Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Peranchis. Show all posts
Showing posts with label Peranchis. Show all posts

16 February 2023

Tak Habis Lagi Dengan Waris Sulu

Bhai/DeeDee semua...

Tak habis lagi aaa.... itu hari kata dah setel ... dah selesai... kini dua aset milik Petronas di Luxemburg di kacau lagi... di sita...

Katanya ada keputusan untuk menguatkuasakan penghakiman yang lama... katanya dokumentasi penghakiman yang lama telah diperbetulkan...

Adoilah...

Jahanam...

Kena Lagi


Bailif mahkamah di Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan baharu untuk dua unit firma minyak negara Malaysia Petronas minggu ini. Ini berikutan permohonan oleh ‘waris’ bekas kesultanan untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion yang mereka menangi terhadap Malaysia, kata peguam waris itu dan dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters.

Warga Filipina yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu yang terakhir sedang berusaha untuk menguatkuasakan anugerah AS$14.9 bilion yang diberikan kepada mereka oleh mahkamah timbang tara Perancis tahun lalu, susulan pertikaian berlarutan dengan kerajaan Malaysia berhubung perjanjian tanah era penjajah.

Malaysia, yang tidak mengambil bahagian dalam timbang tara itu, menyifatkan proses berkenaan adalah tidak sah. Ia kemudian memperoleh penangguhan anugerah di Perancis tetapi keputusan tersebut tetap boleh dikuatkuasakan di luar negara di bawah perjanjian timbang tara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Petronas berkata ia akan menentang sebarang tuntutan yang dibuat ke atas asetnya dan Malaysia berikrar untuk menggunakan semua langkah undang-undang untuk menghalang asetnya, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, daripada dirampas di luar negara.

Unit Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus pertama kali dirampas pada Julai 2022, tetapi kerajaan Malaysia berkata bulan lalu bahawa perintah itu telah diketepikan oleh mahkamah daerah Luxembourg.

Pada hari Selasa lalu, dokumen mahkamah yang dikongsi oleh peguam waris itu, Paul Cohen, menunjukkan bahawa bailif mahkamah di Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan kedua ke atas unit dan akaun bank berkaitan.

Cohen, dari firma guaman British, 4-5 Gray's Inn Square, memberitahu Reuters bahawa mahkamah daerah Luxembourg sememangnya telah menarik balik perintah rampasan pertama mengenai isu kecil yang telah ditangani, tetapi tidak membuat penghakiman berhubung merit timbang tara berkenaan.

"Terdapat ketetapan teknikal yang kini telah ditangani dengan berkesan, dan perintah pembekuan sekali lagi dilaksanakan ke atas aset Petronas di Luxembourg," katanya menerusi e-mel.

18 May 2012

Bubarkah Parlimen Hari Ini?

Bhai... sori dua tiga hari nih gua tarak sempat nak update blog nih... kerja banyak la.. hahaha

Aper pon.. semalam gua jumpa ngan kawan gua.. seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang berkhidmat dalam satu agensi pemikir (Think Tank)... Lama dah tak jumpa dier... bukan aper... cuma gua segan nak jumpa dier .. takut nanti orang kata gua nak guna kabel ker aper ker... hahaha

Hahaha... opps.. stop citer benda takder kena mengena...

Okeh.. berbalik kepada tajuk artikel nih... Semalam member gua tue tercabul la mulut dier... dier kata besar kemungkinan Najib Razak akan bubarkan Parlimen hari nih...

Persoalan yang ader... Bubarkah Parlimen hari ini? Kalu ikut tradisi.. dah chanteq... hari Jumaat.... mmmm
Cuma yang jadi musykilnyer... Najib Razak tue berani ker nak bubarkan Parlimen sekarang nih... kalu dier tunggu nak bubarkan pada lepas Raya Haji... huh.. masa tue Kes Scorpene dah mula dibicarakan di Peranchis... masak dier...
\
Mmmm.... so.. jadi ker dier nak bubarkan hari nih aaa... kiter tengok jer aper akan berlaku pada pukul 4.30  petang nih.... tunggu.. mana tau ader pengumumannyer.... bukak-bukak la TV time tue... hahaha

28 April 2010

Razak Baginda Sudah Lari

Hahahaha... Razak Baginda sudah lari.. takut punya pasai.. tinggal la Najib Razak sengsorang ... hahaha... camana nak tai chi team perundangan dari Peranchis yang dah datang ke Malaysia untuk siasat berkaitan dengan Altantuya (oops... tentang kapal selam yang tak boleh menyelam).

Mampuih Najib Razak nanti... terketar-ketar dier nak jawab... Razak Baginda dah cha aliff butt ... hahaha... takkan nak mintak Rosmah Mansor tolong jawab kot... hahaha...

Sure la lepas nieh terpaksa la Scorpene tue ditambat kat tepi Masjid Jamek... kat Sg Kelang atau Sg Gombak tue.. hehehe....

Ini semua Razak Baginda punya pasai.... pakar motivasi konon... kaunselor kanan konon... tapi pengecut lari tinggalkan Najib Razak jer sengsorang nak cover Altantuya... Team dari Peranchis nih dier bukan kira... semua disiasatnyer... sampai seluar dalam pun kena siasat punya... hahaha...

Hahaha... kantoi... kantoi.... nasib la korang labu....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1