Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Inflasi. Show all posts
Showing posts with label Inflasi. Show all posts

12 January 2024

Tangga Gaji Pekerja

Bhai/DeeDee semua...

Seingat gua la pada tahun 2000, gaji seorang juruteknik komputer yang baru disahkan dalam jawatan adalah sekitar RM1800 sebulan.

Dan sekarang pun pada 2024, tangga gajinya pun lebih kurang macam itulah jugak. Tak berubah secara ketara pun.

Walhal, selayaknya kalu mengikut kiraan kadar inflasi, dia layak mendapat gaji sekitar RM2900 sebulan. Barulah dia boleh menyara hidupnya dengan bermaruah.



14 July 2023

Kadar Inflasi Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Sekadar berkongsi carta kadar inflasi Malaysia ini... lain-lain kita fikir sendiri la... Huhuhu

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



07 May 2023

Impak OPR Terhadap Ekonomi dan Rakyat

Soalan : Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, adakah kenaikan kadar OPR akan menyebabkan ekonomi Malaysia lebih berkembang atau menguncup. Bagaimana pula dengan impak kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan?

Jawapan : Kenaikan kadar OPR (Overnight Policy Rate) adalah keputusan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa dan matlamat jangka panjang untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Kenaikan kadar OPR biasanya dilakukan untuk mengawal inflasi, yaitu kenaikan harga barang dan perkhidmatan, yang boleh memberi kesan buruk kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Namun begitu, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada kewangan dan perniagaan. Institusi kewangan yang berada di Malaysia seperti bank-bank akan menaikkan kadar faedah pinjaman mereka secara umum apabila kadar OPR naik, dan ini mungkin memberi kesan terhadap golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan.

Secara umumnya, kenaikan kadar OPR akan memberi kesan pada kewangan dan perniagaan, tetapi kesan kepada rakyat terutamanya golongan B40 mungkin bergantung pada keadaan semasa dan bagaimana pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengawal kesan buruk daripada kenaikan tersebut.

Oleh kerana kenaikan kadar OPR akan menyebabkan peningkatan kos pinjaman, ia boleh memberi kesan negatif kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang bergantung pada pinjaman untuk memenuhi keperluan asas seperti pembelian rumah dan kenderaan. Kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada pasaran saham dan pertukaran wang asing.

Namun, jika dilihat dari sudut yang lain, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi impak positif kepada ekonomi negara dengan meningkatkan kemenjadian dan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di Malaysia. Oleh itu, keputusan untuk menaikkan atau menurunkan kadar OPR sepatutnya diambil berdasarkan keadaan semasa ekonomi negara dan perlu diimbangi dengan keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi jangka panjang.

Selain itu, perlu ada langkah-langkah melindungi golongan B40 dan membantu mereka menangani kesan kenaikan kadar faedah ini seperti memperkenalkan skim khas atau memberikan bantuan kewangan yang sesuai.

Berkaitan : Operasi Peras Rakyat?, OPR Naik Kali Ke 5,

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



30 December 2022

OPR Bakal Naik Lagi 2023?

Bhai/DeeDee semua...

Takder perkataan yang paling sesuai untuk gua ulas berkenaan OPR yang mungkin akan dikenakan kenaikannya 2 kali pada 2023 orang Bank Negara Malaysia selain...

GAMPANG LA

Itu jer selayaknya yang gua ucapkan kat Kerajaan dan BNM sejak dulu lagi sampai la nih...

Memang GAMPANG


Kenyataan BNM pada November memberikan peringatan yang jelas bahawa tekanan inflasi berkemungkinan kekal pada 2023, dan bank pusat juga menekankan kesediaannya untuk kekal cenderung kepada kadar faedah tinggi, jika perlu.

“Kami mengunjurkan dua lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas ke atas kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus berdasarkan unjuran kami bagi 2023,”

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (CGS-CIMB) mengunjurkan inflasi Malaysia berada pada 3.0 peratus tahun ke tahun pada 2023, berbanding unjuran bagi 2022 pada 3.3 peratus tahun ke tahun.

Ketua Ekonomi, Nazmi Idrus berkata campur tangan kerajaan dalam perkara seperti harga ayam, petrol dan bayaran tol akan terus membendung sebahagian inflasi dalam jangka masa terdekat.

23 December 2022

Statement Rafizi Ramli Macam Haramjad

Bhai/DeeDee semua...

Tadi ader sesi live bersama Rafizi Ramli... ditayangkan kat banyak medium termasuk di Media Sosial... Awalnya gua tak perasan... tapi gua dapat dengar mostly 2/3 daripada event live dier.... Dan dari apa yang gua dapat simpulkan dalam live tadi tue adalah...

"Rafizi Ramli tak professional" 

Gua tau kenyataan gua ini akan ditentang dan diserang habis-habisan oleh ramai Walanon dan Bangsa Slurpp... tapi aper ader hal.... gi mampos la... gua cakap benda yang benar dan telus... takder nak bodek dan ampu... dan takder nak sided mana-mana.... benda BANGANG kena la cakap ianya BANGANG ... 

Hahaha .... kan kan kan... Macam mana la boleh naik jadi Menteri Ekonomi kalu masih keluar statement bangang dan bangkai.... adoilah....

Antara statement Rafizi Ramli paling macam haramjad aderlah...

"By right (sewajarnya) kalau harga ayam dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan ayam" 

Statement sama bangang macam Menteri jaman BN dan PN..... sebijik statement macam Lobai PAS .... bangang.... hahaha .... bangkai betul lar.... huhuhu

p/s : Walanon dan Bangsa Slurpp nampaknya lagi bangkai dari Walaun dan Machai.... hahaha


Rafizi berkata jika pengguna tidak membeli atau menggunakan barangan yang mengalami kenaikan harga secara tidak wajar, peniaga dan pembekal akan merasakan mereka tidak patut menaikkan harga secara sewenang-wenangnya.

"Walaupun harga makanan dan minuman bukan alkohol terus naik, orang ramai terus membeli dan membayar pada harga lebih tinggi yang dikenakan peniaga.

"Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan harga barang makanan dan minuman bukan alkohol yang terus naik dan dirasakan tidak turun.

"By right (sewajarnya) kalau harga ayam dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan ayam," katanya lagi.

Dengan kadar inflasi empat peratus bagi November, harga makanan dan minuman bukan alkohol tetap menunjukkan trend peningkatan, kekal melebihi kadar tujuh peratus dan mengalami peningkatan dalam indeks harga pengguna.

Menurut data, makanan dan minuman adalah bahagian terbesar dalam purata perbelanjaan isi rumah iaitu 30 peratus, dan perbelanjaan makan di luar pula 11 peratus.

26 July 2012

RM2.2 Bilion ???

Pergh.... mana nak cekau RM2.2 bilion nih.... dalam keadaan defisit negera yang agak meruncing nih... dalam keadaan ekonomi yang kureng stabil diseluruh dunia... sampaikan Jepun dan Greece diancam bankrap.... Najib Razak umumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam yang jumlah keseluruhannya mencecah RM2.2 bilion...

Bhai.. bukannyer gua tak bersetuju kakitangan awam dapat imbuhan nih... gua bukan dengki la bhai... bini gua pon kakitangan kerajaan... tapi aper yang gua cukup risau aderlah kestabilan ekonomi negara...

Kalu pasai bonus nih boleh menyebabkan Malaysia terpaksa mengeluarkan bon tanpa skrip macam empat tahun sudah... rasanyer parah ekonomi negara nih... mmmm.... skarang memang gawat.... harga barang keperluan makin meningkat....

Aderlah lebih baik kalu Najib Razak umumkan bahawa harga barang keperluan akan diturunkan atau harga minyak petrol dan diesel diturunkan kepada paras RM1.26 sen seliter...yang ini gua rasa lagi berkesan dari beri imbuhan macam nih.... Imbuhan nih cuma dapat kat kakitangan dan pesara kerajaan jer....rakyat terbanyak tak dapat kesan manfaatnyer... tapi yang pasti... harga barangan keperluan akan lagi meningkat lepas nih...

Kesian gua kat rakyat marhaen yang kerja kampung... nelayan... petani... pesawah... pekebun.... jadi mangsa la diorang nih....

02 October 2010

Dari Mana Datangnya Duit

Bhai.... Gua ader satu persoalan tentang dari mana datangnya duit... hehehehe... so Gua ader satu soalan cepumas... saper boleh jawab kira dier hebat la...

Soalannya berbunyi begini.... "Setiap kali musim raya, semua orang berebut nak dapatkan duit kertas baru RM1 atau RM5. Persoalannya.... adakah semua duit kertas yang baru ini dibuat hasil dari perlupusan duit kertas yang lama atau...... BNM cuma cetak duit baru secara atas angin sahaja" ....?

err... amacam? boleh jawab ka?

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1