogo SPR) dan bercermin gelap keluar masuk didalam pusat pengundian
  9. Duit dibayar kepada pengundi dibuat secara terang-terangan tanpa SPR mengambil tindakan menyiasat.
  10. Penggunaan anggota polis yang terlalu ramai dalam PRK yang agak ketara.
Aper pon.... seperti mana yang semua sedia maklum.... Inilah penanda aras bagi PRK lain yang akan datang... dan pastinya pada masa akan datang... kesalahan dan salahlaku terhadap Akta Pilihanraya akan menjadi lebih kronik...

SPR perlu berubah dan SPRM perlu jugak berubah.... jika kita mahu Pilihanraya yang telus, bebas dan adil.

Tahniah diucapkan kepada calon BN yang telah memenangi kerusi N1 Kuala Besut dalam Pilihanraya kecil yang baru sahaja selesai. Cuma satu sahaja yang pelik pada pandangan gua.... Dimana dier calon PAS ... kenapa dier tak hadir ke meja pengurusan SPR semasa dipanggil oleh Pengurus Pilihanraya Kecil.... Ader sesiapa boleh bagitau???


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1