Gua dapati semenjak dua menjak nih... negara Malaysia kita nih kerap mengalami kejadian banjir yang agak kronik.. Hampir semua kejadian banjir yang berlaku di Malaysia melibatkan banjir lumpur. Air yang berkeladak dan penuh dengan selut.
Tambah lagi dengan banjir yang membawa sekali kayu-kayu balak dan pelbagai kayu hutan.
Apa yang sebenarnya telah berlaku nih? Adakah semuanya akibat dari kerosakan dan penerokaan hutan yang tidak terkawal? Adakah semuanya hasil dari penanaman Durian Musang King??? Tak mungkin semuanya terjadi akibat dari sebab yang sama...
Apa yang gua nampak adalah kita sebenarnya gagal untuk menguruskan hutan dan kawasan persekitaran kita... Aliran sungai yang sebelumnya ada kita telah ubahnya... aliran sungai yang lurus kita belok-belokkannya... Kawasan yang sepatutnya lembah dan menjadi span bagi menyerap air lebihan dari hujan.. kita tambak dengan tanah... kita buat bangunan.... kita buat longkang yang kecil...
Jadi kemana air itu hendak pergi... Dalam banyak kes... kita tutup kawasan yang sepatutnya menjadi aliran air ke sungai atau laut ... dan kita buat longkang yang kecil...
Berapa banyakkah kawasan yang mempunyai "monsoon drain" yang berskala sesuai seperti 6 kaki lebar x 6 kaki dalam??? Berapa banyakkah longkang besar yang selebar 4 kaki x 6 kaki dalam?
Berapa banyakkah kawasan yang mempunyai "monsoon drain" yang berskala sesuai seperti 6 kaki lebar x 6 kaki dalam??? Berapa banyakkah longkang besar yang selebar 4 kaki x 6 kaki dalam?
Tak banyak kan... Malah di kawasan bandar pun susah kita nak tengok adanya "monsoon drain" nih macam di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur..... Payah...
Jadi kemana air itu nak pergi... lebihan air yang melimpah semua tu nak pergi mana... kawasan tadahan hujan yang sepatutnya berskala besar pun kita sudah tidak sediakan... bagaimana semua air itu nak dialihkan?? Pening kepala...
Perancang bandar @ Township Planner?? Apa kerja mereka? Sepatutnya merekalah yang berusaha untuk merancang sesuatu perbandaran agar aliran trafik massa dan aliran air dapat disusunatur dan dikawalselia serta dirancang... Jangan sampai satu malapetaka besar berlaku mengakibatkan nyawa yang ramai barulah kita nak amik tindakan... jangan sampai ianya mengakibatkan kerugian besar dari segi ekonomi dan perniagaan.
Jangan jadi bangang... Model perancangan bandar sebenarnya boleh dibuatkan simulasi dalam komputer dan dapat dinilai untuk rancangan 5 atau 10 tahun... Benda mudah sebenarnya... Jangan berlawan dengan alam... sebab dalam banyak keadaan... Alam yang akan menang....
Betul & setuju sangat. Majlis Perbandaran yang bertanggungjawab semua gagal dari dulu lagi. Lubang dijalanraya pun susah nak tampal. Flash flood sana sini timbul ada sebab tapi tiada penyelesaian.
ReplyDelete