Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pasaran. Show all posts
Showing posts with label Pasaran. Show all posts

10 February 2024

Polisi Malaysia Yang Silap

Bhai/DeeDee semua...

Dulu pelabur bukak kilang di Malaysia sebab ader ramai pekerja mahir di Malaysia. Pekerja yang tak perlu teruk dilatih.

Lepas tu Kerajaan (pada 1995) membenarkan pekerja asing (sehingga 90%) diambil bekerja di kilang-kilang berteknologi tinggi ni.

Pekerja mahir kita diarahkan untuk berikan training kepada pekerja asing nih.

Sekarang ni pekerja asing tu semua dah balik ke negara mereka. Balik Vietnam… dan kilang itu pon dah bukak kat Vietnam.. yang di Malaysia depa dah tutup… Naya betul la.. semua kerana polisi yang salah…

Dan lagi terkini .. Kerajaan nak benarkan pelabur bawak masuk pekerja asing level berijazah masuk Malaysia dengan banyaknya.

Rakyat Malaysia? Pigi mampos la korang takder kerja pon. Huhuhu… Kerajaan mana nak pikir bab tue.

Bodoh yang tak boleh nak dinasihat, nak diajar


.

01 February 2021

Ekonomi Makin Teruk, Tapi Kerajaan Masih Leka

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum bahawa ekonomi Malaysia sebenarnya rapuh... rapuh yang agak melampau bilamana kesan langsung akibat dari wabak Covid-19 sebenarnya mengancam lebih teruk kepada keseluruhan sistem ekonomi dan kewangan Malaysia..

Betapa payahnya kita nak bertahan dengan menggunakan beberapa sovereign fund yang kita ader... dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera... serta beberapa dana lagi...

Jika sebelum ini kita dapat mentadbir 1MDB dengan lebih baik, telus dan menguntungkan... tentunya kita masih boleh bertahan lebih lama dalam menghadapi kemelut ekonomi dan kesihatan ini...

Tapi ialah... siapa yang dapat menjangka apa yang akan terjadi... dalam keadaan kolam takungan yang kita ada pun dah dikeringkan airnya sebelum ini atas sebab salahlaku yang berlaku,... jadi bila keadaan kemarau ini berlaku... memang tak boleh bertahan lama...

So... kerajaan kena proaktif... cukup-cukuplah berpolitik untuk mengekalkan kuasa... mengekalkan jawatan .. ini semua retorik... Kena bingkas cepat dan pantas... kena jadi hybrid... kena berubah... Jika lambat sedikit jer... kita memang akan menerima kesan yang amat teruk... amat memberikan kesan yang lama untuk pulih... itu pon kalu boleh pulih...

Kalu kojol macam mana??? Hahaha ... janganlah leka...







05 November 2013

Saper Kata Gula Mahal?

Bhai/DeeDee sekalian...

Saper kata harga gula aderlah RM2.84 sekilogram.... Takder la... Itu semua tipu... Betul tipu...

Sebab harga gula sekilogram yang sebenarnya aderlah RM1 jer... Kalu lu orang ader nampak sesiapa jual gula pada harga RM2.84 sekilogram tue... Lu orang boleh report samer KPDNKK... Boleh bagitau Hassan Malek...

Harga gula pasir bertapis di Malaysia masih kekal termurah di dunia iaitu pada harga RM1 sekilogram...

Jadi kalu nak beli gula pada harga murah... Sila hadir ke mana-mana pejabat UMNO/BN yang berhampiran dengan membawa wang RM1. Hanya pelanggan yang membawa wang kecil sahaja akan dilayan..

Seorang pelanggan hanya dibenarkan membeli tidak lebih dari 1 kilogram gula pada satu-satu masa. Bagi mereka yang memiliki surat sokongan daripada mana-mana Ketua Cawangan UMNO, had pembelian yang dibenarkan adalah 10 kilogram pada satu-satu masa.

Tawaran jualan murah gula ini sah di mana-mana pejabat UMNO/BN ataupon di Kedai 1Malaysia yang tersenarai sahaja.

Harap maklum.

10 May 2012

IPO Felda Global Venture

Hahaha... banyak orang yang sedang ternganga la nih... hahaha... yer la... ader tiga empat sebab diorang ternganga...

  1. Ternganga pasai dengaq citer dapat RM15 ribu...
  2. Ternganga biler dengaq citer saham-saham... dan pasaran saham...
  3. Ternganga dengar labun boleh jadi jutawan segera..
  4. Ternganga dengar citer gempak pasai Felda ...
  5. Ternganga dan ternganga lagi biler tau pasai boleh buat pinjaman bank beli saham FGVHB
  6. Ternganga biler dengar boleh buat pinjaman tanpa cagaran..
  7. Ternganga biler tahu boleh buat pinjaman tanpa had....
Tapi ngaga diorang nih... sampai langau boleh masuk dalam mulut... hahaha... diorang lupa bahawa...
  1. Pinjaman tue kena buat ngan Maybank (Maybank tue UMNO punya la.. hahaha)
  2. Pinjaman tue kena bayar bulan-bulan start dari tarikh pinjam
  3. Saham tue hanya boleh jadi duit kalu dijualkan pada harga tinggi.. kalu harga jatuh... simpan jer la... hahaha
  4. Harga Pra IPO biasanya sekitar RM1 seunit... tapi dijangkakan naik masa IPO sehingga RM3 atau RM5 dalam satu hari (ini memang biasa untuk semua IPO)
  5. Harga saham akan turun naik selepas itu.... lagi lama simpan... lagi banyak la kena bayar hutang bank..
  6. Bank biasanyer akan buat satu terma (bayar full settlement) cuma boleh dibuat selepas tempoh bertenang biasanyer selepas 6 bulan... jadi... kalu saham FGVHB nih jatuh merudum dalam tempoh 6 bulan tue... mampuih kena bayar hutang dan tanggung rugi.
  7. Kalu harga saham FGVHB kekal lebih tinggi dari harga Pra IPO... selama lebih 6 bulan.. makanya boleh untung kalu jual dan tolak hutang Maybank
  8. Maybank tetapkan caj bunga atas pinjaman tersebut pada 5% (lebih tinggi daripada pembiayaan peribadi biasa - contoh BSN cuma menetapkan kadar bunga pinjaman peribadi pada sekitar 2.99 atau 3.5% sahaja)
Nak kata untung... kalu beli saham Pra IPO FGVHB nih... memang gua stuju untung... tapi kalu pakai modal sendiri la.. sebab .. dalam tiga hari selepas IPO ... boleh dah jual... masa tue harga akan pergi pada nilaian "Highest Peak Price" ....  tapi lepas tue... hehehe... harga akan jadi stagnant... hahaha... statik atau merudum... hahaha

Kalu gua ader duit banyak... gua tak beli sekarang nih... tapi gua akan beli direct ngan mana-mana pakcik makcik peneroka Felda yang dah tersangkut hutangnyer ngan Maybank pasai beli saham nih... gua akan beli saham nih secara bawah  harga market.... harga nak kasi pakcik makcik nih setel hutang bank jer... hahaha... yang penting gua untung... hahaha...

Pergh... kapitalis sungguh la gua nih.... hahaha.... lantak la.... saper suruh terlibat ngan saham....  pakcik makcik Felda nih ingat IPO FGVHB nih samer sebuntat sebijik macam saham ASB... hahaha... cukup tahun dapat dividen dan bonus... hahaha.... maner taknyer... Ahmad Maslan, Isa Samad dan Najib Razak dok labun macam tue... hahaha... percaya besar la pakcik makcik Felda nih... hahaha

Kantoi... kantoi... 

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1