Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

27 March 2023

Kelantan Serambi Mekah - Tapi Ramai Ponteng Puasa

Bhai/DeeDee semua...

Kah kah kah.... katanya Kelantan nih Serambi Mekah .... tapi ramai ponteng puasa.... Apa nak jadi la.... Kepimpinan ulamak pon tak dapat membentuk warga rakyat negeri ka?? Hahaha... lawak siot...


Muslihat seorang peniaga yang menjual makanan kepada golongan yang tidak berpuasa bertindak menyembunyikan nasi bungkus di dalam mesin basuh dan lauk di tandas tidak berhasil apabila berjaya dihidu pihak berkuasa.

Situasi itu berjaya dikesan dalam operasi oleh Pejabat Agama Daerah Bachok, Kelantan dan Majlis Daerah Bachok di sekitar kawasan Tangok, semalam.

Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof berkata, dalam operasi itu antara 10 pagi hingga 12 tengah hari itu pihaknya berjaya merampas lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam dan minuman teh o ais.

Selain itu katanya, seorang wanita yang juga pemilik rumah yang diserbu berusia 40-an juga diberi amaran agar tidak mengulangi aktiviti terbabit.

“Operasi itu dilakukan hasil pemantauan dan aduan awam yang mendapati pemilik rumah menjual makanan dan minuman kepada individu tidak berpuasa.

"Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap di dalam tandas.

"Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.

"Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,"


27 December 2022

Takdak Siapa Sekat Pun

Bhai/DeeDee semua...

Adoilah... Nih Muhyiddin Yasin meroyan pasai apa.... Hahaha... Takdak siapa sekat pun mana-mana penceramah atau pendakwah nak bagi ceramah, kuliah atau tazkirah la.... Benda simple jer... semua orang yang nak mengajar agama di Malaysia nih kena amik tauliah... kena amik pengesahan... 

Nak amik tauliah dan pengesahan tue tak susah mana pun... datang Majlis Agama... isi borang... tunggu proses Interview... hadir dan bawak semua dokumentasi (sijil/diploma/degree/masters/phd) termasuklah kalu ader dokumentasi pengesahan belajar secara pondok atau tahfiz bagai...

Kalu kosong takder dokumentasi... macam mana nak dapat tauliah??? Belajaq kat mana pun tatau... nak disahkan (verified) pun susah... semua dokumen nak kena authenticate lar.... 

Adoilah... takkan nak amik penceramah merapu kutip belajar ntah mana-mana... karang dibuatnya ajar benda mengarut dan sesat camana... sapa nak pantau.... banyak wei penceramah takder tauliah... glamer jer lebih tapi tauliah pon takdak... malah pendidikan akademik agama pun tak dapat nak verified dan di authenticate.... macam Azhar Idrus tue la...

Serupa nak bawak motor atau kereta la... kena la ader lesen... nih tambah pulak bawak bas atau keretapi... ramai penumpang (pengikut / pelajar) .... jahanam kalu takdak lesen... kalu eksiden.... insuran / takaful pon takdak cover... null and void...

Apa gila nak bagi drebar bas / keretapi bawak penumpang atau barang takdak lesen...

Atau...

Apa gila nak bagi pilot kapalterbang bawak penumpang atau barang takdak lesen...

GILA KA??? BODOH KA??? 
Gila sengsorang cukup la... jangan sabitkan atau jangkitkan kegilaan tue ngan orang lain...



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyeru pihak berkuasa supaya tidak menyekat pendakwah bebas yang menyatakan sokongan terbuka kepada gabungan pembangkang itu.

Muhyiddin berkata, memandangkan pilihan raya telah berakhir, sewajarnya tiada mana-mana pendakwah yang tidak sehaluan kerajaan disekat daripada menyampaikan ceramah.

"Saya tahu ramai pihak berpengaruh termasuk pendakwah bebas dan artis terkenal yang memberikan sokongan terbuka kepada PN dalam PRU-15 yang lalu.

"Ada juga pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi.

"Selepas PRU selesai, seeloknya tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik.

“Baru lah boleh dikatakan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif," katanya

02 December 2013

Label Melabel

Bhai/DeeDee sekalian...

Sori... Walaupun gua bersetuju dengan statement mamat nih... Tapi bukan semuanya gua bersetuju... Tambah lagi mamat nih main rangkum jer mana-mana yang dier tak berkenan pasai tak sealiran dengan dier sebagai sesat..

Walhal selagi aqidah adalah sama... bab-bab cabang @ furuq nih aderlah perkara biasa... Bab-bab furuq tidak menyebabkan berlakunya kesesatan... Kalo pon ader puak tolak bidaah (hasanah)... Itu tidak menyebabkan puak itu sesat... Main borong jer la mamat nih.... Aper daa

Kalu betul lar mamat nih betul dan yang lain sesat... Kenapa tak mamat nih bertegas berceramah sana sini bab rasuah, bab tumbuk rusuk, bab politik wang, bab tipu rakyat, bab khianat rakyat, bab zalimnya pemerintahan... Hahaha...  Sembang label melabel jer pandai mamat nih...  Poodah la ....

Hampeh aaaa... Boleh blah aaaa..






11 June 2013

Boleh Masuk Neraka

Bhai..... benda nih gua amik dari satu blog nih.... aper yang diceritakan olehnyer tentang perkara nih memang betul... gua tau benda nih... Sesuatu yang biasa kita buat secara sambil lewa... gua pon tak terkecuali... amik ringan terhadap doa (walaupun doa makan)

Gua ader jugak jumpa tuan guru dan ostad yang jugak buat sambil lewa semasa nak menikmati hidangan.... Macam hampeh jer.... Maha Suci Allah yang telah menurunkan rejeki... Tiada daya dan upaya kami melainkan Rahmat dan Ihsan dari Allah Taala semata-mata....

#Makan tapi tak syukur, boleh masuk neraka.

#Makan tak licinkan, tak sampai habis, membazir boleh masuk neraka.

#Makan/minum tinggalkan sikit, stendet, nak ikut barat, boleh masuk neraka.

#Makan/minum tinggalkan sikit sebab takut orang kata pelahap, kebulo’, takut manusia lebih dari takut Allah, syirik, boleh masuk neraka.

#Makan rejeki Tuhan, pastu derhaka dengan Tuhan, bakal masuk neraka.

#Makan tak kira halal, haram dan syubhat, boleh masuk neraka.

# Makan banyak-banyak sampai mudarat boleh masuk neraka.

# Dah tau benda tu pantang, boleh menjejaskan kesihatan, makan juga. Seperti dah ghout, ‘belasah’ sea food kaw kaw. Atau kencing manis, dok minum ‘pepsi’ lagi… Boleh masuk neraka.

10 May 2013

Sekadar Memperbetulkan Persepsi

Bhai.... Artikel nih gua tujukan khas kat blogger Azmi APA.... sori aaa terpaksa guna ruangan nih pasai kat blog lu tabley nak letak komen.... sori aaa banyak-banyak...  So... gua sekadar memperbetulkan persepsi... maaf yer Azmi APA......

  1. Ikatan Kepala (Headband) tue bukan tertulis kalimah Allah.... Ianya sekadar perkatan Partai Islam SeMalaysia (PAS) dalam tulisan JAWI berkhat.
  2. Tiada salah bagi sesiapa pun (tiada hukum oleh para ulama dahulu dan terkini) berkenaan sesiapa memakai baju atau pakaian berlambangkan kalimah tauhid... sebab pada diri manusia itu sendiri... pada batang tubuh manusia itu sendiri adernyer kalimah tauhid itu sendiri... sila rujuk kepada ilmu hakikat dan makrifat...
  3. Pada tangan manusia (telapak tangan) ada ingatan nama-nama Allah dalam bentuk nombor dalam bahasa Arab sekadar untuk mengingatkan manusia akan janji-janji mereka kepada Allah Taala. ... Itu sebabnya disuruh menadah tangan ketika berdoa... supaya nampak 99 nama Allah itu di telapak tangan. Sila rujuk "Rahsia Menadah Tangan Ketika Berdoa"
  4. Hanya orang Islam sahaja yang wajib mandi junub... Orang kafir (bukan Islam) tidak perlu mandi junub melainkan setelah dia mengucap dua kalimah syahadah dan beriman kepada Allah Taala...
  5. Hukum bagi orang bukan Islam (kafir) jika memegang Al Quran atau musyhaf jika tidak berniat jahat adalah harus... (sila rujuk dengan ulama dahulu mahupun terkini)... tambah lagi hidayah hanyalah datang dari Allah... bukan dari manusia...
  6. Al Quran dan musyhafnya (kalam) aderlah bersifat "makhluk"..... jadi tiada masalah bagi sesiapa pun untuk memegang dan membacanya.... melainkan bagi seseoorang Muslim, mereka perlu bersih dari hadas....
  7. Kurang wajar bagi seseorang yang Muslim yang beriman mempermainkan perkataan "takbir" .... kerana ianya mungkin akan menyebabkan orang bukan Islam (kafir) juga akan mengikut mempermainkannya.
Sekian.... harap blogger Azmi APA tidak marahkan gua pasai artikel nih.... gua sekadar memperingatkan sesama kiter kengkawan baik.... gua harap jangan la kerana teguran gua ini akan menyebabkan lu marahkan gua...

Moga Allah merahmati dan mengampunkan segala dosa semua yang membaca artikel ini... dan memberikan hidayah kepada yang bukan Islam.... Ameen..

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.....



UPDATE TAMBAHAN : Isu berkaitan Al Quran itu bersifat "makhluk" yang gua maksudkan aderlah ianya sekadar Kalamullah.... tidak sama atau lebih tinggi dari Allah Taala... Harap Allah Taala mengampunkan kalu ader gua terkhilaf

24 February 2013

Melayu Hutan VS Orang Utan

Bhai.... Aper yang lu tau pasai Melayu Hutan.... hahaha.... Melayu Hutan nih aderlah satu spesis Melayu yang memang tak bercampur... jumud... dan perasan dier aderlah makhluk terbaik berbanding makhluk lain... hahaha... sebab itu la Melayu Hutan nih jadi camnie... hahahaha... sebab Melayu Hutan aderlah spesis terancam.... ntah saper yang mengancam pon tak tau la... tapi spesis Melayu Hutan nih sentiasa rasa terancam.... hahahah

Melayu Hutan nih cuma layak berkawan dengan beruk, kongkang, ungka, lotong, siamang, mawas dan kera.... Melayu Hutan nih tak layak berkawan dengan Orang Utan sebab Orang Utan aderlah Orang.... manakala Melayu Hutan aderlah "XXXXXXXX" ....


Gua tak terkejut kalu masih ader banyak lagi spesis Melayi Hutan nih dalam Malaysia.... Gua rasa aaa.. National Geographic perlu buat kajian dan videokan semua maklumat yang berkaitan dengan Melayu Hutan nih...  sebab yer la... Melayu Hutan nih makin pupus... sebab otak dier yang dikurniakan oleh Allah Taala tidak dimanfaatkan sebaiknya... jadi biasa kalu makhluk yang tak mahu guna otaknya dengan baik.... InsyaAllah Taala.... akan diambil balik otak tue...

Otak Melayu Hutan nih memang patut jadi makanan Zombie Kampung Pisang.... hahaha

Kesian aaa... sebab kat Malaysia nih rupanya masih ader lagi tertinggal spesis Melayu Hutan.... ingatkan dah pupus lama dah... hahaha.... Melayu Hutan.. Melayu Hutan.... biler la nak jadi sama taraf atau atas sikit taraf daripada Orang Utan.... hahaha.... kesian...

Orang Utan lagi orang daripada Melayu Hutan.... hahahaha




SUMBER: BANkami


TANGGAL 13 Julai 2007 adalah tarikh keramat buat Adam Corrie Lee. Itu adalah tarikh dia memeluk agama Islam. Mulai saat itu, bermulalah kehidupan baharunya sebagai umat Islam. Pelakon dan koreografer itu sama seperti umat Islam lain yang turut memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim termasuklah berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Sungguhpun baru empat tahun memeluk Islam tetapi bagi Corrie, 43, ibadat puasa bukan asing bagi anak kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan ini. Menurut Corrie atau nama asalnya Lee Choon Kooi, sejak kecil lagi dia belajar berpuasa kerana dibesarkan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga yang beragama Islam.

“Saya mula belajar berpuasa ketika umur saya belasan tahun sewaktu tinggal di Kem Sungala, Port Dickson. Saya tinggal di kem askar itu kerana mengikuti bapa saya seorang askar. “Di kem itu kebanyakan askar yang tinggal bersama-sama keluarga mereka adalah orang Melayu. Apabila tibanya bulan puasa maka saya juga akan berpuasa dengan mereka.“Apatah lagi, kawan baik saya semasa kecil, Rahim merupakan anak seorang ustaz. Saya tertarik dengannya kerana dia tidak pernah tinggal solat dan perangainya juga baik.

“Rahim juga banyak memberi pendedahan kepada saya tentang agama Islam,” katanya kepada S3 sewaktu ditemui di kedai miliknya, Just Muffin di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. Jelas Corrie, dia bukan setakat pernah berpuasa sebelum memeluk Islam, malah takbir Hari Raya yang berkumandang sewaktu zaman remajanya juga banyak meninggalkan kesan kepadanya.

Kata anak keempat daripada 11 adik beradik ini, biarpun dia tidak memahami maksud takbir raya tetapi setiap kali mendengar hatinya menjadi sayu. “Sewaktu tinggal di Kem Sungala, rumah keluarga saya tidak jauh dari masjid. Jadi, setiap kali takbir raya berkumandang di pagi hari, ia boleh didengari dan saya akan terjaga daripada tidur. “Secara tidak langsung, itu antara pendedahan awal yang saya lalui sebelum saya mendalami dan memeluk Islam empat tahun lalu,” ujarnya yang juga merupakan seorang usahawan.

Pada pertemuan di kedai menjual kek muffin, Just Muffin yang diusahakannya sejak Februari lalu itu, Corrie berkata, dia bersyukur kerana hasratnya memeluk Islam mendapat restu keluarganya. Malah, dia yang mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad, 33, pada 21 November 2008, berkata, ibu bapanya turut mempunyai hubungan yang baik dengan orang Melayu.

Paling mengejutkan Corrie apabila ibu bapanya pernah memberitahu bahawa mereka pernah menyerahkan salah seorang adiknya untuk dipelihara oleh sebuah keluarga Melayu. “Ibu bapa saya pernah menyerahkan seorang adik saya yang ketika itu masih kecil kepada sebuah keluarga Melayu kerana kesempitan hidup. Adik saya itu diberi nama Sharizan Husain. “Selepas sekian lama terpisah, adik lelaki saya yang kini berusia 36 tahun telah dipertemukan semula dengan ibu bapa saya pada Tahun Baru Cina 2009. “Sharizan bukan sahaja menjalani kehidupannya sebagai seorang Islam, malah dia juga tidak boleh berbahasa Cina kerana tinggal dengan ibu bapa angkatnya sejak dari kecil,” ceritanya.

Selain itu, pengalaman hidupnya merantau ke Kuala Lumpur pada tahun 1980 kerana mahu mencapai cita-citanya sebagai seorang chef banyak membantunya mengenal agama Islam. Kata pelakon filem KL Gangster ini, dia banyak belajar daripada pengalaman pahit manisnya ketika itu. “Sewaktu berhijrah dari Port Dickson ke Kuala Lumpur, saya hanya berbekalkan wang RM30. Ketika itu, saya melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bekerja di kelab malam.

“Saya juga menyertai pelbagai pertandingan tarian dan daripada situlah saya memulakan kehidupan sebelum terbabit dalam bidang tarian dan lakonan sehinggalah ke hari ini,” katanya lagi. Selain pernah menjadi koreografer dalam Akademi Fantasia musim kedua (AF2) dan AF4 serta Mari Menari, Corrie juga pernah berlakon dalam filem Spinning Gasing dan Libas. - SUMBER

29 January 2013

Kita Marahkan Mubaligh Kristian Berdakwah

Bhai... Dah dekat dua minggu gua kena hantam sana sini "kununnya" gua pro kepada Mubaligh Kristian.... Hahaha... Macam-macam tohmahan yang gua dapat... Macam-macam cercaan yang gua dapat... Macam-macam tuduhan yang gua dapat... Bab yang paling best skali aderlah sampai satu level mengatakan gua sudah tersesat.... murtad.... Hahaha.. NauzubillahiminZaliq...

Takper... Takper...

Nih gua nak citer samer lu... Aper yang gua nak citer nih.. Hanya berkisar dengan orang Melayu... Bukan orang Islam secara keseluruhan... Tetapi cuma orang Melayu Islam (baka) nih... Okeh...

Rata-rata orang Melayu Islam Baka nih... Adalah orang Melayu yang lahir dalam keluarga Melayu Islam yang juga baka.. Jadi secara otomatiknya diorang nih rasa diorang nih lebih Islam dari orang lain... Lebih keIslamannyer dari orang yang muallaf... Hahaha... Sindrom nih Melayu jer yang ader...

Jadi dek sebab diorang nih dilahirkan dari baka Melayu Islam... Maka pada diorang... Diorang dah cukup ilmu tentang Islam... In and out... Luar dan dalam tentang Islam dah ader dalam diri dan kapla otak diorang... Sebab itu la rata-rata ramai dikalangan Melayu Islam Baka nih jarang yang belajar agama...

Abis kuat pon setakat dengar ceramah dan kuliah agama... Bab membaca malas... Mengkaji jauh sekali... Hahaha ... Malah jenis Melayu Islam Baka nih la yang kalu bab mengaji Al Quran nombor satu... Tarannum dan Siqah mesti chanteq... Lagu kena mantop... Bacaan secara tartil yaamat hebat... Malah ader ramai yang hafal Surah Ya'sin cair... Sampaikan setiap kali solat Maghrib dan hari Khamis malam Jumaat... Mesti baca Ya'sin tanpa missed...

Cuba lu tanya diorang... Pasai diorang dah hafal Surah Ya'sin tue dalam hati... Cuba tanya diorang aper makna dan tafsirnya Surah Ya'sin tue... Hahaha ... Kalu dalam 10 orang yang lu tanya ... Maybe 11 orang yang tabley jawab... Hahahaha... Okeh la... Tak payah susah-susah tanya pasai Surah Ya'sin... Tanya pasai Al Fatihah atau Al Ikhlas pon dah kira okeh.... Hahaha

Ini kira basic nih... Okeh berbalik kepada tajuk artikel gua nih... orang Melayu Islam Baka nih sebok bising kononnya para mubaligh Kristian sekarang nih dah bergerak berdakwah dengan hebatnyer... Dah memang kerja mubaligh ... So logik la diorang kuat buat kerja dakwah agama diorang...

Ini yang kita nih... Melayu Islam Baka nih... Ader ker buat kerja mubaligh nih... Kerja dakwah nih... Ala... Tak payah la nak sembang deras bagi kaki yang kepoh pasai Isu Kalimah Allah tue... Pendakwah Tabligh datang kerumah diorang pon diorang menyorok... atau berlakon konon akan datang pi dengar kerja dakwah para Tabligh nih... Hahaha... Tanya diri lu orang sendiri la wei... Berapa kaki lu dah pergi dengar kerja tarbiyah Tabligh nih... Berbanding ngan lu menyorok atau sajer takmo nak pergi... Hahaha

Kita marahkan Mubaligh Kristian berdakwah... Tapi kita sendiri pon tak pernah nak buat kerja dakwah... Lagi mau bising ka... Kiter marah orang Kristian bagi Bible kat orang Melayu.. Tapi ader ker kita bagi terjemahan Al Quran kepada orang Kristian... Hahaha

Cuba tanya diri lu sendiri... Takder perasaan malu ker biler tengok orang Kristian kuat berdakwah... Tapi lu orang sendiri tabrani dan tak buat kerja dakwah.... Hahaha .... Takkan la lu orang sumer takder kawan yang bukan Islam... Yang itu pon lu orang tabley nak tarbiahkan... Jangan sembang la nak marah kat mubaligh Kristian.... Hahaha

Penjelasan : Isu Perempuan Bertudung Di Gereja

Bhai.... Gua tau... ramai dikalangan kiter orang Melayu memang tak pernah masuk ke dalam mana-mana Gereja.... Hahahaha.. alasan yang paling gua tak tahan nak dengar aderlah... Tabley... kiter orang Islam tabley masuk Gereja... Haram..... hahaha..... lawak siot... macam la kalu masuk Gereja jer terus jatuh kafir dan kuffar.... macam la kalu masuk Gereja jer... terus termurtad.... Wei... itu cuma jenis Hassan Ali jer yang kalu masuk kedalam Gereja terus termurtad otomatik.... hahaha... jenis lemah iman..... hahahaha....

Nih... gua diberitahu kecoh blogger picisan UMB yang bawak cerita kononnya ader gadis dan perempuan Melayu bertudung di dalam Gereja mendengar kuliah dan belajar tentang Kristianiti.... hahahaha.... Nih gambar dier yang gua rembat dari diorang...


Diorang kata benda nih berlaku di satu Gereja di Ipoh..... hahahaha.....  Gua gelak jer biler tengok gambar nih.... sebab ..... sebab sohih ramai yang terpedaya dengan gambar nih memang jenis yang tak pernah pi lawat dan masuk dalam Gereja.... hahaha

Pada pemerhatian dan pengalaman gua bersekolah disekolah Missionary (St Paul, La Salle dan St Micheal) selama lebih 11 tahun .... dan pengalaman gua keluar dan masuk beberapa gereja di Malaysia dan Singapura....... gambar nih ader salahnyer.... dan gua pasti ianya telah dipalsukan (photoshop'ed)

  • Salib yang ada pada gambar itu memang salah kedudukannya.... Ini menunjukkan orang yang edit gambar ini tiada pengetahuan tentang ritual, adat istiadat dan isu berkaitan Kristianiti...... Hahahaha.... lawak siot..... sebab sepatutnya kedudukan letaknya salib itu mestilah dibahagian center of the backdrop.... ini ritual yang rigid.... melainkan kalu ader dua pasang salib..... jadi kalu dua pasang salib ... maka ianya akan diletak di kedua-dua belah backdrop..... Macam orang Islam letak kaligrafi Allah dan Muhammad dalam Masjid .... mana ader orang Islam akan letak kaligrafi Muhammad tue pada sebelah kanan dan kaligrafi Allah disebelah kiri .... hahaha ... ada betul ka.....
  • Kedudukan Paderi (kalu betul lar itu Paderi) ketika memberi kuliah @ ceramah @ khutbah (sermon) agama Kristian pon tak betul... Sebab kalu ikut ritual standard... tidak ader Paderi yang akan beri kuliah dari arah center (tengah) ... Ianya sama ada disebelah kiri atau kanan dewan... Sebab bahagian tengah ini sememangnya diperuntukkan untuk "Altar"
  • Statue (Patung) atau gambar Mary (Maryam) tidak terdapat pada mana-mana kawasan depan Gereja... Memang ader Gereja yang tak letak patung Mary... tapi diorang akan letak gambar Mary.... 
  • Jadi tidak kira sama ader aper mazhab Kristianiti yang ada... semuanya masih berpegang kepada asas yang samer... tak kira la Roman Catholic, Anglican, Methodist, Protestant, Seventh Day Adventist, Ortodoks, Lutheran, Presbyterian, Quaker dan lain-lainnyer...


So..... kepada semua... sebelum nak buat tuduhan melampau mengenai gambar sekeping nih.... sila belajar dulu serba sedikit tentang Kristianiti... sebab Bilal Philips, Zakir Naik, Ahmad Deedat dan ramai lagi yang jadi pendakwah Islam nih... mereka sendiri pon mengkaji dan belajar tentang Kristianiti sebagai satu cabang ilmu dalam memperkuatkan kerja dakwah Islamiyah..... Jangan jadi jumud dan bangang macam Hassan Ali, Harussani Zakaria dan Noh Gadut....  hahaha

Pendakwah Kristian nih...diorang sanggup mengkaji tentang Islam untuk memperkuatkan kerja dakwah diorang.... tapi pendakwah Islam di Malaysia (gua cakap Malaysia yer.. pasai pendakwah Malaysia nih la yang paling teruk dan jumud sebab diorang nih Melayu... dan Melayu nih diorang selalu ingat Melayu aderlah Islam dan Islam itu Melayu) mapuih kerah takmo nak belajar dan mengkaji tentang Kristianiti... pasai katanyer... kalu belajar jer... terus jadi kafir dan murtad..... Hahaha... bodoh betul lar...

Sebab itulah orang kafir dan kuffar di luar negara (terutamanya di Amerika Syarikat dan UK) mudah menerima Islam sebab pendakwah Islam disana menggunakan pendekatan "out of the box methodology" tak macam pendakwah Islam di Malaysia yang mostly jumud.... hahaha... dan kat Malaysia... ramai sangat orang yang dah masuk Islam (muallaf) pon boleh keluar balik dari Islam... pasai teknik dakwah dan tarbiah yang tak kena... dan tak sistematik....

Nanti la kalu ader masa panjang... gua citerkan strategi yang gua gunakan untuk berdakwah... dan cara yang samer jugak digunakan oleh pendakwah Islam di luar negara (Eropah dan Amerika) ....

Hahaha.... lawak la puak pencacai UMB.... hahaha... belajar dulu la kat mana-mana Seminary @ Theological @ Divinity School sebelum nak publish benda propaganda pasai Kristianiti nih....... hahaha... jangan la buat malu dan tunjuk kebodohan lu orang.... please la... simpan la kebodohan lu orang tue jangan kasi orang sumer tau.... hahaha

20 January 2013

Berdakwah Cara Fathul Bari

Bhai.... Tindakan Fathul Bari berkahwin lebih dari satu dengan membawa seorang manusia yang pada asalnya kuffar dan kafir amatlah terpuju... Sungguh... pada gua tindakan ini satu tindakan yang baik... Sebab Rasulullah sendiri menggalakkannya.... atas sebab dakwah...

Gua tau... ramai "orang kiter" yang selalu menggunakan cara ini "kununnya" nak berdakwah... ramai orang kafir dan kuffar yang telah berjaya mengucap dua kalimah syahadah atas sebab perkahwinan ni... Malah ramai sangat orang politik dan artis yang terlibat sama dalam perkara nih.... Tindakan yang baik... sungguh...

Cumanya..... dalam 100 kes pendakwahan cara berkahwin ini.... selalunya akan ader 95% kejadian dimana saudara baru yang diIslamkan secara ini gagal dalam memahami Islam itu sendiri... malah dalam banyak kes... Suami/Isteri yang Islam pada asalnya sebelum berkahwin dengan bukan Islam... tetiba mereka sendiri yang jadi jauh kepada Islam... Malah mereka-mereka ini lebih mencontohi dan beramal secara kuffar dan kafir lebih dari pasangan yang baru memeluk Islam...

Dalam banyak kes.... pasangan yang baru memeluk Islam itu menjadi lebih dominan perangai, tingkahlaku dan ibadat daripada suami/isteri yang sememangnya Islam... Sebagai contoh... dulu sebelum berkahwin (bagi lelaki Islam)... amal ibadat serta tingkahlaku mengikut ajaran Islam... tetapi bila mendapat isteri "saudara baru" (contohnya asal Kristian)... maka suami ini yang jadi lebih Kristian daripada isterinya yang "saudara baru" itu...

Begitulah sebaliknya..... dan biasanyer ... setelah sekian lama.. akhirnya perkahwinan ini gagal... dan setelah itu "saudara baru" tersebut apabila berpisah... terus kembali kepada ajaran agama asalnya... Yang ini paling ketara... Tak payah la kiter nak hipokrit menafikannya.... Tengoklah keadaan sekeliling... Lu orang boleh lihat...

So.... aper tindakan yang sepatutnya kita buat..... hehehe... Hanya ader satu jer tindakan yang wajar dan wajib dibuat..... Sebelum lu nak berdakwah cara Fathul Bari nih.... perkukuhkan dulu Islam dalam diri lu... tak kira la lu nih lelaki atau perempuan.... Isunya samer jer.....  Sebab kalu lu gagal bab nih... lu akan gagal keseluruhan ... dan seterusnya... Adakah lu ader jawapan biler ditanya oleh Allah, Tuhan Rabbul Jalil atas kesalahan dan kegagalan lu dalam proses mengIslamkan saudara baru nih secara mengikut dakwah cara Fathul Bari... Lu pikir sendiri la.... hahaha

Anyway...Satu jer gua nak tanya Fathul Bari.... hehehe..... kenapa nak Islamkan perempuan Filipina tue terpaksa dibuat kat Thailand.... Awat... Kat Malaysia susah ker.???..

Hahaha.... baru lu tau susahnya proses nak mengIslamkan orang kat Malaysia... banyak sangat songel dan birokrasinyer.... Hahahaha ... Sebab banyak pegawai kat Jabatan Agama nih tahap bangang kalu bab nak mengIslamkan orang... kalu lelaki... siap suruh kena bersunat dulu.. dan lancar membaca Al Fatihah berbagai.... kena tahu camana nak angkat hadas besar dan kecil dulu... . dan paling best sekali... masa nak melafazkan kalimah tauhid tue kena pakai songkok atau ketayap dulu dalam keadaan suci dari hadas besar dan kecil........ hahaha... bodoh betul.... Sedangkan apabila seseorang kafir dan kuffar itu melafazkan tauhid... secara otomatiknya beliau suci dan bersih seperti bayi yang baru dilahirkan...

Walhal perkara paling penting cuma "Beriman Kepada Allah" jer... iaitu perkara tauhid @ aqidah.... yang lain tue letak ketepi dulu.... tapi .... pegawai Jabatan Agama... lebih mendahulukan benda furuk lebih dari perkara aqidah... Hahahaha

Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible

Bhai... Orang kiter.. Orang Melayu kiter... Cukup pantang biler dengar orang kafir dan kuffar menjalankan kerja dakwah diorang... Cukup bengang bila dengar penganut agama lain berdakwah... Terutama skali biler dengar mubaligh Kristian berdakwah...

Pelik... Pasai aper gua kata pelik... Sebab bagi orang Kristian... Diorang anggap kerja dakwah nih kerja mulia... Kerja yang semua penganutnya dituntut buat... Kira macam wajib... Bukan lagi sunat muakkad... Jadi tak terkejut la kalu diorang nih rajin buat kerja dakwah nih... Bukan sebab diorang akan dapat duit berbagai... Tapi pada diorang... Ini semua kerja suci... Holy work...

Tapi ... Kiter... Orang yang mengaku Islam nih... Cuba tanya diri sendiri lar... Berapa kali dalam sebulan lu orang buat kerja dakwah kepada massa... Kepada orang yang bukan Islam... Berapa kalikah dalam sebulan kiter pi lepak-lepak ngan penganut agama lain... Sambil kiter berdakwah... Tunjukkan bahawa Islam itu aderlah Ad-Deen... Tunjukkan kepada dioranh bahawa Islam agama terbaek... Agama yang diredhai Allah Taala...

Cuba tanya diri sendiri... Dalam setahun ... Berapa kali lu orang yang mengaku kuat agama nih turun padang.. Pi kawasan orang Asal.. Lepak dengan diorang... Hidup bersama dengan diorang sambil buat kerja dakwah.... Cuba tanya diri sendiri... Dalam 10 tahun lu orang hidup... Sudah berapa banyakkah naskah tafsir Al Quran yang lu orang sedekahkan kepada massa... Sedekahkan kepada penganut agama lain... Dalam 10 tahun tue... Berapa kali lu orang duduk depan sekolah missionary untuk bagi kepada pelajar sekolah tue tafsir Al Quran...

Gua tak citer pasai institusi zakat dan baitulmal yang "cukup kemut" nak kuarkan modal bagi kerja dakwah fiisabilillah nih... Dan memang terbukti institusi nih dikuasai oleh mereka-mereka yang "cukup kemut" dan berkira kalu bab dakwah nih...

Gua cuma citer tentang lu orang jer... Lu orang pikir la sendiri... Sepanjang usia lu orang ... Berapa banyak masa lu orang habiskan untuk kerja lagho "Maharaja Lawak" atau "Akademi Fantasia" berbanding dengan kerja dakwah... Lu tanya diri sendiri la... Berapa ramai dah lu orang berjaya Islamkan... Berapa ramaikah kawan-kawan lu yang bukan Islam dah dapat penerangai terbaek pasai Islam dari lu... Lu tanya diri sendir la...

Lu orang tak payah la nak hipokrit... Tunjuk baik konon pejuang Islam berbagai... Tapi dalam sepanjang hidup lu... Tanya tengok ader berapa kali lu buat kerja dakwah... Bhai... Kerja dakwah nih kerja suci.. Ader macam-macam cara... Kalu nak belajar pendekatan gerila untuk kerja dakwah nih... Lu orang boleh jumpa gua... Gua takder hal ajar... Sebab benda nih tKder dalam silibus JAKIM, PERKIM, PAS, UMNO dan Tabligh....

Benda nih pernah dan sentiasa dibuat oleh satu kumpulan nih... Kumpulan yang lu orang sendiri kata sesat... Walhal... Lu orang sendiri pon tabrani nak buat kerja dakwah sebegini... Tau la yang hidayah tue cuma Allah Taala jer mampu bagi... Tapi kalu penganut takmo nak buat kerja dakwah.. Tak jalannyer wei...

So... Sebelum lu orang bising bagai pasai para mubaligh Kristian buat kerja dakwah diorang secara agressif.... Lu buktikan dulu yang lu orang sendiri boleh buat aper yang mubaligh tue buat dengan lebih baik dan lebih berkesan... Tak payah la nak guna undang-undang semata-mata nak tutup kelemahan lu orang dalam bab kerja dakwah nih....

Jangan salahkan orang kalu lu sendiri takmo nak buat... Hahahaha.... BTW... Bukan nak riaq atau bangga... Tapi gua memang amalkan cara gerila untuk dakwah nih... Dan ianya terbukti berhasil mengislamkan beberapa orang kafir dan kuffar waima sami agama Hindu pon dah pernah gua Islamkan..

Dan hari nih ... Sami tue aderlah mubaligh Islam yang paling agresif dalam kerja dakwah dier... Nama dier gua simpan... Tapi kalu lu oranv bijak... Lu orang boleh perasan... Baca artikel kat blog gua nih... Gua ader pernah citer nama dier... Alhamdulillah...

By the way.... Ader pihak dah pon buat laporan polis pasai kes mengedarkan Bible kat sekolah... Gua dalam mode memerhati jer... Ader masa nanti gua akan ulas... Oh yer... Ketua Agama maner pergi aaaaa... Sudah bisu, pekak dan buta ka????

15 January 2013

Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah


Ahmad, Joseph, Muthu dan Lim sedang duduk minum di kedai kopi menikmati tea-break mereka.  Dalam perbualan mereka, terselit perbualan berikut:

Ahmad:  “Joseph, siapa yang jadikan kamu?”
Joseph:  “ALLAH”
Ahmad:  “Muthu, siapa yang beri kamu rezeki?”
Muthu:  “ALLAH”
Ahmad:  “Ah Lim, siapa tuhan yang jaga dan urus alam ini?”
Lim:  “ALLAH”
Ahmad:  “Alhamdulillah”

Ahmad yang mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerjanya itu berasa lega kerana mereka mengakui bahawa tuhan yang menjadikan, yang memberikan mereka rezeki dan menjaga alam ini ialah ALLAH.  Lantas Ahmad mengucapkan ‘alhamdulillah’ kerana bersyukur dapat mendengar jawapan tersebut dari mulut rakan-rakannya yang belum beragama Islam itu.

Walaupun mungkin konsep yang mereka faham mengenai ALLAH itu tidak tepat yakni mengikut doktrin kepercayaan dan agama mereka.  Tetapi sekurang-kurangnya bagi Ahmad ia suatu yang penting untuk diterima iaitu mengakui bahawa ALLAH itulah yang menjadikan mereka, yang mengurniakan kepada mereka rezeki dan yang mengurus tadbir alam ini.  

Tinggal satu lagi perkara iaitu meluruskan kefahaman yang sebenar tentang siapakah ALLAH yang sebenar dan mengajak kepada mentauhidkanNYA (meng-esa-kan ALLAH).

Walaupun mungkin konsep yang difahami oleh Joseph si penganut Kristian, Muthu si penganut Hindu dan Lim si penganut Buddha tidak sama dengan konsep yang difahami oleh Ahmad si penganut Islam, namun ia permulaan yang baik untuk Ahmad mendakwahkan ajaran tauhid kepada rakan-rakannya.  Dan Ahmad faham itulah tugasnya selepas ini.

  • Tahap pertama:  Mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.
  • Tahap kedua:  Menjelaskan sifat-sifat ALLAH yang sebenar dan mentauhidnya.

Apa kata ALLAH?

Apa yang dilakukan oleh Ahmad di atas adalah suatu yang dicontohi dari apa yang ALLAH suruh kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam seperti yang disebut di dalam 2 ayat al-Quran di bawah.  Iaitu supaya bersyukur dengan mengucapkan ‘alhamdulillah’ jika orang-orang kafir mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.

ALLAH Ta`ala berfirman:


“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”
(Surah al-`Ankabut, 29:63)

Dan firman ALLAH dalam surah yang lain:



“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).” - (Surah Luqman, 31:25)

Cuma yang menjadi masalahnya ialah kefahaman salah mereka tentang sifat-sifat dan ketauhidan ALLAH.

Jadi, masalah inilah yang diambil tindakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan orang-orang yang mengikuti Baginda untuk diselesaikan.  Iaitu dakwah kepada mengenal ALLAH, sifat-sifatNYA dan mentauhidkanNYA.  Hal inilah perlu dijadikan keutamaan dalam dakwah, bukannya menggelabah apabila orang kafir menyebut ALLAH sebagai tuhan mereka.  Apatah lagi jika menjadikannya sebagai isu.  Sekali lagi ingin disebut dan ditekankan:  KEUTAMAAN DAKWAH.

Semoga tulisan ringkas ini dapat memberikan kita semua akan petunjuk bagaimana untuk memilih tindakan kita apabila ada orang yang belum-Islam mahu menggunakan nama ALLAH sebagai nama tuhan.  Saya juga pernah menulis hal seumpama ini dalam tulisan berikut pada tahun 2010 sewaktu isu ini menjadi panas dahulu:


Selepas ini terpulanglah kepada kita samada mahu memilih tindakan yang macam mana?  Adakah mahu:

  1. Marah-marah dan membantah dengan kekerasan?  ATAU,
  2. Menerimanya dengan tenang dan menyusul dengan tindakan memberikan penjelasan siapakah sebenarnya ALLAH?
Allahu A`lam.  SubhanAllah.

(entri artikel ehsan dari Saudara Muzir yang diperkenalkan oleh QueAchmad)

05 January 2013

Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1

Bhai dan DeeDee sekalian.... gua memang dah lama nak tulis satu siri cerita tentang pengalaman gua dengan Masjid ... tapi gua tak tau nak amik kes pengalaman yang maner... Aderkah gua perlu buat dua siri... satu siri pengalaman gua dengan Masjid yang pengalamannyer tak best.... atau satu siri pengalaman gua dengan Masjid yang pengalamannyer best....

Bukan takder pengalaman yang best... tapi masalahnyer... pengalaman yang tak best tue lebih banyak dari yang best.... hahahaha... tak kisah la kat mana... cuma yang menjadi kemusykilan kat gua aderlah... pengalaman dengan Masjid yang tak best tue cuma berlaku kat Malaysia jer... tapi kalu pergi ke tempat lain (meaning that kalu pergi ke negara lain... takder plak kena camnie)... aper daaa..

Siri pengalaman gua dengan Masjid nih aderlah bertitik tolak daripada pendedahan siri pengalaman gua dengan Gereja dulu...  selepas gua selesai menulis pengalaman gua dengan Gereja tue.. gua rasa seeloknyer la gua tulis satu siri tentang pengalaman gua dengan Masjid pulak...

Aper-aper pon.. pada episod satu nih... yang hanyalah episod pembuka gelanggang... ala... episod pengenalan.... hahaha... so gua nak tanya lu orang la...  lu orang nak gua citer pasai satu siri pengalaman gua dengan Masjid yang pengalamannyer tak best ker... atau satu siri pengalaman gua dengan Masjid yang pengalamannyer best....

Mintak bagi respon skit... sebab tak syok la kalu gua main tibai pilih antara dua nih... nanti ader orang kata gua sajer jer nak perlekehkan dan perlecehkan Masjid dan AJK Masjid jer.... hahahaha...

Aper-aper pon... siri pengalaman gua nih gua nak bagitau la kat lu orang... ianya bertujuan untuk mendidik dan membuka minda kiter semua... bahawa kiter semua aderlah da'ie ... dan dalam berdakwah... kena guna cara lembut... kena bermain dengan emosi.. kena guna akal... jangan guna hati.. dan yang paling penting skali... jangan perasan bagoosh.... (tolak tepi gua... sebab gua memang selalu perasan bagoosh ... hahahaha... ujub, riaq dan takabburnyer gua nih... hahahaha) .... Dan satu lagie.... ingat... Islam itu Ad-Deen... satu cara hidup... so tunjukkan cara hidup terbaek sebagai Muslim walaupun dihadapan binatang sekali pon.....

P/S: Jangan sesekali mencerca dan menghina binatang malah seeloknya jangan memaki hamun orang dengan mengambil nama binatang.... sebab binatang (waima anjing dan babi sekalipun) senantiasa berzikir kepada Allah Taala (dengan caranya)....

13 August 2012

Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5

Sambungan terlewat... hahaha... sori ek...

Solosai jer sarapan pagi nasik lemak dengan kopi O tue.. gua ader mintak izin nak blah... nak keluar dari Gereja tue cari bas...Paderi Cina tue kata... okay ..dier kata.. stesen bas tue paling awal bukak pukul 6.30 pagi... gua cakap dalam hati... chanteq... kalu ader bas awal pagi... lagi sonang..

Then.. gua baru terperasan... sunyi jer Gereja tue pagi tue... gua tanya la pada Paderi tue.. pukul berapa "morning sermon" biasa gereja tue buat... dier kata...biasanyer "Morning Sermon" diorang buat pukul 9 pagi... sebab nak kasi kalu boleh ramai ahli kariah dapat hadir dan datang dengan keluarga untuk dengar "morning sermon"

Oooo... gua bagitau paderi tue... setahu gua ader sesetengah gereja tue diorang buat "morning sermon" seawal pukul 7.... dier kata betul... memang ader... malah ader sesetengah gereja tue dier buat "morning sermon" dalam beberapa sesi... pergh... banyak sesi tue... gua tanya kenaper banyak sesi... ramai sangat orang ker... dier kata takder la... semunya sebab ader sermon untuk newcomers (penganut yang baru) .. ader sermon untuk ahli kariah... ooooo

Gua sempat gak tanya paderi tue... dier bermazhab aper... dier kata dier Katholik... tapi.. gereja tue aderlah gereja bermazhab Angelican ..... oooo... jadi untuk tidak menyusahkan ahli kariah... dier akan "preech" ikut mazhab Angelican ..... Gua tanya dier... kat Malaysia nih ader berapa banyak mazhab yang orang Kristian ikut...

Dier kata.. paling ramai ikut Roman Katholik...second ikut Methodist.. tapi ramai gak Protestant, Angelican, Seventh Day Adventist dan ader beberapa mazhab serpihan...

So... gua ucapkan salam berpisah ngan Paderi tue... tapi sebelum gua nak blah.. Paderio tue tanya gua... ader cukup duit ker nak balik nih... hahaha... gua gelak jer.. dalam poket sebenarnya dah nak kering... tapi pasai takmo nampak sangat gua sengkek dan terdesak... gua cakap... ader la cukup ... cukup untuk makan dan tambang... hahaha...

Paderi tue kata tunggu kejap... dier hilang masuk dalam bangunan pentadbiran Gereja....selang seminit dua... dier datang... dier bagi satu sampul surat kat gua... gua tanya amender nih... dier kata... nih ha... sikit duit untuk gua... duit untuk perjalanan gua... gua kata takperlah... gua tak perlu pon...

Dier insist... dier kata takper... dier hadiah.. bukan sedekah... gua tanya dier... duit nih dari mana sumber datangnyer.. dier kata ini duit tabung kutipan gereja... ala macam kiter la.. ader tabung masjid... duit sedekah semua orang... hahaha... gua cakap kat dier... takper la.. takperlu pon.. dier insist gak... dier kata...duit ini memang untuk kegunaan musafir.... untuk kemudahan tetamu.... takper amik... bukan duit haram pon dier kata... hahaha...

Dalam hati gua kata... pergh... duit gereja nih.. gua takmo la... tak best la gua amik duit gereja... ini dah kira berat.... Tetiba jer dier kata... kalu gua takmo amik duit tue... anggap la gua pinjam dengan gereja.... hahaha... gua gelak... kalu duit pinjam memang dalam hati gua takder hal... tapi kalu duit sedekah... takmo la gua... hahaha... bukan gua nih tak mampu nak cari duit;... hahaha... gua pon ader kerja tetap.... hahaha

Lastly.. pasai takmo nak kecoh-kecoh... gua amik gak duit tue... gua cakap dalam hati... esok lusa gua poskan balik duit nih pada Gereja tue... hahaha... Gua pon bersalam dengan Paderi tue... gua cakap kat dier.. terima kasih atas layanan baik dier selama gua menginap di Gereja tue... dah terima kasih atas makanan yang dier belanja... hahaha... dier gelak jer... siap dier peluk gua lagie.. dier kata.. jarang dapat jumpa orang Islam yang takder berfikiran songsang tentang Gereja macam gua...

Hahaha... gua gelak besar... gua cakap kat dier... Lu ahli kitab... gua ahli kitab... lu akan diadili kat Yaumul Masyar dengan kitab lu... syariat lu... gua akan diadili di Yaumul Masyar dengan kitab gua ... dengan syariat gua.... so.. tak hal lar...

Sempat gua amik partikular dier.. nombor tepon dan alamat gereja tue.... dan lepas dier peluk gua sebagai ucap selamat tinggal.. gua pon gerak... cari bas.... dapat bas paling awal pukul 10 pagi... hampeh tul lar... tapi sempat gak gua sebat mee goreng mamak kat kedai mamak depan gereja tue.... hahaha...

2 minggu lepas tue.. gua poskan duit yang dier bagi kat gua tue.. bersama dengan kad ucapan terima kasih dari gua kepada dier.... dan untuk pengetahuan lu orang... sampai la nih gua berkawan lagie ngan mamat paderi tue...

Dan kalu lu nak tau... sampai hari nih dier takder preech aper-aper tentang agama dier kat gua... hahaha.. pelik.... pelik....

(Sudah TAMMAT la wei... hahaha)

Kesimpulannyer ... cara terbaek untuk dakwah kepada orang lain bukanlah dengan cara memaksa atau menceritakan bagooshnya agama kiter berbanding agama dier... siap kata hanya agama kiter jer yang diterima Tuhan... walaupun betul tapi tabley la buat camtue.. itu cara nak kasi orang marah sama agama kiter... Sebaiknyer.. kiter gunakan pendekatan.. tunjukkan kat dier... cara hidup dan perangai kiter yang terbaek dan mulia macam yang dituntut dalam agama kiter... Kiter tunjukkan bahawa Islam aderlah satu cara hidup yang syumul lagi mulia........

Ini tidak... kebanyakan orang kiter yang berilmu agama memandang serong kat orang lain.. malah memperkecilkan dan menghina agama lain... tapi diri sendiri tak mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Islam itu sendiri... diri berilmu.. tapi tak beramal.... macam hampeh..

Sedangkan.... kalu lu nak tau...  Rasulullah melarang kita menghina agama lain... kerana pastinya penganut agama lain itu akan menghina agama Islam... kerana mereka tidak tahu...

Bacaan:

Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4

12 August 2012

Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4

Hahaha... sambungan dari semalam.... sori aaa lambat skit up...

Sekitar pukul 7 tue... gua dengar pintu bilik gua diketuk lagi... masa tue gua dah nak bersiap nak chow... nak blah la dari Gereja tue... nak sarapan dan cari bas.... hehehe... gua pon bukak pintu .. gua dah tau dah.. paderi cina tue la yang ketuk gua.....

Gua tanya.. aper hat.... dier cakap... jom la pi sarapan... dier dah sediakan sarapan dah.... pergh... sekali lagi ader makan... rejeki... rejeki... gua pon kater... kalu makanan tue ader benda haram gua takmo makan... Paderi Cina tue kata... wei.. takkan dier nak perdajaikan gua punya makanan... hahaha.. tak kuasa katanyer..... gua gelak jer...

Kitorang pi tempat makan malam tadi tue... gua tengok ader air kopi O panas dalam plastik dan dua bungkus nasi lemak.... pergh... gua tanya dier... nih nasik lemak beli kat mana.... Paderi tue kata... dier beli kat makcik jual nasik lemak depan rumah tumpangan yang gua cuba nak sewa semalam tue.... oooo.. sebelah gereja jer...

Gua pon basuh tangan dan bukak bungkusan nasik lemak tue... sambil tue... gua tadah tangan berdoa... sajer jer gua nak menyakat mamat Paderi Cina tue... gua sajer jer baca doa makan dalam bahasa Inggeris... doa mohon rezeki dan makanan yang baik dari Allah seperti mana yang lu orang biasa tengok dalam TV tue... ala.. yang dalam citer omputih tue...

Masa gua kat sekolah rendah dan menengah dulu... biasa la.. paderi akan baca doa nih.. doa makan...kitorang sumer kat dewan makan akan tadah tangan.... pada gua... kiter paham aper yang dibacakan... dan kita niatkanlah kepada Allah... dier nak niatkan kepada aper tue lantak dier la... hahaha...

Gua baca doa yang agak panjang gak.... mamat Paderi Cina tue pun tadah tangan dier gak... gua takder hal... setiap kali gua berhenti baca satu ayat doa... dier akan "ameen" kan... sampailah kepada penghujung doa makan pagi tue... paderi cina tue "ameen"kan doa makan gua... Masa tue... dalam hati gua... lu ahli kitab.. gua ahli kitab... lu akan dibicarakan ikut kitab lu... gua akan dibicarakan ikut kitab gua.... lantak pi la lu.... hahaha

Then gua makan... sambil tue.. gua tanya dier.. persal gua doa tue dier aminkan.... dier kata... ala... doa makan.. doa yang baik.. mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan.... betul... tang yang itu gua stuju.... hahaha... gua pon makan la.... macam biasa... dalam hati berdoa agak makanan dan minuman tue tak disyihirkan....  kalu lu nak tanya gua pasai holy water... ala... benda tue tak perlu pon dier nak campurkan dengan makanan atau minuman kiter... kalu kiter lemah iman... tak payah holy water pon boleh murtad... tak perlu ader Bible berkuasa solar pon kalu iman nipis... sure boleh murtad....  HahahahasanAli....

(alamak... terpaksa bersambung subuh nanti aaaa... sori... hahaha)

11 August 2012

Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3

Sambung citer pagi tadi aaa....

Hahaha...sebelum tido tue... gua belek-belek la Al Quran yang disediakan kat dalam laci tue... gua tengok-tengok ader aper-aper yang lain macam ker dengan Al Quran tue... cheyy... takder aper beza.. setakat yang gua tau.. nampak macam takder yang diubah lar... sebijik samer macam kalu kiter beli kat mana-mana toko Islamik....

Gua senyum jer.... hahaha... gua cuba selidik dan semak satu bilik tue.. kot-kot ader lambang Jesus ker.. Mary ker... ader Bible ker... tapi yilleks... pergh,... macam bilik tue diorang memang sengaja sediakan untuk musafir beragama Islam.... hebat... hebat.... takper... gua bersangka baik jer buat masa nih.. kira dah okeh dah tue.. ader tempat nak tido....

Oh yer... lupa nak kasitau lu orang... gua nih ader satu perangai pelik... kalu gua pegi mana-mana hotel... biasa gua akan cari ader tak Bible disediakan... hahaha... kalu ader... gua akan amik baca..... sajer nak tengok Bible tue versi yang mana.... kalu lu nak tau... banyak hotel kat Malaysia nih sediakan Bible dalam dwibahasa... Bible dalam Bahasa Inggeris (terjemahan dier dalam Bahasa Melayu)...  Gua masa kat skolah menengah dulu.. masa kelas bacaan Bible... gua punya cikgu (Brother Paul atau Brother Vincent) akan bagitau... mana-mana student yang Islam boleh keluar dari kelas... tapi kalu nak lepak gak... duduk diam-diam kat belakang...

Masa skolah tue... gua ader amik peluang untuk belajar tentang Bible... banyak benda mengarut dalamnyer... sampaikan ader satu "surah" yang citer tentang Nabi Noh (Noah) ... siap dalam Bible tue tuduh Noh (Noah) sengaja takmo bagitau orang ramai tentang kedatangan banjir besar tue.... bodoh ker aper... hahahaha

Okeh.. sambung citer... aper lagi.. sebelum tido tue... gua amik wuduk... pastue gua baca la beberapa ayat-ayat suci.... macam Ayat Kursi dan sebagainya.... semua nih mak gua dulu ajar... dier kata... orang Islam tabley terus tido macam tue jer... orang Kafir biasa la... orang Islam tabley... kena baca dulu ayat mana-mana yang tahu... supaya kiter tido sebagai orang yang beriman....

Sebelum gua lelapkan mata... seperti biasa gua akan berdoa.... macam nih doanyer.... "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kejutkanlah aku sesampainya waktu subuh semoga aku dapat bangun dan menunaikan solat subuh" ... dan gua akan berbisik-bisik ngan kedua-dua malaikat kat kiri dan kanan gua mintak diorang peringatkan gua untuk bangun subuh... Alhamdulillah.. dengan cara nih.. senang gua nak bangun subuh....

Pun begitue... gua masa nih ader pakai jam tangan jenama CASIO yang ader panduan solat (siap dengan alarm sekali tue)... beli kat Jepun jam nih... jadi konfiden untuk bangun solat subuh tue memang tinggi.... tak riso terlajak... melainkan Allah memang asbabkan gua terlajak bangun pagi tue...

10 minit sebelum subuh... gua dah terbangun... Alhamdulillah... syukur... sempat gua buat solat Tahajjud dulu.... pastue.. tetiba jer dengar pintu bilik gua diketuk orang.... Gua bukak pintu tue... tercongok jer Paderi tue kat depan muka pintu.... Dier tanya gua... dah lama bangun ker? Gua cakap Alhamdulillah.. awal dah bangun... gua tanya dier aperhat dier ketuk pintu tue awal pagi... dier kata... dier nak gerak gua bangun untuk solat subuh.... pergh... terkedu gua.... tak sangka bhai.... hebat...

Paderi tue kata... sori la kejutkan untuk bangun solat subuh... gua kata takder mender.. bagoosh la.... Gua smash dier skit... tanya dier... errr.. Paderi tak solat subuh ker? hahahaha.... Cheyy.. sekali dier tibai gua balik.... dier Paderi pon ader buat solat Subuh gak.... tapi cara dier la... hahahaha.... gua senyum jer....

Gua mintak diri ngan Paderi tue yang gua nak mandi.... so stop jer kitorang chat kat situe... gua tutup pintu dan terus bersiap... sebenarnya... masa bangun Tahajjud tue.. gua dah siap mandi skali... peel gua... bangun tidur mesti mau mandi... tak kira la pukul berapa pon... ahahaha

(bersambung lagi..... hahaha)

Pengalaman Gua dengan Gereja Episod 2

Sambung citer semalam....

Paderi tue blah dari situe.. gua pon amik keputusan untuk mandi... dalam bilik air.. semua cukup... pergh.. hebat... tuala bersih pon ader... macam hotel tue.... selesai mandi... gua pon berpakaian la... hehehe.. salin baju yang bersih skit...tetiba pintu bilik gua diketuk... gua bukak ... dan tercongok jer paderi tue kat situe....dier tanya gua... gua dah solat ker... gua kata dah... dah solosai tadi.... hahaha...

Dier kata kat gua.. kalu gua nak solat .... ader sejadah kat dalam laci tue... Paderi tue siap tunjukkan kat gua arah kiblat lagie... hahaha... walaupun gua terkojut.. tapi biasa la.. gua buat-buat macho... hahahaha... gua tengok dalam laci tepi katil tue... ader sejadah.. ader tasbih... ader kopiah... dan ader Al Quran ... pergh... mashaf Uthmani tue... keluaran Malaysia.... (gua takmo la nak bagitau saper punya cetakan tue aaa)...

Sekitar 10 minit lepas tue... pintu bilik kena ketuk lagie.... Paderi tue tercongok kat depan pintu... gua tanya amender.... dier kata takder aper... dier ajak gua makan malam... supper... gua kata takper la... dier insist... dier kata tak baik dier biarkan tetamu dier tidur dalam kelaparan.... jadi untuk jaga hati dier.. gua pon kata okeh la... jom makan...

Dier ajak gua pi satu ruang tue.. masih dalam kompoun premis gereja tue... ader satu ruang biasa orang guna untuk makan... gua nampak ader dua bungkus makanan dalam plastik beg..... gua tanya mender nih... dier kata jangan riso.. dier tau halal haram orang Islam .. dier tunjukkan gua roti canai.... ngan kuah kari... hahaha.... dier kata dier beli kat depan gereja tue baru sat tadi... gua ader perasan yang ader kedai mamak kat depan gereja tue....

Gua pon kata... okeh lar.... gua makan .... dalam pada tue.. punya la gua berdoa kat Allah Taala supaya jangan ader benda-benda karut dalam makanan gua nih.. mana la tau.. disihirkan ker.... hahaha... Tapi Alhamdulillah... Allah melindungi gua... takder benda-benda tak elok yang gua nampak dan alami masa makan tue... Minum plak... dier belikan 2 botol COKE... satu dier minum... satu lagi gua sebat... hahaha...

Paderi tue ngan gua berborak macam-macam benda... dari citer kenapa gua telepas bas.. sampailah kepada kerja gua... dan citer politik dalam dan luar negara.... dier nih banyak tau benda... tambah plak paderi nih minat kat dunia IT.... dier kata dalam bilik dier ader komputer Apple... satu yang gua respek kat dier.. takder satu pon dier citer yang agama dier lagi bagoosh ker.. atau dier dakwahkan agama dier kat gua... takder langsung... semua citer benda biasa jer... abis kuat pon citer pasai sukan... yang ini gua lemah... gua bab sukan out... hahaha...

Lepas solosai makan.. gua mintak diri untuk masuk ke bilik dan tido.... hahaha... dier kata kat gua... takder masalah... cuma dier ingatkan kat gua... sebelum gua tido tue... pastikan gua dah selesaikan solat sunat ker mender ker... pergh... hebat.... Jangan pulak tertido sampai solat subuh pon miss dier kata sambil gelak kat gua.... macam haram kan.... hahahaha

(bersambung...)

10 August 2012

Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1

Bhai.... gua nak citer skit pengalaman gua.... pengalaman yang gua rasa kiter semua boleh jadikan tauladan dan amik pemikiran positif serta contoh-contoh baik yang terdapat pada agama lain.

Okeh... sepertimana yang lu orang tau... gua nih berpendidikan sekular... dari sekolah rendah sampailah kepada sekolah menengah... semuanya sekolah Missionary... sekolah Gereja.... jadi gua dah terbiasa dengan selok belok puak-puak Kristian nih.... namun... nauzubillah... gua masih kekal dan istiqamah dalam agama Allah.... iaitu Islam...

Sekitar tahun 90'an ... gua ader merantau dan berjalan-jalan dalam negara nih... yer la... ader masa free gua abiskan dengan sight seeing satu Malaysia... dari timur ker barat... dari utara ker selatan.... dari Siam sampailah ke Temasek....

One day tue... gua sampai lambat kat satu stesen bas tue... jadi bas dah takder untuk pegi satu tempat tue (lokasi dan masa gua terpaksa rahsiakan)....jadi gua pikir... baik lar gua pi lepak mana-mana masjid.... mmmmm.... gua dapat jumpa satu masjid tue... tapi... selesai solat Isya... gua tak dapat kebenaran untuk bermalam di Masjid tue oleh AJK masjid... dalam pada tue.. takder saper nak offer gua tempat bermalam.... so... dengan poket yang hampir kering.... cukup untuk bajet travel.. gua gerak blah dari Masjid tue... dan gua cari satu rumah tumpangan... pergh... harga mahal giler... bajet lari....  bersebelahan dengan rumah tumpangan tue ader Gereja...

Dalam hati gua kata... kalu ditakdirkan Allah Taala gua terpaksa lepak kat kaki lima Gereja pon gua redho.. janji tak kena hujan ker.. embun ker... So ... gua menapak kesana.... tengok jam kat tangan sekitar pukul 11 malam.... takder orang pon kat pintu pagar Gereja tue... bukak jer pintu pagar dier...

Gua pon lepak duduk kat kaki lima Gereja tue... Gua cakap dalam hati... walaupun gua berlindung kat Gereja nih... tak semestinya gua akan dapat murka Allah... yang pasti.. maybe ader sebab Allah tunjukkan gua untuk lepak kat situe....

Dalam 10 minit gua lepak kat situe..... badan rasa menggigil... sejuk la bhai.... hahaha.... tetiba jer... ader tepukan kat bahu gua dari arah belakang.... tokojut mak ko.... keluar semua perkataan carut marut dari mulut gua yang takder insuran... hahaha.... biler gua toleh... pergh.. nampak sorang Cina.... berpakaian paderi... Gua rasa dier nih mesti paderi Kristian...

Dier tanya gua... nak tunggu siapa.. gua cakap.. takder mender.. gua terlepas bas... Lepas tue.. dier kata.. mari la masuk kat dalam... kat luar nih sejuk.... Gua cakap kat dier.. takper la.. gua lepak kat luar jer... dier kata.. tak baik kalu dier biarkan gua lepak kat luar... dier rasa berdosa... hahaha....

So... pikir punya pikir.. gua pon folo dier.... gua masuk dalam Gereja tue... lalu tepi sebelah kanan... sampailah kat satu bangunan kecik... yang ini aderlah kuarters paderi tue... dier kata... mari lepak sini... ader bilik kosong yang gua boleh gunakan.... Gua masuk kat bilik tue... ader perabut lengkap... dan siap dengan bilik air sendiri.... pergh.. hebat... gua tanya dier... bilik nih untuk aper.. Paderi tue kata.. ini bilik untuk musafir... ooooooo

(bersambung...)

23 April 2012

Tamaddun Islam, Subjek IPTA/IPTS Atau Ruang Dakwah?

Bhai.... gua takkan amik sebijik-sebijik tulisan orang lain... tapi yang ini terkecuali... baca dan pahamkan...

Warkah buat pensyarah TITAS dan pelajarnya (Zahiruddin Zabidi @ Malaysiakini)

Apabila subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) diwajibkan bagi semua IPTA/IPTS seluruh negara sebagai satu daripada subjek teras, ia merupakan suatu rahmat khususnya kepada para pensyarah yang berposisi sebagai pendakwah.


Meskipun hanya satu subjek sahaja sepanjang pengajian berlangsung sama ada bagi program diploma atau sarjana muda selain daripada pengajian Islam, andai peluang ini digunakan dengan seoptimum yang mungkin, pasti banyak kebaikan yang mampu dijana dari sana.

Meskipun Malaysia sudah merdeka selama 55 tahun dan agama rasmi persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan adalah Islam, namun ramai daripada rakyat bukan Islam di negara ini masih tidak faham malah tidak tahu langsung mengenai Islam secara tuntas.

Kebanyakan mereka apabila ditanya mengenai Islam mungkin akan mengungkapkan yang negatif berdasarkan maklumat yang mereka perolehi daripada media massa seperti isu hukum hudud yang dijenamakan sebagai hukuman potong tangan jadi sup bagi pencuri dan lain-lain.

Berdakwah bagi mengajak bukan Islam kepada Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam, namun menjadikan ia sebagai suatu lapangan dan jurusan khusus menjadikan Islam tiada beza dengan gerakan misionari Kristian yang sememangnya didanai dengan dana yang besar.

Mereka malah dibayar gaji yang lumayan bagi setiap pendakyah mereka malah mampu pula membiayai mereka yang masuk ke dalam agama Kristian. Ternyata inisiatif sebegitu bukan manhaj yang utama dalam dakwah Islam.

Sebenarnya Islam tidak perlu kepada sebuah gerakan khas dan label bagi menjadi pendakwah kepada bukan Islam.

Ini kerana semua daripada orang Islam diwajibkan berdakwah, ulama kemudian juga banyak mengarang mengenai cabang-cabang dakwah yang diwajarkan berdasarkan kepada kemampuan dan posisi kesesuaian seseorang Muslim itu.

Islam tidak pernah membebankan manusia sehingga tertanggal norma manusiawi mereka bagi menjadi seorang pendakwah.

Pensyarah sebagai pendakwah efektif

Posisi pensyarah sebagai pengantara antara ilmu, akhlak dan pemikiran pelapis masyarakat yang terpilih adalah yang terbaik bagi melakukan proses penerangan dan pemahaman kepada bukan Islam terhadap Islam. Ini bertepatan dengan tujuan TITAS diwajibkan kepada seluruh warganya.

Justeru, menjadi peranan pensyarah tersebut bagi menerangkan, memahamkan dan paling tidak membetulkan persepsi bukan Islam kepada Islam secara keseluruhan dan bukan hanya dalam konteks di Malaysia.

Pastinya, jika seorang pensyarah itu mempunya tekad bagi mengislamkan seramai mungkin pelajarnya itu adalah suatu perkara yang baik, namun perlu diingatkan akan pesan Allah kepada Rasulullah SAW sendiri tatkala bapa saudara baginda, Abu Talib meninggal dunia bahawa hidayah adalah urusan dan hak Allah taala dan Dia berhak menentukan siapa yang mendapat dan siapa yang terhalang daripadanya.

Apa yang lebih penting adalah memberi kefahaman yang sebenar mengenai Islam kepada mereka semua dengan sasaran paling tidak persepsi mereka terhadap Islam yang selama ini negatif akan berubah, cukup sekadar mencetuskan mahu mereka dalam memahami dan mendalami dariapada sumber dan perspektif yang sewajarnya.

Dalam isu ini ulasan dan penjelasan Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam buku berjudul Rihlah Ilmiah Wan Mohd Nor Wan Daud; Dari Neomodernisme kepada Islamisasi Ilmu (2012) di bawah tajuk "Peranan Institusi Pengajian Tinggi: Kursus Tamadun Islam" (hlm 381-404) sangat baik bagi dirujuk dan dipanjangkan perbincangan khususnya oleh pihak IPTA/IPTS.

Keutamaan mendalami sejarah Rasulullah

Biasanya skema pembelajaran berdasarkan buku teks sudah ada, si pensyarah cuma perlu ikut sahaja. Komposisi markah contohnya - peperiksaan pertengahan semester 20 peratus (atau ditukar kepada dua kuiz dengan 10 peratus tiap kertas), tugasan 20 peratus, kehadiran 10 peratus dan peperiksaan akhir 50peratus.

Semuanya 100 peratus. Ia tetap bergantung kepada pensyarah bagaimana mereka mahu membahagikan pemberian markah tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana ruang tersebut, paling tidak pada bahagian tugasan mampu dieksploitasikan secara kreatif bagi mendedahkan pelajar kepada sesuatu isu khusus yang memungkinkan mereka kenal siapakah sebenarnya Nabi Muhammad SAW sekali gus Islam itu sendiri.

Dalam hal ini, penulis pernah mengeposkan satu status seperti berikut di laman sosial Facebook bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada sahabat maya yang kebanyakannya mereka yang mempunyai daya wacana yang tinggi. Status itu berbunyi seperti berikut:

"Sebagai seorang pensyarah subjek Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS), mana lebih utama antara memahamkan pelajar (khususnya bukan Islam) kepada asas fundamental Islam (Islam, iman dan ihsan) atau memperkenalkan Nabi Muhammad SAW setuntasnya? Mohon pandangan tuan puan yang budiman...."

Ternyata status itu mendapat respon yang pelbagai daripada pengomen dari pelbagai latar belakang. Ada wartawan, ada aktivis yang mempunyai jawatan tertinggi dalam organisasi dakwah dan parti Islam, ada bekas setiausaha sulit seorang menteri besar dipanggil tuan guru.

Respons hampir setara antara yang memilih perlu fahamkan pengetahuan fundamental namun dalam masa yang sama lebih ramai yang memilih perlu difokuskan kepada pengenalan akan kemuliaan Nabi Muhammad SAW kerana dengan mengenali baginda mereka akan lebih memahami dan mengetahui apa yang dibawa olehnya.

Ada juga yang agak keras dan menyatakan mustahil pisahkan antara keduanya dan mesti bijak menyesuaikan antara kedua. Dalam erti kata perlu ‘kahwinkan' keduanya.

Dalam isu ini, penulis melihat tiada isu memisahkan antara kedua unsur penting ini namun isunya adalah yang mana perlu difokuskan dan memastikan ia mencapai matlamat yang ditetapkan. Secara peribadi, andai penulis adalah pensyarah tersebut matlamat penulis paling tidak di akhir semester siapakah sebenarnya Nabi Muhammad SAW?

Dan apakah pula sifatnya dan juga apakah itu agama Islam dan apakah pula ajarannya. Yang mana perlu diutamakan apatah lagi jika kelas tersebut ramai bukan Islam dan mungkin universiti yang tidak ramai pelajar Islam seperti Universiti Tun Abdul Razak (UTAR).

Penulis cuba bayangkan diri sendiri sebagai pensyarah TITAS dan mengajar pula di universiti seperti UTAR. Antara kedua fokus tersebut yang mana perlu ditekankan?

Dalam hal ini, memandang kepada suasana, masa dan tempat, perkara pertama yang penulis pilih untuk memahamkan dan memperkenalkan mereka kepada Nabi Muhammad SAW.

Sebelum memberitahu apakah itu Islam sedalamnya, sementelahan pula ia subjek tamadun Islam dan tamadun Asia, penulis fikir dengan membuat perbandingan sumbangan tokoh-tokoh hebat dalam agama lain dan sumbangan mereka terhadap ketamadunan mereka sendiri, menonjolkan nilai dan pujian daripada sumber-sumber Orientalis dan tokoh bukan Islam lain.

Malah membuat perbandingan dan penilaian kritis terhadap penulisan yang mengkritik baginda Rasulullah SAW daripada para penulis Barat pasti menelurkan sesuatu yang positif terhadap persepsi mereka.

Itu bagi proses pembelajaran yang boleh dinamakan "meluahkan kebenaran di sebalik persepsi". Kemuncak bagi mendedahkan siapa Nabi Muhammad SAW selepas menggunakan data-data daripada Barat seperti 100 Most Influential Person in History karya Michael H Hart, pendapat Adam Pearson seorang sejarahwan Inggeris, mungkin para Orientalis yang kemudian masuk Islam seperti Martin Lings, Maryam Jameelah, JR. Arbery, Karen Amstrong, Leopold Weis dan ramai lagi sebagai pembuka wacana kepada siapakah Muhammad dan apakah pandangan cendekiawan Barat terhadapnya, dari sisi positif dan negatif.

Pendek kata, para pensyarah sememangnya perlu menguasai dan membuat ulang kaji dan persediaan yang rapi bagi misi ini kerana peluang keemasan seperti ini tidak didapati secara mudah.

Apakah ini berkaitan dengan pengajian tamadun Islam, penulis katakan ya. Ini adalah kerana ketamadunan Islam yang gemilang selama hampir 13 abad kemudiannya adalah kerana sosok ini dan beliau berjaya mentranformasikan (islah) masyarakat Arab jahiliah yang pagan dan hidup dalam keadaan yang hina pada pandangan tamadun lain kepada tamadun yang paling berpengaruh dalam dunia dalam masa hanya 23 tahun sahaja.

Persoalannya, tamadun mana yang mampu terbina dengan usaha hanya dalam masa yang sedemikian? Ini yang perlu ditekankan, bagaimana Nabi Muhammad SAW berjaya melakukannya.


Kemudian, kemuncak kepada wacana siapakah Muhammad ini dengan mendedahkan kepada para pelajar kepada buku dan sumber mengenai Nabi Muhammad SAW melalui sumber Islam itu sendiri.

Malah penulis memikirkan bentuk tugasan mereka adalah ulasan, penilaian dan kritikan mereka terhadap sebuah buku mengenai Nabi Muhammad dan penulis akan syorkan buku Biografi Muhammad bin Abdullah (2011, PTS Islamika Sdn Bhd) atau Muhmammad karya Karen Amstrong sebagai bahan asasnya.

Ulasan paling minimum 10 muka surat yang membawa markah 10 peratus untuk kertas kerja ulasan dan 10 peratus lagi adalah untuk persembahan kemudiannya.

Kenapa kedua naskhah itu yang dijadikan rujukan sedangkan banyak buku lain yang ditulis mengenai Nabi Muhammad SAW? Ini kerana kedua buah buku itu ditulis dan dipersembahkan bukan dalam bahasa khusus orang Islam yang tinggi pengetahuan agamanya (jangan lupa fokus kita adalah bukan Islam di Malaysia) yang sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang boleh membaca dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Malah penulis mengimpikan bagi membukukan kertas kerja mereka dengan tema pandangan bukan Islam terhadap Nabi Muhammad SAW berdasarkan buku-buku yang mereka baca serta cetusan kefahaman daripada pensyarah mereka.

Mungkin ia agak idealis, namun pengalaman dalam dunia penerbitan menyatakan, tidak mustahil idea itu boleh menjadi kenyataan.

Diktator akademik musuh kebenaran

Subjek TITAS adalah ruang dan peluang yang sangat penting bagi menentukan persepsi terhadap Islam bagi golongan menengah ke atas dan mungkin profesional pada kemudian hari.

Dengan kefahaman yang tuntas mengenai siapakah Muhammad dan apakah Islam yang dibawanya, penulis yakin masyarakat masa depan akan lebih memahami hakikat Islam sebenarnya dan akan berasa bersyukur berada dalam sebuah negara umat Islam.

Pensyarah adalah pusat penyelarasan dalam usaha ini, persediaan modul dan perancangan isi perbincangan, matlamat yang jelas dengan data-data ilmiah perlu dirangka dan dijadikan bahan perbincangan agar pencerahan itu datang dalam keadaan fitrah kemanusiaan yang tercetus melalui hati nurani apabila didedahkan kepada kebenaran.

Salah andai memaksa mereka menelan kebenaran dengan ugutan nilai markah dan sebagainya. Diktator akademik tetap merupakan musuh kepada kebenaran, ini kerana kebenaran tidak boleh dipaksa dan ia perlu dirasai sendiri oleh kelompok sasaran.

Matlamat utama yang jelas iaitu memperkenalkan, memahamkan dan bukan memaksa apatah lagi memaksa mereka masuk Islam kerana tugas pensyarah selaku murabbi, muallim, muaddib dan mufassir adalah melorongkan taufik melalui ilmu dan kefahaman yang benar dan jelas.

Manakala bagi mendapatkan hidayah ia ketentuan mutlak Allah berpunca daripada usaha mereka sendiri. Firman Allah yang bermaksud:

"Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang." (Surah an-Nahl, ayat 82)

Isunya, jika dibandingkan antara orang bukan Islam yang mempunyai ilmu pengetahuan jelas mengenai Islam mencari hidayah dengan yang tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan yang jelas, yang manakah akan lebih berkualiti?

Apatah pula kefahaman mereka terhadap Islam adalah kerana pernah menduduki kelas TITAS yang dikendalikan oleh kita sebagai pensyarahnya. Semoga ia menjadi al-ilmu yuntafiubih.


05 September 2010

Perlukah Membayar Zakat

Okeh... pertama sekali... gua bukan bijak pandai Islam... pengetahuan mengenai Agama Islam gua cuma dapat kat sekolah dulu dan sikit sebanyak dengan mengikuti kelas ilmu dan berdamping dengan orang yang bijak pandai dalam bab Agama Islam nih..

So... ader satu persoalan yang dah lama dah ditanyakan kepada gua oleh member gua... "Perlukah Membayar Zakat Kepada Kerajaan Melalui Amil Yang Dilantik?"

Dulu... masa member gua tanya soalan nih (sekitar 1995)... gua terus jer cakap camnie... errr... gua rasa aaa... tak perlu... member gua terkejut.. dier tanya kenapa gua cakap camtue...

Gua bagi hujah ikut kepala hotak gua masa tue la... hujah gua... err... kita perlu bayar zakat kat Khalifah Daulah Islamiah... selagi kerajaan yang ada tidak berpaksikan kepada Daulah Islamiah (gua labelkan kerajaan thagut) ... so selagi itu kita tak perlu bayar zakat... Kita wajib bayar zakat terus kepada asnaf-asnaf yang berhak terima...

Amil yang dilantik sebenarnya tidak berhak untuk menjadi amil... ini kerana ramai yang dilantik menjadi amil bukanlah datang dari golongan yang kaya raya.. maka dengan itu terpaksalah diperuntukkan satu bahagian dari kutipan zakat untuk selesaikan urusan amil...

Sedangkan dizaman Nabi dulu... sebab amil dilantik dari golongan kaya raya adalah untuk mengurangkan peruntukan bahagian zakat untuk diperuntukkan kepada amil dan dengan itu zakat menjadi banyak untuk diperuntukkan kepada asnaf yang lain...

Sekarang nih... sebahagian besar duit zakat abis untuk urusan amil dan pengurusan.... sedangkan ianya tidak sepatut begitu... sekarang ini sudah terbalik.. anak yatim, orang miskin, orang fakir dan fisabilillah jadi kumpulan minoriti dalam pembahagian zakat.. dan amil serta pengurusannya pulak mendapat bilangan yang besar.. terbalik kot..

Sebab itu la gua dari dulu lagi tidak bayar zakat kepada amil yang dilantik... sebab pada gua pengurusan zakat kat Malaysia nih pincang.... gua bayar terus kat asnaf yang telah gua kenalpasti...

So.... apa pandangan korang...

31 August 2010

Forbidden And Closed

Gua tak tau la idea bongok (bangang + bebal) spesis UMNO (karat biru) nih... aper yang ader dalam kepala mangkuk-mangkuk bongok nih... ntah ler... sampaikan Masjid dan Surau diorang nak jadikan kawasan "Forbidden and Closed" kepada orang bukan Islam...

Ini ka cara berdakwah.... bodoh nak mampus... Pasai tue la gua bagitau banyak kali dah,... pasai itu la dakwah Islamiah tak berkembang kat Malaysia nih... pasai minda puak-puak UMNO nih jenis jumud nak mampus.... bengap...

Biler geng-geng tabligh datang ke Masjid atau Surau.. ader la pulak geng-geng JKKK yang dok halang... siap marah... pasai kononnyer geng tabligh nih mengabiskan air dan elektrik kat Masjid dan Surau jer...

Biler bebudak rajin melepakkan diri diorang dekat Surau atau Masjid... ader la JKKK yang cuak... takut bebudak nih rembat peralatan Masjid atau Surau.. pasai tue majority Masjid dan Surau kat Malaysia nih berkunci biler diluar waktu solat.. ader sesetengah tue siap berkunci pagar..

Macam Masjid besar kat Kuantan nih... Masjid Sultan Ahmad... biler selesai jer solat Isya' ... terus dikunci pintu Masjid... kita yang musafir nih nak singgah Masjid untuk amik wudhuk dan solat pon tak boleh.. pasai... pili air pon takder kat mana-mana kat kawasan luar binaan Masjid nih.... nak tayammum pon.. mana nak cari debu... usahkan sejadah ... ruang nak solat (ruang kecik sikit) pon takder kat luar.... terpaksa la solat atas kakilima tepi longkang... bodoh... buat Masjid berjuta abis... tapi bodoh...

Patutnyer Masjid dan Surau boleh sesapa datang pada bila-bila masa... beriktikaf dan sebagainyer... tapi kat Malaysia nih... Masjid dan Surau dah jadi kawasan "Forbidden and Closed" ...

Yang buat kerja bodoh semua nih bukanlah orang lain... tapi orang yang mengaku diri dier Islam (Islam kepala hotak dier).... nama jer Islam... tapi perangai lebih kafir dari orang kafir... jadi .. klasifikasi yang sesuai untuk puak nih.. ialah... kita gelarkan... PUAK KAPIR ...

KAPIR = puak yang lebih kafir (biasanyer orang yang mengaku diri dier Islam) dari orang kafir.

Pasai tue la perkembangan Islam kat Malaysia nih bergerak perlahan... pasai tue la Orang Asli lebih mudah terima agama Kristian daripada Islam.... pasai sikap dan perangai puak-puak KAPIR yang ader kat Malaysia nih... dan ramai betul yang berada di Pusat Islam... JAKIM... JAIS... pejabat Agama dan lain-lain...

Puak-puak KAPIR nih la yang selalu menakutkan orang bukan Islam yang teringin nak menganut Islam... siap takutkan orang bukan Islam dengan hukum hudud... siap takutkan orang bukan Islam dengan isu bersunat...

Bhai.. lu tau dak.. ramai puak KAPIR nih yang rajin tanya... "Awak sudah bersunatkah" dan "Awak tahu tak yang awak perlu disunatkan sebelum memeluk Islam" ..... ini semua bodoh, bebal dan bangang punya idea.... menakutkan orang yang ingin memeluk Islam...

Sebab tue la gua labelkan puak-puak nih (termasuk Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan sebagainyer) sebagai Puak KAPIR ... lebih kafir dari orang kafir...

p/s: Kalu lu tak puas hati ngan artikel gua... pegi mampus sama lu... gua tulis benda betul yang menyebabkan orang bukan Islam lagi takut dengan Islam.... sebab puak-puak KAPIR nih... so tak puas hati.... boleh blah...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1