Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

20 March 2024

Mana Pergi Semua Puak Kristian?

Bhai/DeeDee semua...

Itu hari bukan main Puak Kristian nih berebut nak guna nama "Allah" dalam urusan agama Kristian mereka..... sekarang ni mana pergi semua puak Kristian nih???



07 November 2023

Seni Itu Satu Luahan Rasa

Bhai/DeeDee semua...

Ader orang yang mahir dalam seni halus... dier sumbangkan idea seni halus..
Ader orang yang berduit... dier sumbangkan duit...
Ader orang yang berkudrat .... dier sumbangkan tenaga...

Ikut mana yang boleh.... janji sampai... 
InsyaAllah akan diberikan kebaikan dan ganjaran oleh Sang Gusti Agung, Tuhan Seru Sekalian Alam.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



26 April 2021

Salah Jilat?

Bhai/DeeDee semua...

Jangan salah jilat... jangan salah puja puji...


Ingat tue bhai... Nak ampu dan nak jilat sekalipun hanya selayaknya kepada Allah Taala... Tuhan dan Raja sekalian alam...

Allah Taala adalah Malikul Mulk.

24 February 2013

Melayu Hutan VS Orang Utan

Bhai.... Aper yang lu tau pasai Melayu Hutan.... hahaha.... Melayu Hutan nih aderlah satu spesis Melayu yang memang tak bercampur... jumud... dan perasan dier aderlah makhluk terbaik berbanding makhluk lain... hahaha... sebab itu la Melayu Hutan nih jadi camnie... hahahaha... sebab Melayu Hutan aderlah spesis terancam.... ntah saper yang mengancam pon tak tau la... tapi spesis Melayu Hutan nih sentiasa rasa terancam.... hahahah

Melayu Hutan nih cuma layak berkawan dengan beruk, kongkang, ungka, lotong, siamang, mawas dan kera.... Melayu Hutan nih tak layak berkawan dengan Orang Utan sebab Orang Utan aderlah Orang.... manakala Melayu Hutan aderlah "XXXXXXXX" ....


Gua tak terkejut kalu masih ader banyak lagi spesis Melayi Hutan nih dalam Malaysia.... Gua rasa aaa.. National Geographic perlu buat kajian dan videokan semua maklumat yang berkaitan dengan Melayu Hutan nih...  sebab yer la... Melayu Hutan nih makin pupus... sebab otak dier yang dikurniakan oleh Allah Taala tidak dimanfaatkan sebaiknya... jadi biasa kalu makhluk yang tak mahu guna otaknya dengan baik.... InsyaAllah Taala.... akan diambil balik otak tue...

Otak Melayu Hutan nih memang patut jadi makanan Zombie Kampung Pisang.... hahaha

Kesian aaa... sebab kat Malaysia nih rupanya masih ader lagi tertinggal spesis Melayu Hutan.... ingatkan dah pupus lama dah... hahaha.... Melayu Hutan.. Melayu Hutan.... biler la nak jadi sama taraf atau atas sikit taraf daripada Orang Utan.... hahaha.... kesian...

Orang Utan lagi orang daripada Melayu Hutan.... hahahaha




SUMBER: BANkami


TANGGAL 13 Julai 2007 adalah tarikh keramat buat Adam Corrie Lee. Itu adalah tarikh dia memeluk agama Islam. Mulai saat itu, bermulalah kehidupan baharunya sebagai umat Islam. Pelakon dan koreografer itu sama seperti umat Islam lain yang turut memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim termasuklah berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Sungguhpun baru empat tahun memeluk Islam tetapi bagi Corrie, 43, ibadat puasa bukan asing bagi anak kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan ini. Menurut Corrie atau nama asalnya Lee Choon Kooi, sejak kecil lagi dia belajar berpuasa kerana dibesarkan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga yang beragama Islam.

“Saya mula belajar berpuasa ketika umur saya belasan tahun sewaktu tinggal di Kem Sungala, Port Dickson. Saya tinggal di kem askar itu kerana mengikuti bapa saya seorang askar. “Di kem itu kebanyakan askar yang tinggal bersama-sama keluarga mereka adalah orang Melayu. Apabila tibanya bulan puasa maka saya juga akan berpuasa dengan mereka.“Apatah lagi, kawan baik saya semasa kecil, Rahim merupakan anak seorang ustaz. Saya tertarik dengannya kerana dia tidak pernah tinggal solat dan perangainya juga baik.

“Rahim juga banyak memberi pendedahan kepada saya tentang agama Islam,” katanya kepada S3 sewaktu ditemui di kedai miliknya, Just Muffin di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. Jelas Corrie, dia bukan setakat pernah berpuasa sebelum memeluk Islam, malah takbir Hari Raya yang berkumandang sewaktu zaman remajanya juga banyak meninggalkan kesan kepadanya.

Kata anak keempat daripada 11 adik beradik ini, biarpun dia tidak memahami maksud takbir raya tetapi setiap kali mendengar hatinya menjadi sayu. “Sewaktu tinggal di Kem Sungala, rumah keluarga saya tidak jauh dari masjid. Jadi, setiap kali takbir raya berkumandang di pagi hari, ia boleh didengari dan saya akan terjaga daripada tidur. “Secara tidak langsung, itu antara pendedahan awal yang saya lalui sebelum saya mendalami dan memeluk Islam empat tahun lalu,” ujarnya yang juga merupakan seorang usahawan.

Pada pertemuan di kedai menjual kek muffin, Just Muffin yang diusahakannya sejak Februari lalu itu, Corrie berkata, dia bersyukur kerana hasratnya memeluk Islam mendapat restu keluarganya. Malah, dia yang mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad, 33, pada 21 November 2008, berkata, ibu bapanya turut mempunyai hubungan yang baik dengan orang Melayu.

Paling mengejutkan Corrie apabila ibu bapanya pernah memberitahu bahawa mereka pernah menyerahkan salah seorang adiknya untuk dipelihara oleh sebuah keluarga Melayu. “Ibu bapa saya pernah menyerahkan seorang adik saya yang ketika itu masih kecil kepada sebuah keluarga Melayu kerana kesempitan hidup. Adik saya itu diberi nama Sharizan Husain. “Selepas sekian lama terpisah, adik lelaki saya yang kini berusia 36 tahun telah dipertemukan semula dengan ibu bapa saya pada Tahun Baru Cina 2009. “Sharizan bukan sahaja menjalani kehidupannya sebagai seorang Islam, malah dia juga tidak boleh berbahasa Cina kerana tinggal dengan ibu bapa angkatnya sejak dari kecil,” ceritanya.

Selain itu, pengalaman hidupnya merantau ke Kuala Lumpur pada tahun 1980 kerana mahu mencapai cita-citanya sebagai seorang chef banyak membantunya mengenal agama Islam. Kata pelakon filem KL Gangster ini, dia banyak belajar daripada pengalaman pahit manisnya ketika itu. “Sewaktu berhijrah dari Port Dickson ke Kuala Lumpur, saya hanya berbekalkan wang RM30. Ketika itu, saya melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bekerja di kelab malam.

“Saya juga menyertai pelbagai pertandingan tarian dan daripada situlah saya memulakan kehidupan sebelum terbabit dalam bidang tarian dan lakonan sehinggalah ke hari ini,” katanya lagi. Selain pernah menjadi koreografer dalam Akademi Fantasia musim kedua (AF2) dan AF4 serta Mari Menari, Corrie juga pernah berlakon dalam filem Spinning Gasing dan Libas. - SUMBER

29 January 2013

Kita Marahkan Mubaligh Kristian Berdakwah

Bhai... Dah dekat dua minggu gua kena hantam sana sini "kununnya" gua pro kepada Mubaligh Kristian.... Hahaha... Macam-macam tohmahan yang gua dapat... Macam-macam cercaan yang gua dapat... Macam-macam tuduhan yang gua dapat... Bab yang paling best skali aderlah sampai satu level mengatakan gua sudah tersesat.... murtad.... Hahaha.. NauzubillahiminZaliq...

Takper... Takper...

Nih gua nak citer samer lu... Aper yang gua nak citer nih.. Hanya berkisar dengan orang Melayu... Bukan orang Islam secara keseluruhan... Tetapi cuma orang Melayu Islam (baka) nih... Okeh...

Rata-rata orang Melayu Islam Baka nih... Adalah orang Melayu yang lahir dalam keluarga Melayu Islam yang juga baka.. Jadi secara otomatiknya diorang nih rasa diorang nih lebih Islam dari orang lain... Lebih keIslamannyer dari orang yang muallaf... Hahaha... Sindrom nih Melayu jer yang ader...

Jadi dek sebab diorang nih dilahirkan dari baka Melayu Islam... Maka pada diorang... Diorang dah cukup ilmu tentang Islam... In and out... Luar dan dalam tentang Islam dah ader dalam diri dan kapla otak diorang... Sebab itu la rata-rata ramai dikalangan Melayu Islam Baka nih jarang yang belajar agama...

Abis kuat pon setakat dengar ceramah dan kuliah agama... Bab membaca malas... Mengkaji jauh sekali... Hahaha ... Malah jenis Melayu Islam Baka nih la yang kalu bab mengaji Al Quran nombor satu... Tarannum dan Siqah mesti chanteq... Lagu kena mantop... Bacaan secara tartil yaamat hebat... Malah ader ramai yang hafal Surah Ya'sin cair... Sampaikan setiap kali solat Maghrib dan hari Khamis malam Jumaat... Mesti baca Ya'sin tanpa missed...

Cuba lu tanya diorang... Pasai diorang dah hafal Surah Ya'sin tue dalam hati... Cuba tanya diorang aper makna dan tafsirnya Surah Ya'sin tue... Hahaha ... Kalu dalam 10 orang yang lu tanya ... Maybe 11 orang yang tabley jawab... Hahahaha... Okeh la... Tak payah susah-susah tanya pasai Surah Ya'sin... Tanya pasai Al Fatihah atau Al Ikhlas pon dah kira okeh.... Hahaha

Ini kira basic nih... Okeh berbalik kepada tajuk artikel gua nih... orang Melayu Islam Baka nih sebok bising kononnya para mubaligh Kristian sekarang nih dah bergerak berdakwah dengan hebatnyer... Dah memang kerja mubaligh ... So logik la diorang kuat buat kerja dakwah agama diorang...

Ini yang kita nih... Melayu Islam Baka nih... Ader ker buat kerja mubaligh nih... Kerja dakwah nih... Ala... Tak payah la nak sembang deras bagi kaki yang kepoh pasai Isu Kalimah Allah tue... Pendakwah Tabligh datang kerumah diorang pon diorang menyorok... atau berlakon konon akan datang pi dengar kerja dakwah para Tabligh nih... Hahaha... Tanya diri lu orang sendiri la wei... Berapa kaki lu dah pergi dengar kerja tarbiyah Tabligh nih... Berbanding ngan lu menyorok atau sajer takmo nak pergi... Hahaha

Kita marahkan Mubaligh Kristian berdakwah... Tapi kita sendiri pon tak pernah nak buat kerja dakwah... Lagi mau bising ka... Kiter marah orang Kristian bagi Bible kat orang Melayu.. Tapi ader ker kita bagi terjemahan Al Quran kepada orang Kristian... Hahaha

Cuba tanya diri lu sendiri... Takder perasaan malu ker biler tengok orang Kristian kuat berdakwah... Tapi lu orang sendiri tabrani dan tak buat kerja dakwah.... Hahaha .... Takkan la lu orang sumer takder kawan yang bukan Islam... Yang itu pon lu orang tabley nak tarbiahkan... Jangan sembang la nak marah kat mubaligh Kristian.... Hahaha

24 January 2013

Takutnya

Bhai... Di Thailand... Raja Thailand dianggap setaraf Dewa... dan juga maksum dari segala salah laku. Bagi sesetengah rakyat Thailand yang terlalu taksub... Raja Thailand bukan setakat Dewa... Tapi aderlah jelmaan Tuhan di muka bumi.. Dan majoriti rakyat si Thailand beragama Buddha setelah Ayuthia mengalahkan dan menakluk Siam sekitar lapan ratus lima puluh tahun dahulu...

Jadi ... Barangsiapa yang menegur Raja di Thailand dianggap melakukan penghinaan kepada Raja Thailand... Dan hukuman bagi sesiapa yang menghina Raja Thailand ini adalah agak berat. Malah kalu ikut sejarah.. Ada yang mati kerana perkara ini... Semua kerana Kerajaan Thailand telah meletakkan satu undang-undang yang keras berkaitan perkara ini....

Sebabnyer.. Raja Thailand adalah Dewa dan ianya juga adalah bayangan Tuhan di muka bumi...

Hehehe.... Itu yang berlaku di Thailand... Diorang ramai yang kafir dan kuffar... Diorang bukan Islam.... Nasib baik itu cuma berlaku disana... Hahaha

Di Malaysia... Ada sesetengah orang Melayu menganggap Sultan dan Raja adalah bayangan Tuhan di muka bumi... dan dinaikkan title kononnya para Sultan dan Raja Melayu ini adalah Ketua Agama Islam. Namun .... ramai dikalangan mereka (kalu tidakpun semuanya) berbuat pelbagai macam perkara yang jauh menyimpang dari dasar Islam... Malah ada Mufti yang sanggup menutup matanya dari melihat kerjabuat kurafat, sesat dan syirik yang dilakukan oleh para Sultan dan Raja termasuklah kerja maksiat... Langsung takmo nak kasi nasihat ker aper... Sebab pentingkan pangkat dan jawatan.... Malah diorang nih lupa kepada siapa yang sebenarnya memberikan rezeki ....

Tapi pada gua... Sesat tetap sesat... Syirik tetap syirik.... Kurafat tetap kurafat... Dan maksiat tetap maksiat... Pergi jahanam la title Ketua Agama berbagai... kalu kerja maksiat, khurafat, syirik dan sesat dibuat... Jadi Ketua Agama patut kelaku ader baik la... tapi ntahla....

Dan adakah kerana kita menegur para Sultan dan Raja-Raja Melayu supaya jangan buat kerja bangang camni boleh menyebabkan kita dihukum seperti mana yang berlaku di Thailand... Jika ia... Maka laknat lah tujuh belas keturunan para Sultan dan Raja-Raja Melayu yang buat kerja sesat, syirik, kurafat dan maksiat...

Dan jika kerana gua melaknat para pelaku kerja bangang mengalahkan syaitan ini boleh menyebabkan gua kena hukuman macam di Thailand tue... Maka gua pulangkan kepada Allah Taala segalanya... Kerana Allah Taala adalah sebaik-baik pemberi balasan... Itu ajer...

Eeeiiii .... Takutnya.... Hahaha



15 January 2013

Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah


Ahmad, Joseph, Muthu dan Lim sedang duduk minum di kedai kopi menikmati tea-break mereka.  Dalam perbualan mereka, terselit perbualan berikut:

Ahmad:  “Joseph, siapa yang jadikan kamu?”
Joseph:  “ALLAH”
Ahmad:  “Muthu, siapa yang beri kamu rezeki?”
Muthu:  “ALLAH”
Ahmad:  “Ah Lim, siapa tuhan yang jaga dan urus alam ini?”
Lim:  “ALLAH”
Ahmad:  “Alhamdulillah”

Ahmad yang mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerjanya itu berasa lega kerana mereka mengakui bahawa tuhan yang menjadikan, yang memberikan mereka rezeki dan menjaga alam ini ialah ALLAH.  Lantas Ahmad mengucapkan ‘alhamdulillah’ kerana bersyukur dapat mendengar jawapan tersebut dari mulut rakan-rakannya yang belum beragama Islam itu.

Walaupun mungkin konsep yang mereka faham mengenai ALLAH itu tidak tepat yakni mengikut doktrin kepercayaan dan agama mereka.  Tetapi sekurang-kurangnya bagi Ahmad ia suatu yang penting untuk diterima iaitu mengakui bahawa ALLAH itulah yang menjadikan mereka, yang mengurniakan kepada mereka rezeki dan yang mengurus tadbir alam ini.  

Tinggal satu lagi perkara iaitu meluruskan kefahaman yang sebenar tentang siapakah ALLAH yang sebenar dan mengajak kepada mentauhidkanNYA (meng-esa-kan ALLAH).

Walaupun mungkin konsep yang difahami oleh Joseph si penganut Kristian, Muthu si penganut Hindu dan Lim si penganut Buddha tidak sama dengan konsep yang difahami oleh Ahmad si penganut Islam, namun ia permulaan yang baik untuk Ahmad mendakwahkan ajaran tauhid kepada rakan-rakannya.  Dan Ahmad faham itulah tugasnya selepas ini.

  • Tahap pertama:  Mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.
  • Tahap kedua:  Menjelaskan sifat-sifat ALLAH yang sebenar dan mentauhidnya.

Apa kata ALLAH?

Apa yang dilakukan oleh Ahmad di atas adalah suatu yang dicontohi dari apa yang ALLAH suruh kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam seperti yang disebut di dalam 2 ayat al-Quran di bawah.  Iaitu supaya bersyukur dengan mengucapkan ‘alhamdulillah’ jika orang-orang kafir mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.

ALLAH Ta`ala berfirman:


“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”
(Surah al-`Ankabut, 29:63)

Dan firman ALLAH dalam surah yang lain:



“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).” - (Surah Luqman, 31:25)

Cuma yang menjadi masalahnya ialah kefahaman salah mereka tentang sifat-sifat dan ketauhidan ALLAH.

Jadi, masalah inilah yang diambil tindakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan orang-orang yang mengikuti Baginda untuk diselesaikan.  Iaitu dakwah kepada mengenal ALLAH, sifat-sifatNYA dan mentauhidkanNYA.  Hal inilah perlu dijadikan keutamaan dalam dakwah, bukannya menggelabah apabila orang kafir menyebut ALLAH sebagai tuhan mereka.  Apatah lagi jika menjadikannya sebagai isu.  Sekali lagi ingin disebut dan ditekankan:  KEUTAMAAN DAKWAH.

Semoga tulisan ringkas ini dapat memberikan kita semua akan petunjuk bagaimana untuk memilih tindakan kita apabila ada orang yang belum-Islam mahu menggunakan nama ALLAH sebagai nama tuhan.  Saya juga pernah menulis hal seumpama ini dalam tulisan berikut pada tahun 2010 sewaktu isu ini menjadi panas dahulu:


Selepas ini terpulanglah kepada kita samada mahu memilih tindakan yang macam mana?  Adakah mahu:

  1. Marah-marah dan membantah dengan kekerasan?  ATAU,
  2. Menerimanya dengan tenang dan menyusul dengan tindakan memberikan penjelasan siapakah sebenarnya ALLAH?
Allahu A`lam.  SubhanAllah.

(entri artikel ehsan dari Saudara Muzir yang diperkenalkan oleh QueAchmad)

09 August 2012

Kalu Ditakdirkan...

Bhai dan DeeDee skalian........ gua nak tanya lu orang satu mender nih... mender yang best.... mender yang bukan mustahil untuk dapat... mender yang insyaAllah semua orang yang beriman akan dapat...

Bhai.... kalu ditakdirkan lu dapat malam lailatulqadr ...... malam yang terbaik dari seribu bulan..... kalu ditakdirkan Allah Taala lu dapat malam Lailatul Qadr tue... agak-agak aaaa.... aper permintaan dan doa lu....

Share la skit kat kengkawan semua nih.... hehehe

Gua aaaa.... gua kalu ditakdirkan oleh Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam, Tuhan yang Menghidupkan dan yang Mematikan, Tuhan yang menjadikan bulan dan matahari..... kalu ditakdirkan gua dapat malam Lailatul Qadr tue... satu jer lar permintaan / doa yang gua nak buat....

Gua punya permintaan aderlah "untuk berada disamping Allah Taala didalam syurga" ... itu sajer permintaan gua....  amacam .... okeh ker permintaan gua nih? ....

21 July 2012

Ramadhan Al Mubarrak

Bhai... Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarrak 1433 Hijrah.... Gua la nih ader kat kampung... dan entry ini dah disiapkan untuk siaran sejak dari hari Selasa lagi.... hahaha... gua schedule kan....  mana la tau kat kampung gua Tg Tualang nih.... VSAT, ISDN, 3G dan Broadband tabley nak jalan....

Aper-aper pon... sempena hari baik bulan baik serta dirahmat oleh Allah Taala hendaknyer... maka gua rasa gua akan slowdownkan blog gua dari cerita merapu dan mengarut (err.. selama nih gua merapu dan mengarut ker?) .... hahaha

Yang pasti... entri-entri dan artikel terbaru tetap akan berjalan seperti biasa... maybe lebih kerap kot... mana la tau.... ader orang giler bubarkan Parlimen masa bulan Ramadhan nih... hahaha... tapi... gua akan pastikan gua tulis lagi banyak fakta dari auta (errr... ader gua tulis auta ker dalam blog nih)... hahaha

Aper pon... jom cari keberkatan... moga Ramadhan kali ini tidak menjadi yang terakhir buat gua dan lu orang... harapnyer tahun depan pon boleh jumpa Ramadhan lagi skali.... doa gua buat lu orang sempena hari baik bulan baik nih... aderlah semoga lu orang terbuka hati dan tidak dihijab untuk melihat kepincangan politik di Malaysia yang menyebabkan Malaysia makin jauh dari hukum Allah....

Gua.... dari dulu, kini dan selamanya bertegas untuk memastikan bahawa undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah AzzaWajalla bertapak dan seterusnya menjadi satu-satunya undang-undang bagi seluruh warga Malaysia khususnya dan seluruh penduduk dunia amnya...

Gua berpegang kepada "barang siapa yang tidak berniat walau sebesar zarah pun untuk menegakkan undang-undang Allah di dunia, maka dikhuatiri hidupnya aderlah sia-sia" dan setiap yang sia-sia itu aderlah menjadi bahan bakar api neraka kelak...

05 July 2012

Baca Dulu, Fahamkan Dan Baru Komplen

Bhai.... gua dah baca dah ... dan gua dah faham isi kandungan dier... dan gua takder komplen mender pasainyer.. sebab gua dah paham.... takder isu merendahkan Nabi Muhammad S.A.W dalam teks tersebut....

So... sebelum lu orang nak komplen lebih lanjut mender aper pon.... sila baca dulu, fahamkan dan baru komplen.... nak kritik pon boleh... janji baca dulu dengan minda dan hati yang terbuka.... dengan minda dan hati yang sentiasa ingatkan Allah Taala...

Jadik... jangan jadi orang bangang dan mangkuk yang komplen tak tentu hala... tapi haram tak baca pon isi kandungannyer.... jangan jadi bangang yer... Gua tarak keseh lu mau kutuk gua pervert ker aper ker... janji lu orang baca dulu, fahamkan dan komplen mender dengan minda dan hati yang terbuka dan sentiasa ingat Allah Taala...

Gua sokong benar penerbitan benda nih... sebab kiter nih.. terutama masyarakat Melayu... yang kononnyer Islam sejak dari lahir... tapi sebenarnya jauh dari Islam itu sendiri.. biler kiter menidakkan fitrah dan arahan Allah Taala seperti yang termaktub dalam Al Quran...

Ilmu yang kita ader tidak menjangkau ilmu yang Allah ader... teramatlah jauh... kita cuma dapat maybe dalam sekita 0.0001% jer ilmu.... dari ilmu Allah Taala.... siapa kita nak memandai menidakkan kenapa Allah Taala mewajibkan isteri taat kepada suami... Suami taat kepada ibu bapa dan Allah Taala....

Kenapa digariskan bahawa "masuk syurga seorang isteri yang taat kepada suami" .... baca dan pahamkan.... Allah Maha Mengetahui....

Baca Sini : Kelab Taat Suami Terbitkan Risalah Baru

20 May 2012

Salah Keutamaan

Bertakwalah kamu kepada Allah.... tapi nampaknyer ramai sangat yang bertakwa kepada manusia.... mmm....


13 December 2011

Sembilan Dewa

Bab-bab dewa nih sebenarnya gua dah maleh nak sentuh... tapi rasanyer macam perlu jer gua sentuh gak benda nih... Dewa-Dewa nih mengarut jer...

Depa dok rasa depa maksum... depa gak dok rasa yang depa hebat...
Depa gak dok rasa yang depa nih macam dapat watikah direct dari Allah... jadi depa terasa besar..

Malah depa sentiasa rasa semua makhluk mesti ikut cakap depa dan respect depa... walaupun depa memang mangkuk...

Dewa-Dewa nih selalu dok cakap pasai menjadi Ketua Agama... dewa-dewa nih sebenarnya tak lebih dari badut yang mengarut dan perasan best... Hidup depa... makan minum depa... hobi depa... semuanya makhluk kena sponsor.... tapi.... adernyer Dewa-Dewa nih bukanlah ader beri kesan baik pon pada makhluk...

Dewa-Dewa nih mahukan semua makhluk hormat depa... tapi ... tak nampak satu aper pon keuntungan yang depa boleh bagi kepada makhluk.... mengabihkan boreh ader la....

So.. sembilan dewa nih.... hahaha... sekali-sekala lantik sesama depa saper yang akan jadi ketua dewa.... hahaha ... tapi lantikan bukan atas dasar merit.. semuanyer ikut sedap hati dewa-dewa nih... kalu ader sembilan dewa yang bengong.... hasilnyer.. akan dapat satu ketua dewa yang bengong gak...

Kalu ader sembilan dewa jenis bisu, buta dan tuli.... hasilnyer akan dapat satu ketua dewa yang bisu, buta dan tuli gak..... hahaha... tak lebih dari itu.. dan tak kurang dari itu... hahaha

Kalu dah dapat satu ketua dewa yang bisu, buta dan tuli .... aper la yang dapat diharapkan oleh makhluk.... hancuss la... makhluk akan dapat ketua dewa yang bisu, buta dan tuli gak.... hahaha... tak lebih dan tak kurang....

Hahahaha..... dewa..... dewa.... itulah satu senario yang tak dapat tidak makhluk terpaksa telan... nak buat camana..... karut....

27 October 2010

Anak Gua Di ICU Hospital Kuala Terengganu

Bhai... gua nak mintak jasa baik semua kengkawan... lawan.. musuh... dan sebagainya untuk mendoakan kesihatan anak lelaki gua yang bongsu "Amin 'ul Haqeem" (10 Bulan) yang kini sedang dirawat di ICU Hospital Kuala Terengganu atas sakit "Jangkitan Paru-Paru"...

Tolong doakan ya...

Ya Allah... Tuhan Sekalian Alam... Tuhan yang Menghidupkan dan yang Mematikan... Tuhan yang memiliki segala Keegoan.... tiada daya tiada upayaku Ya Allah... melainkan Rahmat dan Ehsan dari Mu.....Engkau Sembuhkan Ya Allah penyakit anakku... Amin Ya Rabbal Alamin...


Life-support ventilator machine running at 100% with RESP at 57% and oxygen level at 95% (ranging). Sodium Chloride at 3ml/hour with multiple antiviral antigen plus Amoxycillin antibiotic supplies via tube. Body temperature ranging from 38.9 till 40 degree Celcius. Lung relaxing using Morphine sedative. 

TERKINI : Sambungan kepada Life Support Ventilator Machine telah dibuka tadi. Kini doktor sedang monitor status paru-parunya sama ada boleh berfungsi dengan sendirinya tanpa masalah. Jika stabil, Amin akan di discharge ke wad biasa sama ada malam ini atau esok pagi. Mohon didoakan.

03 February 2010

Kalaulah YB Zul Ader Telor

Kalaulah YB Zul ader telor.... pastinya dier akan letak jawatan dier hari nie juga...

Kalaulah YB Zul ader telor.... pastinya dier akan berani berdepan dengan JK Disiplin...

Kalaulah YB Zul ader telor.... tentulah dier akan berani kontek Najib Razak untuk join UMNO/BN...

Kalaulah YB Zul ader telor.... tentulah dier akan berani berdepan secara terbuka dalam sesi soaljawab dengan semua pengundi di Kulim...

Kalaulah YB Zul ader telor.... tentulah dier akan berani untuk berdebat secara terbuka dengan gua ..... hahahahaha

27 January 2010

Ada Satu Lagi Katak Mau Lompat

Jaga-jaga.... sekarang nieh dah ader berudu yang dah panjang kaki belakang dier... dah bersedia untuk melompat... dah ader rupa jadi katak la nih.. hehehe ... Kalu katak nie melompat.... mau riuh 1Malaysia nih... hahahah...

Berudu yang ini cukup mau jadi juara... tak kisah la apa pun.. yang penting jadi juara... baru la nampak gah kat depan mata semua orang... banyak benda yang berudu nie nak kedepan.. nak bagi nampak dier la berudu yang paling aulia.. paling utama.... numero uno... hahaha..

Dulu berudu nih terpaksa bersaing gak... tapi kejap jer.. cara paling mudah berudu nieh nak selamat dan membesar menjadi katak adalah dengan rapat (baik) dengan mana-mana katak yang dah tua.. katak yang dah ader power... katak yang suara dier orang lain dengar... walaupun berudu nih ntah sesapa pon... tapi pasai rajin kepit dengan katak yang power.. so orang lain ingat dier la berudu yang power gak...

Alih-alih... biler berudu nih dah dapat power .. dah kaki belakang dah kuat dan panjang... mola la tunjuk belang sendiri... suara "ong...ong...ong" dier lebih nyaring dari berudu yang lain... yer la.. dah ekor pun start dah susut.. tue tanda dah nak jadi katak dah... hahaha...

Lepas tue .. dalam banyak-banyak kawanan berudu yang sebangun dengan dier... dier dok tibai yang lain.. pasai pada pandangan dier... dierla numero uno... nombor satu... masta.... hahaha...

Yang bestnyer tue... berudu nie dah bersedia nak melompat... tapi kemana... hahaha... tentulah ke darat.... hahaha... yer la kat darat banyak rezeki dunia... hahaha.. boleh kenyang dan kaya.... hahaha... tapi yang dier tak tau.... banyak jenis ular ader kat atas darat tue... dari ular tedung sampailah kepada ular lidi... hehehe... semua bersedia nak ngap berudu yang perasan dier dah jadi katak tue... hahaha...

Biler dier melompat nanti.... hahaha... sure padan muka dier biler kena ngap ngan ular-ular kat atas tue.. nasihat orang dier taknak dengar... tapi takper la... apa lagi makanan ular .. melainkan katak-katak bodoh yang suka melompat tak tentu hala tue... hahaha...

padan muka katak tue....

p/s : Korang carilah apa yang gua maksudkan dengan artikel nih... hahaha

14 January 2010

Tangkap, Tangkap

Pergh.... nampak gayanyer tak lama lagie... hehehe... akan ader ramai yang kena tangkap.... hahahaha... tangkap, tangkap ... jangan tak tangkap.... lambat tangkap kalah la nanti... hahaha... tangkap bagi senyap... hahaha...

Ikut maklumat yang gua dapat.... tak lama lagie ... akan ader ramai yang akan ditangkap... disoalsiasat... berkemungkinan didakwa dan sebagainya.... ditangkap atas alasan "mengganggu ketenteraman awam" ... disoalsiasat atas "kemungkinan keterlibatan atas mengganggu ketenteraman awam" ... didakwa atas "mengganggu ketenteraman awam" ... dan disabitkan kesalahan atas "mengganggu ketenteraman awam" .... walhal sebenarnya tiada satupun yang ditangkap ini terlibat sama sekali atas insiden yang berlaku...

Ini semua kes tangkap muat... tangkap sensasi... tangkap nak cover line... dan tangkap penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat... pimpinan pon ramai yang akan kena...

PDRM dan KDN akan gunakan Akta ISA, Akta Hasutan dan Akta Polis dalam membuat tangkapan nie... dan ramai yang akan jadi mangsa... bloggers tak terkecuali... hehehe.. maybe gua pon akan kena sauk sekali kot.... hahaha..

Apa-apa pun semua ini adalah usaha diorang... diorang yang baling batu.. diorang yang tuduh orang lain.... diorang yang berak kat tengah jalan... diorang tuduh orang lain yang berak.... hahahaha.... macam pundek betul la...

Dulu masa reformasi.... dalam setiap demo reformasi... yang molakan kekecohan dan ketegangan ... nie semua agen-agen puak diorang... agen provokasi... biasanya Siput Babi .... dan ramai agen diseludup dari UMNO/BN ... Taktik nie dulu British pernah gunakan... bukan British jer... tapi banyak negara lain....

Ini taktik mengalih tumpuan nih... teknik dah basi.... dan gua berani jamin, setan-setan yang baling molotov cocktail tue adalah dari geng-geng yang sama.. perancangan depa hebat... boleh plan bom banyak tempat dalam masa yang sama... giler aper.... cuma satu yang lawak... diorang guna molotov cocktail jenis cikai punya... jenis pakai minyak petrol jer... hahahaha

Kalu diorang otai.. sure diorang gunakan molotov cocktail yang mengandungi kombinasi minyak petrol + minyak enjin + minyak tar + ethanol .... kombinasi nie la yang paling power... hahahaha... korang jangan try... kalu rasa nak putus tangan buat la... nie semua mujahidin Afghanistan dan Chechnya tau buat kombinasi nih...

so... berbalik kepada topik asal.... lepas nie ramai la yang akan kena sauk... tangkap ... tangkap.... jangan tak tangkap.... yang lawaknyer nanti .. kita akan dapat lihat yang buat kerja haram tue langsung tak kena tangkap... lepas bebas... yerla ... sebab diorang nih kebal... dapat guarantee dari PDRM dan KDN... ini semua geng UMNO/BN yang buat... jadi sebab tue la diorang kebal.... hahaha

03 January 2010

Maha Suci Allah, Tuhan Sekalian Alam

Bhai...

Gua punya pandangan plak mengenai isu penggunaan perkataan Allah oleh puak Kristian .... Biarlah diorang guna perkataan Allah tue.. sebab mana lah tahu dengan banyak kali diorang dengar perkataan tue.. boleh terbuka rahmat Allah keatas mereka sehingga mereka dapat menerima hidayah.... Manalah tahu.... Maha Suci Allah, Tuhan Sekalian Alam....

Allah adalah Tuhan sekalian alam ... dan wajib disembah oleh sekalian alam... tidak kira yang kafir, musyrik mahupun yang Islam dan beriman. Ini tauhid Rubbubiyah nih...

Perkataan Allah yang merujuk kepada Tuhan yang Esa, itu juga telah lama digunakan dalam semua kitab sejak dari Taurat, Zabur dan Injil.... jadi apa yang nak di terkejutkan...

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" - Surah Ar-Rahman

p/s : jangan terpedaya dengan suara "Juara Islam" yang ditonjolkan oleh UMNO la nih... sedangkan dulu diorang yang tolak terang-terang Hukum Hudud seperti yang termaktub dalam Al-Quran ... yang Allah telah tentukan untuk kita manusia...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1