Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

03 November 2018

Subsidi Bersasar

Bhai/DeeDee semua ...

Semalam Kerajaan Malaysia telah membentangkan belanjawan untuk tahun  2019. Gua layan semua sesi pembentangan ni... Dari aper yang gua lihat.... ader banyak kepincangan dalam belanjawan tersebut terutamanya tentang inisiatif subsidi bersasar....

Disini gua nak bagi cadangan gua bagi menyelesaikan isu subsidi bersasar ini..

TOL :

Masalahnya : Gua paham kalu nak hapuskan tol sepertimana yang ramai mintak, satu perkara yang agak membebankan... Boleh kita hapuskan... tapi penggunaan tandas dan kemudahan di setiap Hentian Sebelah atau RnR akan dikenakan caj. Amacam? Ader berani ka mau bayar semua ni? Gua jamin takder sorang pon akan bayar... Sebab dah biasa dapat percuma... Wei... takder benda yang percuma la bhai... semua tu dibayar oleh kos tol yang dikutip....

Penyelesaiannya : Gua cadangkan dibuka 2 lorong khas tol hanya untuk kereta tempatan (Proton / Perodua / Naza) dimana hanya kenderaan jenama ini sahaja dibenarkan guna lorong ini untuk membayar tol... Dan bayaran tol bagi semua kenderaan buatan tempatan adalah 50% dari bayaran tol yang biasa....  Ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kenderaan nasional.

Manakala bagi kenderaan biasa yang lain hendaklah melalui satu lorong khas supaya bayaran tol biasa dapat dikenakan....

Bagi kenderaan mewah (kereta 2.3 cc keatas) pula.... ada satu lorong yang khas untuk mereka supaya kadar tol tinggi dapat dikenakan kepada mereka-mereka ini (yang sememangnya mampu membayar) dimana bayaran tol adalah satu setengah kali ganda dari bayaran biasa.

Untuk kenderaan asing (Singapura / Thailand), mereka kena melalui satu lagi lorong khas dimana mereka dikehendaki membayar harga tol 2 kali ganda dari harga biasa. Dan lebihan daripada nilai tol ini (pada kadar biasa) hendaklah dimasukkan kedalam Tabungan Khas Infrastruktur Awam (TKIA) yang akan dipantau dan diaudit oleh Kementeria Kewangan, LHDN dan Jabatan Audit Negara.

Kesimpulan : Dengan cara ini subsidi bersasar bagi tol dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.


MINYAK :

Masalahnya : Cukup banyak ketirisan dan penyalahgunaan minyak yang berlaku selama ini yang menyebabkan subsidi Bahan Api tidak mencapai matlamatnya.

Penyelesaiannya : Semua pihak yang ingin mendapatkan subsidi bersasar bagi bahanapi Petrol dan Diesel perlulah mendapatkan satu kad khas daripada Kementerian dimana saya cadangkan ianya boleh dibekalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dimana setiap permohonan kad khas ini (iBahanApi) akan disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh LHDN. Dan kad ini akan memberikan akses kepada pembelian bahanapi Petrol atau Diesel bersubsidi sekitar 100 hingga 150 liter sahaja sebulan bagi satu kad untuk kereta. Bagi pemilik kad iBahanApi untuk motorsikal, kita boleh hadkan penggunaan minyak petrol sebanyak 50 liter sebulan.

Kenderaan asing (Singapura atau Thailand / Brunei) pula hanya dibenarkan membeli bahanapi Diesel Euro5 keatas atau RON97 keatas pada kapasiti 30 liter bagi sekali isi sahaja (bukan full tank) bagi mengelakkan penyeludupan bahanapi.

Kesimpulannya : Untuk melakukan pembelian, perlulah disertakan sekali Kad iBahanApi ini dengan MyKAD untuk tujuan pengesahan dan penyemakan. Ini bagi mengelakkan salahguna dah ketirisan. Secara mudahnya, setiap pemilik kad iBahanApi ini akan dipertanggungjawabkan atas penggunaan kad tersebut. Denda dan hukuman sewajarnya perlu diatur bagi kesalahan menyalahgunakan kad iBahanApi ini. Sasaran pengguna kad iBahanApi ini adalah B40.


PEMANTAUAN

Bagi tujuan aduan dan pemantauan pula, Kerajaan perlulah menyediakan satu aplikasi khas yang membolehkan pengguna apps tersebut membuat laporan dan mengambil gambar photo atau video bagi pembuktian mana-mana salahlaku subsidi bersasar ini. Gua berani jamin ramai rakyat Malaysia akan menjadi sukarelawan pemantauan ini atas dasar patriotik.

6 comments:

  1. Bagus cadangan bro...

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Adoi...kalau ada pengguna yang masih menggunakan kereta morris minor atau datsun 120Y tak pun peugeot204, kena bayar tol macam biasa juga ke?

    ReplyDelete
  3. macam mana tol gate nak kenal kereta tempatan/kereta import atau kereta rakyat negara luar..?..perlukah kad t&g yg berbeza..?

    ReplyDelete
  4. blog ni boleh request lagu tak haha😜

    ReplyDelete
  5. Biasalah... mustahil nak bagi semua orang gembira dan berpuas hati. Huhuu...

    ReplyDelete
  6. Sembang boleh la. Implementation kelaut

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1