Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Muallaf. Show all posts
Showing posts with label Muallaf. Show all posts

24 February 2013

Melayu Hutan VS Orang Utan

Bhai.... Aper yang lu tau pasai Melayu Hutan.... hahaha.... Melayu Hutan nih aderlah satu spesis Melayu yang memang tak bercampur... jumud... dan perasan dier aderlah makhluk terbaik berbanding makhluk lain... hahaha... sebab itu la Melayu Hutan nih jadi camnie... hahahaha... sebab Melayu Hutan aderlah spesis terancam.... ntah saper yang mengancam pon tak tau la... tapi spesis Melayu Hutan nih sentiasa rasa terancam.... hahahah

Melayu Hutan nih cuma layak berkawan dengan beruk, kongkang, ungka, lotong, siamang, mawas dan kera.... Melayu Hutan nih tak layak berkawan dengan Orang Utan sebab Orang Utan aderlah Orang.... manakala Melayu Hutan aderlah "XXXXXXXX" ....


Gua tak terkejut kalu masih ader banyak lagi spesis Melayi Hutan nih dalam Malaysia.... Gua rasa aaa.. National Geographic perlu buat kajian dan videokan semua maklumat yang berkaitan dengan Melayu Hutan nih...  sebab yer la... Melayu Hutan nih makin pupus... sebab otak dier yang dikurniakan oleh Allah Taala tidak dimanfaatkan sebaiknya... jadi biasa kalu makhluk yang tak mahu guna otaknya dengan baik.... InsyaAllah Taala.... akan diambil balik otak tue...

Otak Melayu Hutan nih memang patut jadi makanan Zombie Kampung Pisang.... hahaha

Kesian aaa... sebab kat Malaysia nih rupanya masih ader lagi tertinggal spesis Melayu Hutan.... ingatkan dah pupus lama dah... hahaha.... Melayu Hutan.. Melayu Hutan.... biler la nak jadi sama taraf atau atas sikit taraf daripada Orang Utan.... hahaha.... kesian...

Orang Utan lagi orang daripada Melayu Hutan.... hahahaha




SUMBER: BANkami


TANGGAL 13 Julai 2007 adalah tarikh keramat buat Adam Corrie Lee. Itu adalah tarikh dia memeluk agama Islam. Mulai saat itu, bermulalah kehidupan baharunya sebagai umat Islam. Pelakon dan koreografer itu sama seperti umat Islam lain yang turut memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim termasuklah berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Sungguhpun baru empat tahun memeluk Islam tetapi bagi Corrie, 43, ibadat puasa bukan asing bagi anak kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan ini. Menurut Corrie atau nama asalnya Lee Choon Kooi, sejak kecil lagi dia belajar berpuasa kerana dibesarkan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga yang beragama Islam.

“Saya mula belajar berpuasa ketika umur saya belasan tahun sewaktu tinggal di Kem Sungala, Port Dickson. Saya tinggal di kem askar itu kerana mengikuti bapa saya seorang askar. “Di kem itu kebanyakan askar yang tinggal bersama-sama keluarga mereka adalah orang Melayu. Apabila tibanya bulan puasa maka saya juga akan berpuasa dengan mereka.“Apatah lagi, kawan baik saya semasa kecil, Rahim merupakan anak seorang ustaz. Saya tertarik dengannya kerana dia tidak pernah tinggal solat dan perangainya juga baik.

“Rahim juga banyak memberi pendedahan kepada saya tentang agama Islam,” katanya kepada S3 sewaktu ditemui di kedai miliknya, Just Muffin di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. Jelas Corrie, dia bukan setakat pernah berpuasa sebelum memeluk Islam, malah takbir Hari Raya yang berkumandang sewaktu zaman remajanya juga banyak meninggalkan kesan kepadanya.

Kata anak keempat daripada 11 adik beradik ini, biarpun dia tidak memahami maksud takbir raya tetapi setiap kali mendengar hatinya menjadi sayu. “Sewaktu tinggal di Kem Sungala, rumah keluarga saya tidak jauh dari masjid. Jadi, setiap kali takbir raya berkumandang di pagi hari, ia boleh didengari dan saya akan terjaga daripada tidur. “Secara tidak langsung, itu antara pendedahan awal yang saya lalui sebelum saya mendalami dan memeluk Islam empat tahun lalu,” ujarnya yang juga merupakan seorang usahawan.

Pada pertemuan di kedai menjual kek muffin, Just Muffin yang diusahakannya sejak Februari lalu itu, Corrie berkata, dia bersyukur kerana hasratnya memeluk Islam mendapat restu keluarganya. Malah, dia yang mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad, 33, pada 21 November 2008, berkata, ibu bapanya turut mempunyai hubungan yang baik dengan orang Melayu.

Paling mengejutkan Corrie apabila ibu bapanya pernah memberitahu bahawa mereka pernah menyerahkan salah seorang adiknya untuk dipelihara oleh sebuah keluarga Melayu. “Ibu bapa saya pernah menyerahkan seorang adik saya yang ketika itu masih kecil kepada sebuah keluarga Melayu kerana kesempitan hidup. Adik saya itu diberi nama Sharizan Husain. “Selepas sekian lama terpisah, adik lelaki saya yang kini berusia 36 tahun telah dipertemukan semula dengan ibu bapa saya pada Tahun Baru Cina 2009. “Sharizan bukan sahaja menjalani kehidupannya sebagai seorang Islam, malah dia juga tidak boleh berbahasa Cina kerana tinggal dengan ibu bapa angkatnya sejak dari kecil,” ceritanya.

Selain itu, pengalaman hidupnya merantau ke Kuala Lumpur pada tahun 1980 kerana mahu mencapai cita-citanya sebagai seorang chef banyak membantunya mengenal agama Islam. Kata pelakon filem KL Gangster ini, dia banyak belajar daripada pengalaman pahit manisnya ketika itu. “Sewaktu berhijrah dari Port Dickson ke Kuala Lumpur, saya hanya berbekalkan wang RM30. Ketika itu, saya melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bekerja di kelab malam.

“Saya juga menyertai pelbagai pertandingan tarian dan daripada situlah saya memulakan kehidupan sebelum terbabit dalam bidang tarian dan lakonan sehinggalah ke hari ini,” katanya lagi. Selain pernah menjadi koreografer dalam Akademi Fantasia musim kedua (AF2) dan AF4 serta Mari Menari, Corrie juga pernah berlakon dalam filem Spinning Gasing dan Libas. - SUMBER

26 August 2012

Benda Kecil Diperbesarkan...

Bhai... satu mender yang gua cukup jaki (benci) ngan puak-puak yang bersarang kat Jabatan Agama nih... sori aaa... terpaksa gak gua lepaskan benda nih... bukan aper.. cuma gua nak lu orang yang bersarang kat Jabatan Agama nih... cuba la rasional skit... cuba la bertindak sebagai daie... jangan buat kerja macam bengong...

Aper citernyer... hahaha... camnie...

Dulu masa gua nak bantu sorang kawan gua memeluk Agama Islam.... masa berurusan kat Jabatan Agama... ader ker diorang kat sana suruh kawan gua bersunat dulu... mandi hadas... pastu lancar baca Al Fatihah dulu baru boleh di Islamkan......... err... aper punya bangang la syarat yang dibagi oleh pegawai kat Jabatan Agama tue... terus gua carut kat mamat tue kat situe gak... dan gua ajak kawan gua pi tempat lain... gua Islamkan dier... dan gua ajar dier serba sedikit aper yang perlu... lain-lain dier buat slow-slow... Allah dan Nabi tak paksa semua orang yang baru memeluk agama Islam terus jadi terra... terus jadi pandai.. terus buang semuanya... slow-slow... akidah dulu... lepas tue ibadah.....then baru yang lain menyusul.... mann.. mann....

Nabi Muhammad S.A.W pon tak suruh Umar Al Khattab bersunat dulu.. mandi hadas... dan lancar baca Al Fatihah baru Nabi nak Islamkan dier.... aper daaaa.... benda kecil diperbesarkan.... bodo punya pegawai yang bersarang kat Jabatan Agama...

Nih terbaru (bukan terbaru sangat pon)... isu menuntut mayat orang yang dikatakan telah memeluk agama Islam.... sampaikan dalam satu kes terbaru.. abu mayat pon direbut dan dirampas oleh pegawai dari Jabatan Agama.... aper daaa..... buat malu orang Islam dan Agama Islam jer... ini bukan caranyer nak tunjukkan Islam itu Ad-Din.... ini bangang namanyer...

Mana sebelum simati meninggal dunia.... ader pegawai Jabatan Agama Islam ziarah dier.. ader tak yang follow dan ajar dier bab akidah, ibadah dan lain-lain..... errr.... ader tak pegawai Jabatan Agama Islam inform kat keluarga dier yang dier dah masuk memeluk Islam.... sepatutnyer benda nih yang pegawai Jabatan Agama Islam kena buat lebih awal... bukannyer tunggu dah mati baru nak rebut... bodo betul lar...

Sebab itu lani orang bukan Islam pandang serong kat Islam... pasai ader ramai pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam dan juga orang Islam yang lain banyak buat kerja bangang camnie... buat busuk nama Islam jer... Aper salahnyer guna pendekatan yang lebih realistik....

Wei... jasad mender takder faedah didepan Allah Taala... yang berfaedah aderlah roh ... jadi tak kisah la mayat tue diuruskan dan ditanam oleh keluarganyer yang tak tau simati dah memeluk Islam... semua tue tak jadi hal pada Allah Taala...  yeng penting simati dah memeluk Islam... dan beramal dengan akidah Islamiah...

So... tolong aaa.... pagawai yang bersarang kat Jabatan Agama Islam tue... tolong aaa.. jangan memalukan dan menjatuhkan maruah Agama Islam..... err... ader gua citer ker kalu bab serbuan mencegah maksiat?? hahaha... yang itu lain kali gua citer....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1