Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Tuhan. Show all posts

26 April 2021

Salah Jilat?

Bhai/DeeDee semua...

Jangan salah jilat... jangan salah puja puji...


Ingat tue bhai... Nak ampu dan nak jilat sekalipun hanya selayaknya kepada Allah Taala... Tuhan dan Raja sekalian alam...

Allah Taala adalah Malikul Mulk.

15 January 2013

Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah


Ahmad, Joseph, Muthu dan Lim sedang duduk minum di kedai kopi menikmati tea-break mereka.  Dalam perbualan mereka, terselit perbualan berikut:

Ahmad:  “Joseph, siapa yang jadikan kamu?”
Joseph:  “ALLAH”
Ahmad:  “Muthu, siapa yang beri kamu rezeki?”
Muthu:  “ALLAH”
Ahmad:  “Ah Lim, siapa tuhan yang jaga dan urus alam ini?”
Lim:  “ALLAH”
Ahmad:  “Alhamdulillah”

Ahmad yang mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerjanya itu berasa lega kerana mereka mengakui bahawa tuhan yang menjadikan, yang memberikan mereka rezeki dan menjaga alam ini ialah ALLAH.  Lantas Ahmad mengucapkan ‘alhamdulillah’ kerana bersyukur dapat mendengar jawapan tersebut dari mulut rakan-rakannya yang belum beragama Islam itu.

Walaupun mungkin konsep yang mereka faham mengenai ALLAH itu tidak tepat yakni mengikut doktrin kepercayaan dan agama mereka.  Tetapi sekurang-kurangnya bagi Ahmad ia suatu yang penting untuk diterima iaitu mengakui bahawa ALLAH itulah yang menjadikan mereka, yang mengurniakan kepada mereka rezeki dan yang mengurus tadbir alam ini.  

Tinggal satu lagi perkara iaitu meluruskan kefahaman yang sebenar tentang siapakah ALLAH yang sebenar dan mengajak kepada mentauhidkanNYA (meng-esa-kan ALLAH).

Walaupun mungkin konsep yang difahami oleh Joseph si penganut Kristian, Muthu si penganut Hindu dan Lim si penganut Buddha tidak sama dengan konsep yang difahami oleh Ahmad si penganut Islam, namun ia permulaan yang baik untuk Ahmad mendakwahkan ajaran tauhid kepada rakan-rakannya.  Dan Ahmad faham itulah tugasnya selepas ini.

  • Tahap pertama:  Mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.
  • Tahap kedua:  Menjelaskan sifat-sifat ALLAH yang sebenar dan mentauhidnya.

Apa kata ALLAH?

Apa yang dilakukan oleh Ahmad di atas adalah suatu yang dicontohi dari apa yang ALLAH suruh kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam seperti yang disebut di dalam 2 ayat al-Quran di bawah.  Iaitu supaya bersyukur dengan mengucapkan ‘alhamdulillah’ jika orang-orang kafir mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.

ALLAH Ta`ala berfirman:


“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”
(Surah al-`Ankabut, 29:63)

Dan firman ALLAH dalam surah yang lain:



“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).” - (Surah Luqman, 31:25)

Cuma yang menjadi masalahnya ialah kefahaman salah mereka tentang sifat-sifat dan ketauhidan ALLAH.

Jadi, masalah inilah yang diambil tindakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan orang-orang yang mengikuti Baginda untuk diselesaikan.  Iaitu dakwah kepada mengenal ALLAH, sifat-sifatNYA dan mentauhidkanNYA.  Hal inilah perlu dijadikan keutamaan dalam dakwah, bukannya menggelabah apabila orang kafir menyebut ALLAH sebagai tuhan mereka.  Apatah lagi jika menjadikannya sebagai isu.  Sekali lagi ingin disebut dan ditekankan:  KEUTAMAAN DAKWAH.

Semoga tulisan ringkas ini dapat memberikan kita semua akan petunjuk bagaimana untuk memilih tindakan kita apabila ada orang yang belum-Islam mahu menggunakan nama ALLAH sebagai nama tuhan.  Saya juga pernah menulis hal seumpama ini dalam tulisan berikut pada tahun 2010 sewaktu isu ini menjadi panas dahulu:


Selepas ini terpulanglah kepada kita samada mahu memilih tindakan yang macam mana?  Adakah mahu:

  1. Marah-marah dan membantah dengan kekerasan?  ATAU,
  2. Menerimanya dengan tenang dan menyusul dengan tindakan memberikan penjelasan siapakah sebenarnya ALLAH?
Allahu A`lam.  SubhanAllah.

(entri artikel ehsan dari Saudara Muzir yang diperkenalkan oleh QueAchmad)

08 September 2012

Mana Dia Taskforce PDRM Untuk Isu Masjid?

Bhai.... hahaha... gua rasa aaa... PDRM takkan nak ujudkan satu taskforce untuk kendalikan kes baling selipar dan kacau-ganggu kat Masjid ke Kedah baru nih la.... dah dekat seminggu dah kes tue berlaku.... sure la PDRM takkan buat... lu nak tau ka pasai aper gua kata itu macham.....

Pasai..... pertama skali diorang kata PDRM tak dapat laporan pon... hahahaha... lawak... lawak... agaknyer wartawan yang tulis dalam akhbar tue bukan berbentuk laporan kot... mesti wartawan tue tulis dalam bentuk cerpen.... hahahaha

Pasai..... keduanya... lu ader nampak dan dengar tak para DEWATA kecoh bab nih... lu ader dengar ker DEWA kat utara sana tue bising dan marah.... hahaha... Kalu dah DEWA pon tak marah... macam mana nak ader kes.... DEWATA pon tak kecoh... memandai-mandai la lu nak suruh PDRM siasat.... hahahaha

Pasai..... ketiganyer... hahaha... lu jangan lupa.... puak PERKASA yang buat taik dan kecoh kat Masjid di Kedah tue khabarnyer (ala... diorang kecoh berbangga) yang diorang aderlah benteng terakhir Ketuanan Melayu... dan diorang berjanji setia akan mempertahankan DEWA dan DEWATA RAYA.... hahaha ... jadi... takkan la PDRM nak kacau, tangkap dan dakwa para pengikut dan pelindung para DEWA nih.... hahahaha...

Pasai..... keempatnyer.... hahaha.... lu ingat murah ker kos nak kendalikan satu taskforce nih... wei.. selalu tue UMNO/BN yang bagi dana untuk buat taskforce... semua duit dari Kerajaan Malaysia tue aderlah duit UMNO/BN lar....

Pasai..... kelima dan terakhir..... UMNO/BN aderlah penaung kepada PERKASA ... dan UMNO/BN aderlah Tuhan yang memberikan rezeki kepada PDRM nih.... jadi camana la diorang nak lawan Tuhan dier.... hahahaha

09 May 2012

Syaitan Pun Malu

Hahaha.... Ngarut betul la UMNO/BN nih.... hahaha.. punya lar takut ngan kebangkitan rakyat Malaysia yang semakin hari semakin sedar akan bencana dan celaka yang dibawak oleh UMNO/BN nih... sampaikan semuanya diperkudaka.... hahaha

Teruk betul la.... Ularmak dan Kangkong aper lagie... semua ternganga menunggu rejeki turun dari tangan UMNO/BN... yer la... pada pandangan Ularmak dan Kangkong nih... rejeki bukan datang dari Allah Taala... Tuhan Sekalian Alam... tapi datang dari UMNO/BN ...

Sebab itu lar diorang sanggup bersekongkol dengan UMNO/BN ... Malah Ularmak, Kangkong dan Mufto nih sanggup menjual ilmu dan agama... demi sesuap nasik... hahahaha..... Moga-moga masa mati nanti pun mengucapkan kalimah "Tiada Tuhan Melainkan UMNO/BN" ....

Bhai... Syaitan pun malu camnie... Syaitan (Azazil) pon tahu dan yakin Allah AzzaWajalla yang menurunkan rezeki.. yang menghidupkan dan yang mematikan... serta yang mempunyai dan menguasai segala kerajaan... Syaitan (Azazil) pun takkan mengaku Tuhan selain dari Allah....

Bayangkan... bila mana Azazil (Syaitan) berkata dengan Firaun ... yang mengatakan bahawa Azazil sendiri pun tidak akan mengaku dirinya Tuhan.... dikala Firaun mengangkat dirinya sebagai Tuhan....

Inikan pulak kepada pemberi rejeki.... Tapi kalu dah spesis bangang UMNO/BN tue... susah skit nak cakap aper... yer la... diorang nih terlebih bijak... sampaikan Syaitan pun malu .... hahaha

04 December 2011

Bila Syaitan Bermesyuarat

Tuan-Tuan .... jangan terkezut... sekali-sekala perlu jugak syaitan mengadakan mensyuarat... Bukan aper... syaitan-syaitan terpaksa membuat mensyuarat untuk menunjukkan kepada semua bahawa syaitan masih lagi bersatu-padu... kuat dan bersemangat untuk meneruskan agenda syaitan.. malah syaitan memang merasakan mereka akan menongkat dunia... hahaha

Satu masa dulu... syaitan pernah bermesyuarat untuk menggulingkan dan mengurangkan serta mengambilalih kuasa dewa-dewa kayangan.... malah syaitan-syaitan dengan tiada segan silu menelanjangkan serta membogelkan segala kepincangan dewa-dewa... Bergegar kayangan pada masa itu... Punyalah marah sangat syaitan-syaitan dengan para dewa-dewa di kayangan...

Kini... syaitan-syaitan yang sama jugak bermesyuarat kononnya untuk menjaga kepentingan dan kuasa dewa-dewa.. Malah persemayaman untuk dewa-dewa pon pihak syaitan yang mengambil inisiatif untuk menyediakannya.... pelik kan....

Syaitan-syaitan nih sebenarnya sedang mempergunakan para dewa-dewa... memang ramai dewa-dewa yang masih blank dengan agenda para syaitan.. malah ader juga dewa-dewa yang sekadar berlakon kononnya tidak bersekongkol dengan para syaitan...

Malah ader dewa-dewa yang tiada kerja lain melainkan bersuka-ria dengan menaiki naga.... naga yang dibekalkan oleh para syaitan... dewa-dewa nampaknya suka benar digula-gulakan oleh syaitan... yer la... memang itulah tugas syaitan...

Kelangsungan hayat syaitan kini amatlah bergantung kepada sokongan dari para dewa-dewa.... elemen takutkan para dewa senantiasa diserapkan kepada manusia oleh pihak syaitan... bukanlah kerana dewa-dewa tersebut mendapat watikah khusus dari Tuhan... tetapi... ianya hanyalah sekadar untuk memenuhi tembolok nafsu para syaitan...

Namun tidak semua manusia yang takutkan para dewa ataupun syaitan... malah kumpulan yang berani berdepan dengan para syaitan dan dewa-dewa ini makin hari makin membesar... pada kumpulan manusia ini... para dewa-dewa tiadalah ader kepentingan keujudannya.. sekadar menghabiskan beras sahaja.....

Dewa-dewa bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan... dewa-dewa ini tidak pernah pon mendapat watikah dari Tuhan... tetapi kecoh mengada-ngadakan cerita bahawa mereka dipilih oleh Tuhan untuk menjadi dewa-dewa...

Kerja maksiat (yang menjadi kemurkaan Tuhan) sentiasa diperbuat oleh para dewa.. mereka seakan tidak takut untuk melakukan maksiat (judi, zina, arak dan sebagainya)... namun sebagai dewa (kununnya).. mereka berhak untuk menjadi kepala agama... walaupun mereka sendiri bergelumang dengan dosa dan noda...

Para syaitan selalu membisikkan ke telinga para dewa bahawa mereka adalah maksum.... kerana bisikan-bisikan inilah nampaknya para dewa berperasaan bahawa mereka maksum... malah sanggup bersekongkol dengan para syaitan untuk melakukan kerja mungkar...

Persoalannya sekarang ini.... Tuhan tidak pernah mengutuskan dan mengujudkan para dewa... Tuhan cuma mengutuskan para Nabi dan Rasul yang langsung tidak pernah mengatakan bahawa mereka adalah dewa... Jadi... perlukan ader dewa-dewa?

Pegi mampuslah sama dewa-dewa.... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1