Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

27 November 2018

Terpaksa Sanggah Kenyataan KPN

Bhai/DeeDee semua...

Biler baca kenyataan Ketua Polis Negara dalam bab teknik penyuraian rusuhan dengan tear gas dan water cannon.... gua terpaksa sanggah kenyataan KPN ni...



Sebab...

Sebab bukan tak pernah PDRM simbah air asid water cannon dan asap tear gas masuk kedalam rumah ibadat .... Pernah... Dan gua adalah saksi kejadian masa tu.... bulan March 1998 di Masjid Kampung Rawa, Jelutong Pulau Pinang.... Kes kejadian adalah insiden kacau ganggu antara orang india dan orang Melayu di sana... Kuil Hindu ader bersebelahan dengan Masjid Kampung Rawa....

Tear gas canister dan air asid water cannon siap terimbah masuk dalam kawasan Masjid ... Sampai jemaah Masjid jadi havoc.... kalu lu orang tak percaya ... Sila tanya Anwar Ibrahim yang datang ke Masjid tu suruh kita orang Melayu Islam beralah.....  Walhal yang mulakan insiden adalah puak India dari Kuil sebelah tu...

Okeh... Gua bukan nak hasut ka aper ka... Gua sekadar nak citer bahawa insiden macam ni pernah berlaku.... Dan orang Melayu biasanya beralah... Bagi chan dan bagi muka... Dan tear gas serta air asid water cannon pernah hinggap dalam Masjid... Dalam rumah Ibadat...



So... Dalam kes penyuraian kat Kuil Seafield tue... Bukan tak boleh tembak air asid water cannon dan tear gas pada perusuh kat atas jalan raya dan kawasan luar Kuil Tue... Sebab lebar jalan tue adalah 3 lorong... Cukup berjarak dari rumah ibadat tu.... Takder masalah kalu nak buat.... Itu kalu nak buat lar.... Tambah pada kes kedua rusuhan tu... Tindakan FRU dan LSF terlalu lembut tak macam masa handle demo pro-pembangkang satu masa dulu dalam Bersih 3... Atau demo Jalan Kebun...

Maaflah Tuan KPN... Gua memang respek lu... Tapi bab ini dan taktik serta teknik yang PDRM gunakan pada gua agak lemau... Too lemau.... Sori aaaa.. Terutama sekali bila PDRM cuma boleh tangkap 21 prang perusuh jer walhal kalau ikut beratus orang yang boleh ditangkap... Terutama yang mengingkari arahan bersurai.... Takkan lupa bawak gari atau cable tie kot???? 

Aper daa... Should be sepatutnya ratusan orang dah boleh ditangkap, dikutip dan diborong antar pi Pulapol untuk tahanan sementara siasatan. Gambar ader... Video ader... Boleh angkut dan kutip bila-bila masa... So buktikanlah kepada kami rakyat ni yang PDRM akan bertegas...

P/S : Oh yer... Tear gas pernah gak melayang masuk kawasan Masjid Negara pada 1998.... Gua tak lupa tue.... Hahaha

13 comments:

  1. Awak...jgn la byk2 cite camni...takut la😢

    ReplyDelete
  2. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.

    kes macam ni mana buleh kasi muka snagt
    tegas adil benar kerana Allah
    Allah bersama orang ynag benar

    depa lupa dimana bumi dipijak
    di situ langit dijunjung

    ReplyDelete
  3. Mmg lemau dan lembab tindakan kpd yg merusuh...............................

    ReplyDelete
  4. betul. aku ada kat masjid negara time tu..tear gas ngan polis2 sekali masuk masjid pakai kasut. Tapi yg ni nape berlembut sgt?...ko ada jawapan dak

    ReplyDelete
  5. Peluru pun tempat ibadat masa MEMALI

    ReplyDelete
  6. Cacing di muka cepat-cepat buang...kelak naik di mata. Mat Hassan for Rantau...faham tak????

    ReplyDelete
  7. 1)Salam, ingin saya menyumbang komen pada isu ini dari sudut pandangan seorang warganegara non-muslim berbangsa india.( bekas penjawat awam)

    2)Banyak faktor yang perlu diambil kira oleh PBT untuk menentukan S&P Crowd control dan untuk mengelakkan mana2 situasi dari bertambah buruk.

    3)Keputusan PBT untuk tidak menggunakan water cannon & tear gas pada hari kedua insiden ini adalah keputusan paling rasional( pada masa itu( rujuk line11).

    4)DI sini kita perlu ingat, ada perbezaan antara the best/ideal solution dengan a good solution. Good solution bermaksud tindakan/keputusan yang sesuai, rasional untuk menyelesaikan sesuatu masalah ( at that particular moment ), tetapi ini bukan bermaksud tiada penyelesaian lebih bagus.

    5)Kerap kali, saya sebagai seorang jurutera terpaksa membuat pilihan/compromise dalam menyelesaikan masalah kejuruteraan yang dihadapi. Setiap pilihan mempunyai pro/con yang tersendiri dan membuat pilihan terbaik adalah sukar.

    6)Dalam isu ini dan juga contoh2 kejadian terdahulu yang saudara nyatakan diatas, saya berpendapat saudara terlepas pandang satu butir penting.

    ReplyDelete
  8. 7)Saudara menyatakan bahawa dalam kejadian lepas yang melibatkan beberapa masjid, PBT bertindak menggunakan "full force" untuk crowd/ riot control. Dari sudut pandangan saya, keputusan PBT menggunakan kaedah agresif untuk crowd control mungkin diterima pada masa itu kerana faktor identiti bangsa yang terlibat dalam isu ini. MAsjid( malay-muslim) dan PBT ( malay-muslim). So tidak timbul isu race religion disini, hanya direct handle the crowd control.

    8)Dalam isu rumah ibadat non-muslim ini, PBT terpaksa menggunakan kaedah pasif utk crowd control kerana sebarang bentuk agressive crowd control method akan ditafsir sebagai provokasi/serangan ynag melibatkan satu kaum ( PBT-Malay-Muslim) dan pihak lain( india, cina, etnik lain sbgnya. Rujuk line no 18, 19 untuk penjelasan lanjut.

    9)Situasi seprti ini akan mudah bertambah teruk , dijadikan modal oleh pihak2 berkepentingan( ahli politik, individu berkefahaman kiri(leftist) , geng2 underworld crime untuk mengambil isu ini dan spin isu ini menjadi isu perkauman untuk kepentingan masing2.

    10)Semalam 27hb, polis telah membuat penahanan sekumpulan individu “berbaju hitam” yang cuba mendatangkan provokasi dengan berkumpul berdekatan kawasan tersebut dan melaungkan ucapan2 berbaur perkauman. Untuk makluman saudara, kenang kembali kepada peristiwa siswa-siswi yang berkumpul di dataran merdeka (OCCUPY DATARAN) yang diserang dan dicederakan oleh kumpulan “baju hitam”. Make the connections siapa mereka, apa tujuan mereka dulu dan sekarang.. Rata2 saya melihat komen daripada warga malay-muslim menuduh polis dgn komen2 negatif spt bacul/xde txlur dn sbgainya. Mereka mempersendakan PDRM kerana hanya berani bertindak pada orang melayu, kalau dengan bangsa lain berlembut. Ad yang juga mengambil kesempatan ini utk perjuangan politik sempit/perkauman dengan menuduh PDRM sebagai ajen DAP/PH. Disini PDRM tersangkut dlm situasi” Damned if you do, Damned if you don’t.

    ReplyDelete

  9. 11)Keputusan PDRM untuk tidak menggunakan agressive method atas pertimbangan untuk menghormati rumah ibadat bukan islam dilihat sebagai tindakan bacul oleh majoriti rakyat malay-Muslim. Cuba kita buat simulation jika agressive crowd control method digunakan dalam insiden hari kedua. PBT yang dilihat bersekongkol(rujuk line 18 ) membuat serangan pada civilian yang berkumpul di kawasan insiden untuk melindungi kawasan kuil tersebut. Sudah tentu tindakan ini besar kemungkinan akan escalate menjadi isu perkauman yang lebih parah!

    12)Untuk memudahkan saudara membuat perbandingan, cuba pertimbang situasi ini, Katakan PBT yang terlibat dalam isu masjid sebelum ini hanya terdiri ataupun majoriti bangsa lain dan beragama lain, mereka bertindak "charge" masuk ke kawasan masjid, menembak tear gas, menggunakan cota/baton untuk menghalau/mengawal crowd yang berkumpul UNTUK MELINDUNGI kawasan tersebut kerana telah diancam dan diserang oleh pihak luar sebelumnya. Apa kah "impression" pada jemaah masjid ataupun pada rakyat kita yang berbnagsa malay-muslim. Sudah tentu ianya mudah diinterpretasi sebagai serangan bangsa/kaum beragama lain pada rumah ibadat Islam. CUba putar situasi ini, tukar pihak saja dan saudara mungkin serba sedikit faham tentang sudut pandangan saya.

    ReplyDelete
  10. 13)Saya membawa perhatian saudara pada isu pro/con diatas untuk mengulas lebih lanjut atas tindakan susulan PDRM dlm isu USJ Seafield. Rata2 pengunjung/penganut rumah ibadat Seafield sewaktu insiden tersebut membuat kenyataan media/sosial bahawa PBT lambat bertindak( ataupun tidak mengambil tindakan agresif untuk mengawal perusuh2 luar ini daripada terus mendatangkan kemusnahan didalam kawasan ibadat tersebut dan menyerang penganut agama disitu dengan menggunakan senjata tajam spt rod besi , parang, pisau) walaupun PBT sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. Informasi ini saya merujuk pada first hand witness yang telah merakam dan menghantar video sewaktu kejadian tersebut. Rujuk link (https://www.facebook.com/myindianforum/videos/2265861177073300/) Saat ke 13s-15s memperlihatkan individu di video menyebut polis karen( merujuk kepada polis tidak hadir ke kawasan insiden walupun telah dihubungi 30minit yang lalu, walaupun stesen polis hnya 5 minit dari kwsn insiden!

    14)Susulan itu, sejam kemudian hnya beberapa kereta peronda polis berada di kawasan tersebut dan pegawai polis dilihat membuat kawalan trafik dikawasan tersebut( traffic control ) bagi mengelakkan tidak ada orang luar cuba memasuki kawasan insiden tersebut, pada masa yang sama dpat dilihat perusuh2 luar(sekitar ( 50-100 orang berbangsa DIPERCAYAI berbngsa melayu, berbaju hitam dan memakai mask -, bukti kad pengenalan dan barang peribadi, kad ahli persatuan silat dn sbginya) ini masih menyerang dan merosakkan harta benda di USJ Seafiled. Tiada FRU, RELA pada waktu ini di kawasan insiden . Dalam pergelutan untuk melarikan diri , perusuh2 ini juga bertindak menyerang pegawai polis di kwasan insiden

    15)Apakah faktor yang memberi impression sebegini ( PBT lambat bertindak/tidak melindungi mangsa insiden ) pada penganut USJ Seafield ? Ianya berpunca daripada "unrealistic expectation" oleh penganut USJ Seafield. Mereka mengharapkan dan bergantung sepnuhnya pada bebrapa pegawai polis disitu utk mengawal insiden tersebut.

    16)Padahal mereka tidak memahami proses “chain of command” atau proses2 yang terlibat dalam perancangan operasi. Mereka meletakkan kepercayaan penuh, fully dependant on police force . PDRM perlu mengambil masa untuk melakukan mana2 pelan operasi. Pegawai polis yang tiba dikawasan insiden tersebut adalh first responder yang menerima distress call., Mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan dlm Crowd Control tanpa melalui proses chain of command. First responder disana bertujuan menilai dan melaporkan butiran insiden kepada pegawai atasan utk tindakan selanjutnya.

    17)Tindakan yang perlu diambil untuk mengawal insiden ini bergantung pada input first responder kepada pegawai atasan. Ketika proses ini berlaku, mangsa insiden ini mendapat impression bahawa tiada apa yang dilakukan PBT ketika itu. Again, “unrealistic expectation” menjadi punca salah faham ini.

    ReplyDelete
  11. 18)Tindakan PBT untuk mengerahkan reinforcement dan FRU pada hari kedua insiden tidak memberi keyakinan pada penganut USJ Seafield kerana kenyataan OCPD dan CPO yang membuat kenyataan awal rasmi yang bertentangan dengn hal sebenar bahawa insiden USJ Seafiled adalh perbalahan antara dua kumpulan berbangsa india. Kenyataan palsu ini menimbulkan rasa kecewa mangsa2 insiden disebabkan mereka telah pun memberi bahan bukti seperti IC , rakaman video fon dan barang2 peribadi perusuh yang ditinggalkan di kawasan insiden tersebut dlm kekalutan tersebut yang jelas membuktikan perusuh2 tu bukan berbangsa india.

    19) Rakyat malaysia berbangsa india meletak full trust on law and order, they trust their Malay police brothers and sisters akan melindungi mereka daripada serangan perusuh2 ini, but when higher officers (law and order) starts to putar belit the truth ataupun telling half/truth, feeling of betrayal muncul … .Justice has to come in another way which is mob justice.
    20)Now for the climax, apabila impression” polis tidak bertindak segera + Kenyataan awal palsu PBT” bergabung, yang timbul adalah perasaan marah dan kecewa! Pada malam insiden kedua, kereta2 dan motor yang digunakan oleh perusuh2 ini dan ditinggalkan berhampiran kawasan insiden telah diterbalikkan dan dibakar( set on fire) oleh sekumpulan kecil individu ( Ditekankan hanya segelintir indvdu)

    21) Apabila mob mentaliti dikuatkan dengan feeling of “letdown”dgn statement tidak jujur atau palsu oleh pihak PBT, maka dari sudut pandangan mereka “ EVERYONE OTHER THAN US ARE THE ENEMY”.

    ReplyDelete
  12. 22)Daripada video yang saya terima dari WSap, majoriti indians yang berkumpul untuk melindungi kawasan sekitar insiden tersebut menjerit kepada sekumpulan 15-30 individu yang bertindak merosakkan dan membakar kereta dan motorsikal supaya berhenti. VENA! VENA! ( maksud jangan, jangan!). DI satu pihak yang lain, ada sekumpulan pula bersorak menyokong perbuatan vandalisme itu. Sekali lagi, there are 2 sides of a coin. Look at boths sides to get the full picture. Kumpulan individu inilah yang bertindak menghalang trak bomba drp memasuki kawasan insiden tersebut utk memadamkan kereta perusuh yang terbakar di incident area tersebut. Utk makluman saudara trak4x4 serta kereta2 yang terbalik dan dibakar yang dipaparkan dlm berita, kalau nak tahu siapa owner trak tu sila rujuk link ini (https://www.facebook.com/myindianforum/videos/2265861177073300/). Perasaan curiga( disebabkan kenyataan awal PBT yng tidak benar ) menyelubungi kumpulan mob ini, dlm situasi ini, sesiapa sahaja outsider( tidak kira civilian atau in uniform) dianggap sebagai ancaman. Inilah ynag telah mencetuskan kejadian pegawai bomba dan orang awam diserang oleh mob ini.

    Kesimpulannya:

    Adakah kejadian ini boleh dihalang dari awal2 lagi? Ya sudah pasti. Kalaulah pemimpin dan wakil2 parti politik , wakil kerajaan negeri serta developer ini duduk berbincang dan mencapai final conclusion, sudah pasti isu ini dapat diselesaikan dng cara aman. Apa pengajaran yang boleh dipelajari oleh kaum India dalam isu ini, ialah mereka gagal melantik pemimpin kuil yang sesuai( dua pihak masing2 mandakwa ketua rumah ibadat serta penyokong masing2 bertelagah merebut kuasa dan wang) dalam isu relocation rumah ibadat ini meleret smpai menjadi titinoktah hitam dalam sejarah Malaysia. Perkara in amat memalukan dan mengecewakan. Apa bila tiada regulasi dlm hal rumah ibadat, maka akan berulang2 lah peristiwa seperti ini di masa akan datang. Untuk mengatasi masalah ini, ikut langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang telahpun mengambil alih dan menyelia semua rumah ibadat india dibawah Hindu Endowment Board. Kalau dibiarkan bebas, maka akan terjadi pergelutan , rampasan kuasa, gelapkan duit dana sbgainya. UNtuk berpegang pada kuasa, orang sanggup utk melakukan apa sahaja.Segala isu ketirisan dana rumah ibadat, hal tanah, hal berkaitan legal semuanya perlu merujuk kepada satu entiti, dan bukannya dibiarkan bebas seperti private entity.Pada penghujung tahun perlu dilakukan audit dan diterbitkan di akhbar untuk pengetahuan umum. Kalau di zaman BN, peruntukan utk rumah ibadat kaum India mencecah puluhan juta2 ringgit melalui MIC, namun keadaan rumah ibadat langsung tidak bertambah baik. Tiada audit dilakukan , tiada siapa tahu untuk dan bagaiman duit peruntukan dibelanjakan. Duit dikebas pemimpin politik, dan disalurkan kepada rumah ibadat dalam bentuk sumbangan peribadi wakil rakyat tiap kali berkunjung ke rumah ibadat untuk meraih sokongan poltik.

    ReplyDelete
  13. Pengajaran yang boleh kita ambil iktibar untuk memperbaiki respons kepada kejadian akan datang( bencana alam spt tnh runtuh , banjir, serta kawalan orang ramai.) PBT perlu ad coordinasi antara semua jbtn2( RELA, JPA, POLIS, BOMBA,FRU,KDN, MKN, AMBULANS serta ATM. Gubal SOP baru jika perlu, perbaiki yang sedia ada, tingkatkan intercommunication system, gunakan teknologi dron dan facial recognition CCTV. Atasi masalh ketidakseimbangan kaum dlm perkhidmatan awam dn sebagainya.

    Pasca peristiwa ini, kerajaan memberi jaminan bahawa USJ Seafield tidak akn dipindahkan buat sementara waktu. Adakah dalang disebalik insiden ini dari developer One CIty? Ataupun dari salah satu pihak rumah ibadat USJ itu sendiri? Ataupun pihak politik mahupun gang underworld dgn motif turf control tersendiri? Biar masa menentukan kebenarannya. Yang penting, biarlah kita bersederhana dlm dari segi fikiran, tuturkata dan perbuatan. Ingat,
    “Trust and harmony takes years to build, seconds to break, and forever to repair. 

    Saya akhiri dengan salah satu momen terbaik rakyat Malaysia berbilang kaum ( https://www.youtube.com/watch?v=QDtz_ZhPyMo)

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1