Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

15 October 2018

Misteri Lagu Satu Kesan Abadi - Saleem Iklim

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun

 

Bhai/DeeDee semua...

Disini gua nak sertakan apa tafsiran gua mengenai lirik lagu Satu Kesan Abadi, nyanyian Saleem IKLIM ... Semoga ianya menjadi penguat iman kita dan seterusnya doa-doa kita yang baik-baik buat Saleem.... Moga rahmat dan ehsan Allah Taala sentiada dilimpahkan kepada Saleem dan kita semua...

Al Fatihah


SATU KESAN ABADI - SALEEM (IKLIM)

Jalan terang
"titian sirat'al mustaqim"

Luas menanti aku
"lebar dan selesa untuk dilalui"

Dengan dendang
"zikrullah dengan hati yang gembira"

Irama hidup baru
"di alam akhirat"

Dibelai cintamu
"dalam redha Allah Taala"


Hilang dendam
"tiada lagi perasaan manusiawi"

Lenyap ia sendiri
"kekal lenyap tanpa tanda"

Datang tenang
"Alam yang memberikan ketenangan"

Makin aku hayati
"kenal diri kenal Illahi"

Makin lapang dadaku
"perasaan yang makin tenteram"

Ku rasa sentosa
"yang kekal lagi bahagia"


Sendiri meminta
"doa-doa yang dipanjatkan kepadaNYA"

Dicantum padanya
"doa yang ikhlas tentunya sampai kepadaNYA"

Tak gelisah lara
"redha Allah Taala menjadikan hilang rasa gundah"

Cerita yang punah
"dunia yang ditinggalkan"

Biarpun meronta
"walaupun sebagai manusia kita pastinya akan ada berdosa"

Tidak menjadi ngeri
"tapi keampunan dari Allah Taala, menyebabkan rasa selamat"



Ku yakin disana
"Alam akhirat yang kekal abadi"

Gelap yang tiada
"tiada ruangan untuk kegelapan menimpa"

Kesan satu cinta
"kerana cinta dari Allah Taala"

Terpancar cahaya
"satu cahaya yang memayungi kita"

Jelas segalanya
"Memperjelaskan kekuasaan Allah Taala"

Hanya sinarmu
"Hanya kekuasaan dan keredhaan dari Allah Taala sahaja"

Yang mampu
"sesungguhnya yang paling mampu"

Memberi cinta itu
"memberikan keampunan, rahmat dan ehsan"


Dengan aman
"Iman itu sesuatu yang nyata"

Senyumlah sepuasnya
"beruntunglah bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh"

Jauh berbeza
"cukup lah perbezaan"

Bagai yang dirasakan
"perbezaan duniawi (dunia)"

Rasa yang disini
"perbezaan diakhirat (syurga)"


Itu satu rahsia
"syurga itu satu rahsia Allah Taala"

Hanya tersendiri
"hanya yang merasainya akan dapat mengetahuinya"

Itu satu iringan
"berdoa supaya dapat bersama-sama"

Nyanyian mimpi
"mencapai impian yang perlu diusahakan"


Saleem IKLIM : Satu Kesan Abadi (1990)

5 comments:

  1. kata lagu suci dalam debut Amin Shahab tu lagu ketuhanan juga.

    engkau bagai air yang jernih - ruh yang suci
    didalam bekas yang berdebu - jasad yang dijadikan dari tanah

    ReplyDelete
  2. Kredit seharusnya adalah untuk penggubah lagu, dia hanya mendendangkan lirik yang diberikan kepadanya.

    ReplyDelete

  3. Kadangkala,
    Allah sukarkan jodoh kita,
    Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
    Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

    Kadangkala,
    Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
    Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

    Kadangkala,
    Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
    Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

    Kadangkala,
    Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
    Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

    Dan kadangkala,
    Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
    Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadanya.

    Dan ada juga ketikanya,
    Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
    Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

    Subhanallah,
    Nikmat Allah itu luas.

    Kadangkala,
    Tidak terjangkau dek akal fikir,
    Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
    Lalu tinggal kita yang harus memilih,
    Mahu menjadi orang biasa-biasa,
    Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
    Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.

    ReplyDelete
  4. As salam. Sememangnya lagu berunsur ketuhanan ini byk sprti Suci dlm debu, satu kesan abadi, Mustika, Cinta Sakti, Penghujung rindu, Matahari, Aku dalam teka teki, CINTA, Seribu tahun tak kan mungkin dan byk lagi...sebahagian penulis lagu sprti Arwah Loloq, S. Amin Shahab dan M.Nasir pasti akn ada lagu2 berunsur sebegini. Hanya buat mereka yg faham akan rasa manakala yg kurang faham akan mendengar dgn fahaman yg masih pd cerita duniawi biasa perihal lelaki wanita dan sebagainya...Wallahualam...

    ReplyDelete
  5. JAMALUDDIN B ISMAILMarch 10, 2022 at 6:26 PM

    😊😁

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1